Browsing by Author "Celal Akar"
Now showing 1 - 6 of 6
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kesunyian Dalam Kalangan Warga Emas: Praktik Semasa Dan Solusi Dari Risalah An-nur(AL HIKMAH RESEARCH & PUBLICATION CENTRE, 2021) ;Noornajihan Jaafar ;Rezki Perdani Sawai ;Shah Rizul IzyanCelal AkarSebagai manusia biasa, kita tidak terlepas dari berasa sunyi. Walaupun setiap individu akan mengalami kesunyian pada suatu ketika dalam kehidupan mereka, kebanyakkan kajian menekankan bahawa warga emas sangat terdedah kepada risiko untuk mengalami kesunyian. Kesunyian sekiranya tidak dicegah dan dirawat boleh membawa kepada penurunan daya tahan kepada jangkitan, kemerosotan kognitif dan membawa kepada masalah kesihatan mental seperti kegelisahan dan kemurungan. Artikel ini akan membincangkan definisi kesunyian, teori kesunyian, praktik semasa dan juga pendekatan mengatasi kesunyian menurut Risalah An-Nur bagi golongan warga emas. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kualitatif dengan menggunakan sumber-sumber bertulis khususnya kitab Risalah An-Nur sebagai bahan pengumpulan data. Kajian mendapati beberapa teori kesunyian telah diketengahkan oleh penyelidik seperti teori eksistential, teori psikodinamik, teori kognitif, teori interaktiosis, teori intelek dan teori sosial. Solusi dari perspektif Risah An-Nur mendatangkan tiga harapan sebagai penawar kepada kesunyian dalam kalangan warga emas. Selain itu turut dibincangkan solusi dari perspektif psikososial dan daya tindak dalam mengatasi kesunyiaan dalam kalangan warga emas. Beberapa solusi praktikal yang dibincangkan dalam penulisan ini diharapkan sedikit sebanyak berupaya menjadi panduan kepada warga emas secara langsung dan kepada pengusaha pusat penjagaan waga emas serta pihak kerajaan secara tidak langsung dalam menjaga kebajikan kelompok warga emas di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Loneliness Among Elderly: Scenarios in Malaysia and Solutions Based on the Commentaries of Risale-i Nur(International Scientific Research Association (ISC, 2022) ;Noornajihan Jaafar ;Rezki Perdani Sawai ;Shah Rizul IzyanCelal AkarAs ordinary human beings we cannot avoid feelings of loneliness. While all individuals will experience loneliness at some point in their lives, most studies emphasize that it is the elderly who are particularly vulnerable to such feelings. If not addressed, loneliness can lead to lowered resistance to infections, cognitive decline, and mental health issues such as anxiety and depression. This article discusses the definition of loneliness, the scenarios in Malaysia’s community, the factors of the incresment and approaches in addressing it based on the scriptures of Risalah An-Nur for the elderly. The methodology employed in this study is qualitative studies based on the statistical data of elderly and its issues in Malaysia and written sources especially the Risalah An-Nur book of scriptures as the main data source. According to Bediuzzaman’s perspective there are three possible solutions or antidotes to feelings of loneliness among the elderly. The fundamental solutions provided in this paper can serve as guidance especially to the elderly and indirectly to operators of senior citizen care centres as well as the government in managing the welfare of the elderly in Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Makna Diri Sebagai Hamba Allah Menerusi Perspektif Badiuzzaman Said Nursi Dalam Mendepani Musim Pandemik(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Nurul Asiah Fasehah Muhamad ;Mohd Nazree Mohd YunusCelal AkarMalaysia digemparkan dengan ujian Pandemik Covid 19 pada tahun 2020. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berwajib agar keadaan pandemik yang memberikan kesan yang ketara kepada masyarakat keseluruhannya dapat di kawal dengan baik. Walau bagaimanapun, setiap usaha itu haruslah bermula dengan diri yang berada dalam sesebuah masyarakat itu. Malah usaha yang dijalankan di peringkat individu masyarakat ini diangkat oleh Allah SWT dalam Quran sebagai usaha yang akan membawa kepada perubahan (surah Ar Ra’du:13). Justeru, kajian ini ingat meneliti konsep hamba pada diri manusia yang menurut Badiuzzaman Said Nursi merupakan kunci untuk menarik rahmat Allah SWT kepada seseorang dan aplikasinya dalam mendepani ujian pandemik ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui reka bentuk kajian dokumen analisis. Sampel utama adalah Kilauan Pertama, surat ketiga puluh satu buku Risalah An-Nur karya Badiuzzaman Said Nursi. Dapatan kajian mendapati, konsep hamba yang dijelaskan melalui risalah ini adalah hamba Allah yang benar-benar merasai kelemahan dan kefaqiran diri lalu menyerahkan pergantungan mutlak kepada Allah taala, melalui pergantungan itu dia melazimi Quran untuk mengetahui apa yang harus dilakukan dan menerima takdirnya yang sedang dihadapi. Kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran praktikal kepada setiap individu yang sedang berhadapan dengan ujian pandemik ini dengan perspektif yang benar menerusi kaca mata Quran. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Makna Diri Wanita Muslim Menerusi Pandangan Said Nursi(USIM Press, 2022-04-28) ;Nurul Asiah Fasehah Muhamad ;Mohd Nazree Mohd YunusCelal AkarThis study aims to analyse the self-concept of Muslim women from the perspective of Badiuzzaman Said Nursi. This study uses a qualitative approach through document analysis. The main sample of the study is the Risalah Pedoman Para Wanita by Badiuzzaman Said Nursi. The results of this study showcase four important characteristics outlined by Said Nursi in giving the concept of women, namely: (1) Having syafaqah (2) The most effective teacher (3) Being afraid of the views of Ajnabi men, and (4) Source of good akhlak. The impact of this study is generally for Muslim women and researchers involved with the Muslim women’s community. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengenalan Dan Sejarah Penulisan Quran Tawafuq(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Noornajihan Jaafar ;Celal Akar ;Shah Rizul Izyan ZulkiplyAnisah RazaliAl-Quran merupakan mukjizat Nabi SAW yang masih kekal sehingga ke hari ini. Kemukjizatan al-Quran dapat diyakini melalui pelbagai aspek termasuklah dari aspek pemberitahuan akan berita yang lepas dan berita yang akan datang, gaya bahasa, penggunaan lafaz dan kedudukan lafaz-lafaz jalalahdalam kedudukan yang sejajar dan lain-alin lagi. Penulisan ini secara umum akan membincangan konsep tawafuq, mukjizat al-Quran, pengenalan kepada Quran Tawafuq, sejarah penulisan, biografi penulis dan beberapa contoh yang terdapat dalam Quran Tawafuq. Manakala fokus perbincangan ialah kepada penemuaan kesejajaran kedudukan lafaz jalalahdalam beberapa tempat pada Quran Tawafuq yang merupakan hasil tulisan tangan oleh Ahmad Husrev Efendi. Sebanyak 2,806 lafaz Allah di dalam al-Quran, kesemuanya datang sama ada pada kedudukan yang selari dari atas ke bawah dalam satu muka surat, ataupun dalam kedudukan bersetentang dengan lafaz Allah di muka surat selepasnya, ataupun pada kedudukan bertindih dengan yang berada di muka surat belakangnya. Lafaz-lafaz Allah ini bersejajar antara satu sama lain dalam satu bentuk yang menakjubkan, yakni dengan sebutan yang khusus ia berada dalam posisi tawafuq. Atas penemuan inilah, al-Quran tersebut diberikan nama Quran Tawafuq. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Teknologi Revolusi Industri 4.0 Untuk Kesejahteraan Ummah: Menyingkap Perspektif Rasail Nur(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Siti Fatimah Mohd TawilCelal AkarIslam adalah agama syumul meliputi pelbagai aspek kehidupan. Begitu juga, ehwal pembangunan dan kepesatan teknologi tidak dihalang dalam Islam. Selagi mana ia selari dengan apa yang digariskan di dalam panduan agama serta memberi manfaat kepada individu mahupun masyarakat, maka ia merupakan sesuatu yang sentiasa diraikan. Kajian ini bertujuan mengupas pembangunan teknologi khususnya di era revolusi industri 4.0 dari perspektif Islam. Penulisan ini juga berhasrat meneroka kewujudan teknologi dari kaca mata kitab Rasail Nur yang merupakan karya ulung seorang ulama negara Turki terkenal iaitu Badiuzzaman Said Nursi. Penulisan ini akan melihat satu persatu pandangan beliau tentang kemajuan dan pembangunan teknologi serta dipersembahkan ulasan dari setiap pandangan tersebut. Secara teknikalnya, naratif ini diteroka menerusi kaedah kepustakaan dan penyelidikan kualitatif umumnya. Ia menyelak satu persatu perspektif Badiuzzaman Said Nursi terhadap pembangunan teknologi dari sumber premier dan juga sumber sekunder di dalam keseluruhan koleksi Rasail Nur. Ia turut dikukuhkan dengan petikan-petikan dari pendapat dan pandangan Badiuzzaman Said Nursi yang menyokong ke arah pembangunan teknologi dan peranannya untuk kesejahteraan ummah dan individu muslim secara umum dan menyeluruh. Penulisan ini berhasil menyingkap bukti dan pandangan jelas Badiuzzaman Said Nursi berkenaan pembangunan teknologi di dalam Islam demi kemakmuran umat Islam. Secara tuntasnya, pandangan-pandangan yang dilontarkan oleh Badiuzzaman Said Nursi adalah selaras dengan perspektif Islam dan mengukuhkan lagi setiap panduan-panduan yang digariskan bertunjangkan sumber utama kita iaitu Quran dan sunnah.