Browsing by Author "Mahsor Yahya"
Now showing 1 - 8 of 8
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Hadis Berkaitan Nama Lain Bagi Surah Al-Mulk Dalam Kursus Tafsir Maudu‘i Di USIM: Satu Kajian Tinjauan(Penerbit KUIPSAS, 2021) ;Abdulloh Salaeh ;Amran Abdul Halim ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Nidzamuddin Zakaria ;Mahsor YahyaWalid Mohd SaidHadis itu adalah satu sumber utama dalam mengeluarkan hukum selepas al-Quran dan merupakan warisan peninggalan Rasulullah SAW. Perkembangan agama Islam yang begitu pantas ini telah berjaya melahirkan ramai ilmuan dan cendekiawan yang hebat khususnya di Tanah Melayu berasal dari sumber al-Quran dan hadis. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan menganalisis hadis yang menyatakan nama-nama yang lain bagi Surah al-Mulk dan kedudukan hadis dan kandungannya yang diajarkan dalam kursus Tafsir Maudu‘i di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Justeru, kertas kerja ini akan menghuraikan kedudukan sejumlah hadis berkaitan nama-nama Surah al-Mulk serta kajian hadis-hadis tersebut hadis yang mana di dalamnya terkandung hadis yang sahih, hasan, da‘if dan lain-lain. Kajian ini juga akan dapat memberikan pendedahan umum tentang beberapa ayat dalam surah al-Mulk serta kelebihannya. Kajian ini menggunakan kaedah berbentuk penyelidikan kepustakaan. Hasil kajian ini dapat mendedahkan tentang ilmu hadis, kedudukannya secara yang lebih tuntas lagi untuk para pelajar dan orang awam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Hadith Di Dalam Kitab Risalah Tazkirah Al-Guflah Fi Bayan Asrar As-Solat(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Abdulloh Salaeh ;Amran Abdul Halim ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Mohd. Fauzi Mohd Amin ;Nidzamuddin Zakaria ;Mahsor Yahya ;Walid Mohd SaidMesbahul HoqueAgama Islam telah datang menerangi di Kepulauan Tanah Melayu ini semenjak dari abad ke 16 Masihi lagi. Perkembangan Agama Islam yang begitu pantas ini berjaya melahirkan ramai ilmuan dan cendiakawan yang hebat khususnya di tanah Pattani. Ini dapat disaksikan pada Abad ke 17 Masihi di mana di zaman inilah lahir ramai ulama dari kepulauan nusantara ini, antaranya tokoh yang amat terkenal iaitu Syeikh Daud Al-Fatani dan Syeikh Abdullah bin Idris Bendam Badam dan lain-lain. Kelahiran ini bukan sahaja melahirkan tokoh yang terkenal malah kitab-kitab rujukan yang masih segar sehingga zaman moden ini. Antara kitab yang masih digunakan bagi Syeikh Abdullah bin Idris Bendam Badam ialah Kitab Kitab Risalah Tazkirah Al-Guflah Fi Bayan Asrar As-Solat. Kitab ini bukan sahaja menjadi bahan rujukan bahkan dijadikan sebagai bahan pembelajaran utama di beberapa institusi pondok yang masih wujud sehingga sekarang. Kitab ini sebagai asas pembelajaran mereka tentang solat, Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan menganalisis kedudukan hadith yang terkandung di dalamnya. Justeru kertas kerja ini akan cuba memberikan pendedahan tentang kedudukan serta kajian hadith yang dilakukan terhadap kitab ini yang mana di dalamnya terkandung hadis yang sahih, hasan, dhaif dan lain-lain. Kajian ini juga akan dapat memberikan pendedahan umum tentang pengarang serta kitabnya. Kajian ini menggunakan kaedah berbentuk penyelidikan perpustakaan. Hasil kajian ini dapat membantu masyarakat dalam memberikan pendedahan tentang ilmu hadith, kedudukannya serta penggunaannya dalam kitab ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kaedah Penulisan Tafsir Di Malaysia: Kajian Terhadap Tafsir Pedoman Muttaqin(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Amran Abdul Halim ;Tengku Fathul Aziz Tengku Abd Mutalib ;Walid Mohd Said ;Nidzamuddin Zakaria ;Amiruddin Mohd Sobali ;Abdulloh Salaeh ;Mohd Fauzi Mohd Amin ;Ahmad Kamel Mohamed ;Syed Najihuddin Syed HassanMahsor YahyaPengajian al-Quran dan tafsir di Malaysia sudah bermula sejak lama dahulu, sama ada secara formal atau tidak formal. Pengajian ini bermula di rumah-rumah tok guru, surau, madrasah, masjid dan sebagainya. Pengajian ini juga lebih tersusun dan secara rasmi apabila sistem pengajian pondok diadakan di Malaysia dan dipelajari pula di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Justeru, satu usaha yang jitu perlu dilakukan bagi memelihara khazanah-khazanah ilmu ulama-ulama terdahulu dan diteliti kandungannya melalui kajian-kajian komprehensif terhadap hasil-hasil penulisan tersebut dan mengetengahkan keistimewaan isi kandungannya serta diperbaiki mutu bahasanya agar ia terus dimanfaatkan generasi kini dan akan datang bukan sekadar dijadikan koleksi simpanan sahaja. Melalui penulisan artikel ini, penulis cuba meneliti salah satu kitab tafsir di Malaysia iaitu Tafsir Pedoman Muttaqin yang ditulis oleh Dr Abdul Hayei Abdul Sukor dengan cara memerhatikan kaedah-kaedah penulisan beliau dalam kitab tafsirnya. Penulisan artikel kali ini berobjektifkan kepada sejarah penulisan tafsir atau latar belakang penulisan tafsir di Malaysia dengan lebih terperinci dan kaedah yang digunakan di dalam penulisan tafsir Melayu klasik yang biasa dibacakan di masjid dan surau tempat penulis tinggal. Diharapkan hasil dari penulisan ini dapat menonjolkan satu model atau contoh tafsir yang sesuai dengan kondisi masa kini khususnya masyarakat di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembelajaran Dan Pengajaran Tafsir Maudhu’i Dalam Pasca Covid 19(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Amran Abdul Halim ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Nidzamuddin Zakaria ;Walid Mohd Said ;Mahsor YahyaMohd. Fauzi Mohd. AminAsas istimbat hukum ialah daripada al-Quran dan diagab sebagai sumber yang pertama dalam Islam. Cara untuk memahami al-Quran itu tidak dapat tiada mesti mempelajari ilmu Tafsir dan bahagian- bahagiannya. Ilmu tafsir pula terdapat beberapa bahagian seperti ilmu tafsir lughawi, tafsir maqaran, tafsir tahlili, tafsir ijmali dan tafsir maudhu’i. Oleh itu, sangat penting untuk mempelajari ilmu Tafsir lebih-lebih lagi kepada pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti yang khususnya agama. Maka di USIM ini, tafsir madhu’i ditawarkan kepada pelajar di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti kaedah pengajaran dan pembelajaran tafsir maudhu’i di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dalam masa pasca covid 19 serta kekuatan dan kelemahan pelajar semasa belajar dalam talian. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kualitatif iaitu analisis dokumen. Hasil kajian ini dapat menjelaskan bahawa kefahaman pelajar kurang tepat dengan sesetengah kawasan yang liputan internetnya kurang baik, tetapi bagi pelajar yang tidak hadir ke kelas dengan sebab uzur dapat membuka untuk melihat dan mendengar rakaman video yang di sediakan oleh pihak pensyarah. Ini menjadi perbezaan dari kaedah pembelajaran segerak sehingga pelajar dapat memahami dan pelajar mempunyai peluang untuk berbincang sesama kumpulan dengan menggunakan Microsoft Teams dan lain- lain.. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penilaian Hadith-Hadith Al-Khamru Dalam Kitab Tanbih Al-Ghafilin Oleh Sheikh Abdullah Bin Abdul Mubin(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Mohd Fauzi Mohd Amin ;Abdulloh Salaeh ;Nidzamuddin Zakaria ;Amran Abdul Halim ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Walid Mohd SaidMahsor YahyaKitab Tanbih Al-Ghafilin ditulis oleh Sheikh Abdullah Abdul Mubin Al-Fatani. Kitab ini membicarakan hadith-hadith berkaitan dosa-dosa besar, kitab ini mengandungi dua belas bab. Bab-bab tersebut ialah seksa orang yang meninggalkan sembahyang, seksa orang yang derhaka kepada ibu bapanya, seksa peminum arak dan tuak, seksa orang yang berbuat zina dan berliwat, seksa orang yang makan riba, seksa orang yang menangis berbunyi sebak, seksa orang yang tidak memberi zakat, seksa orang yang membunuh, seksa hak perempuan atas suaminya, haru hara kiamat dan menyatakan syurga dan segala isinya. Dalam bab seksa peminum arak terdapat lima hadith yang disebutkan oleh pengarang, hadith-hadith tersebut hanya dinyatakan terjemahan dalam bahasa Melayu, tidak dinyatakan sumber dan perawinya daripada kitab-kitab hadith, tidak diterangkan status hadith samada sahih, hasan, dhaif dan sebagainya. Bagi menilai hadith-hadith tersebut penulis menggunakan kaedah takhrij hadith yang telah ditetapkan oleh ulamak hadith dengan gabungan carian hadith secara traditional dan elektronik. Dalam menentukan status hadith penulis berpegang dan berpandukan pandangan ulamak hadith yang muktabar. Hasil kajian secara amnya penulis mendapati ada beberapa hadith sahih, hadith hasan, hadith dhif, hadith maudhu’ dan ada juga hadith yang tidak dijumpai dalam kitab-kitab hadith setelah carian dan menggunakan semua jenis takhrij hadith yang telah ditetapkan oleh ulamak hadith. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Role Of Former Drug Abuser In The Management Of Drug Treatment Center Using Psycho Spiritual Therapy In Malaysia And South Thailand: A Comparative Study(AESS Publications, 2019) ;Saiful Amri ;Abdulloh Salaeh ;Mohd Zohdi Mohd Amin ;Rabiatul AdawiyahMahsor YahyaDrug addiction has long been haunting Malaysians which has ravaged the communities, especially Malays who are the majority of the population of the country. This threat is not only a big problem for the country, but it also brings losses from the aspect of human capital as a state asset. As such, there is a number of private drug treatment and rehabilitation centers that use Islamic management as the foundation. The study aims to introduce and compare the management of two private drug treatment centers, which are the Baitul Taubah, Kelantan, Malaysia and the Anharul-U-Loom pondok institution, Krabi, South Thailand. The study was conducted using a qualitative approach where researchers conducted visits to both drug treatment centers. The qualitative approaches include formal and informal interviews, and observations that are carried out during the visits to the treatment centers. Results show that Islamic management has been practiced in both drug treatment centers. The effectiveness of Islamic management can be seen when former drug addicts re-serve their respective treatment centers. Thus the good effect of Psycho Spiritual Therapy is supposed to be promoted as an exemplary management in the field of drug treatment management. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Terapi Penagihan Dadah Berasaskan Akidah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17) ;Abdulloh Salaeh ;Syed Najihuddin Syed Hasin ;Mohd Zohdi Mohd ;Maisarah Saidin ;Adnan Mohamed YusoffMahsor YahyaPenyalahgunaan dadah merupakan masalah sosial yang dihadapi oleh hampir kesemua negara di dunia pada hari ini. Penagihan dadah khususnya dalam kalangan golongan muda di Malaysia merupakan ancaman utama kepada pembangunan dan kemajuan negara. Peningkatan statistik penagihan dadah saban tahun merupakan kerugian yang besar kepada negara. Ini kerana, dana kewangan negara telah banyak dihabiskan untuk mengekang masalah ini, namun hasil yang didapati tidak mencapai sasaran yang diinginkan. Aspek akidah dipercayai merupakan komponen terpenting dalam merawat dan memulihkan ketagihan dadah. Hal ini kerana akidah merupakan kunci utama hubungan dan keyakinan umat Islam kepada Allah SWT. Justeru itu, artikel ini bertujuan mengenalpasti kaedah pemulihan dadah berasaskan metode Islam yang menggunakan aspek akidah seperti zikir kalimah thaiyibah dan sebagainya. Di samping itu, kajian ini juga mengenal pasti keberkesanan kaedah tersebut dalam pemulihan yang dijalankan. Kajian ini mengunakan kaedah analisa kualitatif berdasarkan hasil pemerhatian dan temubual bersama beberapa tenaga pengurusan pusat pemulihan. Dapatan kajian menunjukkan elemen penghayatan akidah iaitu kefahaman, perasaan dan amalan, kepercayaan, pengharapan, pengawasan, konsep balasan, nilai ketaatan, pengawasan, kepatuhan serta pengurusan diri menyumbang kepada daya tahan individu. Oleh yang demikian, elemen-elemen ini hendaklah digunakan dan diperkasakan sebagai strategi pencegahan dadah dalam program rawatan dan pemulihan di negara ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Terapi Penagihan Dadah Berasaskan Akidah Melalui Model Psikospritual Holistik: Kajian Kes di Inabah Labu(Academic Inspired Network, 2022) ;Abdulloh Salaeh ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Mohd Zohdi Mohd ;Maisarah Saidin ;Adnan Mohamed YusoffMahsor YahyaSaban tahun, statistik menunjukkan kadar peningkatan jumlah penagih dadah adalah membimbangkan. Hal ini menjadi pendorong kepada kerugian besar sesebuah negara. Tidak hanya di negara Malaysia khususnya, kebimbangan ini juga dihadapi oleh setiap negara tidak kira samada negara maju atau mundur. Penyalahgunaan dadah ini merupakan masalah sosial dan menjadi faktor utama kepada kerugian sesebuah negara. Ini kerana, dana negara telah banyak dihabiskan untuk mengekang masalah ini, namun hasil yang didapati tidak mencapai sasaran yang diinginkan. Bagi mengekang masalah ini dari terus berlarutan, aspek akidah dipercayai merupakan komponen terpenting dalam merawat dan memulih masalah ketagihan dadah bagi seseorang individu. Hal ini kerana akidah merupakan kunci utama hubungan dan keyakinan umat Islam kepada Allah SWT. Justeru, artikel ini bertujuan mengenalpasti kaedah pemulihan dadah berasaskan metode Islam yang menggunakan aspek akidah seperti zikir kalimah thaiyibah dan sebagainya. Di samping itu, kajian ini juga mengenal pasti keberkesanan kaedah tersebut dalam pemulihan yang dijalankan. Kajian ini menggunakan kaedah analisa kualitatif berdasarkan hasil pemerhatian dan temubual bersama beberapa tenaga pengurusan pusat pemulihan. Dapatan kajian menunjukkan elemen penghayatan akidah iaitu kefahaman, perasaan dan amalan, kepercayaan, pengharapan, pengawasan, konsep balasan, nilai ketaatan, pengawasan, kepatuhan serta pengurusan diri menyumbang kepada daya tahan individu. Oleh yang demikian, elemen-elemen ini hendaklah digunakan dan dilaksana sebagai strategi pencegahan dadah dalam program rawatan dan pemulihan di negara ini.