2023 ARIF
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2023 ARIF by Author "Ahmad Aiman Bin Narizam"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Etika dan Sunnah Nabi Muhammad SAW dalam Aspek Pemakanan(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Ahmad Aiman Bin Narizam ;Muhammad Hakim Bin MansorEtika dalam pemakanan merupakan suatu perkara yang amat dititikberatkan dalam agama islam. Antara etika dalam pemakanan yang perlu diperhatikan ialah etika sebelum, semasa, dan selepas makan dan minum. Seseorang Muslim perlulah mengetahui adab dan etika ketika makan dan minum mengikut panduan yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW bagi membentuk keperibadian Muslim yang sejati. Tujuan makan dan minum dengan beradab membuktikan seseorang itu bersyukur kepada Allah SWT dengan apa yang dikurniakan kepadanya. Peraturan dan ketetapan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW harus dicontohi supaya mendapat keberkatan daripada Allah SWT kerana segala yang dilakukan oleh baginda meliputi segala aspek dalam kehidupan. Setiap golongan perlu mengamalkan etika makan dan minum terutamanya kanak-kanak harus mendapat pendidikan awal tentang adab-adab sebelum, semasa dan selepas makan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap kefahaman masyarakat terhadap etika dan sunnah nabi muhammad saw dalam pemakanan dalam kalangan penduduk di Taman Desa Kasia, Nilai. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kuantitatif iaitu melalui kajian soal selidik yang melibatkan responden seramai 50 orang. Kesimpulannya, masih ramai dalam kalangan masyarakat islam yang tidak mengetahui tentang etika dan sunnah nabi dalam pemakanan.79 277