Browsing by Author "Mohamad Anwar Zakaria"
Now showing 1 - 12 of 12
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Perundangan Bagi Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah Berkaitan Bukti Saintifik Dan Penerimaannya Di Mahkamah Syariah(Usuli Faqih Research Centre PLT, 2019) ;Muhammad Hazim Ahmadi, ;Mohamad Anwar Zakaria ;Noraishah Nordin , ;Siti Khadijah Ishak ;Nurkhairina Othaman; Syaryanti HussinPerkembangan bidang sains dan teknologi pada masa kini telah memberikan sumbangan yang penting terhadap kemajuan dalam kaedah pembuktian di Mahkamah Sivil mahupun Mahkamah Syariah. Hal ini berikutan penggunaan pembuktian saintifik di mahkamah untuk membuktikan dan mensabitkan sesuatu kes, begitu juga untuk membebaskan orang yang tidak bersalah. Penerimaan bukti saintifik telah diamalkan di Mahkamah Sivil seawal tahun 1950-an dan digunapakai secara meluas sehingga ke hari ini. Sungguhpun demikian, senario berbeza berlaku di Mahkamah Syariah di mana pembuktian saintifik amat jarang dilakukan. Pada hakikatnya, undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah mempunyai peruntukan-peruntukan yang hampir sama dengan Akta Keterangan 1950 berkaitan pembuktian saintifik. Oleh yang demikian, makalah ini bertujuan untuk mengkaji peruntukan dalam undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah berkaitan bukti saintifik dan penerimaannya di Mahkamah Syariah. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah penyelidikan dokumentari dalam mengumpul data primer dan sekunder. Data telah dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dengan pendekatan penalaran induktif. Hasil kajian menunjukkan pembuktian saintifik boleh dilakukan oleh ahli forensik. Hukum Syarak menerima dan mengamalkan pembuktian saintifik sebagai salah satu kaedah pembuktian dan penafian sesuatu dakwaan. Selain itu, undang-undang keterangan mahkamah syariah juga membuka laluan dan ruang untuk menerima pakai kaedah pembuktian saintifik melalui peruntukan berkaitan keterangan dokumen awam dan pendapat pakar. Terdapat juga prosedur-prosedur perundangan yang telah disediakan berkaitan pembuktian saintifik. Kesimpulannya, Hukum Syarak tidak menolak konsep sains forensik malahan telah menerimanya ribuan tahun sebelum ia diperkenalkan semula melalui nama, terma, dan konsep yang lebih saintifik dan moden. Aplikasi dan sumbangan kajian ini tertumpu kepada kajian undang-undang keterangan serta membuat penjelasan berkaitan pendapat pakar yang kurang dikupas dalam kajian-kajian terdahulu. Kajian ini turut memberikan kefahaman yang tuntas terhadap konsep sains forensik dalam konteks undang-undang keterangan Mahkamah Syariah. Kajian ini juga secara tidak langsung telah membuktikan kebenaran konsep shumūliyyah dalam ajaran Islam yang merangkumi pelbagai bidang ilmu. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Bukti Saintifik Dan Penerimaannya Di Mahkamah Syariah: Analisis Perundangan Bagi Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah(Dewan Bahasa dan Pustaka, 2020); ;Muhammad Hazim Ahmad ;Mohamad Anwar Zakaria ;Noraishah Nordin ;Siti Khadijah IshakNur Khairina OthamanPenggunaan bukti saintifik di mahkamah dapat mensabitkan seseorang dengan sesuatu kes, dan membebaskan orang yang tidak bersalah. Penerimaan bukti saintifik telah diamalkan di mahkamah sivil sejak tahun 1950-an dan diguna pakai secara meluas sehingga hari ini. Sungguhpun demikian, senario berbeza berlaku di mahkamah syariah, bukti saintifik amat jarang digunakan. Pada hakikatnya, undangundang Keterangan Mahkamah Syariah mempunyai peruntukan yang hampir sama dengan Akta Keterangan 1950 berkaitan pembuktian saintifik. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk mengkaji peruntukan dalam undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah berkaitan bukti saintifik dan penerimaannya di mahkamah syariah. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah penyelidikan dokumentari dalam pengumpulan data primer dan sekunder. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dengan pendekatan penalaran induktif. Hasil kajian menunjukkan pembuktian saintifik boleh dilakukan oleh ahli forensik. Hukum Syarak menerima dan mengamalkan pembuktian saintifik sebagai salah satu kaedah bagi mensabitkan atau menafikan sesuatu dakwaan. Selain itu, undang-undang keterangan mahkamah syariah juga membuka laluan dan ruang untuk menerima pakai kaedah pembuktian saintifik melalui peruntukan berkaitan keterangan dokumen awam dan pendapat pakar. Terdapat prosedur perundangan yang telah disediakan berkaitan pembuktian saintifik. Hukum Syarak didapati tidak menolak konsep sains forensik malah telah menerimanya sejak ribuan tahun sebelum diperkenalkan melalui nama, terma, dan konsep yang moden. Aplikasi dan sumbangan kajian ini tertumpu pada kajian undang-undang keterangan serta membuat penjelasan berkaitan pendapat pakar yang kurang dikupas dalam kajian terdahulu. Kajian ini turut memberikan kefahaman yang terhadap konsep sains forensik dalam konteks undang-undang keterangan mahkamah syariah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Cadangan Keberkesanan Penggunaan Ict Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (PDP) Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Dan Institusi Pendidikan Sewaktu Covid-19(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-11-18) ;Azman Ab Rahman ;Nurul Nadia Nozlan ;Muhammad Firdaus Ab Rahman ;Hussein ‘Azeemi Abdullah ThaidiMohamad Anwar ZakariaKepesatan pembangunan telah menjadikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) itu satu keperluan dalam kalangan orang ramai. Masyarakat tidak kira golongan normal mahupun Orang Kurang Upaya (OKU) tidak ketinggalan dalam menggunakan perkhidmatan ICT yang kian meluas ini. Pelbagai kemudahan atas talian seperti transaksi jual beli, proses pembelajaran mahupun pekerjaan banyak dilakukan oleh masyarakat sewaktu Covid-19 ini. Arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan telah menyebabkan pembelajaran secara bersemuka perlu digantikan dengan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian. Namun begitu, timbul persoalan tentang apakah langkah yang sesuai diambil oleh para guru dan pelajar OKU bagi memastikan keberkesanan penggunaan ICT dalam proses PdP sewaktu Covid-19 agar berjalan dengan lancar. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk membincangkan cadangan penyelesaian bagi keberkesanan penggunaan ICT melalui kaedah PdP secara dalam talian sewaktu Covid-19 bagi pelajar OKU dan institusi pendidikan. Kajian kualitatif ini akan menggunakan kaedah dokumentasi, pemerhatian dan temu bual dalam mencapai objektif yang ditetapkan. Hasil kajian mendapati bahawa antara bentuk inisiatif yang boleh diambil adalah dengan mendapatkan penglibatan atau komitmen daripada ibu bapa dan para pelajar OKU sendiri. Disebabkan kekangan yang timbul serta kurang komitmen daripada ibu bapa dalam memantau pembelajaran anak istimewa mereka, maka komitmen daripada ibu bapa amat penting dalam membantu keberkesanan proses PdP yang dijalankan secara dalam talian. Manakala, langkah yang boleh diambil oleh para guru untuk meneruskan PdP mereka secara dalam talian adalah dengan menitikberatkan platform yang bersesuaian dengan tahap kefahaman pelajar OKU sebelum pembelajaran dijalankan agar proses PdP lebih lancar dan teratur. Kajian ini diharapkan dapat memberi penyelesaian kepada para guru OKU dan golongan pelajar OKU dalam mendepani cabaran dan masalah dalam mengaplikasi kaedah PdP secara dalam talian sewaktu bencana serta menjadi rujukan kepada institusi pendidikan dalam menambah baik proses PdP bagi pelajar OKU. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Dasar Pemerkasaan Institusi Tahfiz Di Malaysia(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-11-18) ;Azman Ab Rahman ;Afaf Sukari ;Nurul Nadia Nozlan ;Mohamad Anwar ZakariaMuhd. Faiz Abd. ShakorPendidikan tahfiz dan Al-quran merupakan pendidikan yang kini kian mengambil tempat di hati ibu bapa yang berhasrat menjadikan anak-anak mereka seorang penghafaz al-Quran. Kewujudan institusi tahfiz juga dilihat semakin meningkat saban tahun melalui penubuhan institusi tahfiz kerajaan mahupun swasta yang dibangunkan secara persendirian oleh sesetengah pihak. Disebalik permintaan yang tinggi bagi kemasukan ke institusi tahfiz saban tahun, sistem pendidikan tahfiz dilihat masih perlu ditambah baik dalam pelbagai aspek bagi memperkasakan institusi ini. Transformasi dan pemerkasaan perlu dilakukan dalam aspek penubuhan dan pendaftaran, keselamatan premis, kualiti tenaga pengajar, kebolehpasaran murid, kurikulum tahfiz dan lain-lain. Justeru, artikel ini bertujuan untuk membincangkan berkaitan aspek-aspek dalam pemerkasaan institusi tahfiz di Malaysia. Artikel ini juga akan mencadangkan dasar pemerkasaan institusi tahfiz di Malaysia yang boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada pihak berautoriti. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi dan pemerhatian dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa keperluan untuk mewujudkan dasar pemerkasaan institusi tahfiz dalam aspek pengurusan, kurikulum, kebolehpasaran serta keselamatan institusi tahfiz. Diharapkan kajian ini dapat memberikan panduan serta rujukan kepada institusi tahfiz mahupun organisasi tertentu dalam menguruskan hal ehwal berkaitan institusi tahfiz dalam usaha untuk menaiktaraf sistem pendidikan tahfiz negara pada tahap yang lebih tinggi. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Isu Munakahat di Kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran(USIM Press, 2020) ;Azman Ab Rahman ;NorFatihah Amlin Ab Ghan ;Mohamad Anwar ZakariaMursyid Junaidi Mohd Faisal YeapMarriage is the sunnah of the Prophet Muhammad and the gift given by Allah SWT to all mankind for the continuation of human existence on Earth. Every human being has a desire to live with their partner and in pairs regardless of whether a normal human being nor for the lack of physically or mentally. For people with hearing disability, there are variety of marriage issues related to solemnization, divorce , taklik, rujuk and so on. Therefore, the objective of this study is to identify the marriage issues among people with hearing disability. In addition, this study aims to shed light on the law and its solution to the problems. The methodology of this study is qualitative in nature by using library methods, documentation and interviews to obtain data related to the study. The results showed that there were five issues related to marriage, taklik, divorce and rujuk, which had their own laws based on the situation of the hearing impaired. Each issue has significant effects on the hearing impaired if everything not explained thoroughly. This is due to the lack of discussion regarding the issue among hearing impaired especially in the munakahat. Further study on issues among the hearing impaired in terms of muamalat, ibadat and crime should be conducted to help the hearing impaired get better and deeper understanding on these issues. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Isu Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (PDP) Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Dan Institusi Pendidikan Sewaktu Covid-19(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Azman Ab Rahman ;Nurul Nadia Nozlan ;Hussein ‘Azeemi Abdullah Thaidi ;Muhammad Firdaus Ab RahmanMohamad Anwar ZakariaPenggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) pada masa kini semakin mendapat tempat di setiap sektor di Malaysia. Kepesatan pembangunan telah menjadikan ICT itu satu keperluan dalam kalangan orang ramai. Masyarakat tidak kira golongan normal mahupun Orang Kurang Upaya (OKU) tidak ketinggalan dalam menggunakan perkhidmatan ICT yang kian meluas ini. Masyarakat lebih cenderung untuk menggunakan perkhidmatan ICT seperti internet, melakukan transaksi jual beli atas talian (online), melakukan kerja dari rumah (Work From Home) dan proses pembelajaran dari rumah sewaktu PdP. Arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan telah menyebabkan keterbatasan dalam sektor pendidikan untuk beroperasi secara biasa (bersemuka) dan menjadikan pembelajaran secara dalam talian sebagai medium gantian. Namun begitu, timbul persoalan tentang bagaimanakah golongan OKU ini menggunakan medium pengantaraan ICT atau kaedah PdP secara dalam talian sewaktu Covid-19 untuk meneruskan sesi pembelajaran mereka. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti isu yang dihadapi oleh golongan OKU dan institusi pendidikan dalam menggunakan kaedah PdP secara maya dalam proses PdP sewaktu Covid-19. Kajian kualitatif ini akan menggunakan kaedah dokumentasi, pemerhatian dan temu bual dalam mencapai objektif yang ditetapkan. Hasil kajian mendapati bahawa isu utama yang perlu ditempuhi oleh golongan OKU adalah komitmen daripada para pelajar sendiri serta komitmen ibu bapa dalam memantau pembelajaran anak istimewa mereka. Manakala, cabaran yang dihadapi oleh sesebuah institusi pendidikan adalah untuk mengenal pasti kaedah yang sesuai bagi melaksanakan PdP secara dalam talian sewaktu Covid-19 terhadap pelajar daripada golongan OKU. Kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan kepada institusi pendidikan dalam menambah baik proses PdP bagi OKU sewaktu bencana berlaku seperti Covid-19 ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kaedah Pengukuran Penentuan Status Mualaf kepada Mukalaf dalam Konteks Malaysia (Deterministic Measurement Methods in Mualaf to Mukalaf Status in Malaysian Context)(Penerbit UTM Press, 2020-06-28) ;Azman Ab. Rahman ;Nurul Shazwani Nordin ;Muhammad Faiz Abd. Shakor ;Mohamad Anwar Zakaria ;Nur Ain SyafiqahMohammad Naqib HamdanPemelukan agama Islam dalam kalangan mualaf meningkat saban tahun. Perkembangan ini amat baik dan menunjukkan Islam agama yang rahmah dan sesuai sepanjang zaman. Istilah mualaf atau saudara baharu sering digunapakai oleh masyarakat atau agensi yang mengurus, membimbing dan menjaga kebajikan mualaf.Terdapat timbul persoalan berkaitan tempoh status mualaf yang berbeza mengikut negeri sehingga menyebabkan keperluan kepada terhadap status mualaf kepada mukalaf yang perlu dikaji dan diteliti secara terperinci. Justeru, objektif kajian ini adalahmengenal pasti konsep mualaf serta mukalaf mengikutkriteria yang ditetapkan oleh sarjana Islam dalam menentukan seseorang sebagai mukalaf. Kajian ini juga akan mengkaji kaedah pengukuran penentuan status mualaf kepada mukalaf berdasarkan pandangan ulama dan keperluan masa kini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah dokumentasi.Hasil kajian mendapati bahawa kaedah penentuan status mualaf kepada mukalaf perlu memenuhi tiga kriteria utama iaitu telah mencapai dewasa (baligh), berakal dan faham terhadap sesuatu hukum yang ditetapkan. Kajian lanjutan berkaitan kriteria tambahan dalam menentukan status mualaf kepada mukalaf perlu dilakukan bagi membangunkan satu instrumen yang boleh digunapakai oleh agensi berwajib. Diharapkan kajian ini dapat menjadi rujukan dan panduan kepada pihak pengurusan zakat di Malaysia dalam menghasilkan kaedah penentuan status mualaf kepada mukalaf. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Lesbian, Gay, Biseksual Dan Transgender (LGBT) Menurut Perspektif Undang-Undang Syariah Dan Undang-Undang Sivil Di Malaysia: Suatu Perbandingan(Usuli Faqih Research Centre PLT., 2020) ;Azman Ab. Rahman ;Mohamad Anwar ZakariaMursyid Junaidi Mohd Faisal YeapPada akhir-akhir ini isu berkaitan hubungan sejenis atau dikenali juga sebagai LGBT semakin menular dan bermaharajelala dalam kalangan rakyat Malaysia secara amnya dan umat Islam secara khususnya. LGBT adalah singkatan kepada lesbian, gay, biseksual dan transgender yang ditujukan kepada golongan yang mengamalkan perlakuan hubungan sejenis. Umumnya, mengikut perspektif undang-undang syariah dan juga sivil gejala yang melibatkan hubungan sejenis ini dikira sebagai suatu kesalahan. Dakwaan terhadap kesalahan ini boleh dilakukan oleh penguatkuasa mengikut peruntukan yang dikhaskan dalam undang-undang jenayah syariah mahupun sivil. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti peruntukan yang terdapat dalam undang-undang syariah dan sivil berkaitan dengan LGBT. Selain itu, kajian ini juga membincangkan perbandingan hukuman bagi pesalah LGBT antara undang-undang Syariah dan Sivil. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang meliputi kaedah dokumentasi dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaan peruntukan antara undang-undang jenayah Syariah dan undang-undang sivil. Skop peruntukan berkaitan salah laku LGBT yang dikawal oleh undang-undang syariah adalah lebih meluas dan spesifik berbanding undang-undang sivil. Manakala dari aspek hukuman pula, hukuman yang dikenakan dalam perundangan syariah adalah lebih rendah dan ringan berbanding dengan hukuman yang diperuntukkan dalam perundangan sivil. Kajian lanjutan akan dijalankan untuk mengkaji peruntukan undang-undang yang lebih spesifik dan eksplisit demi membanteras dan mengawal gejala LGBT daripada terusberleluasa dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran awal terhadap perbandingan peruntukan undang-undang jenayah syariah dan sivil dalam menangani isu LGBT ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pandemik COVID-19: Isu Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di Institusi Pendidikan Khas di Malaysia(USIM Press, 2021) ;Azman Ab Rahman ;Nurul Nadia Nozlan ;Hussein ‘Azeemi Abdullah Thaidi ;Muhammad Firdaus Ab RahmanMohamad Anwar ZakariaPenggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) pada masa kini semakin mendapat tempat di setiap sektor di Malaysia. Kepesatan pembangunan telah menjadikan ICT itu satu keperluan dalam kalangan orang ramai. Masyarakat tidak kira golongan normal mahupun Orang Kurang Upaya (OKU) tidak ketinggalan dalam menggunakan perkhidmatan ICT yang kian meluas ini. Masyarakat lebih cenderung untuk menggunakan perkhidmatan ICT seperti internet, melakukan transaksi jual beli atas talian (online), melakukan kerja dari rumah (Work From Home) dan proses pembelajaran dari rumah sewaktu PdP. Arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan telah menyebabkan keterbatasan dalam sektor pendidikan untuk beroperasi secara biasa (bersemuka) dan menjadikan pembelajaran secara dalam talian sebagai medium gantian. Namun begitu, timbul persoalan tentang bagaimanakah golongan OKU ini menggunakan medium pengantaraan ICT atau kaedah PdP secara dalam talian sewaktu COVID-19 untuk meneruskan sesi pembelajaran mereka. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti isu yang dihadapi oleh golongan OKU dan institusi pendidikan dalam menggunakan kaedah PdP secara maya dalam proses PdP sewaktu COVID-19. Kajian kualitatif ini akan menggunakan kaedah dokumentasi, temu bual dan pemerhatian dalam mencapai objektif yang ditetapkan. Hasil kajian mendapati bahawa isu utama yang perlu ditempuhi oleh golongan OKU adalah komitmen daripada para pelajar sendiri serta komitmen ibu bapa dalam memantau pembelajaran anak istimewa mereka. Manakala, cabaran yang dihadapi oleh sesebuah institusi pendidikan adalah untuk mengenal pasti kaedah yang sesuai bagi melaksanakan PdP secara dalam talian sewaktu COVID-19 terhadap pelajar daripada golongan OKU. Kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan kepada institusi pendidikan dalam menambah baik proses PdP bagi pelajar OKU sewaktu bencana berlaku seperti COVID-19 ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pelaksanaan Kontrak Muamalat oleh Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) Buta dalam Sistem Kewangan IslamMutakhir ini, sistem kewangan Islam di Malaysia dilihat semakin berkembang dengan jayanya. Terdapat pelbagai produk kewangan Islam yang telah berjaya dibangunkan untuk memenuhi kehendak masyarakat Islam di Malaysia. Produk-produk yang diperkenalkan oleh institusi kewangan Islam ini adalah berasaskan kontrak dan prinsip muamalat Islam contohnya seperti mudharabah, wakalah, ijarah, kafalah, musyarakah dan pelbagai lagi. Dalam menghadapi perkembangan produk kewangan Islam yang kian meluas, timbul isu mengenai pelaksanaan kontrak muamalat ini dalam kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) sama ada ia dibenarkan dari segi hukum syarak atau sebaliknya. Justeru itu, objektif kajian ini, adalah untuk menganalisa kesesuaian kontrak muamalat dalam kalangan OKU menurut perspektif hukum syarak. Memandangkan golongan ini terbahagi kepada beberapa kategori, kajian ini akan memfokuskan kepada kategori buta sahaja. Kajian ini berbentuk kualitatif meliputi kaedah dokumentasi dan pemerhatian. Hasil kajian ini mendapati bahawa pelaksanaan kontrak muamalat oleh golongan OKU Buta dalam sistem kewangan Islam secara umumnya adalah dibolehkan menurut pandangan majoriti fuqaha’ dengan syarat menepati ketetapan yang telah ditetapkan oleh hukum syarak. Dapatan kajian ini boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada ahli akademik, para pelajar dalam bidang kewangan Islam, institusi bukan kerajaan dan agensi kerajaan bertanggungjawab mendepani isu-isu berkaitan. Kajian lanjutan boleh dilakukan terhadap beberapa lagi kategori yang lain contohnya seperti pekak, bisu, kurang upaya fizikal dan sebagainya dalam rangka untuk memahami realiti dan permasalahan muamalat dalam sistem kewangan Islam dengan lebih terperinci. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Aplikasi Permainan Mudah Alih Global Zakat Game (GZG) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Azman Ab Rahman ;NorFatihah Amlin Ab Ghani ;Mohamad Anwar Zakaria ;Hussein Azeemi Abdullah ThaidiMuhamad Firdaus Ab RahmanSistem teknologi yang semakin canggih telah membawa masyarakat ke satu zaman baharu yang menjadikan semua perkara memerlukan kepada teknologi. Pelbagai aplikasi permainan mudah alih telah muncul dewasa ini disebabkan perkembangan teknologi sama ada digunakan dalam konteks hiburan atau pendidikan. Penggunaan aplikasi mudah alih dalam pengajaran dan pembelajaran dilihat mampu meningkatkan kefahaman pelajar dalam memahami sesuatu subjek. Justeru, objektif kajian adalah untuk membincangkan penggunaan aplikasi permainan mudah alih dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Kajian juga akan mencadangkan satu aplikasi permainan mudah alih Global Zakat Game (GZG) yang boleh digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang meliputi kaedah dokumentasi dan temubual . �Hasil kajian mendapati aplikasi GZG boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam kalangan guru dan pelajar. Kajian lanjutan keberkesanan penggunaan aplikasi permainan mudah alih GZG terhadap pelajar boleh dilaksanakan bagi mempertingkatkan lagi ciri-ciri aplikasi yang telah dibangunkan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tahap Keberkesanan Gamifikasi Global Halal Game (GHG) Dalam Kalangan Peserta Program Halal Eksekutif Profesional(Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2020) ;Mohammad Najib Jaffar ;Azman Ab Rahman ;Mohamad Anwar Zakaria ;Mursyid Junaidi Mohd Faisal Yeap,Muhammad Faiz Abd. ShakorGamifikasi merupakan salah satu bahan bantu mengajar pendidikan fleksibel yang signifikan dengan Pembelajaran Abad Ke-21 kini. Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap keberkesanan Global Halal Game (GHG) dalam pendidikan. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif melalui soal selidik yang diedarkan kepada empat puluh tiga (43) orang responden yang mengambil bahagian dalam Professional Halal Training Programme –Certificate of Professional Halal Executive (PHEP) 2018. Hasil kajian mendapati bahawa secara umumnya tahap keberkesanan GHG dalam Pendidikan adalah di tahap yang baik. Hasil kajian ini juga boleh dijadikan penanda aras bagi pihak pembangun produk inovasi berciri gamifikasi untuk melakukan lebih penambahbaikan dan penghasilan produk inovasi lain untuk bidang-bidang lain yang masih kurang diberi penekanan untuk kebaikan masyarakat Islam khususnya dan masyarakat umum amnya.