2020 SWAN
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2020 SWAN by Author "Aiman Abdull Rahim"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Literatur Maqasid Al-Shariah Bagi Kajian-Kajian Penyelidikan Di Malaysia: Analisis Sistematik(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29); ;Aiman Abdull Rahim; ;Lukman Abdul MutalibSiti Robiatun Addawiyah RoslanMaqasid al-Shariah merupakan cabang ilmu yang berasaskan al-quran dan al-sunnah. Wacana- wacana intelek berkaitan maqasid al-shariah dilihat semakin bertambah dengan sokongan yang diberikan oleh pihak pemerintah di Malaysia. Antara indikator yang digunakan bagi menunjukkan tahap persediaan ahli akademik di Malaysia berkenaan wacana Maqāsid Al-Shariʿah ini ialah melalui pemerhatian semula terhadap kewujudan literatur dan penulisan artikel jurnal yang telah diterbitkan. Melalui penulisan artikel jurnal, ia secara tidak langsung membuktikan wujudnya pendedahan, wacana dan kajian yang serius berkenaan konsep Maqāsid Al-Shariʿah dalam kalangan ahli akademik. Kajian kualitatif ini menganalisis status perkembangan Maqāsid Al-Shariʿah di Malaysia berdasarkan penulisan dan penerbitan yang telah dilakukan. Kajian ini menggunakan metodologi PRISMA dengan skop data simpanan di web www.scopus.com dan http://myjurnal.my yang menghimpunkan ribuan penulisan ilmiah di dunia. Hasil tapisan akhir mendapati sebanyak 296 artikel berkaitan Maqasid al-Shariah telah diterbitkan dalam pelbagai bidang. Pola-pola penulisan juga dianalisis bagi melihat kecenderungan penulisan para akademia dalam bidang ini. Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada penyelidikan seterusnya terutama penyelidik novis.10 41