Browsing by Author "Hasdhatul Nor Aliah Md Said"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Amalan Terbaik Pelaksanaan Sertu dalam Industri Halal di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021) ;Sumaiyah Abdul Aziz ;Mohd Mahyeddin Mohd Salleh ;Mustafa ‘Afifi Abdul HalimHasdhatul Nor Aliah Md SaidPelaksanaan sertu menjadi semakin penting bagi industri sederhana dan besar di Malaysia yang ingin mendapatkan pensijilan halal. Walaupun sertu bukanlah sesuatu yang wajib dilakukan, syarikat perlu mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) secara bertulis berkaitan sertu sebagai persediaan sekiranya berlaku ketidakakuran yang perlu kepada proses sertu (jika berkaitan) dan ini digariskan sebagai salah satu keperluan dalam Sistem Jaminan Halal (HAS), Sistem Pengurusan Halal Malaysia 2019. Artikel ini bertujuan untuk melihat amalan terbaik pelaksanaan sertu dalam industri halal di Malaysia. Kajian ini dilaksanakan secara kualitatif, dengan menumpukan kepada kaedah pengumpulan data secara analisis dokumen, temubual bersemuka dan pemerhatian secara langsung. Terdapat lapan dapatan yang diketengahkan dalam kajian ini iaitu keperluan garis panduan khusus bagi setiap skim halal; prosedur dan pengurusan sertu; peluang kerjaya sebagai jurusertu yang bertauliah; keperluan kepada penganjuran kursus/latihan sertu; cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan proses sertu; fi pengurusan dan khidmat sertu; pangkalan data penyedia perkhidmatan sertu dan inovasi dalam menjalankan sertu. Kajian ini mencadangkan agar JAKIM dan JAIN/MAIN menambahbaik dan memantapkan garis panduan sertu yang sedia ada demi kebaikan industry halal di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Isu-Isu Dalam Perlaksanaan Sertu Industri(Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-27) ;Mohd Mahyeddin Mohd Salleh ;Mustafa Afifi Abdul Halim ;Sumaiyah Abd AzizHasdhatul Nor Aliah Md SaidPerkembangan industri halal sama ada di peringkat domestik dan global telah secara tidak langsung memacu permintaan terhadap perkhidmatan sertu. Bagi memastikan supaya proses perlaksanaan sertu adalah seragam dan terpandu, maka JAKIM telah mengambil inisiatif memperkenalkan garispanduan sertu sebagai rujukan kepada industri. Namun demikian, jika dilihat kepada realiti amalan sertu oleh syarikat penyedia perkhidmatan sertu, masih ada kekurangan seperti isu ketidakpatuhan terhadap garispanduan yang telah ditetapkan. Artikel ini bertujuan menganalisis isu-isu yang timbul dalam perlaksanaan sertu industri di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, menerusi kaedah pengumpulan data secara analisi dokumen, pemerhatian dan temubual separa berstruktur ke atas lima entiti yang terlibat secara langsung dalam perkhidmatan sertu merangkumi syarikat operator sertu dan jabatan agama. Hasil kajian dirumuskan dalam tujuh kategori isu iaitu isu pematuhan garispanduan dan fatwa, kefahaman dan pengetahuan, peralatan moden sertu, bahan sertu, penambahan kosmetik agama, pengurusan garispanduan, dan kepercayaan industri terhadap kompetensi Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam perlaksanaan sertu. Kajian ini mencadangkan supaya aspek pemantauan sertu diperkemaskan di peringkat JAKIM dan JAIN bagi memastikan agar industri sertu berkembang maju serta mematuhi garispanduan yang telah ditetapkan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kerangka Perundangan Sertu Dalam Industri Halal Di Malaysia(Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-27) ;Mustafa ‘Afifi Abdul Halimi ;Sumaiyah Abd Aziz ;Mohd Mahyeddin Mohd SallehHasdhatul Nor Aliah Md SaidHalal kini menjadi simbol kualiti, kebersihan dan gaya hidup masyarakat. Halal yang sebelum ini sinonim dengan Muslim, kini telah mula menarik perhatian orang bukan Islam untuk menggunakan produk atau servis halal. Bagi memperolehi pensijilan halal, pelaksanaan sertu menjadi salah satu keperluan penting yang perlu dipenuhi oleh industri sederhana dan besar di Malaysia. Walaupun sertu bukanlah sesuatu yang wajib dilakukan, syarikat perlu mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) secara bertulis berkaitan sertu sebagai persediaan sekiranya berlaku ketidakakuran yang perlu kepada proses sertu (jika berkaitan) dan ini digariskan sebagai salah satu keperluan dalam Sistem Jaminan Halal (HAS) dan Sistem Pengurusan Halal Malaysia 2019. Di Malaysia, perundangan halal adalah di bawah bidangkuasa kerajaan negeri. Terdapat beberapa isu berbangkit dalam aspek perundangan dan penguatkuasaan pelaksaan sertu ini. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji kerangka perundangan sertu dalam industri halal di Malaysia. Bagi mencapai tujuan ini, kajian secara kualitatif akan dilaksanakan, dengan menumpukan kepada kaedah pengumpulan data secara analisis dokumen dan temubual bersemuka. Dapatan daripada kajian ini mendapati tiada kerangka perundangan sertu secara khusus buat masa ini dan ini boleh mendatangkan kekeliruan dalam melaksanakan pemantauan secara menyeluruh dalam konteks pensijilan halal. Tatacara dan pihak-pihak yang boleh melaksanakan proses sertu juga perlu diperhalusi supaya tidak menimbulkan konflik kepentingan kepada pihak-pihak yang terlibat. Kajian ini mencadangkan agar pihak berotoriti dalam pensijilan halal dapat menyediakan satu kerangka perundangan sertu yang jelas dan seragam bagi mengelakkan kekeliruan dalam pelaksanaan sertu yang melibatkan pensijilan halal. Selain itu, dicadangkan supaya di tambahbaik garis panduan khusus bagi setiap skim halal kerana keperluan setiap skim adalah berbeza.