Browsing by Author "Ain Balkis Mohd Azam"
Now showing 1 - 6 of 6
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Tematik Penulisan Tentang Hak Kebebasan Beragama Di Portal Berita Malaysiakini(USIM Press, 2023) ;Kamal Azmi Abd Rahman ;Ain Balkis Mohd Azam ;Sarjit Singh ;Abd Ha-kim Mohad ;Khadijah MudaAdibah Sulaiman @ MohamadIsu hak Kebebasan Beragama (HKB) di Malaysia sering menjadi polemik bukan sahaja di per-ingkat negara malahan juga di peringkat antarabangsa. Antara isu HKB yang hangat di-perdebatkan di Malaysia ialah isu murtad, kalimah Allah dan ajaran sesat. Oleh itu, media memainkan peranan penting dalam menyampaikan isu HKB kepada orang awam. Penyam-paian berita ini mampu membentuk persepsi masyarakat terhadap isu HKB di Malaysia. Ter-dapat beberapa portal berita atas talian yang menjadi medium penyampaian isu HKB. Salah satu portal berita yang sering melaporkan isu HKB ialah portal berita Malaysiakini.com. Oleh yang demikian, kertas kerja ini bertujuan menganalisis kandungan berita HKB di portal berita Malaysiakini.com. Metodologi yang digunakan adalah analisis kandungan berita berkaitan HKB bermula tahun 2019 hingga 2023 di portal berita Malaysiakini.com. Kajian mendapati bahawa portal berita Malaysiakini.comtelah menerbitkan berita HKB tertinggi pada tahun 2019 dan terendah pada tahun 2023 sehingga Mei. Penulis juga telah mengenalpasti sebanyak 12 tema HKB dari penulisan-penulisan yang telah diterbitkan iaitu; (1) Antarabang-sa, (2) Dialog dan toleransi beragama, (3) Hak asasi manusia, (4) Hak penyebaran agama bukan Islam, ajaran dan ideologi asing, (5) Hak penyebaran agama Islam, (6) Kalimah Allah, (7) Kebebasan melakukan dosa dan menghina Islam, (8) Keluar masuk Islam, (9) Kenegaraan, (10) Kritik insittusi agama Islam, (11) Pemeliharaan tradisi Islam dan (12) Politik. Bagi menye-imbangkan pelaporan dan penulisan berita HKB yang berbentuk polemik atau isu, portal berita atas talianseperti Malaysiakini.comdisarankan untuk melaporkan tentang sikap toler-ansi beragama dan kehidupan yang harmoni yang telah dikecapi oleh masyarakat pelbagai di Malaysia. Ini juga dapat mengurangkan persepsi negatif terhadap pengamalan HKB di Ma-laysia sama ada dalam kalangan masyarakat Malaysia ataupun pelaporan berita di peringkat global. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Bibliomatrik Kajian Hak Kebebasan Beragama di Malaysia Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia Dalam Pangkalan Data Scopus(USIM Press, 2023-11-30) ;Ain Balkis Mohd Azam ;Kamal Azmi Abd Rahman ;Khadijah Muda ;Adibah Sulaiman ;Abdul Hakim MohadSarjit Singh Darshan SinghIsu hak kebebasan beragama (HKB) tidak asing lagi dalam bidang kajian di Malaysia. HKB di Malaysia terikat dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang dijamin bagi setiap warganya. Namun terdapat perbezaan pentafsiran HKB dari konteks antarabangsa dan menurut undang-undang Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan. Hal ini menyebabkan Malaysia dilaporkan sebagai negara yang mendiskriminasi HKB untuk rakyatnya. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis beberapa kajian lepas yang telah diterbitkan berkaitan HKB di Malaysia dengan menggunakan metodologi analisis bibliomatrik. Oleh itu, kajian telah membuat carian menggunakan kata kunci (("religious freedom" OR "freedom of religion" OR "freedom of faith" OR "religious liberty" OR "right to worship" OR "freedom of religious practice" OR "freedom of religious expression" OR "religious toleration" OR "spiritual liberty") AND (Malaysia OR "Malaysia constitution" OR "federal constitution of Malaysia" OR "Malaysia law" OR "legal Malaysia")) di pengkalan data Scopus. Hasil kajian mendapati sebanyak 74 dokumen telah diperolehi. Tambahan lagi, analisis telah dikelaskan kepada 7 kategori iaitu, (1) Jenis penerbitan, (2) Bidang kajian, (3) Tahun penerbitan, (4) Nama penulis, (5) Jurnal penerbitan, (6) Afiliasi penulis, dan (7) negara. Walaupun tumpuan penerbitan tentang HKB di Malaysia adalah di jurnal-jurnal antarabangsa atau bukan jurnal tempatan, HKB di Malaysia masih menjadi antara bidang kajian yang signifikan dalam kalangan ahli akademik di Malaysia. Oleh yang demikian, pada masa akan datang, kajian tentang HKB di Malaysia akan terus menjadi tema penting dalam penerbitan artikel atau lain-lain di pengkalan data yang diindeks oleh Scopus. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Tematik Penulisan Tentang Hak Kebebasan Beragama di Portal Berita Online Malaysiakini(USIM Press, 2023) ;Kamal Azmi Abd Rahman ;Ain Balkis Mohd Azam ;Sarjit Singh ;Abd Ha-kim Mohad ;Khadijah Binti MudaAdibah Binti SulaimanHak Kebebasan Beragama (HKB) di Malaysia sering menjadi isu yang sering menjadi polemik bukan sahaja di peringkat negara namun antarabangsa. Antara isu HKB yang hangat diperdebatkan di Malaysia termasuk isu murtad, kalimah Allah dan ajaran sesat. Oleh itu, media memainkan peranan penting dalam menyampaikan isu HKB kepada orang awam. Penyampaian berita ini turut membentuk persepsi masyarakat terhadap isu HKB di Malaysia. Terdapat beberapa portal berita online yang menjadi medium penyampaian isu HKB. Salah satu portal berita yang sering melaporkan isu HKB daripanya ialah portal berita Malaysiakini.com. Oleh yang demikian, kertas kerja ini bertujuan menganalisis kandungan berita HKB di portal berita Malaysiakini.com. Metodologi yang digunakan adalah analisis kandungan berita berkaitan HKB bermula tahun 2019 hingga 2023. Kajian mendapati bahawa portal berita Malaysiakini.com telah menerbitkan berita HKB tertinggi pada tahun 2019 dan terendah pada tahun 2023 sehingga Mei. Penulis juga telah mengenalpasti sebanyak 12 tema HKB dari penulisan-penulisan yang telah diterbitkan iaitu; 1. Antarabangsa, 2. Dialog dan toleransi beragama, 3. Hak asasi manusia, 4. Hak penyebaran agama bukan Islam, ajaran dan ideologi asing, 5. Hak penyebaran agama Islam, 6. Kalimah Allah, 7. Kebebasan melakukan dosa dan menghina Islam, 8. Keluar masuk Islam, 9. Kenegaraan, 10. Kritik insittusi agama Islam, 11. Pemeliharaan tradisi Islam dan 12. Politik. Bagi menyeimbangkan pelaporan dan penulisan berita HKB yang bersifat masalah atau isu, portal berita atas talian seperti Malaysiakini juga disarankan untuk menulis tentang sikap toleransi beragama dan kehidupan yang harmoni yang telah dikecapi oleh masyarakat Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kebebasan Beragama di Malaysia: Hak untuk Menganut dan Mengamalkan Agama(Penerbit USIM, 2024) ;Kamal Azmi Abd. Rahman ;Adibah Binti Sulaiman @ Mohamad ;Abd Hakim Mohad ;Khadijah Muda ;Sarjit SinghAin Balkis Mohd AzamKebebasan beragama di Malaysia adalah unik dan perlu difahami berdasarkan kepada sejarah sosio-agama tempatan dan Perlembagaan Persekutuan. Ukuran sebenar terhadap pemahaman atau pengamalan hak kebebasan beragama ialah berdasarkan indeks watan, bukan berdasarkan kepada ukuran antarabangsa seperti hak kebebasan beragama yang difahami dalam Universal Declaration of Human Rights (UDHR 1949). Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan dua tema paling penting dalam memahami kebebasan beragama di Malaysia iaitu hak menganut agama dan hak mengamalkan agama. Kajian ini berbentuk kualitatif dan akan mendapatkan data daripada analisis teks terutamanya Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Hasil analisis tersebut mendapati bahawa terdapat tiga tema penting dalam hak menganut agama iaitu i) tiap-tiap orang berhak menganuti agamanya, ii) hak untuk tidak menerima atau mengikuti ajaran agama lain dan iii) agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaga. Manakala terdapat enam tema dalam hak mengamalkan agama iaitu i) tiap-tiap orang berhak mengamalkan agamanya, ii) kebebasan mengamalkan mana-mana agama dengan aman dan damai, iii) larangan diskriminasi kerana agama, iv) tiada seseorang pun boleh dikehendaki untuk mengambil bahagian dalam apa-apa upacara sesuatu agama, selain agamanya sendiri, v) kebebasan tidak bercanggah dengan ketenteraman dan kesihatan awam atau kemoralan dan vi) hak untuk pendidikan kanak-kanak dalam agama. Dapatan tema dalam hak menganut dan mengamalkan agama ini boleh menjadi pertimbangan penting bagi kajian masa hadapan dalam usaha membentuk indeks tempatan tentang kebebasan beragama di Malaysia berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, kajian akan datang juga boleh menumpukan kepada pembentukan tema lain dalam memahami kebebasan beragama di Malaysia melalui kaedah yang pelbagai seperti temubual atau perbincangan terfokus bersama pakar. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kertas Konsep Pembangunan Indeks Hak Kebebasan Beragama di Malaysia(Penerbit USIM, 2023) ;Ain Balkis Mohd Azam ;Kamal Azmi Abd RahmanKhadijah MudaHak Kebebasan Beragama (HKB) di Malaysia merupakan antara isu penting yang sering menjadi perdebatan. HKB yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia sejak awal lagi telah mempertahankan hak menganut dan mengamalkan agama masing-masing bagi setiap individu. Tambahan pula, perlembagaan juga mengakui keistimewaan bagi agama Islam serta hak kaum Melayu dan bumiputera. Oleh itu, hak keistimewaan ini seringkali menjadi polemik bukan sekadar dalam pengetahuan warganegara Malaysia bahkan turut mendapat perhatian antarabangsa. Hal ini juga menyebabkan pentafsiran HKB di Malaysia tidak selari dengan pemahaman HKB yang terkandung di dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat atau Universal Declaration of Human Rights (UDHR 1948). Oleh yang demikian, terdapat banyak laporan antarabangsa yang mengkritik pengamalan HKB di Malaysia kerana menurut laporan tersebut, Malaysia telah mendiskriminasi warganya. Oleh itu, matlamat kertas konsep ini adalah untuk membentangkan idea awal tentang pembangunan indeks HKB bagi mengukur tahap hak kebebasan beragama di Malaysia. Penulisan ini menggunakan kajian kepustakaan melalui analisis terhadap kajian-kajian lepas. Hasil analisis telah mendapati terdapat tiga tema utama perbincangan berkaitan dengan HKB iaitu tentang definisi hak kebebasan beragama, isu-isu hak kebebasan beragama di Malaysia dan kajian pengukuran pengamalan beragama. Oleh yang demikian, Malaysia memerlukan satu indeks watan yang boleh mengukur pengamalan HKB sesuai dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Indeks ini signifikan dalam membentangkan wajah sebenar pengamalan HKB di Malaysia sekaligus dapat memberikan jawapan balas atau membetulkan laporan antarabangsa yang telah membentangkan laporan negatif terhadap HKB di Malaysia - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Trend Penerbitan Kajian Hak Kebebasan Beragama di Malaysia: Sebuah Kajian Bibliomatrik(Universiti Sains Islam Malaysia, 2024-05-31) ;Ain Balkis Mohd Azam ;Kamal Azmi Abd Rahman ;Khadijah Muda ;Abd Hakim Mohad ;Adibah SulaimanSarjit Singh Darshan SinghIsu hak kebebasan beragama merupakan isu penting dan kontroversi di Malaysia. Oleh yang demikian, hak kebebasan beragama di Malaysia telah menarik perhatian ramai pengkaji sama ada dalam negara atau pun daripada luar negara. Perkara asas untuk memahami hak kebebasan beragama di Malaysia adalah keterikatannya dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai undang-undang tertinggi negara yang mana telah menyatakan tentang jaminan hak kebebasan beragama bagi setiap warganya. Kajian bibliomatrik ini adalah bertujuan untuk menganalisis trend penulisan yang berkaitan dengan hak kebebasan beragama di Malaysia dalam pangkalan data Scopus. Bagi mendapatkan data, kajian menggunakan kata kunci (("religious freedom" OR "freedom of religion" OR "freedom of faith" OR "religious liberty" OR "right to worship" OR "freedom of religious practice" OR "freedom of religious expression" OR "religious toleration" OR "spiritual liberty") AND (Malaysia OR "Malaysia constitution" OR "federal constitution of Malaysia" OR "Malaysia law" OR "legal Malaysia")) di Scopus. Kajian telah mengenalpasti sebanyak 76 artikel. Semua artikel tersebut akan dibincangkan berdasarkan 7 kategori iaitu, (1) Jenis penerbitan, (2) Bidang kajian, (3) Tahun penerbitan, (4) Nama penulis, (5) Jurnal penerbitan, (6) Afiliasi penulis, dan (7) Negara. Walaupun penulisan tentang hak kebebasan beragama di Malaysia telah diterbitkan di jurnal-jurnal antarabangsa atau bukan jurnal tempatan di pangkalan data Scopus, hak kebebasan beragama di Malaysia masih menjadi antara bidang kajian yang signifikan dalam kalangan ahli akademik di Malaysia. Oleh yang demikian, pada masa akan datang, kajian tentang hak kebebasan beragama di Malaysia akan terus menjadi tema penting dalam penerbitan artikel sama ada di jurnal tempatan atau antarabangsa yang diindeks oleh Scopus.