Browsing by Author "Hasnizam Hashim"
Now showing 1 - 20 of 45
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Al-Qur’an, Sains Dan Teknologi: Integrasi Antara Ilmu Naqli Dan Aqli Dalam Undang-Undang Keterangan Islam(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Wan Abdul Fattah Bin Wan Ismail ;Hasnizam Hashim ;Zulfaqar Bin Mamat ;Ahmad Syukran Baharuddin ;Lukman Bin Abdul MutalibNorma JusofAl-Qur’an merupakan kitab yang diturunkan melalui Nabi Muhmmad SAW bagi menjadi peraturan hidup umat manusia sama ada berkaitan urusan dunia dan akhirat. Al-Qur’an sarat dengan peraturan, pengajaran dan ilmu pengetahuan termasuk berkaitan dengan ilmu sains dan teknologi. Pendek kata, integrasi antara ilmu aqli dan naqli dalam al-Qur’an sangat terserlah. Penemuan ini bukan setakat diagungkan oleh para cendekiawan Islam bah ia diakui sendiri oleh para orientalis barat yang akhirnya membawa kepada keislaman mereka. Pada hakikatnya perundangan Islam tidak mengehadkan kepada kaedah-kaedah pembuktian tertentu sahaja. Sebaliknya, Mahkamah akan menerima mana-mana kaedah yang menepati syarat-syaratnya, asalkan ia dapat meyakinkan mahkamah termasuklah menggunakan kaedah sains dan teknologi moden. Dalam undang-undang keterangan Islam, keterangan dengan sains dan teknologi boleh diletakkan di bawah qarinah dan keterangan pakar. Walaupun begitu, pembuktian melalui sains dan teknologi hanya diletakkan secara umum dalam Akta dan enakmen keterangan di negeri-negeri. Namun ia tidaklah bermakna Mahkamah tidak menerima fakta sains seperti DNA dalam pensabitan nasab. Kertas kerja ini ingin menjawab beberapa persoalan antaranya, sejauh manakah fakta sains dan teknologi dapat dijadikan kaedah pembuktian sepertimana yang termaktub dalam al-Qur’an dan Undang-Undang Keterangan Islam. Selain itu, sejauh manakah amalan Mahkamah Syariah dalam menerima fakta-fakta sains dan teknologi dalam pembuktian. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Alternative Evidence Using Forensic Science Towards Sodomy and Tribadism Cases in Syariah Court(Usuli Faqih Research Centre PLT, 2019) ;Muhammad Hazim Ahmad ;Ruqayyah Razak ;Nurul Syahirah Saharudin ;Hendun Abd Rahman Shah ;Hasnizam HashimAhmad Syukran BaharuddinSains forensik sebagai salah satu kaedah pembuktian di Mahkamah Syariah telah mula hangat diperbahaskan oleh para ilmuan dan ahli akademik. Kajian ini dijalankan bagi memperkenalkan beberapa kaedah sains forensik yang boleh digunakan sebagai keterangan alternatif selain daripada pengakuan salah dan saksi bagi kes-kes LGBT. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah sosio-perundangan dan kajian kepustakaan dalam mengumpulkan data primer dan sekunder. Kemudian, kaedah analisis kandungan telah diaplikasikan dengan menggunakan pendekatan penalaran induktif dan deduktif untuk menganalisa data-data tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa liwat dan musahaqah adalah sebahagian daripada kesalahan jenayah syariah di Malaysia. Kajian juga mendapati terdapat beberapa kaedah sains forensik yang boleh digunakan sebagai keterangan alternatif termasuklah analisa DNA, analisa bahan bukti fizikal, biologi, kimia, dan analisa peranti digital. Kajian ini mencadangkan agar aspek pembuktian bagi kes-kes LGBT dalam konteks undang-undang Syariah dan juga Hukum Syarak perlu diberikan penekanan kerana kajian yang sebegini masih belum ada dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lepas. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Literatur Tentang Tatacara Perbicaraan Jenayah Syariah Bagi Orang Kurang Upaya Di Mahkamah Syariah(UUM Press, 2021) ;Muhammad Ariffin Surdi Roslan ;Hasnizam Hashim ;Ahmad Syukran BaharuddinAzman Ab RahmanDetails on how the Syariah Court in Malaysia handles Syariah criminal cases involving Persons With Disabilities (PWD) are very limited. Present Federal Acts and State Enactments on Syariah Criminal Procedure do not offer specific information regarding trial procedures for PWD. The lack of specifictrial procedures raises questions about the protection of the rights of PWD during Syariah criminal case trials. Therefore, the objective of this study was to analyse literature on Syariah criminal trial procedures for PWD in the Syariah Court. Document analysis and interviews with subject matter experts were the methods used for this qualitative study. Literature analysis is important to obtain an overall understanding of the developments in the Syariah Criminal Procedure and the main issues occuring between PWD and the Syariah Court. This study is also parallel to the national Action Plan for PWD 2016-2022 in promoting research and developments for PWD, especially for improvements of the Islamic Law. The results of this study indicated that PWD encounter physical, social and cultural barriers during trials and there is a need for revising the current Syariah laws in Malaysia to uphold justice and protect their right for fair trials. It is hoped that this study can be used as reference by revelant authorities in conducting more studies on trial procedures for PWD. Keywords: Persons with disabilities, syariah criminal procedure, Syariah court, trial procedures. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Undang-Undang Yang Mengawal Terma Dalam Kontrak Pelesenan Paten Untuk Pengkomersialan(Dewan Bahasa dan Pustaka, 2022) ;Haliza A. Shukor ;Intan Nadia Ghulam KhanHasnizam HashimKontrak lesen ialah satu bentuk kontrak yang dibuat secara bertulis berdasarkan pada terma yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkontrak berkaitan dengan pelesenan paten. Kontrak lesen merupakan salah satu cara eksploitasi harta intelek yang dibuat bagi tujuan mengkomersialkan reka cipta yang telah dipatenkan. Kajian lepas mendapati bahawa salah guna hak paten oleh pihak-pihak yang berkontrak boleh berlaku melalui terma-terma yang dimasukkan dalam kontrak lesen tersebut. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis peruntukan undang-undang yang mengawal terma dalam kontrak lesen. Bagi mencapai objektif tersebut, makalah ini mengguna pakai kaedah kepustakaan dan analisis dokumen perundangan yang berkaitan seperti akta, kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah, buku, dan jurnal. Hasil kajian menunjukkan terdapat peruntukan undang-undang di Malaysia yang mengawal terma yang dimasukkan dalam kontrak pelesenan paten. Namun begitu, penambahbaikan perlu dibuat terhadap peruntukan undang-undang tersebut bagi tujuan melancarkan pelaksanaan kontrak pelesenan paten. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Combating The Macau Scam In Malaysia: Strategies For Mitigation And Resolution From Civil Law And Sharī'ah Perspectives(Intelligentia Resources, 2023) ;Nurul Anessa Rosley ;Hasnizam HashimNorman ZakiyyChow Jen-T’ChiangThe phenomenon of cybercrime fraud that occurs in Malaysia has now become a hot topic of discussion. The financial loss and psychological distress experienced by the scam victims has brought attention to the Macau Scam problem in Malaysia. Due to the frequency of people who are too easily deceived by this syndicate’s modus operandi, Macau Scam every day becomes headlines in the newspaper. This causes people frustrated as fraud can happen to anyone if the public is not exposed or is not aware of this matter. There are various awareness campaigns that have been carried out by the authorities to reduce the risk of victim involvement in this fraud syndicate but there are still many more involved and show no reduction. To prevent people from being victims of this form of fraud and to maintain justice to stop this issue from getting worse, Malaysian law provides several protections and remedies. Therefore, the objective of this study is to identify the issues of Macau Scams in Malaysia and to investigate the adequacy of the existing Malaysian Cybers Laws in providing the protection and remedies to the affected victims from the perspective of Civil Law and Sharīah perspectives. In terms of methodology, researchers use a qualitative approach method consisting of document analysis where all information and data are obtained from primary and secondary sources which consist of various Acts, Enactments, journal articles, books, newspapers, and many others. As a result of document analysis, researchers found that several cyber laws that can be used to overcome this problem such as Anti-Money Laundering and Terrorist Financing Act [Act 613], Section 420 of the Penal Code [Act 574], the Communications and Multimedia Act 1998 [Act 588], Computer Crime Act 1997 [Act 563], Electronic Commerce Act 2006 [658], Personal Data Protection Act 2010 [709] and Consumer Protection Act 1999 [Act 599] (Amendment 2010) while the level of awareness among the public is one of the leading causes of this scam issue. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Diat System Application Model In Reality in Malaysia: A Case Study of Road Accidents(Vytautas Magnus University, 2023) ;Lukman Abdul Mutalib ;Wan Abdul Fattah Wan Ismail ;Ahmad Syukran Baharuddin ;Mohd RadzniwanA.Rashid ;Naji Arafat Hj. Mahat ;Mualimin Mochammad Sahid ;Hasnizam HashimMuhamad darwisy mohd razaliAccidents have been unavoidable throughout the ages. It can happen to anyone unexpectedly, whether by negligence or not. Accidents usually bring losses to the victim, especially if they lead to injury or death. Islam, as a religion of revelation, provides a unique accident compensation mechanism called diat. It is conceptually a comprehensive and unprejudiced accident compensation system characterised by punishment and compensation. Punishment applies to the offender, and compensation applies to the victim. Understanding the concept of diat is critical, especially in acknowledging the social responsibility outlined by Islam in its execution process. This paper intends to examine the concept and development of the time-tracking system and discuss the implementation model of this system in modern life, especially in Malaysia. The data obtained was based on a qualitative study through document analysis, expert interviews and observation. The researcher analysed data descriptively and comparatively. The implementation model described is conceptual because it has yet to be practised in the modern world. The study results established that this system is efficient in contemporary society and complies with the principle of justice. Accordingly, the researcher recommends that the government, as a regulator, specify a particular body (diat committee) that will manage matters related to compensation and introduce diat takaful insurance. The government must also improve legislation to allow this system to operate comprehensively. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Emotional Disorder as Obstacle to Sulh Settlement in Child Custody Cases in Malaysia(Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd (GAE), 2022) ;Norman Zakiyy ;Maizatul Farisah MokhtarHasnizam HashimSulh is renowned for resolving various types of disputes, including hadhanah (child custody) matters in the Syariah Court. However, its effectiveness in responding to hadhanah (child custody) cases that involve emotional disorders requires further investigation. The main objective of this study is to examine the obstacle brought forth by a party suffering from an emotional disorder in a sulh session of a child custody case in Malaysia. The study adopts a qualitative approach and builds on library resources. Data were analyzed descriptively from a literature review on sulh, emotional disorder, and court processes. This study finds that a party who suffers from emotional disorder in a child custody case may affect sulh settlement because it obstructs the sulh officer from carrying out his facilitative task effectively according to the rules mentioned in the sulh procedure and sulh work manual. Therefore, the implication of this study is to draw awareness of the incidence of emotional disorders and the need for the Syariah Court to conduct an early reality check on each party’s mental capacity prior to determining whether to place a particular child custody case for possible sulh settlement. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Faraq Perkahwinan Bagi Pasangan Tak Sah Taraf Di Negeri Sembilan(Dept. of Theology and Philosophy, Faculty of Islam, 2018) ;Wan Abdul Fattah Wan Ismail ;Hasnizam Hashim ;Syahirah Abdul ShukorAsma HarunIslam stressed on the importance of a valid marriage. If a marriage does not comply its requirement and conditions according to Shariah, it will raise negative implications not only on the status of the marriage, but also it will effect the status of the child. Hence, the marriage must be separated. Generally, the Muslim scholars define faraq as separation or dissolution of marriage through talak or otherwise. However, according to Islamic law in Malaysia, faraq is not a dissolution of marriage via talak, but it is an annulment of marriage due to non-fulfillment of terms and conditions which laid down by Shariah. In context of abiding the conditions and terms to marriage, having a wali is one of the conditions in solemnization of a valid marriage. Marriage which is solemnized by a non-qualified wali such as in cases of illegal children will cause the marriage to be separated. Data in this article is obtained from the reported cases tried in the Shariah Courts in Negeri Sembilan. Interviews were conducted with those legal practitioners such as Syarie lawyers, religious officers and judges from Syariah Courts in Negeri Sembilan who deal directly with faraq cases. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Fenomena Nikah Sindiket: Satu Huraian Awal(Universiti Sains Islam Malaysia, 2011) ;Intan Nadia Ghulam Khan ;Nabilah Yusof @ Abdul Rahman ;Hasnizam HashimHaliza A. ShukorNikah sindiket merupakan satu fenomena yang masih berlaku dalam masyarakat Malaysia. Walaupun terma nikah sindiket tidak digunakan secara langsung di dalam perbincangan di antara para ulama fiqh, namun syarat yang jelas telah pun diperuntukkan bagi menentukan kesalahan sesuatu perkahwinan yang dijalankan. Mutakhir ini, terma nikah sindiket telah banyak digunakan secara langsung dalam kontek perkahwinan yang mana ia memerlukan penjelasan terperinci tentang pendefiniisian nikah sindiket. Kertas kerja ini akan memberi penerangan awal tentang maksud nikah sindiket, jenis-jenis nikah sindiket serta faktor-faktor yang mendorong ke arah nikah sindiket dan implikasinya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Forensic Evidence As A Mean Of Proof In Developing Prima Facie Case In Takhbib Criminal Offence(UUM PRESS, 2022) ;Muhammad Hazim Ahmad ;Ahmad Syukran Baharuddin ;Hasnizam Hashim ;Ruqayyah Razak ;Nurul Syahirah SaharudinSyaril Nizam OmarA third party’s intervention has been one of the most significant factors in Malaysian divorce cases. Third parties may come from family members and non-family members. This interference is called takhbīb. Within the scope of Malaysian Syariah criminal law, tahkbib is regarded as a criminal offence. However, it is difficult to prove this criminal offence. None of the Syariah law journals reported cases that could be used as reference or case studies. This article proposes a method of proof, which is practical and can be carried out in the Syariah courts to prove the criminal offence of takhbīb. In gathering and compiling the necessary data and related materials, this qualitative study embraced document analysis as a research method. These data are inductively evaluated by implementing qualitative content analysis. This study showed several obstacles in the development of a prima facie prosecution by the Syarie Public Prosecutor, including the absence of eyewitnesses present as evidence. Third-party intrusion is commonly committed through social networks such as WhatsApp, Telegram, WeChat, and Facebook Messenger. The use of such media networks as a medium of contact may also be brought as part of the evidence before the Syariah courts. The best mechanism to be implemented in this case is by using digital forensics and expert opinion. The digital forensic investigator will track or archive the communications from the social media, and deliver them in the form of a written text. In terms of proving the commission of takhbīb criminal offence, this study contributes to the improvement of the Syariah legal system. In short, the law still provides a method of proving criminal offences. Any legal practitioner should make good use of statutory provisions instead of suggesting amendments to it. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Halal Forensics Issues Involving Three-Dimensional (3D) Printing Technology of Cultured Meat(Intelligentia Resources, 2021) ;Ahmad Syukran Baharuddini ;Wan Abdul Fattah Wan Ismail ;Lukman Abdul Mutalib ;Hasnizam Hashim ;Norma Jusofi ;Mohd Ifwat Mohd Ghazali ;Mohd Syafiq AlauddinMohammad Amir Wan HarunCultured meat has become a trending nowadays. The future of 3D food products is gaining momentum in the coming years. the industry is creating a new paradox where technology is rapidly developing to cope with such big changes. However, several key areas are lacking in particular in Halal forensics where the issues of 3DP meat are are still not discussed thoroughly. This study is emphasizing on the review of halal forensics issues in three-dimensional (3D) printing technology for halal cultured meat. The study uses content analysis methods on published scientific papers and authoritative sources in related fields. The issues presented should be addressed so that the latest technology in the field of nutrition can be utilized to the fullest, especially for the sake of Muslim consumers. Authorities in the fatwas and Islamic jurisprudence should infer specific fatwas in the topic of cultured meat. More research has to be conducted to determine the long-term and short-term effects of this cultured meat on the human body. Matter such as a new analytical method should be proposed and developed to ensure the Halal status of the 3DP meat. Such a method will reduce the vulnerability of Halal food against Halal food fraud. Furthermore, the studies done will be used as a regulatory framework and gold standard for 3DP Halal food products in particular ingredient that contains meat. This study will be a good indicator of the status of 3DP halal food and the potential research that can be conducted in this field. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Hukuman Bagi Kesalahan Penghinaan Ke Atas Rasulullah SAW Menurut Undang-Undang Jenayah Islam Dan Undang-Undang Di Malaysia(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-26) ;Hasnizam Hashim ;Intan Nadia Ghulam Khan ;Haliza A.ShukorNabilah YusofPerundangan Islam menganjurkan seluruh umat manusia untuk saling menghormati di antara satu sama lain walaupun mempunyai kepercayaan yang berbeza. Fakta ini jelas sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SAW di dalam surah alAn’am ayat 108. Walaupun Islam jelas membawa mesej keharmonian, perbuatan penghinaan ke atas Rasulullah SAW tetap juga berlaku sehingga ke hari ini walaupun manusia pada era ini sudah dianggap mempunyai tamadun yang tinggi. Apa yang menyedihkan, perbuatan ini bukan hanya dilakukan oleh masyarakat bukan Islam sahaja, namun ia juga turut dilakukan oleh masyarakat Islam itu sendiri dan tidak terkecuali masyarakat Islam di negara kita. Justeru, timbul persoalan adakah mereka yang melakukan perbuatan ini menyedari implikasinya dari sudut undang-undang jenayah Islam dan Undang-Undang sedia ada di Malaysia. Oleh yang demikian, kertas kerja yang menggunakan pendekatan kualitatif ini akan merungkai persoalan tersebut dengan memberikan penerangan yang jelas terhadap implikasi dan hukuman terhadap perbuatan menghina Rasulullah SAW dari sudut undang-undang Jenayah Islam dan Undang-Undang di Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa undang-undang terutamanya di Malaysia perlu lebih tegas dalam menangani perbuatan ini bagi menjaga sensitiviti umat Islam dan mengekalkan keharmonian agama. Peruntukan khusus dan jelas berkaitan penghinaan terhadap Rasulullah SAW serta penalti yang terperinci juga perlu diwujudkan di dalam perundangan negara. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Isu-Isu Berkaitan Pernikahan Yang Menyalahi Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia Dan Kaedah Penyelesaiannya(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-11-18) ;Hasnizam Hashim ;Intan Nadia Ghulam Khan ;Haliza A. ShukorNabilah Yusof @ Abdul RahmanPengurusan institusi kekeluargaan yang efisien merupakan perkara penting dalam pembangunan modal insan dan juga merupakan perkara yang dituntut oleh Syarak bagi menjaga keturunan (Hifz al-Nasl). Hukum Syarak yang berkaitan dengan munakahat atau perkahwinan perlu diterjemahkan dalam bentuk proses dan prosedur yang teratur sebagai suatu garis panduan kepada masyarakat. Di Malaysia, selari dengan bidang kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembangan Persekutuan, tanggung jawab bagi mewujudkan proses dan prosedur ini digalas oleh Jabatan Agama Islam dan juga Mahkamah Syariah bagi negeri-negeri. Namun begitu, walaupun terdapat pelbagai khidmat berkaitan proses pernikahan dan juga perkhidmatan sokongan berkaitan diberikan, masih wujud pihak-pihak yang tidak mematuhi proses dan prosedur tersebut sehingga menyukarkan banyak pihak lain terutamanya agensi agama berkaitan. Jabatan Agama Islam dan Mahkamah Syariah hanya akan dirujuk apabila pihak-pihak ini berhadapan dengan masalah yang tidak mampu mereka selesaikan. Justeru, kertas kerja yang menggunakan metode kualitatif ini akan menganalisis tentang sejauhmanakah prosedur pernikahan sedia ada mampu untuk mendepani isu-isu dan permasalahanpermasalahan berkaitan perkahwinan yang tidak mengikut prosedur atau undang-undang Keluarga Islam di Malaysia. Dapatan awal kajian menunjukkan bahawa prosedur perundangan sedia adalah teratur namun masih terdapat beberapa aspek yang boleh ditambah baik bagi menyelesaikan permasalahan atau isu-isu yang berlaku. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kaedah-Kaedah Pembuktian Kes Hibah Di Mahkamah Syariah Di Malaysia: Rujukan Kes-Kes Dalam Jurnal Hukum(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Amir Husin Mohd Nor ;Wan Abdul Fattah Wan Ismail ;Lukman Abdul Mutalib ;Ahmad Syukran BaharuddinHasnizam HashimKeterangan merupakan elemen penting dalam sesuatu perbicaraan. Keterangan yang mematuhi kaedah-kaedah yang ditentukan oleh syarak menentukan sama ada sesuatu dakwaan atau tuntutan itu berjaya ataupun gagal. Pihak-pihak yang bertikai tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mengemukakan sebarang bentuk keterangan dalam membuktikan dakwaan atau tuntutan atau penafian. Islam telah menggariskan kaedah-kaedah pembuktian yang diterima dan diamalkan seperti bayyinah, syahadah, Iqrar, qarinah, keterangan dokumen, keterangan pakar, qasamah, sumpah dan li’an. Artikel ini akan mengkaji isu-isu yang berlaku yang berkaitan dengan kaedah pembuktian dalam kes hibah di mahkamah-mahkamah syariah di Malaysia. Tumpuan diberikan dalam kes hibah kerana ianya merupakan salah satu kes yang banyak dilaporkan dalam Jurnal Hukum. Metodologi yang digunakan adalah kajian kepustakaan yang memfokuskan kepada kes-kes hibah yang dilaporkan dalam Jurnal Hukum. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah pembuktian melaui kesaksian dan qarinah selalu digunakan dalam membuktikan fakta-fakta berkaitan kesahihan hibah yang telah dilakukan bertahun-tahun lamanya dan juga membuktikan wujudnya qabd (penerimaan) hibah tersebut. Selain, keterangan dokumen, ikrar dan sumpah juga digunakan dalam membuktikan fakta-fakta berkaitan dengan kes hibah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kebiasaan Baharu (New Normal) Dalam Pelaksanaan Sulh Kes Hadhanah Dan Nafkah Anak: Isu Dan Cabaran(Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-27) ;Ruzita Ramli ;Dina Imam SupaatHasnizam HashimIslam menggalakkan penyelesaian pertikaian secara sulh. Pelaksanaan sulh di Mahkamah Syariah diwujudkan bagi mengurangkan tunggakan kes khususnya hadhanah dan nafkah anak. Penyelesaian yang dicapai melalui Majlis Sulh dapat dinikmati oleh klien dengan menjalani kehidupan baharu kerana kes dapat diselesaikan dalam masa yang singkat dan menjimatkan kos. Artikel ini bertujuan untuk mengetengahkan kepada pembaca bentuk kebiasaan baharu pelaksanaan sulh dalam kes hadhanah dan nafkah anak di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan sewaktu berhadapan dengan pandemik covid-19. Analisis terhadap kes-kes terdahulu dilakukan bagi mendapatkan maklumat berkenaan isu dan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan sulh. Metodologi kajian yang digunapakai adalah melalui pendekatan kualitatif dengan melakukan temubual kasual, pengumpulan maklumat dari fail kes-kes terdahulu, perpustakaan dan laman web. Hasil kajian ini dapat menyumbang kepada penambahbaikan perkhidmatan sulh di Mahkamah Syariah yang akan membawa kepada penyelesaian pertikaian hadhanah dan nafkah anak dengan lebih berkesan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kedudukan Wali Hakim Dalam Perkahwinan Di Malaysia Dari Sudut Syariah Dan Perundangan(JAKIM, 2019) ;Dr. Zulfaqar Mamat ;Wan Abdul Fattah Wan Ismail ;Lukman Abdul Mutalib ;Syahirah Abdul ShukorHasnizam HashimWali merupakan rukun penting dalam perkahwinan. Tanpa wali maka sesebuah perkahwinan itu tidak akan terhasil. Para fuqaha Islam telah menggariskan bidangkuasa kepada wali untuk menikahkan orang yang di bawah tanggungjawabnya mengikut tertib wali, secara amnya kuasa tersebut tidak boleh berpindah kepada orang lain selagi wali yang berada di kedudukan awal masih hidup dan mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai wali. Walau bagaimanapun dalam sesetengah kes tertib wali boleh berpindah kepada wali hakim kerana beberapa sebab yang diiktiraf oleh syarak. Kajian ini menggunakan metod kualitatif melibatkan kajian kepustakaan dan kajian kes, di mana ia akan melihat secara lebih spesifik definisi wali dan wali hakim dalam pensyariatan Islam, sebab perpindahan wali nasab kepada wali hakim berdasarkan hukum syarak dan juga undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia serta sebab-sebabnya. Dapatan kajian merumuskan bahawa tertib wali dalam perkahwinan merupakan satu kewajipan yang perlu dipatuhi, walau bagaimanapun masih terdapat beberapa pengecualian yang dibenarkan melangkauinya menurut pandangan para fuqaha termasuk dalam kes wali hakim. Ini bagi memastikan tujuan pensyariatan dan maslahah umat Islam sentiasa diutamakan. Kajian mendapati, perpindahan wali telah diamalkan dalam undang-undang perkahwinan di Malaysia. Peranan wali hakim juga telah ditetapkan dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di negerinegeri. Sungguhpun begitu, kajian mendapati masih kedapatan kes-kes yang melibatkan kesalahan penggunaan wali hakim, terutamanya kes-kes berkaitan perkahwinan tidak mengikut undang-undang seperti kahwin di Selatan Thailand. Kes seumpama ini perlu diambil cakna oleh pasangan dan juga pihak berwajib bagi memastikan ianya memenuhi syarat sah perkahwinan dan mencapai matlamat perkahwinan itu sendiri. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kesan Ketiadaan Literasi Digital ke Arah Salah Laku Seksual dalam Kalangan Remaja Muslim di Malaysia(Penerbit KUIS, 2023) ;Wan Abdul Fattah Wan Ismail ;Ahmad Syukran Baharuddin ;Lukman Abdul MutalibHasnizam HashimPenguasaan terhadap literasi digital amat penting dalam dunia yang semakin berkembang kini dan diperlukan khususnya dalam penggunaan teknologi. Ini kerana, literasi digital merupakan salah satu aspek yang sangat diperlukan pada masa kini kerana ia merupakan kebolehan seseorang menggunakan teknologi dengan baik dan betul. Walau bagaimanapun, kesan terhadap ketiadaan literasi digital khususnya dalam kalangan remaja boleh memberi natijah yang sangat besar dalam kehidupan mereka. Tanpa penguasaan literasi digital yang baik boleh membawa mereka terlibat dengan perkara yang tidak sepatutnya seperti salah laku seksual. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk memperjelaskan kepentingannya dalam kehidupan seseorang dan kesan terhadap ketiadaan literasi digital ke arah salah laku seksual dalam kalangan remaja. Bagi kajian ini, penyelidik telah menggunakan pendekatan secara kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dan kaedah temu bual separa berstruktur dengan beberapa pusat perlindungan di Malaysia. Data-data yang diperoleh ini kemudiannya dianalisis secara tematik dan disokong oleh kajian lepas. Hasil kajian menunjukkan, literasi digital sangat diperlukan dalam kehidupan seseorang ketika menggunakannya teknologi digital kerana ia merupakan salah satu kemampuan untuk memahami dan menggunakan teknologi dengan baik. Ketiadaan literasi digital khususnya dalam kalangan remaja boleh membawa kesan kepada berlakunya salah laku seksual seperti mudah terdedah kepada aktiviti zina, membolehkan akses kepada bahan lucah, pergaulan bebas di media sosial dan perkhidmatan telefon bimbit dilihat lebih penting berbanding perkara lain. Diharapkan kajian ini dapat memberi pendedahan awal terhadap kepentingan literasi digital dan kesan ketiadaannya ke arah salah laku seksual remaja Islam di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kompetensi dan Prestasi Pegawai Sulh Wanita dalam Mengendalikan Kes Mal di Mahkamah Syariah(Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin, 2022) ;Ruzita Ramli ;Dina Imam Supaat ;Hasnizam HashimRamizah Wan MuhammadSulh officers are the backbone of the application and practice of alternative dispute resolution in syariah courts. The knowledge and experience of sulh officers could influence the smoothness of sulh process as well as the success of the process. The objective of the research is to identify, among others, the competency of female Sulh officers in handling and resolving the “mal” cases, the level of confidence of the officers and the goodness and the weakness in terms of skills amongst the female sulh officers. Other than that, another objective is to identify as well as to compare the competency of female sulh officers in terms of period of service between the sulh officers from the Joint Scheme States (Federal) and Non Joint States (States) in Malaysia. Using the qualitative and quantitative methods, this research could prove that a competent female sulh officer is vital and significant for the purpose of achieving the objective of sulh process, ensuring the efficiency of the process and eventually would contribute generally to uplift the performance and image of the syariah courts. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Krisis Rumahtangga: Punca-Punca Dan Cara Untuk Mengatasinya Menurut Perspektif Syariah Dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984(Universiti Sains Islam Malaysia, 2012) ;Haliza A. Shukor ;Hasnizam HashimIntan Nadia Ghulam KhanSyariah Islam amat memandang berat terhadap sistem keluarga atau rumah tangga kerana ia berfungsi sebagai satu institusi yang corak, bentuk dan keadaannya akan menentukan pula corak, bentuk dan keadaan masyarakat. Ia juga berfungsi sebagai sumber tenaga manusia yang akan mengisi kehidupan masyarakat kemudian hari dan menentukan bentuk kehidupan tersebut. Di samping itu, keluarga juga berfungsi sebagai tempat membina peradaban dan kebudayaan masyarakat serta perkembangannya. Terdapat lima asas institusi kekeluargaan dalam Islam yang merangkumi, akidah, syarat, akhlak, cinta dan kasih sayang, persamaan, keadilan dan jaminan sosial. Namun begitu, krisis rumahtangga masih banyak berlaku di kalangan masyarakat Islam. Antara punca-punca krisis rumah tangga ialah pengetahuan dan pendidikan agama yang tidak sempurna, tekanan bebanan kerja, sikap pasangan, campur tangan pihak luar, masalah ekonomi dan sebagainya. Oleh yang demikian, artikel ini akann membincangkan tentang krisis rumah tangga, punca-punca dan cara untuk mengatasinya nenurut perspektif syariah dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah- Wilayah Persekutuan)1984. Adalah diharapkan agar artikel ini dapat menyemai kesedaran dan memberikan input berkesan dalam memahami tanggungjawah masing-masing dalam kehidupan berkeluarga. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Offense of Spreading Infectious Disease and Methods of Proof Through Forensic Science(Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-27) ;Ahmad Syukran Baharuddin ;Muhammad Hazim Ahmad ;Wan Abdul Fattah Wan Ismail ;Lukman Abdul MutalibHasnizam HashimSince 1988, a specific Act has been enacted concerning the prevention and control of infectious diseases. This Act is known as the Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988. The preamble to this Act states that it was enacted to amend and consolidate laws relating to the prevention and control of infectious diseases and to provide for other matters relating thereto. In this Act, there are several types of actions that if committed can be convicted as an offense under this Act, among them include acting in a manner that can spread infectious diseases. This study discusses matters related to offense causing the spread of infectious diseases from the view of civil and Syariah law. It also covers scientific methods to prove such offense. This qualitative study has collected relevant data through primary and secondary documents and subsequently analysed it using the document analysis method. The result of this study found that the act of exposing others to the risk of infection is an offense and it is forbidden in Islam. Several scientific methods can be used in convicting this offense; among them are medical reports, travel records, physical examinations, CCTV footage, and biological examinations. This study suggests that the aspect of proof for such cases should be emphasized because such studies have not yet been conducted by previous researchers.
- «
- 1 (current)
- 2
- 3
- »