Browsing by Author "Khazri Osman"
Now showing 1 - 6 of 6
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Tret Personaliti al-Falah dalam al-Quran(USIM PRESS, 2022) ;Siti Jamiaah Abdul Jalil ;Khazri OsmanNurul Aini NawawiMenetapkan sesuatu ciri-ciri keperibadian individu berjaya atau bahagia itu agak subjektif. Dalam konteks agama Islam, memiliki tret atau sifat al-falāḥ adalah kunci kepada kejayaan dan kebahagiaan manusia dalam kehidupan. Istilah al-falāḥ merujuk kepada golongan ‘al-muflihūn’ yang disebut Allah SWT di banyak tempat di dalam al-Quran. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tret personaliti al-falāḥ yang dinyatakan di dalam al-Quran. Metode analisis kandungan digunakan dengan menganalisis ayat al-Quran yang mengandungi istilah al-falāḥ dengan bantuan aplikasi Quran Al Kareem melalui sistem operasi iPad OS 13.1.2 dan aplikasi Quran for Android melalui sistem operasi Android. Hasil kajian mendapati terdapat 40 ayat yang mengandungi perkataan yang berasaskan istilah al-falāḥ. Daripada 40 ayat tersebut, terdapat 30 tret personaliti al-falāḥ (TPF) yang dikenal pasti. Hasil analisis mendapati 30 TPF dapat dibahagikan kepada 3 bahagian berdasarkan kekerapan yang dinyatakan di dalam ayat-ayat al-falāḥ. Tret al-falāḥ ini menjadi indikator kepada tret kualiti keperibadian manusia untuk mencapai kesejahteraan kehidupan di dunia dan di akhirat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Da'wah Through Thinking Skills According to The Perspective of The Quran(USIM Press, 2021-04) ;Tengku Husna Tengku Jamil ;Hasanah Abd KhafidzKhazri OsmanSpreading da'wah is not easy. The process requires physical, mental and piety to Allah SWT. The spread of da'wah requires a specific uslub (method) that depends on the number and ability of the audience. Mastering the Uslub requires a high level of thinking and creativity in order to deliver da'wah effectively. In the context of this study, the research will focus on five concepts of thinking that are based on the Quran, namely tadabbur, tafakkur, tafaqquh, ta'aqqul, and tadzakkur. Through the method of document analysis, the researcher will analyse the most suitable da’wah approach according to the five discussed terms. The results of studying these five terms are important for dā‘īys so that the delivered da’wah is more transparent, fast, and acceptable. The research is expected to expose the dā‘īy to stimulate themselves to think using the appropriate approach for each target audience. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Expert Consensus On The Development Of An Islamic Creative Media Model Through The Fuzzy Delphi Method(Pakistan Journal of Life and Social Sciences, 2023) ;Rosmawati Mohamad Rasit ;Muhamad Faisal Ashaari ;Khazri Osman ;S. Salahudin Suyurno ;Eizan Azira Mat Sharif ;Mohammad Asraf MuslimMuhammad Amirul Nor FaizalThe diverse audience market for creative media such as film and drama often needs help with the low accuracy of representation regarding works related to Islamic perspectives. Additionally, industry practitioners need a unified creative media model from an Islamic perspective to guide their work. Therefore, this study aims to develop an Islamic creative media model based on expert consensus using the fuzzy Delphi method. The research design uses a fuzzy Delphi approach to develop an Islamic creative media model. This study incorporates elements of Islamic creative media structures as a data collection method. Ten experts from the media industry, Islamic studies, and media communication participated. Based on expert consensus, the results demonstrated the triangular fuzzy value and the accuracy of the defuzzification process. The expert panel agreed and accepted that Islamic creative media consists of creative works (93%, 0.0304), industry players (92%, 0.0350), and audiences (94%, 0.0195). It was shown that the consensus percentage is above 75 percent at the threshold (d) <0.2, signifying that these domain elements have successfully culminated in an Islamic creative media model. The model is intended to serve as a valuable guide for media professionals, creative industry practitioners, and stakeholders in creating content that aligns with the Islamic narrative. Based on insights from contributions from creative media and religion experts, the model-building results can form the basis for further research, particularly in-depth analysis of case studies within the industry. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kompetensi Kesantunan Berbahasa Sukarelawan Berpandukan Maksim Kesantunan Leech(PIMM Experts SDN BHD, 2022) ;Khazri Osman ;Mohamad Yazid Abdul Majid ;Mohamad Azrien Mohamed AdnanSiti Salwa JefriKesukarelawanan adalah salah satu aktiviti kemasyarakatan yang amat diperlukan khususnya ketika berlaku musibah di sesebuah negara. Malaysia yang pernah dilanda banjir besar pada Disember 2021, menyaksikan sukarelawan menggembleng tenaga membantu mangsa bencana di segenap lokasi. Walaupun peranan sukarelawan tidak dapat dinafikan, namun ada golongan yang mengkritik kesantunan yang diamalkan oleh golongan ini. Kajian ini meninjau pandangan masyarakat di tiga buah kampung dalam daerah Jelebu - salah sebuah daerah yang teruk dilanda banjir - terhadap kesantunan berbahasa sukarelawan berdasarkan Maksim Kesantunan Leech. Kaedah kajian ini ialah kajian lapangan dan data diperoleh daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada responden. Jumlah sampel kajian ini ialah 63 orang ketua keluarga daripada 75 buah keluarga yang terlibat dalam banjir. Dapatan kajian membuktikan bahawa tahap yang paling tinggi terdapat pada item menggunakan bahasa yang beradab ketika menyuruh dan memberikan arahan iaitu 4.70 manakala tahap yang paling rendah terdapat pada item mengelakkan kata-kata yang memuji diri sendiri iaitu 4.13. Kesimpulannya, sukarelawan mengamalkan kesantunan yang tinggi sewaktu menjalankan misi dan masyarakat mempunyai persepsi yang baik terhadap mereka. Kumpulan sukarelawan perlu mengekalkan kesantunan ini untuk memastikan aktiviti kesukarelawanan terus diterima oleh masyarakat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Nilai Spiritual Dalam Puisi Imam Shafie(Universiti Kebangsaan Malaysia, 2014) ;Siti Rugayah TibekKhazri OsmanKajian ini bertujuan mengenal pasti nilai-nilai akhlak khususnya aspek spiritual yang terdapat dalam puisi Imam Shafi’i, salah seorang ulama dan pendakwah yang masyhur pada kurun kedua hijrah. Kesarjanaan beliau meliputi bidang fiqah dan bahasa Arab. Meskipun begitu masyarakat lebih mengenali beliau selaku seorang faqih berbanding pemuisi. Justeru, puisi beliau harus diketengahkan sebagai satu bentuk kajian kerana kebolehan beliau mengintegrasikan antara nilai Islam dan sastera. Sebahagian besar isi kandungan puisi beliau soal moral, nasihat dan keadaan masyarakatnya pada zaman tersebut. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan menjadikan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Pengumpulan data dilakukan terhadap puisi-puisi dalam antologi puisi Imam Shafi’i yang berkaitan akhlak seterusnya melakukan data-data tersebut analisis. Bait-bait puisi diterjemah menggunakan kaedah parafrasa, iaitu terjemahan yang mengikuti karya asal dengan rapat, tetapi yang diikuti ialah maknanya bukan perkataannya. Hasil kajian ini mendapati antara nilai-nilai spiritual yang terdapat dalam antologi puisi beliau ialah keredaan terhadap ketentuan Allah s.w.t., tawakal, khawf, sangkaan baik terhadap Allah s.w.t., kecintaan terhadap Akhirat, dan mempersiapkan diri untuk hari Akhirat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Uslub Dakwah dalam Diwan Imam Shafie(Universiti Kebangsaan Malaysia, 2015) ;Siti Rugayah Tibek ;Khazri Osman ;Badlihisham Mohd NasirAhmad Irdha MokhtarPuisi bukan sekadar bait-bait yang dipersembahkan bagi tujuan hiburan, bahkan mempunyai peranan yang penting dalam dunia dakwah. Ungkapan yang terdapat dalam sesebuah puisi melambangkan pemikiran dan peribadi penciptanya. Kajian ini bertujuan mengenal pasti uslūbdakwah yang terdapat dalam puisi Imam Shāfi’ī, salah seorang ulama dan dāᶜiyang masyhur pada kurun kedua hijrah. Kesarjanaan beliau meliputi bidang fiqah, usul fiqah dan bahasa Arab. Meskipun begitu masyarakat lebih mengenali beliau selaku seorang faqih berbanding pemuisi. Beliau gigih berdakwah memberi kefahaman kepada umatIslam melalui lisan dan tulisan. Puisi beliau harus diketengahkan sebagai satu bentuk kajian kerana kebolehan beliau mengintegrasikan antara nilai dakwah dan sastera. Sebahagian besar isi kandungan puisi beliau soal moral, nasihat dan keadaan masyarakatnya pada zaman tersebut. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan menjadikan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Bait-bait puisi yang terkandung dalam DīwānImam Shāfi’ī dianalisis untuk mengenal pasti uslūbdakwah yang terkandung dalamnya. Hasil kajian ini mendapati antara uslūbdakwah yang terdapat dalam puisi beliau ialah uslūbjenaka, mengelak berdebat dengan orang yang kurang cerdik, berdebat dengansopan dan membalas keburukan dengan kebaikan.