Browsing by Author "Ahmad Yussuf"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Masalah Dan Cabaran Guru Tahfiz Dalam Pelaksanaan Pengajaran Tahfiz Model Ulul Albab Sekolah Menengah Di Kementerian Pelajaran Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Siti Khadizah Kaimin ;Ahmad YussufMohd Yakub @ Zulkifli Mohd YusoffDunia pendidikan semakin menuju kepada kemajuan seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang juga semakin pantas dan pesat membangun. Guru tidak ketinggalan mempelbagaikan kaedah, teknik dan strategi pengajaran dengan menggunakan teknologi masa kini yang diaplikasikan di dalam bilik darjah. Kaedah pengajaran yang berkesan hasil daripada pendekatan yang dilakukan oleh guru terhadap pelajar secara berkesan. Melaksanakan pengajaran berkesan memerlukan persediaan yang sistematik. Guru tahfiz juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan pengajaran yang bersistem walaupun Kurikulum Bersepadu Tahfiz masih baharu dilaksanakan dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) telah mula dilaksanakan sejak tahun 2014 lagi merangkumi subjek Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran. Guru kini berdepan dengan pelbagai cabaran melaksanakan pengajaran di sekolah dan perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran. Penulisan ini bertujuan membincangkan masalah dan cabaran berkaitan pelaksanaan pengajaran guru tahfiz Model Ulul Albab di Sekolah Menengah KPM. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan kaedah sorotan kepustakaan. Hasil kajian mendapati tiga masalah yang perlu diberi perhatian dalam pelaksanaan pengajaran guru TMUA iaitu kemahiran pedagogi, kemahiran psikologi dan kemahiran komunikasi. Di samping itu, cabaran melibatkan guru, pelajar dan bahan bantu mengajar dalam pengajaran tahfiz perlu ditangani dengan sebaiknya. Pengajaran guru yang berkesan dapat memberi impak positif kepada pencapaian prestasi pelajar. Penelitian terhadap isu dalam pengajaran tahfiz salah satu langkah ke arah penambahbaikan pelaksanaan pengajaran guru di sekolah bahkan menjadikan institusi pendidikan tahfiz di negara ini penting kepada pembentukan generasi muslim yang cemerlang di dunia mahupun akhirat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembersihan Hati Dalam Tafsir Sufi Isharī Bagi Melahirkan Keperibadian Mulia(Penerbit USIM, 2023) ;Mahyuddin Hashim ;Abdul Rahim Zumrah ;Mazlan Ibrahim ;Zamrie Ibrahim @ Musa ;Ahmad Yussuf ;Noorhayati HashimNursyahirah Wahidah MasromUlama Sufi bersepakat bahawa tujuan dan pengakhiran perjalanan Tasawuf tidak akan sah kecuali dengan permulaan yang betul. Mereka mempertegaskan sejak daripada awal lagi bahawa kebanyakan halangan perjalanan Tasawuf adalah kerana permulaan yang silap. Mengenali hakikat hati adalah permulaan bagi perjalanan Tasawuf. Namun begitu, permulaan ini tidak dititik beratkan sehingga akhirnya hasrat untuk melahirkan individu berkeperibadian mulia tidak dapat dicapai. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti aspek pembersihan hati dalam tafsir Sufi Isharī. Kajian ini adalah berdasarkan kepada kajian teks yang menggunakan kaedah analisis kandungan (content analysis). Secara umumnya, para ahli tafsir Isharī sangat menekankan tentang pembersihan hati. Ini kerana jika ia dikuasai oleh hawa nafsu maka ia adalah hati yang rosak dan sangat sukar untuk diubati. Ia akan menatijahkan seseorang memiliki keperibadian yang buruk. Selain itu, pembersihan dan penjagaan hati memerlukan proses berterusan. Walaupun hati seseorang itu suci, ia masih boleh dirosakkan oleh hawa nafsu. Justeru, hati yang suci perlu sentiasa dijauhkan daripada hawa nafsu yang boleh mengotorkannya agar keperibadian mulia dapat dilahirkan