Browsing by Author "Afi Roshezry Abu Bakar"
Now showing 1 - 20 of 24
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisa Kes Ingkar Arahan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 - Fasa 5 Semasa Pandemik Covid-19(Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, 2020) ;Mohd Azmir Mohd Nizah ;Afi Roshezry Abu BakarWirawahida Kamarul ZamanPsikologi keselamatan merupakan terma yang masih baharu yang menggabungkan disiplin ilmu psikologi dan keselamatan. Ia merupakan perasaan yang terhasil melalui proses kognitif dan perlakuan akibat realiti keselamatan. Krisis kesihatan dunia dengan penularan pandemic Covid-19 telah membawa naratif psikologi keselamatan dilihat secara kontruktif. Namun begitu sikap dan tahap kesedaran terhadap Covid-19 menjadi permasalahan dalam memerangi ancaman bahaa wabak ini. Oleh yang demikian, artikel ini membincangkan kepentingan psikologi keselamatan di peringkat individu yang menjadi faktor utama pembendungan wabak. Kemudian, artikel menganalisa kes keingkaran terhadap arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai indicator tahap kesedaran psikologi keselamatan. Data dianalisa melalui cerapan kes ingkar PKP Fasa 1 hingga Fasa 5 iaitu daripada 23 Mac 2020 sehingga 8 Jun 2020. Dapatan analisa menunjukkan sikap masyarakat yang tidak serius tentang kesihatan individu lain merupakan faktor utama. Kes ingkar arahan meningkat sejajar dengan peningkatan operasi pematuhan. Tahap kesedaran masyarakat yang rendah merupakan halangan terbesar dalam pembendungan wabak Covid-19. Cadangan penambahbaikan polisi dibincangkan dalam artikel ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisa Psikologi Keselamatan Terhadap Kes Ingkar Arahan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1–Fasa 5 Melalui Kerangka Maqasid Syariah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Mohd Azmir Mohd Nizah ;Afi Roshezry Abu BakarWirawahida Kamarul ZamanPsikologi keselamatan adalah bidang baharu yang menggabungkan psikologi dan keselamatan. Ia adalah perasaan daripada proses kognitif dan perlakuan daripada realiti keselamatan.Krisis kesihatan dunia dengan Covid 19 telah membawa naratif psikologi keselamatan dilihat secara konstruktif. Namun, sikap dan tahap kesedaran terhadap Covid 19 menjadi persoalan dalam memerangi ancaman bahawa wabak ini. Artikel ini membincangkan kepentingan psikologi keselamatan yang menjadi faktor utama pembendungan wabak. Kemudian analisa kes ingkar arahan PKP sebagai indikator tahap kesedaran psikologi keselamatan dibuat. Data adalah melalui cerapan kes daripada 23 Mac hingga 8 Jun 2020. Huraian melalui kerangka Maqasid Syariah dihujahkan. Sikap tidak ambil peduli masyarakat terhadap kesihatan individu lain merupakan faktor utama. Tahap kesedaran yang rendah merupakan halangan terbesar dalam pembendungan wabak ini. Cadangan penambahbaikan polisi dibincangkan dalam artikel ini - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Cabaran 'Isothymia'-'Megalothymia' Dalam Pembinaan Negara Bangsa Malaysia dan Pencabulan ke Atas Elemen-elemen Anak Watan(Akidah and Religion Studies Programme ,Faculty of Leadership and Management, USIM, 2020-11-04) ;Afi Roshezry Abu BakarMohd Azmir Mohd NizahKonsep negara bangsa moden yang bermula di Eropah pada hujung abad 18 dan 19 telah membawa cabaran besar buat Malaysia dalam mengurus kepelbagaian etnik yang wujud pasca penjajahan. Kewujudan masalah thymos, iaitu perasaan dan kemahuan pengiktirafan terhadap martabat dan maruah, melahirkan isothymia- tuntutan untuk dihormati secara setara dengan yang lain, dan megalothymia- keinginan diiktiraf sebagai unggul telah mendatangkan pelbagai cabaran dan rintangan harus ditempuhi sebelum impian suatu bangsa Malaysia dapat di reliasasikan. Namun berdasarkan Perlembagaan Malaysia terdapat beberapa elemen-elemen tiang seri Malaysia dan anak watan yang harus difahami secara tuntas oleh setiap rakyat Malaysia. Elemen-elemen anak watan ini yang menjadi tunjang dan asas perlembagaan negara seperti dirobek, dicarik malah dicabul oleh segelintir masyarakat yang tidak memahami secara mendalam tentang kepentingannya. Makalah ini akan menganalisa beberapa isu dan insiden yang dijadikan perbincangan secara konstruktif bagi melihat bagaimana penerimaan masyarakat Malaysia dalam menghormati elemen-elemen anak watan ini. Adalah amat penting mengetahui, memahami dan menghormati tiang seri dan elemen anak watan dalam perlembagaan bagi mencipta toleransi - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Demokrasi Pilihanraya dan Cakna Perlembagaan: Tajuk Yang Sama, Topik Yang Berbeza(USIM Press, 2020-05) ;Mohd Azmir Mohd NizahAfi Roshezry Abu BakarMalaysia adalah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan mengangkat sistem raja berpelembagaan sebagai tunjang kepada sistem pemerintahan negara ini. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, sistem pilihanraya merupakan satu wadah bagi rakyat untuk bersama-sama berpatisipasi dalam menentukan hala tuju pemerintahan. Walaupun terdapat pelbagai medium lain yang boleh digunapakai bagi menunjukkan penyertaan rakyat dalam sistem pemerintahan negara, namun pilihanraya merupakan wadah yang paling kerap dan sering digunapakai oleh rakyat Malaysia. Selain pilihanraya, ketertinggian perlembagaan adalah juga merupakan antara elemen terpenting dalam memacu hala tuju bagi sesebuah negara termasuk Malaysia. Makalah ini akan membincangkan kepentingan pilihanraya dan kecaknaan terhadap perlembagaan merupakan asas-asas yang sangat penting bagi setiap rakyat untuk menghayatinya. Malah kepetingan kedua-dua elemen ini merupakan tunjang utama dalam memastikan hala tuju Malaysia pada masa hadapan berada dalam landasan yang benar. Ini adalah kerana, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 14 yang lalu, boleh dilihat kedua-dua elemen ini seringkali dijadikan subjek dan sebagai bahan eksperimentasi bagi parti-parti politik untuk menarik dan mengkritik parti berbeza, dan sekaligus ia menggugat kestabilan masyarakat amnya. Jika trend ini berterusan ia boleh menjurus kepada barah yang berbahaya dan boleh menjejaskan kestabilan Malaysia sebagai sebuah negara yang pelbagai. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Demokrasi Pilihanraya dan Cakna Perlembagaan: Tajuk Yang Sama, Topik Yang Berbeza(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Mohd Azmir Mohd NizahAfi Roshezry Abu BakarMalaysia adalah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan mengangkat sistem raja berpelembagaan sebagai tunjang kepada sistem pemerintahan negara ini. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, sistem pilihanraya merupakan satu wadah bagi rakyat untuk bersama-sama berpatisipasi dalam menentukan hala tuju pemerintahan. Walaupun terdapat pelbagai medium lain yang boleh digunapakai bagi menunjukkan penyertaan rakyat dalam sistem pemerintahan negara, namun pilihanraya merupakan wadah yang paling kerap dan sering digunapakai oleh rakyat Malaysia. Selain pilihanraya, ketertinggian perlembagaan adalah juga merupakan antara elemen terpenting dalam memacu hala tuju bagi sesebuah negara termasuk Malaysia. Makalah ini akan membincangkan kepentingan pilihanraya dan kecaknaan terhadap perlembagaan merupakan asas-asas yang sangat penting bagi setiap rakyat untuk menghayatinya. Malah kepetingan kedua-dua elemen ini merupakan tunjang utama dalam memastikan hala tuju Malaysia pada masa hadapan berada dalam landasan yang benar. Ini adalah kerana, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 14 yang lalu, boleh dilihat kedua-dua elemen ini seringkali dijadikan subjek dan sebagai bahan eksperimentasi bagi parti-parti politik untuk menarik dan mengkritik parti berbeza, dan sekaligus ia menggugat kestabilan masyarakat amnya. Jika trend ini berterusan ia boleh menjurus kepada barah yang berbahaya dan boleh menjejaskan kestabilan Malaysia sebagai sebuah negara yang pelbagai - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Exercise During Ramadhan (Fasting Month); Is it a Good Idea to do Exercise During this Holy Month?(Penerbit USIM, 2022) ;Adi Wira Mohd Zin ;Nelfianty Mohd RasyidAfi Roshezry Abu BakarTill today, most people are very scepticle when performing exercise during Ramadhan month. They are thinking that this holy month we should only rest and perform ibada. One should not perform any exercise because it will affect the health condition and also the fasting performance as well. The researcher could recall when were in school day when running around the neighbourhood before iftar (breaking fast) when people in the neighbourhood started teasing the researcher outloud whether fasting or not because too much of energy to run during fasting. Taboo saying exercise is not good during fasting month has been around among mostly Muslim people in Malaysia. However, sports scientists and other health scientists have discovered the other way around that exercise during fasting month is beneficial to everyone generally. This study is using current and past literatures to identify the benefits of exercise during fasting month. The intention of this study also to debunk the taboo saying exercise is not good during fasting month. Instead of just going to Bazar Ramadhan during the holy month, why not at the same time performing exercise because it is also considered as ibada. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ketidakpatuhan Sivil Atau Pragmatik? Analisa Trend Mengundi Masyarakat Cina Pasca PRU 14(Penerbit USIM, 2022) ;Afi Roshezry Abu BakarMohd Azmir Mohd NizahPasca PRU 14 telah banyak perlihatkan perubahan landskap politik yang besar selepas kejatuhan hegemoni Barisan Nasional lebih 60 tahun memerintah. Pertukaran kerajaan diperingkat nasional dan beberapa negeri selepas PRU 14 dianggap sebagai satu era baharu bagi Malaysia sebagai sebuah negara. Namun selepas hanya 22 bulan memerintah, Pakatan Harapan, kerajaan pada ketika itu, telah gagal meneruskan kestabilan pentadbiran dan digantikan terus dengan kerajaan campuran Perikatan Nasional dan Barisan Nasional. Artikel ini akan menganalisis tiga pilihanraya negeri yang telah berlangsung pasca PRU 14, iaitu, Melaka, Sarawak dan Johor sebagai fokus utama perbincangan. Analisis dibuat dalam melihat trend pengundi Cina dalam ketiga-tiga PRN tersebut. Naratif yang dibawa ialah persoalan ketidakpatuhan sivil, yang sentiasa dilabel bagi kelompok pengundi ini, ataupun sikap pragmatik yang menjadi faktor pendorong utama. Perbincangan secara konstruktif dan kehadapan dibuat bagi melihat trend undi masyarakat Cina pasca PRU 14. Beberapa isu dan cadangan juga akan dibincangkan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Paradoks Demokrasi Representatif dan Keselamatan Awam: Satu Analisis Pra Pilihanraya Umum Ke-15(Penerbit USIM, 2022) ;Afi Roshezry Abu BakarMohd Azmir Mohd NizahCOVID-19-19 19 yang melanda pada awal tahun 2020, mengubah landskap ekonomi, sosial dan politik banyak negara termasuk Malaysia. Namun begitu, dalam konteks politik, demokrasi di Malaysia terus menjadi prinsip yang terus mekar terutama dalam aspek pilihanraya. Ini dapat dilihat melalui komitmen Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia terus mengadakan pilihanraya kecil dan negeri tanpa gagal bagi menjunjung prinsip demokrasi. Makalah ini membincangkan empat pilihanraya negeri yang berlangsung di Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor dalam persekitaran pandemik COVID-19-19 19 yang merupakan Pra Pilihanraya Umum ke-15 yang bakal berlangsug pada 19 November 2022.Makalah ini juga akan membincangkan amalan demokrasi di dalam negara dengan perbandingan terhadap kepentingan keselamatan umum. Huraian melalui kerangka Maqasid Syariah dihujahkan. Beberapa isu dan cadangan juga akan dibincangkan - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengaruh Media Sosial Dalam Penyebaran Unsur Negatif Terhadap Elemen Anak Watan Dan Keselamatan: Satu Tinjauan Awal Pasca PRU 14(Kementerian Dalam Negeri, 2021) ;Afi Roshezry Abu BakarMohd Azmir Mohd NizahSocial media is a rapid communication instrument in disseminating information to the public. However, like other media, social media also has good and bad effects. Post-GE 14, there were negative elements such as prejudice, anger, frustration targeted at the elements of the natives in the Malaysian Federal Constitution. It refers to Thumos or thymos, a feeling, a desire for recognition of dignity and dignity, producing isothymia which is a claim to be respected on par with others. Meanwhile, Megalothymia, the desire to be recognized as superior, has brought many challenges and obstacles in a plural country. This paper will examine the content from several issues and incidents that occurred from social media platforms regarding the issues discussed above as well as looking at the security aspect. Constructive and forward discussions were held to see the acceptance of Malaysians in respecting the elements of “watan”. Studies have found that there are negative elements, prejudices and influenced by irrational feelings in this issue. It is important as Malaysians to know, understand and respect the pillars of the series and elements of the natives in the constitution and the limits set out to create tolerance as well as to create a dream Malaysian nation in the future - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penyelidikan Sebagai Alat Diplomatik dalam Usaha Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi(Penerbit USIM, 2024) ;Mohd Azmir Mohd NizahAfi Roshezry Abu BakarPenyelidikan memainkan peranan penting dalam pembangunan penyelesaian teknologi dan menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara. Oleh kerana ia memerlukan jumlah wang yang sangat besar, jangka masa yang lama untuk mendapatkan hasil, dan risiko yang lebih tinggi untuk disiapkan, suatu pendekatan inovatif sangat penting. Kerjasama penyelidikan, geran padanan luaran, dan skim padanan universiti-industri adalah usaha yang dilakukan oleh Malaysia, khususnya Kementerian Pengajian Tinggi, sebagai penerima terbesar menguruskan geran penyelidikan di Malaysia. Penyelidikan kini menjadi alat diplomasi, untuk mencari, memadankan, dan menguruskan komuniti penyelidikan Malaysia dengan komuniti penyelidikan antarabangsa, firma penyelidikan, atau kerajaan asing. Dengan menggunakan kes sebagai rujukan, kajian ini mendapati bahawa penyelidikan bukan sahaja menyumbang kepada pengetahuan baru dan memajukan teknologi moden, tetapi juga berfungsi sebagai alat diplomasi dalam mengukuhkan kerjasama antarabangsa. Diharapkan kerajaan akan mempertimbangkan dana penyelidikan yang lebih besar, kerana ia bukan sahaja memberi manfaat kepada Malaysia secara dalaman, tetapi juga membuka jalan bagi Malaysia sebagai kolaborator antarabangsa yang berpotensi, sekaligus meningkatkan prestij Malaysia di peringkat antarabangsa. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Persepsi Belia Terhadap Tahap Keselamatan Diri Akibat Jenayah Bukan Fizikal Di Malaysia(Institute of Public Security of Malaysia, 2021) ;Mohd Azmir Mohd NizahAfi Roshezry Abu BakarPerception plays a big role in shaping actions and making decisions. Today, the non-physical criminal case is increasing, and getting worse when it involves members of security forces. a variety of perceptions in society is imminent. Therefore, this article will examine the level of security perception due to non-physical crimes among young people. The Health Believe Model is used as a framework in studies. The methodology of this study is through quantitative design with a survey approach. A total of 406 respondents were involved with the simple random samples technique. The study found the perception of youth towards the level of security due to non-physical crimes was at a negative level. This can be seen as the result of the min value score on the security construct, the concerned constructs, the obstruction construct, the motivational construct, and the benefit construct. Further discussions and proposed improvements are as suggested. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Persepsi Orang Muda Terhadap Politik Memes, Undi 18 dan Isu 3R dalam Pengukuhan Malaysia Madani(Penerbit USIM, 2023) ;Mohd Azmir Mohd NizahAfi Roshezry Abu BakarIkhitar Malaysia Madani merupakan satu lagi hasrat pengukuhan pembinaan negara bangsa Malaysia. Namun, ia tidak dapat lari daripada politik memes, Undi18 dan isu 3R yang semakin galak dalam musim pilihanraya. Makalah ini melihat persepsi orang muda terhadap ketiga-tiga faktor. Menggunakan rekabentuk kajian kuantitatif, soal selidik secara rentas digunakan terhadap 400 orang responden. Kajian mendapati persepsi orang muda bercampur-campur terhadap faktor yang dikaji. Ia membuktikan bahawa faktor ini menjadi cabaran dalam pengukuhan Malaysia Madani. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Persepsi Pengundi Muda Terhadap Memes Politik, Undi18 dan Isu-isu 3R pasca Pilihan Raya Umum 15(Universiti Sains Islam Malaysia, 2024-05-31) ;Mohd Azmir Mohd NizahAfi Roshezry Abu BakarAbstrak: Ikhtiar Malaysia Madani hasil idea PMX adalah merupakan satu lagi hasrat pengukuhan pembinaan negara bangsa Malaysia. Konsep ini memberikan penumpuan kepada tadbir urus yang baik, pembangunan mapan dan juga keharmonian masyarakat majmuk di negara ini. Namun Malaysia Madani ini akan hanya tinggal sebagai retorik politik semata-mata jika politik memes yang negatif, manipulasi ke atas Undi 18 dan isu berkaitan 3R tidak dapat dikawal dengan baik oleh pihak kerajaan. Dengan penggunaan media sosial sebagai medium perantaraan, pengundi muda adalah merupakan taruhan terbaik parti-parti politik menyebarkan politik propaganda mereka. Ia menjadi semakin parah apabila ketiga-tiga faktor yang disebut kerap dimainkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab semasa pilihan raya. Makalah ini secara kolektif akan melihat persepsi pengundi muda terhadap ketiga-tiga faktor tersebut berdasarkan pasca PRU 15 dan PRN 2023. Menggunakan rekabentuk kajian kuantitatif, soal selidik secara rentas digunakan terhadap 400 orang responden berumur 18 sehingga 25 tahun. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi pengundi muda terhadap memes politik adalah sederhana positif, manakala persepsi terhadap Undi 18 adalah positif yang tinggi, dan persepsi terhadap isu-isu 3R adalah negatif. Maka dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga dimensi yang dikaji ini mempunyai magnitudnya yang tersendiri. Malah adalah tidak dapat dinafikan bahawa ia merupakan antara cabaran getir yang perlu diberi perhatian yang serius oleh kerajaan dalam pengukuhan agenda Malaysia Madani. Abstract: Malaysia Madani, the idea of PMX is another intention to strengthen Malaysia’s nation-building. This concept focuses on good governance, sustainable development, and the harmony of the plural society in the country. However, Malaysia Madani will only remain as political rhetoric if the politics negative of memes, manipulation of the Undi 18 and issues related to 3R cannot be controlled adequately by the government. With social media as an intermediate medium, young voters are the best bets for political parties to spread their propaganda politics. It worsens when unscrupulous parties regularly play all three so-called factors during elections. This article will collectively look at young voters’ perception of all three factors based on the post-GE 15 and the recent PRN 2023. Using the quantitative study design, the cross-examination was used on 400 respondents aged 18 to 25. The findings found that young voters’ perception of political memes was moderately positive, perception of Undi 18 were positive, while perceptions of 3R issues were negative. As conclusion, these three dimensions studied have their own magnitude. In fact, it is undeniable that it is one of the challenges that the government must face in the strengthening of Malaysia Madani. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Persepsi Tahap Keselamatan Jenayah Bukan Fizikal Dalam Kalangan Belia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-09-09) ;Mohd Azmir Mohd Nizah,Afi Roshezry Abu BakarTahap keselamatan jenayah bukan fizikal semakin meningkat, terutama dalam waktu pandemik ini. Ia semakin parah apabila melibatkan anggota keselamatan sendiri. Persepsi negatif boleh mewujudkan keadaan yang tidak stabil bagi sesebuah negara. Oleh yang demikian, makalah ini akan mengkaji persepsi belia terhadap tahap keselamatan jenayah bukan fizikal. Kajian menggunakan Model Kepercayaan Kesihatan sebagai kerangka kajian. Metodologi kajian kuantitatif digunapakai dengan pendekatan survei terhadap 412 orang responden secara rawak mudah. Kajian mendapati responden merekodkan persepsi tidak selamat yang tinggi (89.7%) dalam konstruk persepsi keselamatan dan merekodkan antara 57.9% hingga 98% kebimbangan dalam konstruk kebimbangan keselamatan. Kesimpulannya ialah, belia mempunyai persepsi keselamatan yang negatif serta mempunyai kebimbangan yang sangat tinggi terhadap insiden dan isu keselamatan yang telah berlaku. Tindakan reaktif dan prokatif perlu diambil dalam kadar yang segera serta tuntas kerana persoalan keselamatan bukan sahaja menyumbang kepada kemakmuran negara, malahan menyumbang kepada kestabilan emosi dan psikologi belia sendiri. Kata kunci: integriti; ketenteraman awam; politik; belia - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication PRN Johor: Antara Kesinambungan Kestabilan Demokrasi dan Keselamatan Rakyat(Kementerian Dalam Negeri Malaysia, 2022) ;Mohd Azmir Mohd NizahAfi Roshezry Abu BakarPandemik COVID-19 telah merubah sosial, ekonomi dan politik Malaysia sejak dua tahun yang lalu. Namun begitu, atas sebab amalan demokrasi pilihan raya yang konsisten, maka lima pilihan raya kecil telah dijalankan sepanjang pandemik berlaku. Walaupun wujud dilema dan paradoks antara demokrasi dan keselamatan diri, namun atas maklum balas pihak berkepentingan dan usaha berterusan Suruhanjaya Pilihan Raya, beberapa siri pilihan raya kecil telah dijalankan dalam keadaan yang selamat. Oleh yang demikian, artikel ini akan membincangkan kesinambungan demokrasi yang stabil dipertahankan di samping keperluan menjaga keselamatan kesihatan rakyat yang menjadi tunjang pada amalan demokrasi itu sendiri. Prosedur operasi standard yang diguna pakai membolehkan perjalanan pilihan raya yang selamat. Artikel ini menghujahkan kesinambungan kestabilan demokrasi dan keselamatan rakyat terus menjadi mantra dalam pencarian kestabilan politik kepartian. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Psikologi Keselamatan Dalam Analisa Kes Ingkar Arahan Kawalan Pergerakan Melalui Kerangka Maqasid Syariah(USIM Press, 2021-12) ;Mohd Azmir Mohd Nizah ;Afi Roshezry Abu BakarWirawahida Kamarul ZamanSecurity psychology is a new field that combines psychology and security. It is a feeling out of cognitive and behavioral processes from the reality of security. The world health crisis with Covid 19 has brought the narrative of security psychology viewed constructively. The attitude and level of awareness towards Covid 19 become a measure and a question in combating the threat that this epidemic has. This article discusses the importance of security psychology as a key factor in epidemic containment. Then the analysis of breach PKP instructions as an indicator of the level of security psychology awareness is presented. Data is through case observations from 23 March to 8 June 2020. The description through the framework of Maqasid Syariah is argued. Studies have found that society's indifference to the health of other individuals is a major factor in cases of disobedience. The low level of awareness is the biggest obstacle in the containment of this epidemic. Proposed policy improvements are discussed in this article. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Psikologi Keselamatan Rakyat Malaysia Semasa Pandemik Covid-19(IPSOM, Kementerian Dalam Negeri, 2021) ;Mohd Azmir Mohd NizahAfi Roshezry Abu Bakar - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Role of Moral Education on the Dress Code in the Higher Learning Institution(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Ira Meilita Ibrahim ;Taufik A. Latif ;Afi Roshezry Abu BakarMuthualagan ThangaveluThe advancement of European dress to the rest of the world was linked to the definition of civilization as a stage of social development considered to be more advanced and polite and good-mannered. The widespread of their fashion style in the 19th and 20th centuries influenced the way the rest of the world attire. The fashion trend and dressing style thus change the purpose of dressing through time. The dressing style in campuses especially in private institutions of higher learning is under particular scrutiny, as it is often said to be inappropriate for a learning environment. This study looked at the importance of moral education, and its role in implementing the dress code for students among university students especially between two types of university i.e. public university and private university. It looked on the dressing style of students, both male and female, and the factors that lead to their dressing pattern which is common among students. This study also advocated the students understanding of the content of dress codes in their learning institution and the role played by moral education in regard to dress code. The overall study highlighted students perception towards the implementation of the dress code and punishment in their learning institution. The methodologies used to carry out this study are questionnaires and interviews. This study will therefore ascertain the important of dress code among students at higher learning institution and the role of moral education in cultivating values in order to dress properly or decently. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Salient Factor Of Voting Behaviour And Its Relationship With Ethnic And Political Tolerance In Malaysia(Research Association for Interdisciplinary Studies, 2020) ;Mohd Azmir Mohd NizahAfi Roshezry Abu BakarThe study of tolerance become extremely important 60 years ago when Allport discusses the nature of prejudice due to the increasing multi-diversity society. Tolerance then has been observed as a critical key element in the multi-diversity society politically, ethnically, religiously and culturally ever since. The previous study demonstrated that tolerance has a constructive effect on social solidity and coherence. Nonetheless, it is found an insufficient amount of information on rational voting behavior when ethnic and political tolerance factors are involved. This study has been conducted to explore factors of rational voting behavior in Malaysia in regards to ethnic and political tolerance. A quantitative study uses a survey method with a questionnaire as a data collection technique involving three parliamentary areas is observed. Data then analyzed using Structural Equation Modelling (SEM) with 600 respondents were engaged in the study using multistage cluster and random sampling techniques. The result revealed that while political tolerance is not statistically significant with voting behaviour, but ethnic tolerance evidenced a substantial negative relationship. Ethnic tolerance and political tolerance both had a significant positive relationship. It also revealed that voting behaviour positively influenced by the level of education, a party supported and ethnic identity. Hence, it is clear that ethnic political tolerance has a considerable consequence on the rationale of voting behavior. However, the effects are diverse, in which identical and dissimilar ethnicities act as mediation elements. This study gratifies the aperture to the current body of knowledge and allows great connotation at a situation where ethnic politics are observed as the most important material and tolerance becomes a salient factor in managing Malaysia’s society. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sikap Politik Urban Melayu(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Mohd Azmir Mohd Nizah ;Muhammad Shamshinor Abdul Azzis ;Afi Roshezry Abu BakarHairol Anuar Mak DinKajian perbandingan mengenai sikap politik antara masyarakat urban dan luar bandar telah menjadi fokus dalam kalangan sarjana, terutama selepas keputusan pilihan raya umum ke 13.Namun begitu, literasi kajian mengenai sikap politik yang tertumpu pada etnik yang spesifik masih lagi kurang. Artikel ini berhasrat mengenalpasti sikap politik urban Melayu, terutamanya dalam konteks toleransi politik. Kajian ini membincangkan mengenai sikap politik urban Melayu melalui rekabentuk kajian kuantitatif dengan instrumen soalselidik di tiga kawasan urban iaitu Johor Bahru, Shah Alam dan Bukit Bendera. Dapatan kajian merumuskan bahawa pengundi Melayu di kawasan urban terbuka dalam menerima perbezaan parti politik malah ukuran etnik bukanlah kriteria terhadap pencalonan dalam pilihan raya. Kajian ini menghujahkan kecenderungan pola sokongan parti politik kumpulan urban Melayu juga bersifat longgar dengan melepasi sempadan parti bersifat agama, etnik mahupun liberal. Analisa lanjut dan cadangan dibincangkan dalam artikel ini.