Browsing by Author "Ahmad Fazullah M.Z.A."
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Bagaimana Retorik Quranik Surah an-Nisa Membentuk Pendidikan Adab Dan Kesopanan Masyarakat(Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM, 2021) ;Wan Azura W.AAhmad Fazullah M.Z.A.Pengenalan: Pendidikan kesopanan dan adab susila perlu diterapkan dalam setiap individu kerana ia merupakan benteng penting dalam mengawal perilaku seseorang. Golongan yang paling mudah terpengaruh dengan masalah kerosakan akhlak dan salah laku masyarakat adalah remaja. Jiwa remaja yang sentiasa sukakan cabaran dan perkara baru mendorong remaja sentiasa ingin mencuba dan kecetakan ilmu pengetahuan biasanya menjebakkan mereka kepada perilaku yang salah. Oleh yang demikian pendidikan akhlak perlu disemai semenjak kecil bermula denagn ilmu akidah, menghormati ibu bapa dan seterusnya masyarakat secara keseluruhannya. Objektif: Kertas kerja ini cuba mengupas permasalah akhlak serta kesannya terhadap masyarakat. Selain itu kertas kerja ini juga meninjau beberapa kupasan Adab dalam alQuran iaitu Surah An-nisa’ dalam menangani masalah ini. Metodologi: Kajian ini berdasarkan kajian deskriptif dan analisis kandungan ayat-ayat terpilih bertemakan adab dan akhla dari surah an-Nisa’. Dapatan: Dapatan kajian mendapati bahawa surah an-Nisa banyak mengandungi unsur adab yang boleh dipraktikan terutamanya berkaitan harga diri. Pemahaman yang jelas terhadap isu kandungan al-Quran ini khususnya dalam hal berkaitan akhlak boleh dijadikan pedoman khususnya kepada golongan remaja dalam membentuk perwatakan mereka. Kepentingan: Kajian ini merupakan salah satu bidang penyelidikan yang menggabungjalinkan pelbagai bidang (multidisciplinary) iaitu bidang adab sosial, psikologi dan retorik bahasa Arab-al-Quran dalam menjelaskan tema-tema kemanusiaan dalam al-Quran sebagai panduan kepada manusia sejagat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Emosi Dan Kesopanan Komunikasi Dalam al-Qur'an: Tinjauan Psikologi Dan Retorik al-Quran(Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM, 2021) ;Wan Azura W.A.Ahmad Fazullah M.Z.A.Pengenalan: Emosi dan kesopanan komunikasi merupakan unsur dan bahagian penting dalam kehidupan manusia. Walaupun pelbagai kajian telah dijalankan dalam kedua-dua bidang, sangat sedikit yang memperkatakan tentang hubungan antara emosi dan kesopanan komunikasi daripada perspektif al-Quran dan ilmu retorik al-Quran. Objektif: Makalah ini bertujuan untuk menjelaskan unsur emosi dan kesopanan komunikasi dalam al-Qur'an daripada perspektif- psikologi dan retorik al-Quran. Metodologi: Kajian ini merupakan penyelidikan kualitatif yang menganalisis ayat-ayat AlQuran berkaitan emosi dan komunikasi dari segi unsur psikologi dan retorik dalam teks alQur'an terpilih. Dapatan: Dapatan menunjukkan bahawa tema emosi dan kesopanan komunikasi dalam alQuran mengandungi prinsip psikologi dan retorik al-Quran (seperti kosa kata, struktur ayat dan makna). Pertama, mesej a-Qur'an tentang emosi menggalakkan para pentelaah alQuran untuk mewujudkan hubungkait emosi dalam konteks ayat-ayat “emosi” itu sendiri dan ayat-ayat yang membangkitkan emosi manusia. Kedua, dari sudut komunikasi, tujuan al-Qur'an adalah untuk memberi sentuhan emosi, jiwa dan pemikiran para pentelaah alQuran. Ketiga, ayat-ayat komunikasi mengandungi unsur retorik al-Ma’ani memaparkan amalan komunikasi yang praktikal dalam menghasilkan komunikasi yang harmoni dan sejahtera. Satu kerangka konsepsual Kesopanan Komunikasi Emosi berteraskan PsikoRetorik al-Quran turut dicadangkan. Kepentingan: Kajian ini merupakan salah satu bidang penyelidikan yang menggabungjalinkan pelbagai bidang (multidisciplinary) iaitu bidang psikologi dan retorik bahasa Arab-al-Quran dalam menjelaskan tema-tema kemanusiaan dalam al-Quran sebagai panduan kepada manusia sejagat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendekatan Peneguhan (Al-Targhib) dalam Pendidikan Kanak-Kanak: Tinjauan dari Perspektif Psikologi Islam dan Retorik Al-Quran(USIM Press, 2022) ;Ahmad Fazullah M.Z.A. ;Wan Azura Wan AhmadYuslina MohamedEducation is a basic human need in lifelong learning to develop physical, emotional, spiritual, intellectual and social. The philosophy of education is to penetrate elements of knowledge and wisdom, skills, attitudes, abilities and values towards individuals. The application of these elements should go through the educational process of teaching and learning with various approaches, methods, techniques and strategies. However, the approach in the ecosystem of teaching and learning is the reinforcement approach. Therefore, this paper examines the reinforcement approach in children's education from the perspective of Islamic psychology and the Quranic rhetoric. This study is a qualitative study by analyzing the text of the Qur'an, the Hadith and resources from Islamic psychology. As a result of the study, the reinforcement approach either positive or negative taught by al-Quran, al-Hadith, and Islamic psychology is important in shaping individual identity, self-development and quality learning process in children's education.