2020 SWAN
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2020 SWAN by Title
Now showing 1 - 20 of 86
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Adab-Adab Belajar Berdasarkan Manuskrip Melayu: Kajian Terhadap MSS 2906 (B) Tibyan AlMaram Ṭalibah Al-Talabah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29)Mohd Anuar bin MamatDewasa ini gejala sosial dalam kalangan pelajar ini semakin serius merebak, malah ia sudah menjadi isu yang saban hari dilaporkan dalam media massa. Masalah sosial pelajar yang terus menerus berlaku dan merunsingkan ini memberi isyarat tentang kelemahan pendidikan Islam dan juga adab dalam kalangan pelajar. Rungutan daripada guru juga saban hari kedengaran mengenai masalah adab ini dan hal ini juga dalam perhatian KPM selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang antara lain untuk menghasilkan pelajar beretika dan mempunyai identiti nasional berasaskan sumber dan jatidiri Melayu. Dengan ini, kajian manuskrip Melayu tentang adab pelajar amat sesuai dijadikan panduan dan model kepada pelajar dan identiti sebenar masyarakat Melayu-Islam selaras dengan penekanan Islam terhadap adab semasa belajar sebagai asas kecemerlangan pendidikan Islam. Tinjauan menunjukkan bahawa sarjana Alam Melayu juga menghasilkan banyak karya mengenai adab pelajar ini. Namun, karya yang dihasilkan tersebut sebahagiannya masih berstatus manuskrip, seperti kitab Tibyān al-Marām Ṭalibah al-Ṭalabah yang merupakan kitab terpenting dalam tema ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji manuskrip tersebut dan menganalisis adab belajar dalamnya. Dengan adanya kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada penyelesaian masalah adab dalam kalangan pelajar selanjutnya meneroka kajian lanjutan berkaitan pendidikan Islam dalam khazanah warisan masyarakat Melayu-Islam24 2 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Al-Qur’An Dan Dokumen Elektronik: Implementasi Dalam Undang Undang Keterangan Islam(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Wan Abdul Fattah Bin Wan Ismail; ;Lukman Bin Abdul MutalibAl-Qur’an merupakan kitab Allah SWT yang terakhir, yang menjadi mukjizat paling agung yang telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan panduan kepada manusia. Al-Qur’an bukan sahaja sarat dengan ilmu pengetahuan berkaitan akhirat iaitu hubungan makhluk dengan Khaliqnya, bahkan turut menjelaskan hubungan makhluk sesama makhluk dan juga alam. Pada asasnya, al-Qur’an menyentuh perkara-perkara paling utama iaitu berkaitan akidah, akhlak dan syariat sehinggalah kepada isu-isu lain termasuklah berkaitan dengan kehakiman. Dari segi kandungan, tidak semua perkara dijelaskan secara terperinci di dalam al-Qur’an sepertimana hukum pewarisan harta pusaka, perceraian, zihar, li’an dan seumpamanya. Kenyataan ini tidak bermakna al-Qur’an tidak lengkap, bahkan al-Qur’an telah meletakkan garis panduan bersifat umum untuk disesuaikan dengan keadaan tempat dan zaman yang turut disokong oleh sumber-sumber syarie yang lain. Dokumen merupakan kaedah pembuktian yang terpenting di zaman ini sama ada dalam perundangan Islam atau sivil. Keterangan dokumen dibahagikan kepada dua iaitu dokumen dalam bentuk tradisional dan elektronik. Sekalipun keterangan melalui dokumen yang dinyatakan dalam Al-Qur’an secara zahirnya difokuskan dokumen tradisional, namun tidak terdapat mana-mana nas yang menolak dokumen elektronik. Kertas kerja ini ingin melihat hubungan al-Qur’an dengan dokumen elektronik dalam keterangan. Selain itu, kertas kerja ini akan menilai sejauh manakah dokumen elektronik dapat dijadikan kaedah pembuktian sama berkaitan kesaksian, pengakuan, sumpah dan sebagainya. Jika boleh dijadikan kaedah pembuktian, keterangan dokumen elektronik dapat diguna pakai dalam pelbagai kes, termasuklah kes-kes jenayah, muamalat, munakahat dan sebagainya.13 96 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Amalan Baik Paradigma Nabawi ‘Al Hisbah’ Dalam Perlaksanaan E Penilaian Sebagai Instrumen Pengawasan Baharu Di Institusi Pengajian Tinggi Swasta Di Malaysia Semasa Pandemik Covid-19: Satu Kajian Kes Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPS)(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Muhammad Aizat Md Sin ;Wan Mohd Dhaiyudeen Helmy W.M ;Nor Izham Bin Subri ;Izwan Nurli Bin Mat BistamamMohd Zaki Bin ShahabuddinPandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah mengubah lanskap sistem pendidikan samada pembelajaran dan penilaian peperiksaan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi khususnya di Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Cabaran ini telah mentransformasikan sistem dan kaedah pendidikan yang lebih memaksa kepada penggunaan e-pembelajaran dan e-penilaian. Malangnya, perlaksanaan e penilaian masih asing kepada landskap sistem pendidikan negara kita di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian konseptual yang melibatkan sejumlah pelajar dan tenaga pengajar akademik Kolej Universiti Islam Perlis menerima aplikasi e-penilaian sebagai instrumen pengawasan iaitu menggantikan peperiksaan akhir secara bertulis disamping pengamalan konsep Hisbah selari dengan tuntutan Syarak dan visi misi Institusi Pengajian Tinggi Swasta berteraskan Islam. Namun, berdasarkan hasil penelitian yang dijalankan mendapati ketidaksediaan dari segi langkah, prosedur, infrastruktur dan kemampuan. Walaupun e-penilaian memberi kebaikan kepada sistem pendidikan namun dalam masa yang sama turut mempunyai kekurangan jika tidak diselia atau tiada pengawasan dengan sebaiknya. Oleh yang demikian, semua pihak harus bekerjasama untuk memastikan aplikasi e-penilaian ini tidak menurunkan kualiti akademik dan intergriti peperiksaan Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Malaysia.3 36 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Hadith Di Dalam Kitab Risalah Tazkirah Al-Guflah Fi Bayan Asrar As-Solat(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Abdulloh Salaeh ;Amran Abdul Halim ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Mohd. Fauzi Mohd Amin; ;Mahsor Yahya ;Walid Mohd SaidMesbahul HoqueAgama Islam telah datang menerangi di Kepulauan Tanah Melayu ini semenjak dari abad ke 16 Masihi lagi. Perkembangan Agama Islam yang begitu pantas ini berjaya melahirkan ramai ilmuan dan cendiakawan yang hebat khususnya di tanah Pattani. Ini dapat disaksikan pada Abad ke 17 Masihi di mana di zaman inilah lahir ramai ulama dari kepulauan nusantara ini, antaranya tokoh yang amat terkenal iaitu Syeikh Daud Al-Fatani dan Syeikh Abdullah bin Idris Bendam Badam dan lain-lain. Kelahiran ini bukan sahaja melahirkan tokoh yang terkenal malah kitab-kitab rujukan yang masih segar sehingga zaman moden ini. Antara kitab yang masih digunakan bagi Syeikh Abdullah bin Idris Bendam Badam ialah Kitab Kitab Risalah Tazkirah Al-Guflah Fi Bayan Asrar As-Solat. Kitab ini bukan sahaja menjadi bahan rujukan bahkan dijadikan sebagai bahan pembelajaran utama di beberapa institusi pondok yang masih wujud sehingga sekarang. Kitab ini sebagai asas pembelajaran mereka tentang solat, Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan menganalisis kedudukan hadith yang terkandung di dalamnya. Justeru kertas kerja ini akan cuba memberikan pendedahan tentang kedudukan serta kajian hadith yang dilakukan terhadap kitab ini yang mana di dalamnya terkandung hadis yang sahih, hasan, dhaif dan lain-lain. Kajian ini juga akan dapat memberikan pendedahan umum tentang pengarang serta kitabnya. Kajian ini menggunakan kaedah berbentuk penyelidikan perpustakaan. Hasil kajian ini dapat membantu masyarakat dalam memberikan pendedahan tentang ilmu hadith, kedudukannya serta penggunaannya dalam kitab ini.11 62 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Hujah Mengenai Isu Perselisihan Bay’ ‘Inah Terutama Melibatkan Dalil Hadith Dan Athar Berdasarkan Kaedah Tarjih(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29)Fathullah AsniKajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis hujah-hujah mengenai isu perselisihan kontrak bay’ ‘inah berdasarkan kaedah tarjih. Kajian ini bertitik tolak daripada perbezaan pendapat di kalangan para ulama terhadap kontrak bay’ ‘inah mengenai keharusannya. Justeru, analisis terhadap hujah-hujah daripada pihak-pihak yang berselisih perlu dijalankan agar dapat ditentukan pendapat yang terpilih berdasarkan kepada kaedah tarjih. Kajian ini bersifat kualitatif iaitu bermula dengan metode kepustakaan iaitu dengan mengumpul data-data kepustakaan daripada bahan-bahan dalam bentuk buku dan jurnal untuk membentuk teori kajian. Kemudian dikenalpasti semua dalil-dalil yang dikemukakan oleh para ulama mengenai kontrak bay’ ‘inah. Kemudian data-data tersebut dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat dua pendapat mengenai kontrak bay’ ‘inah iaitu majoriti ulama berpendapat bahawa bay’ ‘inah adalah haram, sementara minoriti ulama berpendapat bahawa bay’ ‘inah adalah harus. Kajian juga mendapati bahawa pendapat majoriti ulama adalah rajih setelah dianalisis menggunakan kaedah tarjih iaitu kerana kekuatan daripada sudut dalil hadith dan athar sahih yang khusus melarang bay’ ‘inah berbanding penggunaan hujah dalil qiyas yang umum yang digunakan oleh pihak minoriti.13 181 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Kehujahan Ḥadīth Dalam Pengkaedahan Sintaksis Arab Menurut Al-Suyuṭi(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Roshimi Abdullah ;Muhammad Ihsan bin IdrisFathullah AsniRasullullah صلى الله عليه وسلم dikurniakan kefasihan dalam bertutur yang tidak dapat disangkal oleh mana-mana sarjana Islam. Namun, para sarjana sintaksis (nahu) bahasa Arab berselisih pendapat sama ada untuk menerima atau menolak hadith sebagai sumber penghujahan (shahid) dalam pengkaedahan sintaksis bahasa Arab. Hal ini bertitik tolak daripada kebanyakan lafaz ḥadīth diriwayatkan dengan makna dan berlakunya laḥn (gubahan) terhadap lafaz ḥadīth kerana terdapat dalam kalangan periwayat yang terdiri daripada bukan Arab. Kajian-kajian lepas menunjukkan antara tokoh sintaksis bahasa Arab yang dikatakan menolak hadith dalam pengkaedahan sintaksis bahasa Arab ialah al-Suyuti. Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang mengatakan beliau berada di pertengahan, iaitu di antara menerima dan menolaknya. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk melihat perbincangan para pengkaji terhadap pandangan al-Suyuti dalam menerima hadith sebagai sumber pengkaedahan sintaksis bahasa Arab. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah perolehan data menggunakan analisis kajian-kajian para pengkaji dan hujah-hujah mereka. Dapatan kajian menunjukkan al-Suyuti menerima ḥadīth sebagai sumber penghujahan dalam kaedah sintaksis bahasa Arab tetapi hanya menerima ḥadīth-ḥadīth yang diriwayatkan dengan lafaz Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan bertepatan dengan kaedah sintaksis bahasa Arab. Hal ini dapat dibuktikan menerusi pandangan beliau dalam karya al-Iqtirāḥ fī ‘Ilm Uṣūl al-Naḥw dan beliau turut mendatangkan banyak ḥadīth sebagai hujah pengkaedahan sintaksis bahasa Arab dalam karyanya Ham‘ al-Hawāmi‘ fī Sharḥ Jam‘ al-Jawāmi‘ dan kitab al-Ashbāh wa al-Naẓā’ir fī al-Naḥw.2 23 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Pandangan Pakar Mengenai Karakteristik ‘Asabiyyah Ibnu Khaldun: Satu Kajian Awal(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29); ; ;Latifah Abdul LatiffMakalah ini membincangkan hasil analisis awal menurut pandangan pakar dalam mengenalpasti perbincangan sarjana Islam unggul, Ibnu Khaldun berkenaan karakteristik ‘asabiyyah yang menjadi faktor utama dalam Teori Kitaran beliau. Usaha ini bagi menangani kelompangan kajian terdahulu untuk merungkai secara sistematik, karakteristik yang ada dalam perbincangan ‘asabiyyah oleh Ibnu Khaldun. Sebagai analisis awal, pengkaji telah menjalankan kajian ke atas tiga orang pakar dalam pengkajian ilmu Ibnu Khaldun yang diperoleh secara temu bual mendalam dan dianalisis secara tematik. Hasil analisis awal mendapati terdapat empat karakteristik utama dalam konsep ‘asabiyyah Ibnu Khaldun, iaitu kekuatan agama, perkongsian tujuan dan nilai, melangkaui pertalian darah, bersifat positif dan berani mengajukan tuntutan. Justeru, kajian ini dapat menjadi sumber rujukan yang lebih sistematik dan tersusun dalam menjelaskan karakteristik ‘asabiyyah Ibnu Khaldun yang menjadi teras utama jatuh bangun sesebuah tamadun. Malahan dapatan kajian ini dapat mengangkat kerelevanan perbincangan yang menjangkau 600 tahun yang lampau untuk diaplikasikan kepada masyarakat heterogen yang unik dan pelbagai dalam peradaban masa kini.11 23 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Tematik Kalimah ‘Rijz’ Dalam Quran Dan Hadis Nabawi(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29); ; Kalimah ‘rijz’ merujuk kepada sejenis azab yang diturunkan Allah SWT ke dunia kepada beberapa umat terdahulu kerana mengingkari perintah Allah SWT. Berdasarkan perbahasan sarjana tafsir dan hadis, azab daripada jenis ‘rijz’ ini masih wujud sehingga ke hari ini. Namun, kajian menyeluruh mengenai kalimah ‘rijz’ masih tidak banyak diketengahkan, sedangkan manusia berdepan dengan bahayanya pada setiap zaman. Bahkan kebanyakannya kajian lepas lebih tertumpu kepada wabak penyakit Thaun. Justeru, artikel ini akan mengenalpasti dan menganalisis kalimah ‘rijz’ yang terdapat dalam Quran dan hadis. Ciri-ciri azab yang terdapat pada kalimah ‘rijz’ dan langkah-langkah preventif mengenainya akan dikenalpasti dan dianalisis menggunakan pendekatan analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kalimah “rijz” mempunyai ciri-ciri yang signifikan dengan beberapa jenis penyakit wabak yang diketahui pada hari ini. Hasil gabungan pengembangan makna kalimah ‘rijz’ dalam Quran dan hadis juga menunjukkan suatu pendekatan baharu bagi mendepani penyakit wabak yang berkemungkinan besar akan berlaku lagi sama ada pada masa kini atau akan datang. Kajian ini juga berpotensi menjadi jambatan ke arah pengintegrasian antara ilmu naqli dan aqli, khususnya dalam bidang perubatan dan sains kesihatan dan seumpamanya.9 27 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Bibliometric Analysis Of Publications Related To Surah Al-Nahl: Towards Research In I’Jaz Studies(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Aisyah Humairaa Muhammad Faisal ;Maryam Mokhtar ;Tg. Ainul Farha Binti Abdul RahmanSurah Al-Nahl is the 16th chapter in the Qur'an and among the contents of this surah is the reference to bees and honey and its nutrition. From the medicine perspective, bees are a main agent and play a big role in honey production. Trend of research publications on bee and honey were studied before. Therefore, this paper will analyze the trend research publications on I’jaz Studies in Surah Al-Nahl from previous studies in view of bibliometrics analysis. The study focused on content analysis, especially in the field of primary research on the topic and then presents the data into three types: a) publication types of previous studies b) fields of previous studies and c) language medium of previous studies. This study uses bibliometrics analysis to examine the results of past research publications on bee and honey in Surah Al-Nahl. Bibliometric is the use of statistical methods to analyze books, articles, and other publications. Many research fields use bibliometric methods to explore the impact of their field, the impact of a set of researchers, the impact of a particular paper, or to identify particularly impactful papers within a specific field of research. Bibliometrics also has a wide range of other applications, such as in descriptive linguistics, the development of thesauri, and evaluation of reader usage. However, the number of bibliometric analysis on Surah Al Nahl in the field of I’jaz studies is still limited. Hopefully the efforts of researchers from Kolej GENIUS Insan are very significant in the development of I’jaz studies on Quranic texts studies, especially in analysis of previous studies.3 44 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Bibliometric Analysis Of Research Publications Related To At-Tazkir And At-Ta’Nith In Al-Qur’An(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Maryam Mokhtar ;Aisyah Humairaa Muhammad FaisalTg. Ainul Farha Tg. Abdul RahmanOne discussion that is still studied by Arab linguistic scholars until now is the use of the gender which is a problem that is found in the Al-Quran. Therefore, this study is designed to collect and interpret nas from the Al-Qur’an regarding at-Tazkir and at Ta’nith, analyzing the trend research publications on topics stated and to propose a wider research scope for further studies. Using bibliometrics analysis, previous publications on at-Tazkir and at-Ta’nith in the Al-Qur’an are examined. From the previous publications, researcher discovered that studies done were mostly published as journal articles with percentage of 64 percent. Most studies were only done generally on at-Tazkir and at-Ta’nith field. In linguistic studies, fields studied are the general at-Tazkir and at-Ta’nith, the specific at-Tazkir and at Ta’nith in Ism, at-Tazkir and at-Ta’nith in Fiil and Tahlil Al-Qur’an. In science area, two fields are studied which are quranic science and religious cosmology. From the Islamic view, the only field of study present is in Islamic studies. Language mediums used in those publications are majority done in Malay and Arabic, rather than in English. It is found that the research publications on at-Tazkir and at Ta’nith in the Al-Qur’an are mostly focused in the general at-Tazkir and at-Ta’nith and not specific topics of ism or fiil. Hence, more studies and researches on specific topics of at-Tazkir and at-Ta’nith should be done besides the general topic, as the number of studies and publications done on these topics are very scarce. Further studies of at-Tazkir and at-Ta’nith in the Al-Qur’an are sure to give significant contribution in development of knowledge for Muslims and the society.4 18 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Cendana Dalam Teks Hadith, Peradaban Islam Dan Tren Penyelidikan Terkini(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29)Thuraya AhmadSepanjang menyelusuri teks hadith, pembaca tidak akan menemui perkataan cendana kerana ia terangkum dalam perkataan arkaik. Wujudnya kayu cendana sebagai barangan yang sudah dikenali pada zaman Rasulullah s.a.w. tidak terserlah dalam kalangan umum seperti mana; al-ḥabbat al-sawdā`, buah tamar, buah tin dan seumpamanya. Hal ini disebabkan kekangan perkataan arkaik (gharīb al-ḥadīth) yang sukar difahami maknanya. Oleh yang demikian, kajian ini akan mengetengahkan hadith sahih yang menyentuh tentang cendana dan kepentingannya pada zaman awal Islam. Seterusnya ia meninjau tren penyelidikan terkini berkaitan cendana bagi mengenalpasti keprihatinan masyarakat Islam dan dunia moden. Bertitik-tolak dari objektif tersebut, untuk permulaannya analisis tekstual dilakukan melibatkan nas hadith, rujukan klasik dan kontemporari yang berkaitan. Berikutnya, dijalankan analisis bibliometrik melibatkan kajian terkini berkaitan cendana (Santalum album) yang tersimpan dalam arkib PubMed Central (PMC) bagi tahun 2020. Analisis yang dijalankan untuk menilai tren penyelidikan ini melibatkan kajian kuantitatif dan kualitatif. Hasilnya, didapati cendana merupakan produk yang bernilai pada zaman awal Islam. Bagaimanapun, buat masa ini cendana adalah antara spesis terdedah kepada kepupusan dan negara bukan Islam terserlah dalam penyelidikan berkenaannya. Kajian menyarankan kepada masyarakat Islam supaya prihatin terhadap kedudukan spesis ini dalam menghadapi kegelojohan dunia yang mengancam survivalnya.19 5 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication De-Radicalization Of Jihadism: An Analysis Of Maqasid Approach(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29)Tazul IslamJihad itself is not an objective in Islam. Yet, it is a means for various objectives like distinction between truth and false, gaining Allah's satisfaction, self-defense and repelling aggression, reinforcing of da‘wah and consolidating the callers, eliminating fitnah from society, helping oppressed and repelling tyrannical rule, purifying believers' group, extermination of internal enemy, sanction for betrayal and breaking agreements, sublimating God's word. However, violent jihadism has become a source of extremism and radicalization. This research aims to dissolve the controversy aroused about implementations of jihad in contemporary era by confining its objectives. The use of Jihad, its usage and types may be determined based on its objectives. This research is qualitative in nature as it focuses only on library data. However, to explore a maqasid perspective, books of tafsir will be used for the relevant issues. It is expected that this study would help to understand the problem and therefore promote moderation in religious practices.18 13 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Exploring The Impact Of Cross Culture Adjustment Towards Economic Growth In Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Razinda Tasnim Abdul Rahim ;Mai Syaheera M. ShaariMuhammad Aizat Md SinLast two and a half decades, economic growth theory has expanded the list of fundamental development processes to include not only income but also human capital, demographic transition, technology/urbanization, institutions and economic integration. Some of these processes are closer to be the main causal backbone of economic development than others. One major characterization of economic development is the cross-culture adjustment. This paper explores the impact of cross culture adjustment towards economic growth from year 2017 until 2019 by employing the ARDL bounds testing approach to cointegration and Error Correction Model (ECM) for the short run relationship. Through this study, hopefully an effective model can be proposed in order to enhance the development of cross culture adjustment towards economic growth in Malaysia.14 2 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Exploring The Sustainability Of Happiness Among Lecturers Based On Tauhidik Integration(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Abdul Rashid bin Abdul Aziz @DorashidShahirah binti SulaimanThis study investigates the sustainability of happiness among lecturers as it observes the level and factors that affect their happiness. A model known as, “Sustainable Happiness Model”, that is introduced by Lyubomirsky, Sheldon, and Schkade (2005), is used as the theoretical basis of this study to understand the influence of happiness among the lecturers. Yet, the element of Tauhidik is integrated along as one of the fundamental aspects in this theory. This study involves research universities in Malaysia. The result of the samples is determined by using stratified sampling (645 lecturers were involved). A descriptive analysis is used to describe the mean distribution level of happiness among lecturers, while inference analysis of multiple regressions is used to determine the most dominant factors that influence lecturers’ sustainability of happiness. Most of the lecturers recorded the high score in their happiness level (95.5 percent). While from the multiple regression analysis, it was found that the predictive factors showed significant correlation and strong relationship towards happiness which included cognitive, motivational and religion components. In this article, the importance of Tauhidik elements integration in building happiness were discussed as what has been taught by Prophet SAW.15 1 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Faktor-Faktor Penyumbang Kadar Kelahiran Anak Tak Sah Taraf Di Malaysia: Tinjauan Saranan Dari Al Quran Dan Al-Sunnah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29); ;Wan Abdul Fattah Wan Ismail ;Lukman Abdul Mutalib; ; Zulfaqar MamatIsu kelahiran anak tidak sah taraf masih belum selesai. Penyelesaian seharusnya dilihat dari akar umbi selaras dengan pendekatan yang diterapkan oleh al-quran dan al-hadith. Artikel ini menganalisis faktor penyumbang kepada kadar kelahiran anak tak sah taraf dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Kajian telah ini menganalisis faktor-faktor penyumbang kepada kelahiran anak tak sah taraf menggunakan metodologi temu bual dan analisis dokumen. Secara keseluruhannya, terdapat tujuh tema utama faktor-faktor yang mempengaruhi bilangan kelahiran anak tak sah taraf antaranya ialah, faktor keluarga, agama, pendidikan, rakan sebaya, teknologi, perasaan semula jadi, dan pergaulan bebas. Dapatan kajian ini memperincikan sub-faktor bagi faktor-faktor utama yang seharusnya ditekankan dalam menangani permasalahan ini. Makalah ini kemudiannya mengutarakan solusi bagi faktor-faktor tersebut melalui al-quran dan al-sunnah. Kajian lanjutan perlu dilakukan menerusi pelbagai medium dan metodologi bagi mengisi beberapa kelompangan yang telah dijumpai semasa kajian ini dilakukan.21 236 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Hadis Fada’Il Al-Suwar Sebagai Motivasi Tadabbur Al-Qur’An: Kajian Perbandingan Antara Ibn Kathir Dan Al Tha’Alibiy Dalam Tafsir Surah Al-BaqarahFadilat surah atau ayat dalam Quran merupakan suatu cabang daripada perbahasan ilmu-ilmu berkaitan Quran. Dalam masa yang sama ia juga terkandung dalam kitab-kitab hadis sebagai sebahagian dari topik utama periwayatan daripada baginda Rasulullah SAW serta para sahabat r.a. Dalam ilmu tafsir, nukilan riwayat mengenai fadilat ayat dan surah menjadi sebahagian dari tumpuan para mufasir bagi melengkapkan tafsiran mereka terhadap sesuatu ayat mahupun surah. Tradisi ini berkembang secara konsisten dan berstruktur sehingga menjadikan nukilan riwayat berkaitan fada’il sebagai sebahagian dari komponen utama mukadimah tafsir sesuatu surah dalam kitab-kitab tafsir termasyhur. Walau bagaimanapun, dalam konteks ini beberapa isu timbul dalam kalangan pengkaji terutama berkaitan kualiti hadis atau riwayat yang dipaparkan. Selain itu, hubungkait antara fadilat yang disebut dalam sesuatu hadis atau riwayat dengan kandungan serta objektif surah berkenaan turut menarik perhatian untuk dikaji, lebih-lebih lagi dalam usaha untuk mencerap, menyerap serta menerapkannya dalam amalan hidup harian sehingga membentuk sebuah nilai diri unggul berteras Quran seperti yang digambarkan oleh Sayyidatuna Aishah r.a mengenai sahsiah Rasulullah SAW sebagai sebuah peribadi Quran, serta seperti yang disifatkan oleh Sayyid Qutb r.a mengenai keperibadian generasi para sahabat r.a sebagai sebuah jil Qura’an farid (generasi Quran yang unik). Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji, menilai dan merumuskan metode pemilihan hadis dua tokoh mufasir terkemuka dari aliran tafsir berasaskan riwayat iaitu Ibn Kathir dan al-Tha’alibiy dalam kitab tafsir mereka serta pendekatan mereka dalam menggabungjalinkan maksud hadis atau riwayat berkenaan dengan kandungan serta objektif surah dalam konteks menarik perhatian para audiens untuk mencerap, menyerap serta menerapkannya dalam diri masing-masing dengan erti kata yang dimaksudkan sebagai tadabbur al-Qur’an. Kajian ini adalah berasaskan penelitian terhadap kedua-dua kitab tafsir dua tokoh ini serta kitab-kitab utama hadis sebagai sumber primer dan kitab kitab takhrij serta tahkik hadis sebagai sumber sekunder seterusnya kajian-kajian lain berkaitan kedua-dua tokoh ini, metodologi tafsir, tadabbur al-Qur’an dan lain-lain sebagai pelengkap. Antara jangkaan dapatan utama kajian ialah hadis dan riwayat berkaitan fada’il suwar sangat penting dalam menarik perhatian audiens untuk mengkaji dan mengahayati kandungan sesuatu surah, namun setiap mufasir atau pengkaji perlu bijak dalam menyaring, memilih dan mempersembahkannya. Selain itu, para mufasir atau pengkaji juga perlu kreatif dalam menganalisis hubungkait fadilat sesuatu surah seperti yang terkandung dalam sesuatu riwayat dengan kandungan tersurat atau tersirat surah berkenaan, bagi membentuk keperibadian serta sahsiah audiens selari dengan maqasid al-Qur’an.6 57 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Hadith Dalam Matn Hirz Al-Amani Dan Tayyibah Al-Nasyr: Olahan Maksudnya Dalam Bentuk SyairMatn Syatibiyyah dan Tayyibah al-Nasyr adalah rujukan utama dalam ilmu Qiraat. Imam al-Syatibiy menghasilkan Matn Syatibiyyah bersumber dari kitab al-Taisir yang dihasilkan oleh Imam Abu Amru al-Dani. Karya Imam al-Syatibiy ini menjadi teks utama dalam pengajian ilmu Qiraat Tujuh. Semua Usul Qiraat dan Farsy Huruf bagi semua Qurra diolah dengan bahasa yang amat baik dan menjadi hujah dalam ilmu Qiraat Tujuh. Manakala Matn Tayyibah al-Nasyr pula yang dihasil oleh Imam Ibn al-Jazari juga menjadi rujukan dalam Qiraat Sepuluh Kubra. Kandungannya diolah dari Matn Syatibiyyah dan Matn Durrah. Ijtihad Imam Ibn al-Jazari ini telah melengkap pengajian ilmu Qiraat Sepuluh. Menariknya jika dilihat dalam muqadimah kedua-dua matn tersebut terdapat bait syair yang diolah bersumber daripada hadith Rasulullah S.A.W. Perkara ini amat menarik dan perlu dibuat kajian untuk melihat bentuk syair yang digunapakai bersumberkan hadith. Selain itu ia juga melihat status hadith dengan cara melihat kepada takhrij hadith. Kajian mendapati hadith Nabi S.A.W. yang terdapat dalam dua matn Qiraat adalah berkaitan dengan kelebihan membaca al-Quran, anugerah yang mereka akan peroleh dan juga galakan untuk membaca al-Quran. Selain itu ia ada juga berkaitan cara membaca isti’azah dan basmalah. Kesimpulanya kedua matn Qiraat ini amat tinggi nilainya dalam ilmu Qiraat dan mengaitkan dalam kandungan muqadimahnya dengan beberapa hadith yang diolah dalam bentuk syair. Kedua-dua pengarangnya adalah mahir dalam ilmu Qiraat dan amat mahir juga dalam ilmu hadith.4 80 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Inovasi Pembelajaran Quran Dalam Kalangan OKU Pekak Berdasarkan Hadis Keutamaan Membaca Quran(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Norakyairee Mohd Raus ;Siti Ramna KhamaruddinSiti Rahmah Ahmad RazuanInisiatif kelab khidmat mahasiswa cakna OKU, Sekretariat Sahabat FAQEH USIM (SaF USIM) di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM dalam penganjuran online Tadarus Tanpa Suara (TTS) merupakan usaha ke arah memperkasa masyarakat dan mengupaya komuniti OKU dalam berinteraksi bersama Quran. Online TTS berlangsung setiap hari sepanjang bulan Ramadhan 1441H bermula jam 10.00 pagi menggunakan aplikasi Google Meet. Usaha ini secara tidak langsung memberi pendedahan dan kesedaran kepada mahasiswa khususnya dan masyarakat terhadap hadis keutamaan membaca Quran yang perlu diterokai pendekatannya berdasarkan kekuatan dan kelainan upaya belajar komuniti OKU. Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat peranan SaF USIM dalam usaha santunan mahasiswa USIM terhadap komuniti OKU dan impak dalam penganjuran program Online TTS terhadap komuniti OKU Pekak di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif di mana protokol pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen merupakan kaedah pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan keperluan terhadap penerokaan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Quran terhadap komuniti OKU Pekak khususnya dalam memperkasa peranan mahasiswa cakna OKU. Ia turut memberi definisi baharu dalam pembelajaran Quran dalam kalangan komuniti istimewa ini di mana kaedah pembacaan Quran bukan hanya tertumpu kepada pembacaan terjemahan Quran sahaja. Jika komuniti tipikal membaca Quran bersuara, bertajwid dan bertarannum, maka komuniti OKU Pekak membaca Quran tanpa suara dengan mengisyaratkan kod tangan hijaiyyah pada setiap huruf-huruf Quran sesuai dengan aspirasi Hadis Nabi SAW berkaitan keutamaan membaca Quran melalui konsep ‘Alif’ satu huruf, ‘Lam’ satu huruf dan ‘Mim’ satu huruf.113 6 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kaedah Penanganan Wabak Pandemik Berdasarkan Hadis Dan Kearifan Lokal Masyarakat Islam(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Muhammad Widus SempoAbdulloh SalaehMasyarakat dunia telah banyak berdepan dengan cabaran wabak pandemik seperti maut hitam, Ebola, Kolera, Influenza H1N1, HIV/AIDS, SARSCoV, MERS Cov dan yang terbaharu adalah COVID-19. Angka kematian yang tinggi ekoran wabak tersebut menunjukkan kelemahan manusia dalam melakukan pengawalan dan penanganan. Justeru, kaedah penanganan yang sedia ada seperti social distancing, (lock down), isolasi pesakit, kuarantin dan sebagainya dalam mengawal penularan COVID-19 yang merebak dengan begitu pantas bukanlah perkara yang baharu, melainkan kaedah semacam ini dipercayai mempunyai asal-usul dalam tradisi Islam. Oleh itu, kajian ini menumpukan perbincangannya terhadap kaedah penanganan wabak pandemik dalam tradisi Islam berdasarkan hadis dan kearifan lokal masyarakat Islam. Kajian ini dijalankan secara induktif terhadap kitab-kitab hadis dan manuskrip perubatan Islam. Didapati dalam kajian ini bahawa masyarakat Islam memiliki kaedah tersendiri dalam mengawal penularan wabak pandemik berpandukan hadis dan kearifan lokal yang tertakluk kepada sosial-budaya mereka.48 7 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Tematik Tentang ‘Bintang’ Dalam Perspektif Hadis Berdasarkan Kutub Sittah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Mohd Asmadi Yakob ;Thuraya Ahmad ;Nur Nafhatun Md ShariffZety Sharizat HamidiSalah satu objek yang terdapat di langit dan banyak kali disebut dalam hadis ialah bintang-bintang. Sungguhpun bintang-bintang sangat jauh, namun dalam kehidupan seharian, bintang-bintang amat dekat dengan manusia. Ini kerana kita biasa menggunakan istilah-istilah ‘bintang’ seperti ‘bintang hati’, ‘bintang popular’, ‘bintang filem’ dan sebagainya. Kebanyakan perkataan ‘bintang’ digunakan dengan makna majazi dan jarang digunakan dengan makna hakiki. Perkataan bintang juga seringkali digunakan untuk menunjukkan kepada kehebatan, ketinggian atau keutamaan. Dalam hadis Nabawi, terdapat beberapa kalimah yang boleh diterjemahkan sebagi bintang seperti al-Najm, al-Nujūm, al-Kawkab, al-Kawakib dan al-Thurayya. Dari segi tematik, lafaz yang merujuk kepada makna bintang itu dibincangkan oleh Rasulullah SAW dari pelbagai sudut samada ianya berkaitan dengan akidah, analogi atau kadangkala penggunaan tersebut mempunyai implikasi hukum yang tersendiri. Justeru itu, kertas kerja ini mengumpul dan menganalisis hadis-hadis Rasulullah SAW dalam Kutub Sittah berkaitan dengan bintang-bintang dari sudut makna dan tema. Dengan menggunakan metode kualitatif, kajian ini mendapati terdapat sejumlah hadis yang membincangkan tentang bintang-bintang dalam beberapa tema utama sama ada dalam bentuk maknanya secara hakiki atau secara majazi.160 23