Browsing by Author "Arnida A. Bakar"
Now showing 1 - 5 of 5
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kepentingan Bahasa Arab dalam Penghuraian Isu Makanan: Kajian Dalam Al-Quran(2009) ;Wan Azura Wan Ahmad ;Lubna Abd. Rahman ;Arnida A. BakarZainur Rijal Abdul RazakIsu makanan halal telah menjadi isu global yang hangat diperbincangkan dewasa ini. Segenap lapisan masyarakat sama ada muslim atau tidak semakin sensitif dengan perkembangan isu makanan termasuklah ke peringkat status kesucian sesuatu produk makanan. Atas kesedaran ini, Malaysia berhasrat untuk menjadikan negara ini sebagai hub halal terkemuka yang menjadi tumpuan dunia. Sehubungan dengan itu, isu makanan termasuklah metode pengeluaran hukum dan status sesuatu produk makanan sering dibincangkan di pelbagai peringkat seperti seminar dan pusat penyelidikan. Pelbagai aspek disentuh dalam perbincangan tersebut termasuklah peranan bahasa Arab dalam perkara ini. Penghuraian isu makanan dari segi status kesuciannya tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh bahasa Arab. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan kepentingan bahasa Arab dalam penghuraian isu makanan. Dalam kertas kerja ini pendapat-pendapat ulama tafsir diketengahkan sebagai rujukan dan sandaran dalam menerangkan hubung kait yang signifikan antara bahasa Arab dan penghuraian isu tersebut dalam al-Quran. Dapatan kajian menjelaskan bahawa seseorang yang terlibat dalam penghuraian sesuatu isu berkaitan makanan perlu menguasai bahasa tersebut secara mendalam. Hal ini adalah kerana sumber utama dalam pengeluaran sesuatu hukum makanan iaitu al-Quran dan hadis adalah berbahasa Arab. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kesan Bahasa Arab Terhadap Penghuraian Isu Makanan Dalam Surah Al-Maidah dan Surah Al-An'am: Kajian dari Aspek Terminologi, Semantik dan Budaya(Universiti Sains Islam Malaysia, 2006) ;Zainur Rijal Abdul Razak ;Arnida A. Bakar ;Wan Azura Wan AhmadLubna Abd. RahmanPenyelidikan ini mengkaji kesan faktor bahasa arab iaitu terminology, semantic dan budaya terhadap penghuraian isu makanan dalam surah Al-Maidah dan surah An’am. Disamping itu, penyelidikan ini cuba melihat tahap pengetahuan masyarakat dan kesedaran mereka terhadap isu makanan halal. Bagi tujuan pertama, metod kajian perpustakaan digunakan mengkaji beberapa ayat al-Quran yang berkaitan isu makanan dalam dua surah tersebut. Dalam merealisasikan tujuan kedua, sebanyak 300 borang soal selidik telah diedarkan kepada responden yang terdiri daripada pensyarah, pelajar, pegawai, guru dan pengusaha makanan. Pengalisan Sciences (SPSS) dengan menggunakan perisian Statistikal Packages for Social dan jadual silang (Crosstabulations). Selain daripada itu , kaedah temu bual juga dijalankan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bagi mencapai tujuan kedua ini. Hasil kajian mendapati bahawa ketiga-tiga aspek bahasa arab iaitu terminologi, semantic dan budaya mempunyai kaitan yang amat rapat dan mesti diambil kira dalam penghuraian isu makanan dalam surah al-Maidah dan al-An’am. Dapatan kajian ini juga menunjukan bahawa sebahagian besar masyarakat semakin mengambilberat terhadap isu makanan halal dan mengikuti perkembangannya. Namun, apabila dikaitkan dengan faktor-faktor ini terehadap penghuraian al-Quran khususnya ddalam makanan - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penterjemahan Unsur Budaya Kebendaan Dalam Al - Quran Ke Dalam Bahasa Melayu: Analisis Komponen Makna(WorldConferences.net, 2019) ;Arnida A. Bakar ;Sulhah RamliAkmal Khuzairy Abd. RahmanPenterjemahan ialah satu bidang penting yang menyumbang kepada penyebaran ilmu pengetahuan kepada masyarakat bahasa sasaran. Aktiviti ini bukan sahaja memindahkan idea atau maklumat, malah turut memindahkan budaya antara bahasa sumber dan bahasa sasaran. Hal ini perlu diberi perhatian serius kerana terdapat jurang antara dua bahasa dan budaya yang berbeza. Setiap norma budaya yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat bahasa berbeza dengan masyarakat bahasa lain. Begitu juga dengan penterjemahan unsur budaya dalam al-Quran yang bersifat kontekstual dengan dicirikan oleh budaya tertentu mengikut konteks latar yang berbeza. Justeru itu, unsur budaya yang melatari al-Quran perlu disingkap penterjemahannya bagi mengupas aspek pemindahan maknanya dari bahasa Arab kepada pembaca bahasa sasaran lain. Namun, aspek penterjemahan unsur budaya al-Quran kurang mendapat perhatian dalam kajian terdahulu. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti unsur budaya kebendaan di dalam al-Quran yang tiada dalam konteks budayabahasa sasaran iaitu bahasa Melayu, dengan mengupas makna unsur terlibat yang dibekalkan dalam bahasa sasaran. Dengan mengaplikasi analisis komponen makna, kajian memperhalusi makna yang dipindahkan ke dalam bahasa sasaran. Kajian ini bersifat deskriptifdengan menjalankan analisis kandungan teks al-Quran dan terjemahannya dalam Bahasa Melayu. Kajian ini mendapati beberapa implikasi terhasil daripada penterjemahan unsur budaya kebendaan ini, antaranya terjemahan yang dibekalkan dalam bahasa sasaran mempunyai keserasian atau kekurangan pada aspek makna. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Remain as Stranger or Be Local?(SECHOLIAN PUBLICATION, 2022) ;Sulhah RamliArnida A. BakarThe entire world has witnessed the spread of COVID-19, starting from the end of the year 2019 in Wuhan, China, and is still affecting the population until now, the year 2022, although the infection is currently under control. In the beginning, it was identified as an epidemic but later was declared by the World Health Organization (WHO) in Mac 2020 as a pandemic. As a result, any information related to this disease is widely disseminated as health protection and procedure. Thus, acquiring of the knowledge of COVID-19 jargon is necessary to ensure mutual understanding. Failure to provide an adequate meaning will lead to misunderstanding regarding the implementation of health procedures in the language community. Therefore, this current paper carries out the study to identify technical terms related to COVID-19 in speeches of the General Director of WHO and explore the method applied in translating those terms from English into Arabic. The terms are unfamiliar in the target text, therefore the study explores the approaches used to convey the meaning, besides discovering whether the terms are remained with their features (foreignized) or adapted (domesticated) into Arabic. This is a descriptive study that applies the document analysis approach in collecting and analysing data. Based on the preliminary analysis, several types of technical terms related to COVID-19 are discovered and classified into different categorizations. The study contributes to uncovering the trend of translating COVID-19 terms into Arabic. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Variasi Istilah Berkaitan Pandemik Covid-19 Dalam Akhbar Berbahasa Arab(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Lubna Abd. Rahman ;Arnida A. BakarWahida MansorWabak COVID-19 yang melanda dunia saat ini membawa pelbagai kesan dan perubahan dalam kehidupan masyarakat dari pelbagai aspek termasuklah ekonomi, sosial dan politik. Dalam masa yang sama, didapati bahawa bahasa juga turut terkesan dengan perkembangan wabak ini. Pandemik ini secara tidak langsung menimbulkan kepelbagaian dan kekerapan penggunaan istilah khusus dalam masyarakat, seperti penjarakan sosial, kelaziman baharu, nyah cemar, kuarantin dan lain-lain. Begitu juga, fenomena ini juga didapati memberi kesan kepada pengembangan istilah seumpama itu, yang melahirkan variasi penggunaan istilah tersebut dalam bahasa yang sama, sebagai contoh bahasa Arab. Penulisan ini bertujuan menyelusuri penggunaan istilah seumpama ini dalam akhbar-akhbar berbahasa Arab dalam talian (online) untuk mengkaji sama ada penggunaan istilah seumpama ini adalah sama dalam akhbar-akhbar tersebut atau sebaliknya. Kajian ini berbentuk kualitatif berasaskan kaedah analisis dokumen terhadap tiga akhbar berbahasa Arab iaitu Bernama Arabic, al-Jazeera Arabic dan Asharq al-Awsat. Hasil dapatan menunjukkan terdapat variasi dalam penggunaan sebilangan istilah berkaitan situasi pandemic COVID-19 antara akhbar tersebut. Secara tidak langsung, variasi ini membantu memperkaya kosa kata dan perkamusan Arab.