Browsing by Author "Azman, A.R"
Now showing 1 - 11 of 11
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Pentafsiran Mualaf Menurut Islam dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri di Malaysia(USIM Press, 2015) ;Azman, A.R ;Irwan, M.S ;Mahazan, A.M ;Nuradli Ridzwan Shah, M.D ;Wan Mohd. Fazrul Azdi, W.R ;Rose Irnawaty, IbrahimNorlina IsmaiMualaf dikategorikan sebagai golongan yang berhak menerima bahagian zakat dalam Islam. Terdapat perbezaan pentafsiran definisi mualaf yang boleh mempengaruhi pengurusan agihan zakat. Perbezaan yang mungkin wujud adalah sama ada orang bukan Islam yang cenderung kepada Islam juga berhak menerima bahagian zakat ataupun tidak. Justeru, objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti definisi mualaf berdasarkan perbahasan ulama terdahulu dan kontemporari daripada pelbagai madhhab secara terperinci. Artikel ini turut menganalisis pentafsiran mualaf menurut Enakmen Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri di Malaysia. Artikel ini mendapati bahawa terdapat beberapa perbezaan yang wujud dalam pentafsiran asnaf mualaf sama ada menurut pandangan imam-imam madhhab mahupun klausa-klausa di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri. Ulama bersepakat menerima definisi mualaf sebagai individu yang baru memeluk agama Islam tetapi berselisih pendapat dalam menerima orang bukan Islam yang cenderung hatinya kepada Islam sebagai sebahagian daripada mualaf yang berhak ke atas zakat. Artikel ini diharapkan dapat memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap varsiti pentafsiran mualaf sekaligus mencetuskan model pengurusan baharu dalam agihan bantuan zakat. Kajian lanjutan boleh dilakukan bagi mengenal pasti hukum menggunakan dana zakat dalam dakwah non-Muslim di Malaysia.5 21 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Employers' Perception Toward Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Graduates 2003-2013(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Mahazan, A.M ;Musa, A.H. ;Mohd. Yahya, M.A. ;Azman, A.R ;Awangku Abdul Rahman, A.YMohd. Rozaini, A.RThis study investigated the perception of employers toward USIM graduates from 2003 until 2013. Graduate skills investigated for this research are communication skills, thinking and problem-solving skills, teamwork, information management and ICT, entrepreneurship and work planning, ethics and professionalism, leadership skills, and finally religious orientation in organisation. Two categories of background data collected from the graduates are the faculty at USIM which they had enrolled, and the respondents career sector. The purpose of this study is to provide a descriptive analysis on the perception of employers toward USIM graduates from 2003 until 2013. This study applied the survey technique on 350 randomly selected graduates around Malaysia. In the first phase of this research, from 120 samples, this research was able to gather information from 70 employers. Results of the descriptive analysis show that USIM graduates were perceived to be good in religious orientation, information management and ICT, and ethic and professionalism, by the employers. Data from the sector of employment shows that most of the respondents were from the education sector.13 1 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Hujan dan Banjir dalam Hadis Nabi Saw(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Zulhelmi, M.NAzman, A.RDewasa ini kita melihat banyak berlaku bencana alam di merata tempat di dunia. Kesemua bencana alam ini pernah diketahui atau disaksikan oleh Nabi SAW dan para sahabat Baginda RA. Antara bencana alam yang sering dialami di negara kita adalah banjir, kejadian banjir yang melanda negara tidak lama dahulu amat meresahkan semua pihak. Banjir ini dimulai dengan hujan lebat yang berterusan, lalu mengakibatkannya bertakung atau melimpah. Artikel ini akan cuba mengemukakan pandangan dan sabdaan Nabi SAW berkaitan dengan hujan yang menjadi sebab kepada banjir dan seterusnya melihat saranan Baginda atau perlakuan terhadap banjir yang melanda. Ia dimulakan dengan situasi sebelum, semasa dan selepas berlakunya hujan dan kesan daripada hujan yang berterusan. Beberapa hadis Nabi SAW yang berkaitan akan dikumpulkan dan dianalisa isi kandungannya serta dikukuhkan dengan pandangan ulama muktabar. Diharapkan�artikel ini dapat menyingkap perbuatan dan sabdaan Nabi SAW terhadap fenomena hujan dan banjir dan seterusnya menjadi suatu pedoman dan titik permulaan kepada umat Islam untuk berhadapan dan mula mencari jalan penyelesaian kepada bencana hujan dan banjir. Didapati secara umumnya, sentuhan Nabi SAW terhadap banjir amat minima, ia sesuai dengan zaman, tempat dan keadaan di Mekah serta Madinah pada ketika itu, manakala berkaitan hujan hanyalah berkisar dengan cara Nabi SAW berhadapan dan melaluinya.20 125 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Indeks Pengukuran Penentuan Had Tempoh Mualaf di Malaysia(USIM Press, 2015) ;Azman, A.R ;Irwan, M.S ;Mahazan, A.M ;Wan Mohd. Fazrul Azdi, W. R ;Nuradli Ridzwan Shah, M.D ;Rose Irnawaty, IbrahimNorlina IsmailStatistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia pada tahun 2012 menunjukkan peningkatan kadar pemelukan agama Islam seramai 76, 663 orang di antara tahun 2002 sehingga tahun 2009, sekaligus membuktikan penerimaan yang baik terhadap agama Islam daripada golongan bukan Islam. Mereka yang baru memeluk agama Islam ini secara urufnya digelar sebagai mualaf dan mempunyai hak dalam saham zakat. Namun, persoalan timbul berkaitan penentuan had tempoh panggilan mualaf yang tidak seragam antara negeri di Malaysia khususnya dari sudut kerelevanan panggilan mualaf yang masih digunakan kepada golongan mualaf yang sudah puluhan tahun memeluk agama Islam. Perbezaan had tempoh panggilan mualaf turut memberi impak kepada agihan zakat kepada mualaf. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti had tempoh mualaf yang ditetapkan oleh negeri-negeri di Malaysia seterusnya menganalisis dan mengenal pasti indeks pengukuran bagi penentuan had tempoh mualaf yang sesuai diaplikasi di Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa tiada keseragaman antara negeri di Malaysia dalam menentukan had tempoh mualaf. Justeru kajian mencadangkan had tempoh sehingga lapan (8) tahun sebagai indeks pengukuran kefahaman, pengukuhan dan kemantapan Islam seseorang mualaf dengan melihat kepada tempoh peralihan seseorang individu itu daripada umur mumayyiz sehingga baligh iaitu satu jangka masa pembelajaran dan pemahaman ilmu agama sebelum ditaklifkan tanggungjawab Islam sepenuhnya ke atas individu tersebut. Penentuan indeks pengukuran had tempoh mualaf di Malaysia penting bagi membezakan mualaf yang benar-benar memahami Islam seterusnya dapat membantu dari sudut keselarasan penyaluran skim bantuan agihan zakat bagi asnaf mualaf.3 22 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Indeks Pengukuran Penentuan Had Tempoh Mualaf di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2015) ;Azman, A.R ;Irwan, M.S ;Mahazan, A.M ;Wan Mohd. Fazrul Azdi, W.R ;Nuradli Ridzwan Shah, M.D ;Rose Irnawaty, IbrahimNorlina IsmailStatistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia pada tahun 2012 menunjukkan peningkatan kadar pemelukan agama Islam seramai 76, 663 orang di antara tahun 2002 sehingga tahun 2009, sekaligus membuktikan penerimaan yang baik terhadap agama Islam daripada golongan bukan Islam. Mereka yang baru memeluk agama Islam ini secara urufnya digelar sebagai mualaf dan mempunyai hak dalam saham zakat. Namun, persoalan timbul berkaitan penentuan had tempoh panggilan mualaf yang tidak seragam antara negeri di Malaysia khususnya dari sudut kerelevanan panggilan mualaf yang masih digunakan kepada golongan mualaf yang sudah puluhan tahun memeluk agama Islam. Perbezaan had tempoh panggilan mualaf turut memberi impak kepada agihan zakat kepada mualaf. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti had tempoh mualaf yang ditetapkan oleh negeri-negeri di Malaysia seterusnya menganalisis dan mengenal pasti indeks pengukuran bagi penentuan had tempoh mualaf yang sesuai diaplikasi di Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa tiada keseragaman antara negeri di Malaysia dalam menentukan had tempoh mualaf. Justeru kajian mencadangkan had tempoh sehingga lapan (8) tahun sebagai indeks pengukuran kefahaman, pengukuhan dan kemantapan Islam seseorang mualaf dengan melihat kepada tempoh peralihan seseorang individu itu daripada umur mumayyiz sehingga baligh iaitu satu jangka masa pembelajaran dan pemahaman ilmu agama sebelum ditaklifkan tanggungjawab Islam sepenuhnya ke atas individu tersebut. Penentuan indeks pengukuran had tempoh mualaf di Malaysia penting bagi membezakan mualaf yang benar-benar memahami Islam seterusnya dapat membantu dari sudut keselarasan penyaluran skim bantuan agihan zakat bagi asnaf mualaf.10 19 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendekatan Al-Quran dan Al- Sunnah dalam Menyantuni Mualaf(Universiti Sains Islam Malaysia, 2015) ;Zulhelmi, M.NAzman, A.RIslam adalah agama yang membawa rahmat kepada seluruh umat manusia tanpa mengira pangkat, darjat, keturunan dan bangsa. Kesempurnaan dan kelestarian Islam amat terserlah melalui layanan terhadap semua makhluk Allah SWT di muka bumi ini menerusi hukum hakam dan perundangan yang dibawa. Kehebatan Islam lebih dirasai oleh setiap yang mempercayai, menyakini dan beriman dengan Allah SWT. Kesemua sudut kehidupan dan keadaan diraikan oleh agama yang mulia ini. Bagi seseorang yang baru memeluk agama Islam atau lebih dikenali sebagai mualaf, mereka turut tidak ditinggalkan dalam perbahasan agama, malah golongan mualaf merupakan kelompok yang kembali kepada fitrah kejadiannya yang dicipta oleh Allah SWT dan sebagai kumpulan yang meramaikan umat Nabi Muhammad SAW. Kumpulan ini dihuraikan oleh al-Quran dan hadis dengan memaparkan hak-hak dan tanggungjawab serta perkara-perkara yang menjadi kepentingan agama itu sendiri. Maka, artikel ini dihasilkan sebagai mengemukakan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW sekitar mualaf dan melihat kupasan ulama terdahulu berkaitan dengannya. Ia juga akan mengupas aspek yang menjadi fokus utama ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW. Ayat-ayat al-Quran yang menyentuh tentang mualaf serta hadis-hadis Nabi SAW akan diamati dan dikeluarkan topik perbincangannya dengan disokong oleh pandangan ulama, sebagai menjelaskan ciri-ciri yang mesti diraikan dan diuruskan oleh seluruh umat Islam dari pelbagai peringkat terhadap golongan 'Mualaf'. Seterusnya konklusi berkaitan dengan fokus ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW berkaitan dengan "Mualaf" akan dapat diperhatikan. Objektif daripada artikel ini adalah untuk mengumpul dan menghuraikan ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW berkaitan mualaf, melihat aspek penekanan yang mesti diberi perhatian oleh semua kelompok masyarakat dan mencadangkan perkara-perkara yang mesti diberi keutamaan. Diharapkan artikel ini dapat menambah maklumat penting tentang mualaf yang semakin hilang daripada pengamatan seluruh kaum muslimin, menerbitkan perasaan bertanggungjawab dan melaksanakan perintah Allah SWT dan Rasul-Nya SAW.4 16 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penerimaan Penggunaan Istilah Mualaf dalam Kalangan Mualaf di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2015) ;Irwan, M.S ;Azman, A.R ;Mahazan, A.M ;Nuradli Ridzwan Shah, M.D ;Wan Mohd. Fazrul Azdi, W.R ;Rose Irnawaty, Ibrahim ;Siti Nurunnajwa Shamsudin ;Nusaibah Anuar MusaddadNorlina IsmaiPerbezaan pemikiran membawa kepada kepelbagaian penggunaan istilah bagi sesuatu perkara. Dalam konteks panggilan untuk golongan yang baru memeluk Islam, terdapat pelbagai istilah yang digunakan seperti saudara baru, saudara Muslim, saudara kita dan mualaf. Namun, persoalan timbul berkaitan istilah mana yang paling sesuai digunakan bagi golongan tersebut sama ada dalam perbualan seharian mahupun dari sudut penggunaannya secara akademik dan juga perundangan. Justeru, artikel ini akan membincangkan tentang konsep mualaf dan penggunaan istilah mualaf bagi golongan yang baru memeluk agama Islam di Malaysia. Objektif utama artikel ini adalah untuk mengkaji penerimaan mualaf terhadap penggunaan istilah mualaf dan penetapan had tempoh panggilan tersebut mengikut keputusan Majlis Agama Islam di setiap negeri di Malaysia serta mencadangkan tempoh yang sesuai bagi penggunaan istilah tersebut. Artikel ini menggunakan metode kualitatif dengan menjadikan kumpulan fokus sebagai mekanisma untuk mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan. Seramai 9 orang individu daripada pelbagai latar belakang dan peringkat umur dipilih sebagai informan. Setiap informan ditemu bual selama 10 minit dan diajukan soalan yang sama. Temu bual ini menggunakan soalan separa struktur bagi membuka ruang kepada informan untuk berkongsi pendapat dan pengalaman mereka dengan lebih selesa. Artikel mendapati bahawa kebanyakan mualaf tidak menunjukkan sebarang respon yang negatif dengan penggunaan istilah mualaf, namun mereka lebih selesa dipanggil saudara Muslim kerana istilah tersebut dirasakan lebih mesra dipanggil dan tidak menunjukkan jarak yang terlalu jauh di antara saudara seagama yang lain.42 18 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Persepsi Mualaf Terhadap Pengisian Pengislaman dan Program Pembangunan Mualaf: Kajian di Negeri Sembilan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2015) ;Azman, A.R ;Irwan, M.S ;Mahazan, A.M ;Wan Mohd. Fazrul Azdi, W.R ;Nuradli Ridzwan Shah, M.D ;Rose Irnawaty, IbrahimNorlina IsmaiIslam semakin mendapat tempat di hati masyarakat bukan Islam. Buktinya, statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia merekodkan peningkatan jumlah mualaf sehingga 76,663 orang di seluruh Malaysia bagi tahun 2000 sehingga tahun 2009. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong golongan ini mendekati Islam. Misalnya, ada yang terkesan dengan penyampaian dakwah yang berhikmah oleh para daie yang mendekati golongan ini. Namun begitu, peranan pengurusan dan pengisian program selepas pengislaman seseorang individu sebagai daya tarikan kepada golongan ini tidak dapat diketepikan. Justeru, artikel ini adalah untuk mengenal pasti persepsi mualaf terhadap pengisian dan program pembangunan mualaf yang disediakan khususnya di Negeri Sembilan. Pengenalpastian beberapa aspek lain yang perlu diberi perhatian termasuklah dari sudut proses pengislaman, pengisian pengislaman dan program sokongan mualaf turut menjadi fokus perbincangan dalam artikel ini. Artikel mendapati bahawa pengisian sedia ada kepada mualaf hampir memenuhi kesemua aspek keperluan mualaf, namun masih terdapat beberapa lakuna yang memerlukan kepada penambahbaikan. Artikel mencadangkan beberapa penambahbaikan untuk memantapkan lagi pengurusan sedia ada terutamanya berkaitan modul atau kursus yang disediakan dan juga jangka masa kursus. Kajian lanjutan perlu dijalankan bagi mengenal pasti kekangan pengurusan mualaf yang dihadapi dari semasa ke semasa supaya dapat memantapkan lagi keberkesanan pengurusan mualaf mulai dari fasa sebelum, semasa dan selepas memeluk agama Islam.15 3 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Prosedur Pengislaman Mualaf di Negeri Sembilan: Kajian di Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma)(Universiti Sains Islam Malaysia, 2015) ;Azman, A.R ;Irwan, M.S ;Mahazan, A.M ;Wan Mohd. Fazrul Azdi, W.R ;Nuradli Ridzwan Shah, M.D ;Rose Irnawaty, IbrahimNorlina IsmailPenyebaran dakwah Islamiyah di Malaysia memberi kesan positif terhadap peningkatan bilangan mualaf. Sebelum memeluk Islam, seseorang itu perlulah mengetahui prosedur pengislaman agar tidak timbul masalah setelah menjadi Muslim. Setelah memeluk agama Islam, pembangunan seseorang mualaf itu sangat penting untuk memastikan mereka berada di landasan yang benar. Persatuan-persatuan seperti Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), PERKIM, KIMMA, MRA dan IPSI amatlah penting untuk memastikan kebajikan, perlindungan dan bimbingan terhadap mualaf. Justeru, kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji prosedur pengislaman di Negeri Sembilan disamping melihat peranan MACMA Negeri Sembilan dalam memastikan pembangunan para mualaf terutamanya yang berbangsa Cina setelah memeluk Islam. Kajian mendapati prosedur pengislaman di Negeri Sembilan adalah berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 Bahagian IX- Memeluk Agama Islam yang diuruskan oleh Pusat Dakwah Islamiyah, Paroi dibawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Peranan utama MACMA Negeri Sembilan adalah memberi bimbingan fardu ain dan menjaga kebajikan mualaf disamping menjalankan dakwah kepada kaum Cina di Negeri Sembilan. Kajian ini dapat memperkemas pengurusan MACMA Negeri Sembilan seterusnya memberi maklumat kepada mualaf tentang prosedur pengislaman di Negeri Sembilan. Kajian ini mencadangkan agar prosedur pengislaman di negeri-negeri lain turut dianalisis dan dibandingkan.7 47 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Skim Bantuan Zakat Asnaf Mualaf: Satu Analisis Kontemporari di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2015) ;Azman, A.R ;Irwan, M.S ;Nuradli Ridzwan Shah, M.D ;Mahazan, A.M ;Wan Mohd. Fazrul Azdi, W.R ;Rose Irnawaty, IbrahimNorlina IsmailPemelukan Islam dalam kalangan saudara baru di Malaysia dilihat semakin meningkat saban tahun. Perkembangan positif ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya terutamanya dari sudut kebajikan, sokongan sosial dan peningkatan kefahaman mereka terhadap agama Islam agar mereka tidak kembali kepada agama asal mereka. Institusi zakat merupakan salah satu institusi yang bertanggungjawab dalam pengurusan bantuan berbentuk kewangan dan skim bantuan lain kepada golongan yang baru memeluk Islam atau mualaf. Pemberian skim bantuan zakat kepada asnaf mualaf merupakan salah satu jaminan sosial untuk memberi galakan dan sokongan kepada mereka untuk terus berpegang teguh dengan agama Islam. Objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti skim-skim bantuan yang disediakan oleh setiap negeri di Malaysia. Artikel ini turut menganalisis jenis skim bantuan yang disediakan oleh setiap negeri di Malaysia dengan mengemukakan cadangan skim bantuan tambahan yang wajar dilaksanakan oleh negeri-negeri tertentu. Hasil kajian mencadangkan beberapa penambahbaikan terhadap skim bantuan zakat kepada asnaf mualaf supaya dapat dipertimbang oleh Majlis Agama Islam di setiap negeri di Malaysia untuk dilaksanakan bagi menjamin kelangsungan hidup asnaf mualaf. Diharapkan artikel ini dapat menjadi panduan kepada pihak pengurusan zakat khususnya Majlis Agama Islam di setiap negeri di Malaysia dalam mentadbir dan menguruskan sistem pengurusan zakat secara sistematik dan efisen.��6 36 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Skim Bantuan Zakat Mualaf: Satu Kajian Kontemporari di Wilayah Persekutuan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2015) ;Azman, A.R ;Irwan, M.S ;Nuradli Ridzwan Shah, M.D ;Mahazan, A.M ;Wan Mohd. Fazrul Azdi, W.R ;Rose Irnawaty, IbrahimNorlina IsmailMualaf merupakan salah satu golongan asnaf yang memperolehi bahagian zakat selepas asnaf fakir, miskin dan amil sebagaimana yang telah disebut dalam Al-Quran. Pengagihan zakat secara sistematik dapat memberi keadilan kepada golongan yang layak menerima bantuan zakat seperti asnaf mualaf. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab dalam menguruskan dana zakat telah menyediakan pelbagai skim bantuan zakat kepada golongan ini. Persoalan yang timbul sama ada skim agihan zakat dan bantuan yang disediakan oleh MAIWP ini dapat memenuhi kesemua keperluan dan kehendak asnaf mualaf terutamanya di Wilayah Persekutuan. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti skim-skim agihan zakat yang disediakan oleh MAIWP kepada asnaf mualaf. Skim-skim tersebut akan dinilai sama ada meliputi keperluan mualaf secara total berdasarkan realiti kehidupan terutamanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian ini akan mencadangkan beberapa penambahbaikan kepada skim-skim agihan tersebut. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif melalui kajian teks dan juga kajian lapangan bagi mendekati responden yang terlibat secara langsung dalam urusan pengagihan zakat. Hasil kajian mendapati bahawa skim-skim agihan yang disediakan oleh MAIWP hampir melengkapi setiap keperluan asnaf mualaf. Analisa kajian mendapati masih terdapat ruang penambahbaikan yang boleh dicadangkan. Kajian mencadangkan beberapa penambahbaikan skim seperti skim pengurusan jenazah, Skim Simpanan Tabung Haji dan beberapa skim lain bagi memenuhi keperluan hidup serta memelihara kebajikan asnaf mualaf. Kajian lanjutan perlu dijalankan bagi mengenal pasti kekangan dan� juga keperluan semasa asnaf mualaf terutamanya selepas cukai barang dan perkhidmatan atau Goods and Service Tax (GST) dilaksanakan bagi menambah baik skim agihan zakat sedia ada kepada asnaf mualaf dari semasa ke semasa.19 8