Browsing by Author "Ahmad, R."
Now showing 1 - 5 of 5
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Digitizing standard operating procedure to improve employees wellbeing(Man in India Serials Publications, 2017) ;Sutopo, Y. A. ;Polela, Y. A. ;Indrianti, Y. ;Ahmad, R. ;Haryanto, S.Khan, A.The nature of work is to prosper employee's life which will result in the increase of productivity. But the problem lies on the Standard Operating Procedure (SOP) in companies which are all done manually. This study aims to digitize SOP in order for employees to gain a wellbeing at work. Also, the research method will be held with neuro-research against XYZ company. The content validity of digitizing SOP will be held by experts and the data collection will be using semantic differential techniques in a scale of 1-7. The result of this research is: (1)The XYZ company's employees sometimes are in the state of wellbeing in an significant value of pada á<0,05; (2)the employees of XYZ company sometimes feels satisfied significantly in their works with value of á<0,05; (3)the employees of XYZ company sometimes in the state of feeling unsatisfied significantly with value of á<0,05; (4)the cognitive dimension of wellbeing are defined with some variables such are the feeling of sufficient, achievement, peace, safisfied with discrepancy of needs and wants, and lastly self-fullfilment as the most dominant factor in shaping the wellbeing of employee of XYZ Company with the outcome of significant á<0,05. However, if these dimensions are elaborated deeply from each variable, then the wellbeing state of the employees from XYZ company will rise 15.329 times from the current state. The implication is to build a new system to digitizing the business process and SOP which will bring positive experience in using technology that will bring the employees wellbeing. © Serials Publications. Author keywords Digitizing; Neuroresearch; Standard operating procedure (SOP); Wellbeing1 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keterikatan Fatwa Kepada Mazhab Syafi'i: Analisis Terhadap Fatwa- Fatwa Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Abd. Rahman, N. N. ;Ali, A. K.Ahmad, R.Secara amnya fatwa negeri-negeri di Malaysia berdasarkan pandangan mazhab Syafi’I melalui peruntukan-peruntukan enakmen negeri masing-masing. Namun, terdapat beberapa perubahan dalam fatwa mungkin hasil perkembangan sistem pengajian, pendedahan para ulama dan masyarakat awam kepada perbincangan hukum secara lebih terbuka, kemaslahatan masyarakat dan keperluan mereka kepada pandangan yang boleh menjadi penyelesaian yang menepati realiti dan keperluan semasa. Justeru artikel ini cuba menganalisis faktor yang menyumbang kepada semangat keterikatan fatwa kepada mazhab Syafi’I dan sejauhmana berlaku ruang keterbukaan kepada pandangan mazhab lain dalam penentuan fatwa. Kajian ini merupakan kajian perpustakaan apabila sumber data utama ialah koleksi fatwa Jemaah Ulama Kelantan. Bahan-bahan tersebut dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian artikel ini ialah keterikatan kepada mazhab Syafi’I di Kelantan memang disahkan pernah berlaku, namun sekarang telah berlaku keterbukaan kepada pandangan-pandangan mazhab lain. Di samping itu, perubahan fatwa semasa kerana mengambil kira maqasid al-shari’ah iaitu menolak kesukaran dan mendatangkan kemudahan. Begitu juga Jemaah Ulama memberikan jawapan hukum yang memenuhi keperluan setempat dan semasa, mengisinya dengan berhikmah bersesuaian dengan kapasiti yang wujud dalam keanggotaan autoriti fatwa dan keperluan masyarakat.21 3 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Konsep Maslahah Dalam Kompilasi Hukum Islam (Khi): Satu Tinjauan Syarak Ke Atas Larangan Pernikahan Antara Agama(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Sarif, A. ;Mas'ad, M. A.Ahmad, R.Misi Maslahah dalam Islam adalah untuk menjaga kehendak dan tujuan syarak dengan menjaga agama, jiwa, akal, nasab, dan harta. Oleh itu, maslahah bertujuan untuk mensejahterakan dengan menjamin kepentingan masyarakat secara adil demi kebahagian dunia dan akhirat. Banyak isu semasa yang dikaitkan dengan maslahah dalam menentukan status suatu hukum. Misalnya, pernikahan pasangan yang berlainan agama. Teks-teks syar'iy secara jelas telah menentukan status hukumnya. Namun begitu, ramai di kalangan cendikia muslim yang mencuba menggunakan pertimbangan maslahah dalam menentukan suatu hukum dengan mengetepikan prinsip yang sebenarnya asas ke atas maslahat tersebut. Kertas kerja ini memberikan tumpuan kepada hakikat maslahah mengikut pandangan ulama usul serta menganalisis pemakaian konsep tersebut dalam menentukan sesebuah hukum yang ditumpukan pada Kompilasi Hukum Islam.3 73 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Pisau Mekanikal dalam Industri Sembelihan Ayam Halal: Analisis Menurut Perspektif Maqasid al-Shariah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;T.M. ;T. S.Ahmad, R.Pertambahan bilangan penduduk dunia serta perubahan gaya hidup dan makan menyebabkan timbul keperluan untuk penghasilan daging ayam yang lebih banyak bagi memenuhi keperluan pengguna. Oleh itu, ia menuntut penghasilan produk dalam kuantiti yang besar dengan kaedah yang lebih baik. Dalam usaha tersebut, perkembangan sains dan teknologi serta wujudnya faktor kecekapan kos membawa kepada pengenalan pisau mekanikal dalam industri sembelihan ayam. Walau bagaimanapun, dari sudut fiqh, terdapat perbezaan pendapat di kalangan sarjana Islam berkenaan keharusan penggunaannya. Ada pendapat yang mengatakan harus dan begitulah juga sebaliknya. Sehubungan dengan itu, tulisan ini dikemukakan untuk membincangkan perbezaan ini dan menilai pelbagai pandangan tersebut menurut ukuran maqasid al-shariah. Antara ciri utama pengukuran berdasarkan maqasid ialah penekanan kepada pencapaian maslahah dan penolakan mafsadah. Kajian ini adalah kajian kualitatif menggunakan kaedah analisis dokumen. Pelbagai pandangan ulama mengikut pelbagai mazhab, pandangan-pandangan fuqaha' kontemporari dan realiti industri sembelihan halal semasa dibincangkan dan dianalisis berasaskan ukuran maslahah mafsadah berpandukan pelbagai kaedah dalam pengukuran maqasid al-shariah. Hasil daripada analisis, dapat disimpulkan bahawa secara asasnya penggunaan pisau mekanikal adalah harus. Walaupun begitu, aplikasinya dalam industri sembelihan halal adalah rumit dan memerlukan kepada garis panduan yang sangat ketat dan dipatuhi oleh rumah-rumah sembelihan untuk memastikan ia patuh syarak dan dapat menjaga maslahah semua pihak yang terlibat.2 40 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Qiyas Al Shabah dan Aplikasinya dalam Kewangan Islam(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Mohamed Shaarani, A. Z.Ahmad, R.Perkembangan pantas sistem kewangan Islam moden dengan pengenalan pelbagai produk kewangan dan perkhidmatan memerlukan cerdik pandai dalam bidang Shariah memahami proses pengeluaran hukum - Fiqh dan asasnya (Usul al-Fiqh). Salah satu konsep penting dalam pengajian Usul al-Fiqh ialah Qiyas al-Shabah- iaitu proses qiyas dimana sesuatu furuc itu dihubungkan dengan salah satu dari dua asal disebabkan ciri-ciri yang terdapat pada furuc itu lebih menyerupai salah satu dari dua asal tersebut. Namun bagitu, melihat kepada praktis semasa dalam proses pe- ngeluaran hukum dalam kewangan Islam, hubungan antara Usul al-Fiqh-termasuklah Qiyas al-Shabah- dan Fiqh sudah tidak lagi berjalan sebagaimana sepatutnya. Justeru artikel ini cuba untuk melihat pandangan ulama tentang Qiyas al-Shabah dan aplikasi semasa qiyas jenis ini dalam produk, perkhid-matan dan instrumen-instrumen yang terdapat dalam sistem kewangan Islam semasa.20 52