2025 iJURECON
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2025 iJURECON by Author "Afiqah Binti Mahamad"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Zero To Hero: Impak Positif Pertandingan Debat Terhadap Pekembangan Karakter Pelajar(Kolej PERMATA Insan, 2025) ;Afiqah Binti Mahamad ;Aisyah Qaisara Binti Azizulmalik ;Aisyah Humaira’ Binti Aidil Hakim ;Muhammad Rafiq Bin Ramdhan ;Muhammad Rayyan Bin AnuarUmar Daniel Bin IzudinPerdebatan merupakan satu bentuk komunikasi lisan yang melibatkan dua pihak yang mempunyai pandangan berbeza, sama ada dalam menyokong atau menolak sesuatu topik, dengan mengetengahkan hujah masing-masing untuk saling mencabar pandangan lawan. Dalam konteks pendidikan, debat tidak hanya dianggap sebagai alat komunikasi, tetapi turut berfungsi sebagai satu strategi pedagogi yang berkesan dalam meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan analitis, di samping memperkukuh keupayaan pelajar dalam berkomunikasi dan memimpin. Tambahan pula, berbahas secara dinamik dan beretika juga berupaya membentuk kematangan emosi dan sahsiah pelajar. Walau bagaimanapun, penyertaan pelajar dalam aktiviti ini semakin berkurangan disebabkan oleh tanggapan umum yang berpanjangan bahawa debat merupakan aktiviti yang kompleks dan hanya sesuai untuk individu yang petah bercakap. Persepsi ini secara tidak langsung menyebabkan ramai pelajar enggan melibatkan diri dalam bidang perdebatan. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan penglibatan dalam debat terhadap perkembangan peribadi pelajar, khususnya dari segi kepimpinan, pemikiran dan kemahiran komunikasi. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif, di mana instrumen soal selidik disusun secara sistematik untuk mengumpul data berangka yang boleh dianalisis secara statistik. Informan kajian terdiri daripada guru, pelajar dan alumni sekolah yang dipilih. Data dianalisis secara sistematik bagi mengenal pasti pola, hubungan dan perbezaan yang berkaitan dengan pembangunan diri melalui penyertaan dalam debat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penglibatan dalam aktiviti debat memberikan kesan positif yang signifikan terhadap pembentukan tingkah laku pelajar, baik dari sudut akademik mahupun sahsiah, selain turut meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran berhujah secara tersusun. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar pelaksanaan aktiviti debat diperkasakan dan diperluaskan lagi dalam kalangan pelajar sekolah serta dimasukkan sebagai salah satu komponen pembelajaran nilai dalam kurikulum atau aktiviti kokurikulum sekolah. Adaptasi dasar ini diharap dapat menyumbang kepada pembentukan generasi pelajar yang lebih bijaksana, kritis dan bersedia menghadapi dunia komunikasi sebenar.