Browsing by Author "Mohd Manawi Mohd Akib"
Now showing 1 - 4 of 4
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Cabaran Pembelajaran Online Bagi Program Pengajian Islam Di Insitusi Pengajian Tinggi (IPT)(Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin, 2022) ;Kamal Azmi Abd.Rahman ;Mustafa Kamal Amat Misra ;Nurhanisah SeninMohd Manawi Mohd AkibPerkembangan pesat teknologi multimedia telah menyaksikan kebergantungan yang tinggi masyarakat abad ke-21 kepada teknologi. Apatah lagi hidup dalam suasana kawalan pergerakan berikutan pandemik COVID-19, menyebabkan hampir semua urusan dilakukan secara online. Dalam bidang pendidikan tinggi, pengajian online telah diperkenalkan lebih awal lagi dan ianya menepati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pendidikan Tinggi (PPPM PT) 2015-2025. Pengajian online terbukti mempunyai kelebihan terutamanya dari aspek fleksibiliti namun begitu, terdapat isu dari aspek kesediaan pelajar, pengajar dan prasarana. Manakala dalam bidang Pengajian Islam (terutamanya dalam pengajian al-Quran), kaedah tradisi yang perlu dipelihara adalah kaedah talaqqī mushāfahah yang menekankan hubungan guru dengan murid secara bersemuka. Justeru, penulisan ini menganalisis beberapa isu dan cabaran bagi perlaksanaan pengajian online bagi program Pengajian Islam di IPT. Kajian menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap kajian lepas tentang isu dan masalah dalam pengajian online dan juga kajian berkenaan dengan kaedah talaqqī mushāfahah yang sering diguna pakai dalam Pengajian Islam khususnya dalam pembelajaran al-Quran. Hasil kajian mendapati, isu dan cabaran yang dalam pengajian online bagi program Pengajian Islam adalah hampir sama dengan pengajian lain iaitu kesediaan pelajar dan pensyarah, stigma bahawa pengajaran hanya dapat dilakukan secara bersemuka, kesediaan prasarana, kesan negatif daripada teknologi serta kepentingan kesinambungan talaqqī. Manakala cadangan penyelesaian yang boleh dipertimbangkan ialah menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan yang baik untuk pelajar dan pensyarah, persediaan pensyarah dan institusi serta pembinaan model talaqqī yang baharu sesuai dengan kaedah pembelajaran online. Oleh itu, dapatan kajian ini memberikan maklumat awal untuk menjawab persoalan bagaimana aspek tradisi pengajian Islam seperti talaqqī dapat dipelihara dalam perkembangan pengajian online dan adakah kaedah talaqqī boleh disesuaikan dengan bentuk yang baru dan diinovasi sebagai e-talaqqi. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Masalah Spiritual Remaja Berisiko Dari Sudut Pandang Psikospiritual Islam(Tinta Artikulasi Membina Ummah, 2023) ;Mohd Manawi Mohd Akib ;Nurul Shuhadah Md Yahya ;Hamdi Ishak ;Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi ;Che Zarrina Sa’ari ;Sharifah Basirah Syed MuhsinMohd Sobri ElliasGolongan remaja merupakan aset penting bagi kemajuan dan kelestarian sesebuah masyarakat dan negara. Namun terdapat segelintir remaja yang melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang, peraturan atau norma masyarakat bermula daripada kesalahan ringan seperti ponteng sekolah, merokok, buli dan sebagainya yang akhirnya mendatangkan kemudaratan kepada komuniti dan persekitaran. Golongan ini disebut sebagai remaja berisiko dan sekiranya tidak dibendung, perkara ini akan menjadi suatu kebiasaan dan akhirnya akan mencetuskan jenayah yang lebih berat seperti merompak, penyalahgunaan dadah, seks bebas, pornografi dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor yang mempengaruhi remaja sehingga mereka terjebak dengan anasir luar yang akhirnya menjajah pemikiran dan tindakan mereka. Pemikiran dan tindakan seseorang dipengaruhi oleh spiritualnya yang disebut juga sebagai jiwa. Spiritual yang solid dengan ilmu pengetahuan dan amal soleh mampu menjadi benteng kuat dan menghalang seseorang remaja daripada terjebak dengan perkara yang tidak baik bahkan dapat mendorongnya melahirkan tingkah laku yang positif. Begitu juga sebaliknya, tindakan dan perlakuan yang bermasalah tercetus di kalangan remaja berisiko adalah kerana spiritualnya yang bermasalah. Justeru itu, artikel ini akan mengenalpasti masalah spiritual remaja berisiko dari perspektif psikospiritual Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui penelitian terhadap tinjauan litetaratur atau kajian kepustakaan terhadap kajian-kajian lepas. Hasil kajian mendapati bahawa dari sudut pandang psikospiritual Islam, terdapat beberapa masalah spiritual remaja berisiko seperti al-halu’ (keluh kesah), hubbu aldunya (cinta dunia), hasad dan sebagainya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengukuhan Psikospiritual: Kajian Terhadap Kepentingan Ibadah Doa(USIM Press, 2022) ;Farah Mohd Ferdaus ;Hamdi IshakMohd Manawi Mohd AkibA firm belief in Allah SWT in praying to him can lead to the strengthening of a healthy soul and spirituality thus will develop a good personality. This article aims to explain the concept and importance of prayer in strengthening the psychospiritual of a Muslim. This paper aims to explain the concept and importance of prayer in strengthening the psychospiritual of a Muslim. This study is qualitative and analyzed using content analysis methods through research on literature literacy. The results found that prayer, in particular, a prayer of Pophet Ibrahim AS in Quran is one of the methods of psychospiritual therapy where a Muslim can increase the level of awareness as a servant and as a reminder of Allah SWT almighty's infinite powerand greatness as the creator. Essentially, while praying, a man can communicate directly with Allah SWT to achieve a sense of calmness in the soul of His provisions. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Prinsip-prinsip Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama'ah: Pengenalan Dan Terjemahan Melayu Wasiyyah Imam Abu Hanifah.(Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, UM, 2014) ;Mohd Anuar Mamat ;Mohd Manawi Mohd AkibBasri HusinImam Abu Hanifah merupakan salah seorang sarjana dan mujtahid agung dalam Islam. Beliau telah meninggalkan beberapa karya berharga kepada umat Islam sama ada dalam bidang akidah mahupun fiqh melalui nukilan daripada para pelajar beliau. Antaranya ialah Wasiyyah yang memerihalkan prinsip-prinsip Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah. Dalam wasiat tersebut beliau berpesan secara khusus kepada para pelajarnya (ashab dan ikhwan) supaya sentiasa berada dalam golongan Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah dan tidak terperangkap dengan golongan pelaku bid`ah (mubtadi`) ataupun golongan pengikut hawa nafsu (sahib hawa). Beliau seterusnya merumuskan sebanyak dua belas prinsip Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah yang perlu dilazimi oleh semua umat Islam. Wasiat sebegini amat penting diketengahkan kepada masyarakat Melayu kini untuk menjelaskan prinsip-prinsip golongan tersebut khususnya kerana ia belum lagi diperkenalkan serta diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Justeru, artikel ini akan mengemukakan pengenalan mengenai Abu Hanifah, kesahan teks Wasiyyah sebagai karya beliau, ulasan ringkas kandungan teks dan seterusnya terjemahan Melayu. Walaupun risalah ini hanyalah wasiat ringkas yang disembahkan dalam bentuk matan, namun ia amat berharga dan memadai untuk menjadi prinsip asas dan panduan dalam mendepani cabaran akidah masa kini.