Browsing by Author "Bilal Jailani"
Now showing 1 - 4 of 4
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Isu-Isu Akidah di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir: Kajian Perintis di Daerah Temerloh dan Maran, Pahang(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Irwan Mohd Subri ;Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali ;Walid Mohd Said ;Nisar Mohammad Ahmad ;Amir Shaharuddin ;Mohd Aizuddin Abdul Aziz ;Mohd Azhar Ibrahim Resedi ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Syadiyah Abdul ShukorBilal JailaniPenghujung tahun 2014, Malaysia khususnya di pantai Timur telah dilanda banjir besar yang luar biasa. Mangsa-mangsa yang dipindahkan dan ditempatkan di pusat penempatan banjir melebihi dua ratus ribu orang. Kajian perintis ini dijalankan bagi� mengumpulkan isu-isu berkaitan akidah di pusat pemindahan mangsa banjir di daerah Temerloh dan Maran, Pahang. Kajian yang bermatlamatkan penerokaan ini menggunakan kaedah kualitatif. Para penyelidik telah menjalankan temu bual tidak berstruktur terhadap tiga puluh lapan orang responden di empat buah pusat pemindahan mangsa banjir di daerah Temerloh dan Maran, Pahang. Pemilihan responden dibuat menggunakan kaedah persampelan mengikut kesenangan (convenience sampling). Hasil kajian menunjukkan terdapat lapan tema isu akidah yang dibangkitkan oleh warga pusat pemindahan banjir. Tiga tema paling polular adalah i) banjir itu qadak dan qadar Allah, ii) berusaha dan bertawakkal dalam menghadapi banjir, dan iii) banjir mendekatkan diri dengan Allah. Di bahagian perbincangan, penyelidik menghuraikan perkara-perkara yang berkemungkinan menjadi faktor kepada dapatan kajian. Penyelidik juga mengemukakan cadangan penambah baikan berkaitan isu akidah dan kaunseling untuk dimuatkan dalam model pengurusan banjir. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Isu-Isu Fiqh di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir: Kajian Perintis di Daerah Temerloh, Pahang(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Irwan Mohd Subri ;Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali ;Walid Mohd Said ;Nisar Mohammad Ahmad ;Amir Shaharuddin ;Mohd Aizuddin Abdul Aziz ;Mohd Azhar Ibrahim Resedi ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Syadiyah Abdul ShukorBilal JailaniDewasa ini kita melihat banyak berlaku bencana alam di merata tempat di dunia. Kesemua bencana alam ini pernah diketahui atau disaksikan oleh Nabi SAW dan para sahabat Baginda RA. Antara bencana alam yang sering dialami di negara kita adalah banjir, kejadian banjir yang melanda negara tidak lama dahulu amat meresahkan semua pihak. Banjir ini dimulai dengan hujan lebat yang berterusan, lalu mengakibatkannya bertakung atau melimpah. Artikel ini akan cuba mengemukakan pandangan dan sabdaan Nabi SAW berkaitan dengan hujan yang menjadi sebab kepada banjir dan seterusnya melihat saranan Baginda atau perlakuan terhadap banjir yang melanda. Ia dimulakan dengan situasi sebelum, semasa dan selepas berlakunya hujan dan kesan daripada hujan yang berterusan. Beberapa hadis Nabi SAW yang berkaitan akan dikumpulkan dan dianalisa isi kandungannya serta dikukuhkan dengan pandangan ulama muktabar. Diharapkan artikel ini dapat menyingkap perbuatan dan sabdaan Nabi SAW terhadap fenomena hujan dan banjir dan seterusnya menjadi suatu pedoman dan titik permulaan kepada umat Islam untuk berhadapan dan mula mencari jalan penyelesaian kepada bencana hujan dan banjir. Didapati secara umumnya, sentuhan Nabi SAW terhadap banjir amat minima, ia sesuai dengan zaman, tempat dan keadaan di Mekah serta Madinah pada ketika itu, manakala berkaitan hujan hanyalah berkisar dengan cara Nabi SAW berhadapan dan melaluinya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kefahaman Akidah di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir: Kajian Perintis di Daerah Temerloh dan Maran, Pahang(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Irwan Mohd Subri ;Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razal ;Walid Mohd Said ;Nisar Mohammad Ahmad ;Amir Shaharuddin ;Mohd Aizuddin Abdul Aziz ;Mohd Azhar Ibrahim Resedi ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Syadiyah Abdul ShukorBilal JailaniPenghujung tahun 2014, Malaysia khususnya di Pantai Timur telah dilanda banjir besar yang luar biasa. Mangsa-mangsa yang dipindahkan dan ditempatkan di pusat pemindahan melebihi dua ratus ribu orang. Situasi yang penuh dengan cabaran dan dugaan itu amat berkait berkait rapat dengan konsep-konsep akidah seperti iman terhadap qadak dan qadar, bencana sebagai ujian dan kefahaman tawakal. Untuk mengetahui tahap kefahaman warga pusat pemindahan terhadap isu-isu ini, satu kajian perintis kuantitatif berbentuk soal selidik telah dijalankan ke atas 18 orang. Pemilihan responden dibuat menggunakan kaedah persampelan mengikut kesenangan (convenience sampling). Dengan menjadikan daerah Temerloh dan Maran sebagai lokasi kajian, ketiga-tiga tema yang diuji menunjukkan nilai min yang tinggi, sekaligus memberi makna bahawa responden mempunyai tahap kefahaman akidah yang tinggi. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kefahaman Fiqh di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir: Kajian Perintis di Daerah Temerloh dan Maran, Pahang(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Irwan Mohd Subri ;Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali ;Walid Mohd Said ;Nisar Mohammad Ahmad ;Amir Shaharuddin ;Mohd Aizuddin Abdul Aziz ;Mohd Azhar Ibrahim Resedi ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Syadiyah Abdul ShukorBilal JailaniPenghujung tahun 2014, Malaysia khususnya di pantai Timur telah dilanda banjir besar yang luar biasa. Mangsa-mangsa yang dipindahkan dan ditempatkan di pusat penempatan melebihi dua ratus ribu orang. Di pusat-pusat penempatan itu, terdapat beberapa keadaan yang berkait rapat dengan fiqh seperti cara bersuci, kaedah mengerjakan solat, batasan pergaulan lelaki-perempuan yang bukan mahram, pengurusan jenazah, hukum mengambil barang yang dijumpai dan kesedaran merujuk pakar dalam hal fiqh yang tidak diketahui. Untuk mengetahui tahap kefahaman warga pusat penempatan terhadap isu-isu ini, satu kajian perintis kuantitatif berbentuk soal selidik telah dijalankan ke atas 18 orang. Pemilihan responden dibuat menggunakan kaedah persampelan mengikut kesenangan (convenience sampling). Dengan menjadikan daerah Temerloh dan Maran sebagai lokasi kajian, penyelidik mendapati responden mempunyai tahap kefahaman Fiqh yang tinggi dengan nilai min keseluruhan 3.87.