Browsing by Author "Abdul Rahim bin Ahmad"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Teknologi Multimedia (PTM) Dalam Kursus Qiraat: Kajian Terhadap Pelajar Program Qiraat Di Darul Quran, JAKIM(USIM Press, 2023) ;Hayati binti Hussin ;Muhammad Hafiz bin Saleh ;Abdul Rahim bin Ahmad ;Abd Rahman Abd GhaniNur Zainatul Nadrah binti ZainolSeiring dengan perkembangan semasa teknologi abad ke-21 ini, penggunaan teknologi multimedia (PTM) dalam sektor pendidikan berpotensi untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan, berkemahiran serta berdaya saing. Kepelbagaiaan PTM dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran mampu melahirkan jenerasi al-Quran yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Kewujudan virus Covid-19 seakan-akan mengasak masyarakat dunia termasuk Malaysia ke arah penggunaan teknologi digital secara lebih menyeluruh yang secara tidak langsung menyebabkan satu lonjakan digital di Malaysia. Kaedah pengajaran dan pembelajaran kursus qiraat secara bersemuka ditukarkan secara atas talian atau maya. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan PTM dalam kursus qiraat, kajian terhadap pelajar program qiraat di Darul Quran, JAKIM(DQ). Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang berbentuk kajian kesmelalui temu bual kumpulan fokus(FGD) digunakan kerana ia menepati objektif kajian. Hasil kajian kebanyakkan pelajar mempunyai pengetahuan yang tinggi berkaitan PTM dalam kursus qiraat. Terdapat 14 daripada 20 orang pelajar iaitu mewakili 70% daripada jumlah keseluruhan pelajar. Adapun baki pelajar pula iaitu 6 daripada 20 orang mewakili 30% mengatakan mereka kurang pendedahan untuk menggunakan PTM. Kebanyakkan pelajar mempunyai kemahiran yang tinggi berkaitan PTM dalam kursus qiraat. Terdapat 14 daripada 20 orang pelajar iaitu mewakili 70% daripada jumlah keseluruhan pelajar. Adapun baki pelajar pula iaitu 6 daripada 20 orang mewakili 30% mengatakan mereka kurang mahir untuk menguasai PTM. Di antara cabaran utama yang terpaksa dihadapi oleh pelajar menggunakan PTM ialah kekangan capaian internet dan kekurangan prasarana. Pernyataan ini disokong dengan dapatan FGD bersama pelajar iaitu terdapat 19 daripada 20 orang pelajar iaitu mewakili 95% daripada jumlah keseluruhan pelajar. Adapun baki pelajar pula iaitu 1 orang mewakili 5% mengatakan tiada kekangan dalam menggunakan PTM. Kajian ini memberi implikasi penting kepada Darul Quran, Universiti awan dan swasta serta Intitusi pengajian Tahfiz di Malaysia secara umumnya ke arah pembentukan generasi al-Quran yang lebih mantap dan berkualiti dalam menguasai hafazan al-Quran - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penyusunan Ilmu Qiraat Oleh Ulama Nusantara: Kajian Kes Terhadap Tanwir Al-Sadr Bi Qira'at Al-imam Abi Amr Oleh Al-Tarmasiy(Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), 2018) ;Hayati binti Hussin ;Abdul Rahim bin Ahmad ;Aslam Farah SelamatNur Zainatul Nadra ZainolKertas kerja ini merupakan kajian kes terhadap terhadap manuskrip Tanwir al-Sadr Qira'at al-Imam Abi Amr karangan al-Tarmasiy, seorang tokoh Nusantara yang pernah menjadi tumpuan para pencinta ilmu di dunia Arab serta pemilik tiang al-Masjid al-Haram berhampiran Bab al-Safa. Al-Tarmasiy telah mewariskan ensiklopedia ilmu-ilmu Islam yang pelbagai. Di antaranya adalah ilmu serta kitab dan nukilan Qiraat. Metodologi kajian yang digunakan menjurus ke arah kajian kualitatif yang berbentuk analisis dokumen dengan bersumberkan maklumat dan data daripada dua naskhah salinan manuskrip asal beliau yang belum ditahkik. Hasil kajian mendapati al-Tarmasiy telah membahagikan manuskrip ini kepada Bab al-Usul dan Bab al-Farsh. Pembaharuan yang ditampilkan di dalam kitab ini ialah susunannya dimulakan dengan Bab al-Idgham dan diakhiri dengan Bab Surah al-Nas. Susunannya juga menggunakan Bahasa arab fusha yang baik serta mengikut tatacara penulisan kitab mengikut tradisi semasa di zamannya. Usaha al-Tarmasiy dalam hal ini menempatkan kitab beliau setara dengan rujukan-rujukan Qiraat yang lain.implikasi kajian ini adalah membuka jalan kepada usaha tahkik manuskrip ini bagi dimanfaatkan secara optimum oleh para muqri'.