Browsing by Author "Kamal Azmi Abd Rahman"
Now showing 1 - 11 of 11
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Tematik Penulisan Tentang Hak Kebebasan Beragama Di Portal Berita Malaysiakini(USIM Press, 2023) ;Kamal Azmi Abd Rahman ;Ain Balkis Mohd Azam ;Sarjit Singh ;Abd Ha-kim Mohad ;Khadijah MudaAdibah Sulaiman @ MohamadIsu hak Kebebasan Beragama (HKB) di Malaysia sering menjadi polemik bukan sahaja di per-ingkat negara malahan juga di peringkat antarabangsa. Antara isu HKB yang hangat di-perdebatkan di Malaysia ialah isu murtad, kalimah Allah dan ajaran sesat. Oleh itu, media memainkan peranan penting dalam menyampaikan isu HKB kepada orang awam. Penyam-paian berita ini mampu membentuk persepsi masyarakat terhadap isu HKB di Malaysia. Ter-dapat beberapa portal berita atas talian yang menjadi medium penyampaian isu HKB. Salah satu portal berita yang sering melaporkan isu HKB ialah portal berita Malaysiakini.com. Oleh yang demikian, kertas kerja ini bertujuan menganalisis kandungan berita HKB di portal berita Malaysiakini.com. Metodologi yang digunakan adalah analisis kandungan berita berkaitan HKB bermula tahun 2019 hingga 2023 di portal berita Malaysiakini.com. Kajian mendapati bahawa portal berita Malaysiakini.comtelah menerbitkan berita HKB tertinggi pada tahun 2019 dan terendah pada tahun 2023 sehingga Mei. Penulis juga telah mengenalpasti sebanyak 12 tema HKB dari penulisan-penulisan yang telah diterbitkan iaitu; (1) Antarabang-sa, (2) Dialog dan toleransi beragama, (3) Hak asasi manusia, (4) Hak penyebaran agama bukan Islam, ajaran dan ideologi asing, (5) Hak penyebaran agama Islam, (6) Kalimah Allah, (7) Kebebasan melakukan dosa dan menghina Islam, (8) Keluar masuk Islam, (9) Kenegaraan, (10) Kritik insittusi agama Islam, (11) Pemeliharaan tradisi Islam dan (12) Politik. Bagi menye-imbangkan pelaporan dan penulisan berita HKB yang berbentuk polemik atau isu, portal berita atas talianseperti Malaysiakini.comdisarankan untuk melaporkan tentang sikap toler-ansi beragama dan kehidupan yang harmoni yang telah dikecapi oleh masyarakat pelbagai di Malaysia. Ini juga dapat mengurangkan persepsi negatif terhadap pengamalan HKB di Ma-laysia sama ada dalam kalangan masyarakat Malaysia ataupun pelaporan berita di peringkat global. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Bibliomatrik Kajian Hak Kebebasan Beragama di Malaysia Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia Dalam Pangkalan Data Scopus(USIM Press, 2023-11-30) ;Ain Balkis Mohd Azam ;Kamal Azmi Abd Rahman ;Khadijah Muda ;Adibah Sulaiman ;Abdul Hakim MohadSarjit Singh Darshan SinghIsu hak kebebasan beragama (HKB) tidak asing lagi dalam bidang kajian di Malaysia. HKB di Malaysia terikat dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang dijamin bagi setiap warganya. Namun terdapat perbezaan pentafsiran HKB dari konteks antarabangsa dan menurut undang-undang Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan. Hal ini menyebabkan Malaysia dilaporkan sebagai negara yang mendiskriminasi HKB untuk rakyatnya. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis beberapa kajian lepas yang telah diterbitkan berkaitan HKB di Malaysia dengan menggunakan metodologi analisis bibliomatrik. Oleh itu, kajian telah membuat carian menggunakan kata kunci (("religious freedom" OR "freedom of religion" OR "freedom of faith" OR "religious liberty" OR "right to worship" OR "freedom of religious practice" OR "freedom of religious expression" OR "religious toleration" OR "spiritual liberty") AND (Malaysia OR "Malaysia constitution" OR "federal constitution of Malaysia" OR "Malaysia law" OR "legal Malaysia")) di pengkalan data Scopus. Hasil kajian mendapati sebanyak 74 dokumen telah diperolehi. Tambahan lagi, analisis telah dikelaskan kepada 7 kategori iaitu, (1) Jenis penerbitan, (2) Bidang kajian, (3) Tahun penerbitan, (4) Nama penulis, (5) Jurnal penerbitan, (6) Afiliasi penulis, dan (7) negara. Walaupun tumpuan penerbitan tentang HKB di Malaysia adalah di jurnal-jurnal antarabangsa atau bukan jurnal tempatan, HKB di Malaysia masih menjadi antara bidang kajian yang signifikan dalam kalangan ahli akademik di Malaysia. Oleh yang demikian, pada masa akan datang, kajian tentang HKB di Malaysia akan terus menjadi tema penting dalam penerbitan artikel atau lain-lain di pengkalan data yang diindeks oleh Scopus. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Naratif Fasa Kehidupan Miskawayh (932-1030 M)(FPPI, KUIS, 2020) ;Kamal Azmi Abd RahmanIndriaty IsmailMiskawayh is an important figure in the development of Islamic ethical philosophy. The synthesis between Greek philosophy and Islamic knowledge which he developed in the Middle Ages is considered a significant innovation in the formation of Islamic ethical philosophy. Miskawayh’s scholarship can be seen in his career commitment and in academic circles during his stay in his hometown Rayy and Baghdad. Though Miskawayh’s biography has been widely presented, his biographical narrative in this study is needed to ascertain his life changes based on different phases of his life. Therefore, this qualitative study will discuss the biography of Miskawayh. A biographical narrative analysis of Miskawayh found four major phases in his life. The first phase (up until the age of about 20) was when he obtained basic Islamic knowledge and studied chemistry. The second phase was between 956 AD and 963 AD in Baghdad. During that period of time, he was involved in the discussion of philosophy and dealing with moral issues. The third phase was in 963 AD in Rayy, Iran, where he dedicated his time studying various themes of writing and teaching. The fourth phase was between 976 AD and 1030 AD, at the age of 44 until his death at the age of 96 in Iṣfahān, Iran. During this phase, he was active in philosophical writings and refining ethics. Due to the breadth of Miskawayh’s knowledge and experience, his writings on ethics have been influential, especially his magnum opus entitled Tahdhīb al-Akhlāq that has received a substantial amount of attention from the Islamic and Western scholars to this day. This work written to the end of Miskawayh’s life proved his scholarly interest in philosophy, self-development, and career. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Tematik Penulisan Tentang Hak Kebebasan Beragama di Portal Berita Online Malaysiakini(USIM Press, 2023) ;Kamal Azmi Abd Rahman ;Ain Balkis Mohd Azam ;Sarjit Singh ;Abd Ha-kim Mohad ;Khadijah Binti MudaAdibah Binti SulaimanHak Kebebasan Beragama (HKB) di Malaysia sering menjadi isu yang sering menjadi polemik bukan sahaja di peringkat negara namun antarabangsa. Antara isu HKB yang hangat diperdebatkan di Malaysia termasuk isu murtad, kalimah Allah dan ajaran sesat. Oleh itu, media memainkan peranan penting dalam menyampaikan isu HKB kepada orang awam. Penyampaian berita ini turut membentuk persepsi masyarakat terhadap isu HKB di Malaysia. Terdapat beberapa portal berita online yang menjadi medium penyampaian isu HKB. Salah satu portal berita yang sering melaporkan isu HKB daripanya ialah portal berita Malaysiakini.com. Oleh yang demikian, kertas kerja ini bertujuan menganalisis kandungan berita HKB di portal berita Malaysiakini.com. Metodologi yang digunakan adalah analisis kandungan berita berkaitan HKB bermula tahun 2019 hingga 2023. Kajian mendapati bahawa portal berita Malaysiakini.com telah menerbitkan berita HKB tertinggi pada tahun 2019 dan terendah pada tahun 2023 sehingga Mei. Penulis juga telah mengenalpasti sebanyak 12 tema HKB dari penulisan-penulisan yang telah diterbitkan iaitu; 1. Antarabangsa, 2. Dialog dan toleransi beragama, 3. Hak asasi manusia, 4. Hak penyebaran agama bukan Islam, ajaran dan ideologi asing, 5. Hak penyebaran agama Islam, 6. Kalimah Allah, 7. Kebebasan melakukan dosa dan menghina Islam, 8. Keluar masuk Islam, 9. Kenegaraan, 10. Kritik insittusi agama Islam, 11. Pemeliharaan tradisi Islam dan 12. Politik. Bagi menyeimbangkan pelaporan dan penulisan berita HKB yang bersifat masalah atau isu, portal berita atas talian seperti Malaysiakini juga disarankan untuk menulis tentang sikap toleransi beragama dan kehidupan yang harmoni yang telah dikecapi oleh masyarakat Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Elemen Pendidikan Manhaj Rabbani menggunakan Analisis Kajian Literatur Bersistematik (SLR)(Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Anta, 2022) ;Norsaadah Din @ Mohamad Nasirudin ;Mariam Abd Majid ;Hamidun HusinKamal Azmi Abd RahmanKonsep pendidikan manhaj rabbani merupakan ciri paling utama bagi Islam kerana ia merujuk kepada sifat pengabdian diri kepada tuhan, sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran al-Karim. Kajian ini memfokuskan kepada literatur berkaitan elemen pendidikan manhaj rabbani dalam kajian terdahulu dan mengintegrasikan penemuan kajian lepas bagi meneroka cadangan isu baharu untuk dikaji. Prosedur yang dijalankan adalah melalui Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA) iaitu merangkumi strategi pencarian, kriteria pemilihan, proses pemilihan, pengumpulan data dan analisis data bagi karya ilmiah dan artikel yang diperolehi. Sebanyak 13 buah artikel dikenal pasti melalui kriteria yang ditetapkan iaitu tahun penerbitan terkini yang diambil bermula dari tahun 2016. Dapatan kajian menunjukkan elemen pendidikan manhaj Rabbani perlu disebar luaskan ke seluruh peringkat masyarakat dari peringkat bawahan sehingga ke peringkat tertinggi, dari setiap agensi kerajaan dan bukan kerajaan, swasta mahupun secara persendirian. Elemen pendidikan rabbani diukur melalui peningkatan potensi dan kemahiran, pengaplikasian ilmu pengetahuan dan teknologi, pembinaan jiwa insan pendidik, pembudayaan amalan berguru dan pelaksanaan penyelidikan berterusan. Justeru, penyelidikan lanjutan diperlukan untuk meneliti secara empirikal bagi melihat keberkesanan elemen pendidikan manhaj Rabbani dapat dilaksanakan demi mengembalikan zaman kegemilangan Islam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Awal Tentang Perlaksanaan Pembelajaran Atas Talian dalam Kalangan Mahasiswa Pengajian Islam di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis)(Fakulti Pengajian Peradaban Islam, KUIS, 2021) ;Mohd Noor Hussin ;Rosni WazirKamal Azmi Abd RahmanPandemik COVID-19 telah mencipta kehidupan baru atau pun the new normal yang mana teknologi dan internet bukan lagi pilihan tetapi keperluan. Dalam bidang pendidikan, terutamanya di peringkat pengajian tinggi, hampir semua hal yang berkaitan dengan pengajaran dan pengurusan kelas dilakukan secara atas talian sepenuhnya. Walaupun pembelajaran atas talian mempunyai pelbagai kelebihan, kaedah pembelajaran ini merupakan sesuatu yang baru bagi program Pengajian Islam di kebanyakan insititusi pengajian tinggi. Oleh itu, kajian awal ini dijalankan terhadap mahasiswa Pengajian Islam di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) tentang perlaksanaan pembelajaran atas talian. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang akan meninjau pandangan responden dengan menggunakan instrumen borang soal selidik. Kajian menggunakan kaedah pensampelan rawak dan responden adalah terdiri daripada 191 orang mahasiswa yang mengikuti program Pengajian Islam di Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Data yang dikumpul dianalisis dan akan diberikan interpretasi mengikut nilai min. Kajian mendapati bahawa mahasiswa Pengajian Islam di KUIS berpandangan bahawa perlaksanaan kaedah pembelajaran atas talian adalah sederhana dengan skor min 2.83 (sp=1.142). Oleh itu, terdapat ruang yang boleh ditambah baik agar pembelajaran atas talian dapat berjalan dengan efisyen di masa hadapan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Keperluan Pembangunan Prototaip Courseware Subjek Perbandingan Agama(KUIS, 2020) ;Muhamad Hilmee IzaneeKamal Azmi Abd RahmanThe usage of Technology in education is the new norm in the academic landscape these days. The existence of modern software and technological advancements should be embraced as a mean to improve and enhance the comprehension of students in their studies especially regarding Islamic education. This research should explore the potential of using a courseware in teaching the subject of Comparative Religion. The objectives that this research aims to achieve are; to identify the existing methods that are used by educators to teach Comparative Religion; to examine the students’ understanding of the subject of Comparative Religion; to identify the acceptance of students of using courseware as a teaching aid in learning Comparative Religion. The data is collected using the five scale likert questionnaire then the scores are analysed to obtain a reading. The questionnaires are distributed among Malaysian university students that enrol in the subject ofComparative Religion. The result shows a high level of agreement among the respondents that using Comparative Religion courseware is useful to aid in learning the subject thus supports the idea of developing a prototype of the subject. Keywords : Need of Study, Courseware, Prototype Development, Islamic Studies, Comparative Religion - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Systematic Literature Review (SLR) Tentang Kesihatan Mental Di Malaysia Semasa Pandemik Covid-19(Penerbit USIM, 2021-12) ;Kamal Azmi Abd Rahman ;Sakinah Salleh ;Rosni Wazir ;Suriani Sudi ;Abdul Hadi AwangAuf Iqbal KamarulzamanMental health can affect a person’s physical health, quality of life and productivity. However, the increase of mental health issues among the community in Malaysia today is at an alarming level. Furthermore, the spread of the Covid-19 pandemic in 2019 has changed the normal lives of human beings and has the potential to be a factor influencing mental health, especially among the people in this country. This study aims to look at the themes of the study and discussion of mental health issues in Malaysia during the Covid-19 outbreak. This systematic literature review (SLR) was conducted using articles starting from 2019-2021 as of three databases namely Researchgate, Google Scholar and Science Direct. The articles that have been collected are then scrutinized to ensure that the selected articles fit the focus of the study. A total of 24 out of 81 articles were selected for discussion in this study. Overall, the study shows that there are four themes that can be classified with respect to the themes of previous studies on mental health issues in Malaysia. The themes are; 1) mental health treatment, 2) mental health and pandemics, 3) mental health and demographic factors and 4) mental health and education. Therefore, there is a need for comprehensive studies such as studies on the development of Islamic models for family resilience in dealing with mental health symptoms so that mental health problems can be identified and action taken in prompt. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kertas Konsep Pembangunan Indeks Hak Kebebasan Beragama di Malaysia(Penerbit USIM, 2023) ;Ain Balkis Mohd Azam ;Kamal Azmi Abd RahmanKhadijah MudaHak Kebebasan Beragama (HKB) di Malaysia merupakan antara isu penting yang sering menjadi perdebatan. HKB yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia sejak awal lagi telah mempertahankan hak menganut dan mengamalkan agama masing-masing bagi setiap individu. Tambahan pula, perlembagaan juga mengakui keistimewaan bagi agama Islam serta hak kaum Melayu dan bumiputera. Oleh itu, hak keistimewaan ini seringkali menjadi polemik bukan sekadar dalam pengetahuan warganegara Malaysia bahkan turut mendapat perhatian antarabangsa. Hal ini juga menyebabkan pentafsiran HKB di Malaysia tidak selari dengan pemahaman HKB yang terkandung di dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat atau Universal Declaration of Human Rights (UDHR 1948). Oleh yang demikian, terdapat banyak laporan antarabangsa yang mengkritik pengamalan HKB di Malaysia kerana menurut laporan tersebut, Malaysia telah mendiskriminasi warganya. Oleh itu, matlamat kertas konsep ini adalah untuk membentangkan idea awal tentang pembangunan indeks HKB bagi mengukur tahap hak kebebasan beragama di Malaysia. Penulisan ini menggunakan kajian kepustakaan melalui analisis terhadap kajian-kajian lepas. Hasil analisis telah mendapati terdapat tiga tema utama perbincangan berkaitan dengan HKB iaitu tentang definisi hak kebebasan beragama, isu-isu hak kebebasan beragama di Malaysia dan kajian pengukuran pengamalan beragama. Oleh yang demikian, Malaysia memerlukan satu indeks watan yang boleh mengukur pengamalan HKB sesuai dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Indeks ini signifikan dalam membentangkan wajah sebenar pengamalan HKB di Malaysia sekaligus dapat memberikan jawapan balas atau membetulkan laporan antarabangsa yang telah membentangkan laporan negatif terhadap HKB di Malaysia - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Mengatasi Masalah Kesihatan Mental Melalui Pendekatan Psiko Spiritual(Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd (GAE), 2022) ;Sakinah Salleh ;Rosni Wazir ;Kamal Azmi Abd Rahman ;Suriani Sudi ;Abdul Hadi AwangAuf Iqbal KamarulzamanSenario hari ini menampakan keperluan mendesak untuk membantu masalah yang dihadapi oleh para individu yang mengalami masalah kesihatan mental yang berpunca dari pelbagai faktor dengan pendekatan yang bersesuaian. Kajian melalui analisis kandungan ini bertujuan untuk mengemukakan Pendekatan Terapi Psiko Spiritual berdasarkan prinsip-prinsip Islam dalam memahami dan mengatasi masalah kesihatan mental. Pendekatan Terapi Psiko Spiritual yang bersifat dinamik dan holistik adalah bersesuaian bagi membantu pesakit mental dengan kaedah serta metodologi Al Quran dan as Sunnah. Pendekatan Terapi Psiko Spiritual dapat menambah nilai dan satu alternatif kepada konsep rawatan moden yang sedia. Pendekatan terapi ini juga membawa kembali disiplin ilmu Islam dan pengetahuan berdasarkan paradigma ‘tawhidik’ bagi membantu memahamkan pesakit mental tentang iman dan kepercayaan kepada Allah sebagai keutamaan dalam mengatasi masalah penyakit mental. Melalui Pendekatan Terapi Psiko Spiritual, pelbagai teknik boleh digunakan bagi membina kekuatan spiritual individu, antaranya meningkatkan hubungan dengan Allah SWT melalui ibadat, memperkukuhkan hati dengan zikir dan minda dengan pemikiran positif. Amalan ini akan dapat membantu meningkatkan kesejahteraan emosi, psikologi dan rohani pesakit pesakit mental. Selain itu Pendekatan Terapi Psiko Spiritual juga boleh menjadi sokongan kepada pesakit kesihatan mental dalam menangani masalah berkait keperluan dan cabaran mereka. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Trend Penerbitan Kajian Hak Kebebasan Beragama di Malaysia: Sebuah Kajian Bibliomatrik(Universiti Sains Islam Malaysia, 2024-05-31) ;Ain Balkis Mohd Azam ;Kamal Azmi Abd Rahman ;Khadijah Muda ;Abd Hakim Mohad ;Adibah SulaimanSarjit Singh Darshan SinghIsu hak kebebasan beragama merupakan isu penting dan kontroversi di Malaysia. Oleh yang demikian, hak kebebasan beragama di Malaysia telah menarik perhatian ramai pengkaji sama ada dalam negara atau pun daripada luar negara. Perkara asas untuk memahami hak kebebasan beragama di Malaysia adalah keterikatannya dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai undang-undang tertinggi negara yang mana telah menyatakan tentang jaminan hak kebebasan beragama bagi setiap warganya. Kajian bibliomatrik ini adalah bertujuan untuk menganalisis trend penulisan yang berkaitan dengan hak kebebasan beragama di Malaysia dalam pangkalan data Scopus. Bagi mendapatkan data, kajian menggunakan kata kunci (("religious freedom" OR "freedom of religion" OR "freedom of faith" OR "religious liberty" OR "right to worship" OR "freedom of religious practice" OR "freedom of religious expression" OR "religious toleration" OR "spiritual liberty") AND (Malaysia OR "Malaysia constitution" OR "federal constitution of Malaysia" OR "Malaysia law" OR "legal Malaysia")) di Scopus. Kajian telah mengenalpasti sebanyak 76 artikel. Semua artikel tersebut akan dibincangkan berdasarkan 7 kategori iaitu, (1) Jenis penerbitan, (2) Bidang kajian, (3) Tahun penerbitan, (4) Nama penulis, (5) Jurnal penerbitan, (6) Afiliasi penulis, dan (7) Negara. Walaupun penulisan tentang hak kebebasan beragama di Malaysia telah diterbitkan di jurnal-jurnal antarabangsa atau bukan jurnal tempatan di pangkalan data Scopus, hak kebebasan beragama di Malaysia masih menjadi antara bidang kajian yang signifikan dalam kalangan ahli akademik di Malaysia. Oleh yang demikian, pada masa akan datang, kajian tentang hak kebebasan beragama di Malaysia akan terus menjadi tema penting dalam penerbitan artikel sama ada di jurnal tempatan atau antarabangsa yang diindeks oleh Scopus.