Browsing by Author "Mohammad Abu Bakar"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kepentingan Kemahiran Komunikasi dan Personaliti Guru Pendidikan Islam Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (GPI KAFA) Di Malaysia(PIMM Experts SDN BHD, 2022) ;Mohammad Abu BakarMohd Aderi Che NohGuru Pendidikan Islam Kelas al-Quran dan Fardu Ain (GPI KAFA) adalah merupakan role model yang dijadikan contoh teladan oleh murid KAFA. Aspek komunikasi dan personaliti mereka akan menjadi contoh teladan kepada rakan sekerja dan murid ketika berada di premis KAFA. GPI KAFA perlu memahami kaedah serta teknik berkesan dalam menyampaikan pengajaran kepada murid KAFA agar tidak memberi kesan negatif terhadap diri mereka. Sehubungan dengan itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara kemahiran komunikasi dan personaliti dalam kalangan GPI KAFA di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 1908 orang GPI KAFA di Malaysia. Soal selidik menggunakan skala Likert 5-point dipilih bagi melaksanakan kajian ini. Data kemudiannya di menggunakan SPSS versi 2.2. Nilai min keseluruhan skor kemahiran komunikasi adalah tinggi iaitu 4.48 (sd: 0.441), manakala nilai keseluruhan skor personaliti GPI KAFA juga pada tahap yang tinggi iaitu 4.70 (sd: 0.329). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran komunikasi dan personaliti dalam kalangan GPI KAFA. Implikasi kajian ini memberi kesan positif kepada pengajaran dan pembelajaran GPI KAFA di seluruh Malaysia agar mempertingkatkan kemahiran dan personaliti diri mereka dalam aspek pedagogi pendidikan Islam. Kajian ini akan menjadi rujukan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Agensi Bertanggungjawab Negeri dalam menyediakan latihan kepada GPI KAFA. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tahap Amalan Kemahiarn serta Personaliti Guru Pendidikan Islam Kelas Al-quran dan Fardhu Ain(Nilai Polytechnic Negeri Sembilan, 2022) ;Mohammad Abu BakarMohd Aderi Che NohPengajaran dan pembelajaran Kelas al-Quran dan Fardhu Ain yang berkesan dapat direalisasi melalui amalan pedagogi pengajaran yang berkualiti. Guru Pendidikan Islam Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (GPI KAFA) perlu berperanan dalam meningkatkan tahap pedagogi pengajaran berasaskan pemikiran Islam. Peningkatan ilmu dalam pedagogi pengajaran ini mampu membina jajaran baru dalam pedagogi Pendidikan KAFA. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti elemen amalan pengajaran, kemahiran pengajaran, kemahiran komunikasi dan personaliti dalam kalangan GPI KAFA. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan memperolehi data melalui kutipan data soal selidik. Kajian ini telah melibatkan 104 orang GPI KAFA di negeri Selangor. Statistik deskriptif iaitu min, peratusan, kekerapan dan sisihan piawai digunakan bagi melapor dapatan kajian ini. Dapatan menunjukkan bahawa min pada keempat-empat konstruk berada pada tahap tinggi; amalan pengajaran (min:4.53, sp:0.370), kemahiran pengajaran (min:4.27, sp:0.366), kemahiran komunikasi (min:4.69, sp:0.463) dan personaliti (min:4.69, sp:0.366). implikasi daripada kajian ini ialah peningkatan kepada kemahiran pedagogi dan kecekapan sosial dalam pengajaran. Kajian ini memberi kesan positif serta menjelaskan kepentingan dalam memperkasa GPI KAFA melalui keperluan latihan dan kemahiran pedagogi yang berterusan