Browsing by Author "Khairulnazrin Nasir"
Now showing 1 - 13 of 13
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Al-Qasas Al-Nabawi Dalam Karya Abu Ishaq Al-Huwayni Dan ‘Umar Sulayman Al-Ashqar: Kajian Perbandingan(USIM Press, 2020) ;Muhammad Arif Yahya ;Khairulnazrin NasirMuhammad Ikram Abu HassanThe hadiths of Rasulullah SAW have various contents, including the stories narrated by the Prophet SAW. These hadiths are known as al-Qasas al-Nabawi. The approach to conveying the story is one of the uniqueness of the Prophet SAW in conveying knowledge and education. This study aims to examine the method of writing the works of al-Qasas al-Nabawi, which are compiled by modern writers and not presented thematically in major hadith works such as Kutub al-Sittah or Kutub al-Tisah. Abu Ishaq al-Huwaini and Umar Sulayman al-Asyqar are among the modern writers who have compiled these hadiths relating to al-Qasas al-Nabawi in their works. However, there are differences in the method of compilation and presentation of this hadith by the two authors, although authentic hadith were used as the basis of the study. The methodology of this study uses a qualitative study design with the method of content analysis on the work of al-Qasas al-Nabawi by Abu Ishaq al-Huwaini and Umar Sulayman al-Asyqar. The results of the study found that these two scriptures use the same method in selecting only the authentic hadith related to al-Qasas al-Nabawi, but have different methods in other aspects. The different methods used by the two authors include the choice of topics included in the hadith, the number of hadiths discussed, and the approach to presenting the teachings at the end of each hadith. In addition, the work of al-Qasas al-Nabawi by Abu Ishaq al-Huwaini is more concise and not suitable as a reference work for the public, as the author notes in the foreword to this book. The work of al-Qasas al-Nabawi by Umar Sulayman al-Asyqar is more systematic and useful as a guide for the public to understand the authentic hadith in the category of al-Qasas al-Nabawi. Keywords: Works by al-Qasas al -Nabawi, Abu Ishaq al-Huwaini, Umar Sulayman al-Asyqar, Authentic Hadith. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisa Tematik berkenaan dengan Profesion Kaum Hawa dalam Al-Kutub Al-Sittah(Usim Press, 2023) ;Khairulnazrin Nasir ;Muhammad Adam Abd. AzidRahim Kamarul ZamanPeranan kaum hawasememangnya signifikan kepada kelestarian pembangunan negara. Namun, masih wujud sikap pesimis dan skeptikalsesetengah pihak terhadap kemampuan kaum hawauntuk terlibat dalam sektor-sektor penting di negara ini.Mereka berpendapat bahawa kaum hawahanya sesuai berperanan untuk menguruskan rumah tangga dan mendidik anak-anak sahaja. Bahkan, kaum hawayang hanya tinggal di rumah dianggap lebih Islamik berbanding merekayang berkerjaya. Justeru, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti kepelbagaian profesion kaum hawa pada era Rasulullah SAW melalui analisa tematik. Metode yang diaplikasikan adalah berdasarkan kajian kepustakaan dengan mengimplementasikan kajian hadisyang berkaitan. Pemilihan dan analisis hadishanya dipilih daripada al-Kutub al-Sittahiaitu Saḥīḥal-Bukhārī, ṢāḥīḥMuslim, Sunan Abū Dāwud, Jāmi’ al-Tirmidhī, Sunan al-Nasa’īdan Sunan Ibn Mājah.Hasil kajian mendapati, terdapat pelbagai profesion yang pernah diceburi para sahabat Rasulullah SAW dalam kalangan kaum hawa. Antaranya, pendidikan, asas tani, kesihatan dan keselamatan awam. Hakikat ini dapat ditinjau daripada 22 teks hadisyang terdapat dalam al-Kutub al-Sittah. Kajianini menyimpulkan bahawa sifat feminin dan lemah lembut pada kaum hawabukan halangan untuk turut berkerjaya, selagi mana syariat Islam tidak dikebelakangkan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Critical Analysis Of Al-munabbihāt In Hadith Literature Based On The Context Of Hadith Writing Methods(Research and Scientific Innovation Society (RSIS), 2024) ;Mohd Nor Adzhar Ibrahim ;Rusni Mohamad ;Mohd Solleh Ab RazakKhairulnazrin NasirAl-Munabbihāt is a renowned work attributed to Ibn Ḥajar al-‘Asqalānī. This study aims to analyze the credibility of attributing the book al-Munabbihāt to Ibn Ḥajar al-‘Asqalānī from the perspective of hadith writing methods. The research employs a qualitative library research method through content analysis design. The analysis specification is conducted by comparing the hadith writing methods of this book with the popular hadith book by Ibn Ḥajar al-‘Asqalānī titled Bulūgh al-Marām. The findings indicate various issues related to the hadith writing methods, such as not clarifying the highest narrator’s name, narrated with ṣīghah al-tamrīḍ, not stating the hadith sources, lacking commentary and explanation on the hadith status, and the hadith not being found in Bulūgh al-Marām despite being in the same genre. Additionally, the hadith presented are mixed with wise sayings (ḥukamā’). This clearly justifies questioning the authenticity of attributing this work to Ibn Ḥajar al-‘Asqalānī. Therefore, it is suggested that this work should no longer be attributed to him to preserve the sustainability of hadith literature, as this attribution does not reflect the esteemed reputation of Ibn Ḥajar al- ‘Asqalānī, who is revered as a great figure in the field of hadith and would undoubtedly tarnish his reputation as Amīr al-Mu’minīn fi al-Ḥadīth. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Deskripsi Al-Quran Terhadap Kepercayaan Politeisme: Suatu Pembicaraan Historikal(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2019-10-08)Khairulnazrin NasirLapangan bidang antropologi telah memperkenalkan istilah politeisme yang merujuk kepada kepercayaan dan penyembahan lebih daripada satu tuhan. Manusia sejak dari awal kewujudannya telah berinteraksi dengan alam, berasa kagum dengan beberapa makhluk yang dianggap istimewa dan memiliki kuasa adikudrati. Keadaan ini mendorong segelintir manusia mempercayai politeisme, iaitu menyembah pelbagai tuhan di samping Allah SWT. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk membahaskan tentang deskripsi al-Quran terhadap politeisme, khususnya tentang sejarah, bentuk, faktor dan jenis-jenis politeisme. Jenis penelitian ini adalah berteraskan kajian kualitatif dengan mengaplikasikan metode analisis kandungan terhadap teks ayat-ayat al-Quran. Hasil kajian menunjukkan bahawa al-Quran mengandungi data sosiohistoris tentang politeisme dalam umat-umat terdahulu, di samping kritikan terhadap segala bentuk penyembahan selain Allah SWT. Kesimpulannya, pembicaraan al-Quran bukan hanya tentang isu syariat, bahkan meliputi bidang antropologi dan sosiobudaya manusia sejagat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Dimensi Teoretikal Psikoterapi Komplementari dalam Tafsir al-Qurṭubī(USIM Press, 2023) ;Rahim Kamarul Zaman ;Khairulnazrin NasirIkmal AdnanThe world's transition to an endemic phase has had a significant impact on the global community's mental health. The World Health Organization (WHO) predicts a silent pandemic related to mental health due to Covid-19 during this phase. This can be attributed to the increased pressures of post-pandemic life, including economic aspects and changes in daily routines. Mental health issues such as stress, anxiety, depression, and burnout have been identified. Therefore, initiatives like complementary psychotherapy are crucial for maintaining mental well-being. This study aims to discuss the theoretical dimensions of complementary psychotherapy in Tafsir al-Qurtubi. The focus is on a compilation of interpretations of 18 verses related to tafakkur (contemplation) found in 13 surahs. Using a qualitative method with a thematic content analysis approach, the study reveals that Imam al-Qurtubi's compilation of interpretations of āyāt al-tafakkur is comprehensive and aligns with several dimensions of psychotherapy. These dimensions include the recovery of traumatic experiences, re-education, reassurance, and psychological support. The combination of interpretations clearly demonstrates Imam al-Qurtubi's contribution to developing a complementary approach for preserving psychological well-being. In conclusion, the compilation of interpretations of āyāt al-tafakkur by Imam al-Qurtubi deserves recognition as a valuable part of the theoretical foundation of complementary psychotherapy in managing mental well-being during the endemic phase. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Gagasan Malaysia Madani: Mengekstrak Enam Nilai Teras Ketamadunan Menerusi Kisah Zulkarnain Dalam Surah Al-Kahfi(Penerbit USIM, 2023) ;Khairulnazrin Nasir ;Nur Azwani binti Mansor @ Nordin ;Amrina Rasyada binti KamaruzamanNur Aina Mardhiah Che RahimMalaysia merupakan sebuah negara berbilang bangsa dan agama. Kepelbagaian ini berpotensi menimbulkan konflik, tetapi ia juga boleh menjadi sumber kekuatan. Untuk mencapai Malaysia yang benar-benar bertamadun, kerajaan Malaysia kini telah memperkenalkan gagasan Malaysia Madani bagi mempromosikan nilai-nilai teras yang mampu memacu negara ini ke mercu ketamadunan. Justeru, objektif artikel ini adalah untuk mengeluarkan enam nilai teras daripada kisah Zulkarnain dalam Surah al-Kahfi dan membincangkan implikasi terhadap gagasan Malaysia Madani. Metodologi kajian ini melibatkan pendekatan kualitatif. Data dikumpulkan daripada pelbagai sumber, termasuk al-Quran, hadis dan penulisan ilmiah. Data dianalisis menggunakan pendekatan analisis tematik, yang melibatkan proses mengenal pasti nilai-nilai teras yang disebut dalam kisah Zulkarnain. Dapatan kajian ini mendedahkan bahawa kisah Zulkarnain mengandungi secara eksplisit dan implisit enam nilai teras Malaysia Madani iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Nilai-nilai ini mampu memberikan refleksi dan kompas moral yang berharga serta signifikan untuk mewujudkan negara Malaysia yang benar-benar bertamadun dan seimbang. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Komparatif Antara Lafaz Qalb, Shadrun Dan Fuad Menurut Perspektif Al-Quran(Penerbit USIM, 2023) ;Amrina Rasyada binti Kamaruzaman ;Nur Aina Mardhiah Che Rahim ;Noor Fatimah Mujahid ;Ahmad Mukhlis MustaffaKhairulnazrin NasirSetiap ayat yang diwahyukan oleh Allah SWT di dalam al-Quran memberikan makna dan tujuan yang tersendiri. Allah SWT menurunkan al-Quran dalam Bahasa Arab supaya manusia (menggunakan akal untuk) memahaminya (QS 12:2). Oleh itu kajian ini akan menunjukkan penggunaan tiga lafaz yang terpilih untuk perbezaannya iaitu lafaz "qalb", "sadr", dan "fuad" yang terdapat dalam al-Quran. Penggunaan tiga lafaz memberikan makna yang hampir kerana merujuk kepada aspek hati, emosi dan kehidupan batiniah manusia. Makna seakan sama akan tetapi wujud perbezaan diantaranya. Dalam kajian ini penulis akan memberikan definisi dan penjelasan terperinci tentang setiap konsep serta membuat perbandingan untuk memahami perbezaannya menurut perspektif al-Quran. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan sorotan literasi bersumberkan Google Scholar dan Attanzil dengan carian subjek "qalb", "sadr", dan "fuad". Kajian ini juga merujuk kepada tafsir Ibn Katsir untuk mengetahui secara terperinci akan huraian-huraian setiap tiga lafaz tersebut. Kajian ini penting untuk dijalankan supaya setiap orang dapat melihat dengan jelas penggunaan lafaz-lafaz itu sesuai mengikut kehendak makna ayat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kawalan Kesejahteraan Psikologi Berasaskan Konsep Psikospiritual dalam Al-Quran: Suatu Analisis(USIM Press, 2022) ;Rahim Kamarul Zaman ;Khairulnazrin Nasir ;Mujiburrahman Muhammad SalehNur Shahidah Ab HamidThe value of psychological well-being is an important post-pandemic discourse of covid-19. The impact of this pandemic caused the psychological well-being index of Malaysians at a moderate level with an overall score of 7.2. In this regard, various initiatives at the global level to control the sustainability of psychological well-being through psychospiritual approaches are actively pursued by various parties. Among them are Mindfulness Meditation, Ayurveda, Yoga and other non-Muslim psychospiritual approaches. Thus, the purpose of this study is to analyse the concept of psychospiritual in the Qur'an as a control mechanism for psychological well-being. Based on a qualitative method with a thematic content analysis approach, this study found that the concept of psychospiritual in the Quran is holistic. The concepts of iṭmi’nān al-qulūb (peace of mind) and al-Sakīnah (tranquillity) which are discussed twenty times in the Qur’an are part of the core underlying the Qur’an-based psychospiritual approach. A combination of understanding about it is found to be able to control and stabilise the mind or emotions. In conclusion, the concept of psychospiritual in the Qur’an is significant and deserves to be dignified as part of the complementary mechanism of psychological well-being control. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Mekanisme Kawalan Kesejahteraan Psikologi Berasaskan Metode al-Tafakkur Dalam Al-Quran(USIM Press, 2021-12) ;Rahim Kamarul Zaman ;Khairulnazrin Nasir ;Muhammad Adam Abd. AzidAbdul Azib HussainThe issue of the psychological well-being of society is a discourse that is increasingly given universal attention in the aftermath of the covid-19 pandemic. In the fourth quarter of 2020, a study by the Malaysian Public Service Department reported that the interpretation of the Malaysian psychological well-being index was at a moderate level with an overall score of 7.2. Among the key elements that are a measure of psychological well-being are emotional quality, self-actualization, life satisfaction, psychological functionality and the ability to interact with the environment. In this regard, initiatives to control the sustainability of psychological well-being are being actively pursued by various parties. Thus, the purpose of this study is to present a proposal for the control of psychological well-being control based on the method of al-tafakkur in the Quran. The study in the form of theory application is worked on the basis of qualitative methods through content analysis approach. The results of the study found that the discourse of the method of al-tafakkur in the Qur'an is holistic. The combination of the understanding is able to control and stabilize the mind or emotions. In conclusion, the Quran-based method of al-tafakkur should be dignified as part of the complementary mechanism of psychological well-being control. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Parameter Orientasi Tafsiran Al-quran Dalam Pembangunan Psikoterapi Abad Ke-21(Penerbit KUIS, 2023) ;Rahim Kamarul Zaman ;Khairulnazrin Nasir ;Ikmal Adnan ;Norsaleha Mohd. SallehAhmad Sanusi AzmiPasca transisi dunia ke abad ke-21 menunjukkan perubahan dimensi teoritikal dan praktikal psikoterapi telah berinovasi menjadi lebih fleksibel. Trend perubahan tersebut membuka ruang kepada pembangunan mekanisme komplementari dalam psikoterapi arus perdanaberpandukan pelbagai sumber keagamaan dan nilai-nilai spiritual. Sehubungan itu, pelbagai inisiatif pembangunan psikoterapi berorientasikan tafsiran al-Quran telah dihasilkan pelbagai pihak. Antaranya seperti pengintegrasian kandungan al-Quran dalam modelpsikologi barat atau mekanisme psikoterapi arus perdana dan intervensi dalam kerangka perubatan klinikal. Justeru, berasaskan metode analisis retrospektif secara tematik, kajian ini bertujuan mengemukakan sebuah parameter hasil rumusan orientasi tafsiran al-Quran dalam lapangan psikoterapi abad ke-21. Secara khusus, parameter ini berperanan memandu fleksibiliti orientasi tafsiran al-Quran dalam lapangan psikoterapi berdasarkan klasifikasi Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, Fifth Edition(DSM-5). Secara keseluruhan, tafsiran lengkap 72 nas al-Quran yang membicarakan perihal jiwa telah dianalisis secara komprehensif dan dipetakan selari dengan klasifikasi DSM-5. Tuntasnya, parameter orientasi tafsiran al-Quran ini akan memudahkan proses aplikasi tafsiran al-Quran sebagai mekanisme psikoterapi arus perdana. Kesimpulannya, pembangunan psikoterapi sepanjang abad ke-21 membuktikan kepentingan dan kemantapan tafsiran al-Quran sebagai mekanisme penjagaan kesihatan mental. Oleh demikian, adalah tidak keterlaluan orientasi tafsiran al-Quran dalam lapangan psikoterapi boleh dimartabatkan sebagai mekanisme psikoterapi komplementari arus perdana abad ke-21 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Periwayatan Hadis Syiah: Analisis Dan Takhrij Hadis(Penerbit USIM, 2023) ;Nur Aina Mardhiah binti Che Rahim ;Nik Yusri bin Musa ;Amrina Rasyada binti Kamaruzaman ;Noor Fatimah binti MujahidKhairulnazrin NasirAdalah menjadi satu kewajipan kepada setiap muslim untuk merujuk kepada sumber dan panduan yang utama iaitu al-Quran dan hadis bagi setiap permasalahan yang semakin banyak menyentuh sensitiviti agama pada hari ini. Peranan hadis sangat penting dalam mentafsirkan keraguan, menjelaskan sesuatu hukum serta mengkhususkan perkara yang umum dalam Al-Quran dari sudut aqidah, ibadat, akhlak dan muamalat (Abullaith, 2011). Namun begitu, dalam suasana perbezaan ideologi, pegangan dan mazhab di kalangan umat Islam, Syiah memiliki jalur dan kefahamannya tersendiri dalam dunia hadis. Kajian ini menggunakan konsep kualitatif berdasarkan kajian kepustakaan yang bersumberkan kitab kutubussittah dan kajian yang berkaitan. Hasil kajian mendapati hadis-hadis yang dikemukakan oleh Syiah adalah maudhu’ dan apa yang membimbangkan adalah usaha mereka yang cuba mencipta hadis menyerupai hadis yang terdapat dalam kitab kutubussittah. Oleh hal demikian, usaha sebegini amat penting untuk diketengahkan kepada masyarakat agar kritikan dan panduan diberi dengan jelas bagi membendung hadis-hadis Syiah dari tersebar dalam masyarakat. Amalan ‘semak sebelum sebar’ juga wajar dijadikan pegangan seharian untuk mengelakkan dari taasub dan mengamalkan perkara yang palsu atau tiada asas dalam agama. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Perkembangan, Peranan Dan Sumbangan Pertubuhan Bukan Kerajaan Wanita Islam Di Malaysia: Satu Tinjauan Awal(USIM Press, 2023) ;Muhammad Adam Abd. Azid ;Khairulnazrin Nasir ;Rahim Kamarul ZamanAbdul Azib HussainPertubuhan Bukan Kerajaan wanita Islam juga merupakan antara Pertubuhan Bukan Kerajaan yang turut memainkan peranan penting dalam arena aktivismedi Malaysia. Pertubuhan ini terlibat secara aktif dalam aktiviti kebajikan dan mempengaruhi polisi kerajaan terutama melibatkan hal ehwal wanita. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji keberadaan dan penglibatan Pertubuhan Bukan Kerajaan wanita Islam di Malaysia terutama melibatkan isu-isu kewanitaan. Kertas kerja ini juga meneliti peranan dan sumbangan pertubuhan ini terhadap kaum wanita serta aspek-aspek yang perlu ditambah baik bagi memperkasakan peranan dan menjamin survival Pertubuhan Bukan Kerajaan wanita Islam di Malaysia. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif melalui kajian kepustakaan. Sejumlah 13 Pertubuhan Bukan Kerajaan wanita Islam telah dipilih untuk dijadikan sebagai sampel bagi kajian ini. Analisis mendapati, terdapat enamisu utama berkaitan wanita yang difokuskan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan wanita Islam iaitu isu pemerkasaan wanita, hak-hak wanita, kebajikan wanita, kepimpinan wanita, keagamaan wanita dan pendidikan wanita. Hasil kajian inipenting sebagai perhatian dan panduan olehPertubuhan Bukan Kerajaan WanitaIslam lebih-lebih lagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi memperkasakan lagi peranan Pertubuhan Bukan Kerajaan wanita Islamserta memastikan kesinambungan gerakan wanita Islam yang memartabatkan syariat Islam di Malaysia - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sosialisasi Pendidikan Gender dalam Keluarga Menurut Perspektif Islam(Penerbit USIM, 2023) ;Nur Azwani binti Mansor @ NoordinKhairulnazrin NasirArtikel ini membincangkan proses sosialisasi pendidikan gender dalam keluarga menurut konsep dan nilai-nilai Islam. Penekanan diberikan kepada peranan keluarga dalam membentuk pemahaman mengenai pendidikan gender dan persepsi anak-anak mengenai perbezaan gender antara lelaki dan perempuan. Melalui pendekatan kualitatif, kajian ini melibatkan analisis terhadap sumber-sumber primer seperti al-Quran, hadis, dan literatur Islam yang relevan. Pemahaman mengenai peranan dan tanggungjawab keluarga mendidik anak-anak dalam konteks gender dikaji dengan teliti. Dalam perspektif Islam, keluarga memainkan peranan penting sebagai agen sosialisasi utama. Ahli keluarga seperti ibu bapa, kakak, abang dan ahli keluarga terdekat merupakan agen utama yang membantu proses sosialisasi. Proses ini diterapkan pada zaman kanak-kanak yang akan mempengaruhi perilaku dan pemikiran serta belajar bagaimana seharusnya bertingkah laku dalam situasi atau keadaan tertentu apabila dewasa kelak. Sekiranya kanak-kanak tidak mengalami proses sosialisasi gender dengan berkesan dan mencukupi, maka mereka tidak akan dapat menyesuaikan diri dan bertingkah laku mengikut nilai-nilai syariat Islam. Artikel ini menggariskan strategi dan amalan terbaik yang boleh dilaksanakan oleh ibu bapa dan keluarga untuk menyampaikan pendidikan gender yang seimbang dan adil kepada anak-anak. Hasil analisis menunjukkan bahawa pendidikan gender dalam keluarga menekankan kepada pendidikan nilai, pemodelan peranan, pengajaran praktikal, dan komunikasi yang efektif dalam membentuk pemahaman yang positif mengenai gender. Kesimpulannya, artikel ini memberikan pandangan yang holistik dan bersepadu mengenai sosialisasi pendidikan gender dalam keluarga menurut perspektif Islam. Ia menyediakan panduan praktikal dan prinsip-prinsip yang dapat digunakan oleh keluarga dan masyarakat untuk membangun masyarakat harmoni dari segi gender berdasarkan ajaran agama Islam.