Browsing by Author "Mohd Sobri Ellias"
Now showing 1 - 7 of 7
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ahli Sunnah Waljamaah: Pondok Sebagai Benteng Terakhir Ummat Islam(Open Journal System, Publick Knowledge Project, 2020) ;Mohd Haidhar Kamarzaman ;Mohd Sobri ElliasMohd Asyran Safwan KamaruzamanMutakhir ini Negara dilanda dengan pelbagai isu pemikiran yang agak membimbangkan masyarakat Islam. Kemelut yang berlaku ini didapati berpunca daripada kecelaruan masyarakat Islam dalam mencari kebenaran dan kerapuhan pegangan terhadap akidah Ahlus Sunnah wal Jama„ah. Situasi ini telah membawa kepada wujudnya kelompok masyarakat muslim yang konon-kononnya „terbuka‟ pemikirannya namun pada hakikatnya sempit cara berfikirnya dan longgar pegangannya lalu sumbangan pondok dalam mempertingkatkan perkembangan dan kemajuan thaqafah Islam dipertikaikan bahkan dinafikan. Oleh itu, kertas ini akan memaparkan fungsi pondok yang terbukti zaman berzaman sebagai suatu institusi yang bukan hanya menjadi nadi kepada perkembangan dan penyebaran terhadap pemikiran Ahlus Sunnah wal Jama„ah, bahkan turut berperanan sebagai benteng terakhir ummah baik dari sudut akidah mahupun amalan - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Application of Islamic Jurisprudence Methodologies Informulating Parameters Related To The Production of Viral Videos as an Online Sales Marketing Strategy(Usuli Faqih Research Centre PLT, 2023) ;Mohd Sobri Ellias ;Salmy Edawati YaacobMuhammad Adib SamsudinIn today's era of e-commerce, there are numerous advertising methods appearing at a very fast space, among them the use of viral videos. With the aim of introducing and marketing a product in addition to attracting attention and influencing users to purchase the product, the focal point of content production is now focused on videos that grab attention, entertain the viewer, and providing value for those consuming the content. Flooding of comments and engagement can cause a video to become viral, at the same time providing free brand awareness and promotion for the product. When left unchecked, such methods of content distribution may prove to be a double edged sword, if it was used to spread content that does not comply with the syariah. Thus, this study is crucial in order to establish a syariah-compliant guideline in the production of viral videos as a reference for budding entrepreneurs to market their products, produce valuable content, that is in line with the principles of Islam. In order to achieve this, several methodologies of Islamic Jurisprudence have been selected to be applied in constructing a comprehensive Syariah parameter in the context of content production. The qualitative study approach is applied in this work, using descriptive analysis based on literature highlights extracted from various articles and journals, produced by local and international authors. In a nutshell, results of this study recommends that a comprehensive and practical syaria parameter be used as a guideline in the production of viral videos in Malaysia so that the digital marketing industry in our country will be a safe and healthy environment, for the entrepreneurs and also the consumers, in line with the principles of syariah, which is in itself, to achieve such objectives. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Integrasi di Antara Naqli dan Aqli dalam Memahami Nusus Mutasyabihat: Garapan Harmoni Berteraskan Konsep Wasatiyyah(Nungemilang Enterprise, 2024) ;Mohd Sobri Ellias ;Mohd Asyran Safwan Kamaruzaman ;Mohd Haidhar KamarzamanMuhammad Ariff Mohd RajoliPentafsiran terhadap nas-nas al-Quran dan al-hadith serta pemahaman terhadap keduanya mestilah merujuk kepada garapan yang telah dibuat oleh para ulama yang muktabar. Hal ini dilihat sangat signifikan demi memastikan bahawa pemahaman yang terpancar daripada nas-nas tersebut selari dengan pembawaan Nabi Muhammad dalam konteks akidah dan pegangan. Justeru, di antara asas yang mendasari metode para ulama yang muktabar dalam memahami nusus mutasyabihat adalah integrasi di antara naqli dan aqli yang sangat harmoni. Ini secara tidak langsung menyerlahkan lagi konsep wasatiyyah dalam kalangan para ulama muktabar khususnya dalam memahami nas mutasyabihat daripada al-Quran dan al-hadith. Oleh itu, kajian ini akan mengkaji dan menganalisis paduan antara hujahan naqli dan aqli yang berlaku ketika para ulama mentafsirkan nusus mutasyabihat yang terdapat sama ada di dalam al-Quran mahupun al-hadith. Kajian ini adalah kajian kepustakaan yang menggunakan kaedah analisis deskriptif terhadap teks-teks para ulama muktabar di bidang tafsir dan akidah berhubung nusus mutasyabihat. Kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan simbiotik yang sangat akrab antara hujahan naqli dan aqli oleh para ulama dalam memahami nusus mutasyabihat sekaligus menjadikan tafsiran terhadapnya dilihat lebih harmoni dan bertepatan dengan konsep kepercayaan dan keimanan yang dibawa oleh Nabi Muhammad. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Masalah Spiritual Remaja Berisiko Dari Sudut Pandang Psikospiritual Islam(Tinta Artikulasi Membina Ummah, 2023) ;Mohd Manawi Mohd Akib ;Nurul Shuhadah Md Yahya ;Hamdi Ishak ;Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi ;Che Zarrina Sa’ari ;Sharifah Basirah Syed MuhsinMohd Sobri ElliasGolongan remaja merupakan aset penting bagi kemajuan dan kelestarian sesebuah masyarakat dan negara. Namun terdapat segelintir remaja yang melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang, peraturan atau norma masyarakat bermula daripada kesalahan ringan seperti ponteng sekolah, merokok, buli dan sebagainya yang akhirnya mendatangkan kemudaratan kepada komuniti dan persekitaran. Golongan ini disebut sebagai remaja berisiko dan sekiranya tidak dibendung, perkara ini akan menjadi suatu kebiasaan dan akhirnya akan mencetuskan jenayah yang lebih berat seperti merompak, penyalahgunaan dadah, seks bebas, pornografi dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor yang mempengaruhi remaja sehingga mereka terjebak dengan anasir luar yang akhirnya menjajah pemikiran dan tindakan mereka. Pemikiran dan tindakan seseorang dipengaruhi oleh spiritualnya yang disebut juga sebagai jiwa. Spiritual yang solid dengan ilmu pengetahuan dan amal soleh mampu menjadi benteng kuat dan menghalang seseorang remaja daripada terjebak dengan perkara yang tidak baik bahkan dapat mendorongnya melahirkan tingkah laku yang positif. Begitu juga sebaliknya, tindakan dan perlakuan yang bermasalah tercetus di kalangan remaja berisiko adalah kerana spiritualnya yang bermasalah. Justeru itu, artikel ini akan mengenalpasti masalah spiritual remaja berisiko dari perspektif psikospiritual Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui penelitian terhadap tinjauan litetaratur atau kajian kepustakaan terhadap kajian-kajian lepas. Hasil kajian mendapati bahawa dari sudut pandang psikospiritual Islam, terdapat beberapa masalah spiritual remaja berisiko seperti al-halu’ (keluh kesah), hubbu aldunya (cinta dunia), hasad dan sebagainya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penerokaan Amalan Pemerkasaan Rohani dalam Majmū’ Sharīf: Penelitian Kritikal ke Atas Doa Kanz Al-‘Arsh dan Doa Haikal(Academic Inspired Network (AIN), 2023) ;Mohd Zohdi Mohd Amin ;Najib 'Afif Arip ;Ahmad Mutawalli MustaffhaMohd Sobri ElliasKesejahteraan rohani memegang kedudukan penting dalam doktrin Islam, menekankan kepentingan amalan keagamaan yang berkala dalam meningkatkan dimensi rohani individu dalam komuniti Muslim. Majmū’ Sharīf telah muncul sebagai teks spiritual yang popular di kalangan segmen besar populasi Muslim di Kepulauan Melayu, dengan tujuan khusus untuk memperkuatkan kesejahteraan rohani mereka. Namun, teks ini tidak terlepas dari kritikan, terutamanya berkaitan dengan isinya. Oleh itu, para sarjana telah menjalankan penyiasatan ke atas bahagian tertentu teks ini, iaitu Doa Kanz al-‘Arsh dan Doa Haikal. Artikel ini juga menyelami asal-usul sejarah Majmū’ Sharīf dan kaitannya dengan amalan rohani. Penyelidikan ini mengikuti metodologi kualitatif dengan menggunakan analisis teks dan pengesahan hadis. Kajian ini mendedahkan bahawa, walaupun Majmū’ Sharīf mengandungi permohonan doa dan zikir yang bertujuan memperkuatkan kesejahteraan rohani, terdapat kebimbangan berhubung dengan beberapa frasa dalam Doa Kanz al-'Arsh. Mengenai Doa Haikal, walaupun bacaannya tidak menimbulkan masalah, tuntutan yang berlebihan dalam teks tersebut tidak sejajar dengan prinsip-prinsip Syariah. Oleh itu, penyiasatan lanjut adalah penting untuk memastikan amalan spiritual masyarakat Muslim selaras dengan prinsip Syariah yang telah ditetapkan.. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengajian Al - Quran di Institusi Masjid Kampung Siglap di Singapura : Satu Tinjauan Eksploratif(Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya, Malaysia, 2023) ;Muhamad Alihanafiah Norasid ;Mohd Sobri ElliasKhairunnisa ShamshulbahriKampung Siglap Mosque is a model mosque that applies the study of the Quran systematically and extensively in Singapore. The establishment of Darul Quran at Siglap Mosque is a major initiative in providing a curriculum for studying the Quran for all Muslims in Singapore. This article therefore reveals the Qur'anic study in mosque institutions in Singapore by focusing on the study of the Qur'an at the Kampung Siglap Mosque. The background of the Quran study program and special activities at Darul Quran is discussed in this article. The study also touches on the contribution of Darul Quran Mosque Siglap to the Muslim community of Singapore. This study uses historical methods, exploratory methods, and descriptive methods in revealing the study of the Qur'an in Singapore mosque institutions. As a result of the research, mosques in Singapore provide exposure to the knowledge of the Quran to the community in a formal and informal way. There are Islamic learning modules 'aLive' and 'ADIL' systematically established in several mosques in Singapore and among the contents of the module is related to the study of the Quran. Darul Quran Masjid Siglap excels in the study of the Quran in Singapore and it is the main focus for Singaporean Muslims to deepen their knowledge of the Quran. Darul Quran also provides basic, intermediate, and advanced programs in deepening the knowledge of the Quran, in addition to collaborating with several institutions in Malaysia such as Darul Quran JAKIM and UPSI. The Darul Quran contribution of Siglap Mosque was also clearly observed through the accreditation of skilled Quranic teaching staff which was endorsed by the Islamic Religious Council of Singapore (MUIS). - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pondok Sebagai Benteng Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah(JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR, 2021) ;Mohd Haidhar Kamarzaman ;Mohd Asyran Safwan Kamaruzaman,Mohd Sobri ElliasMasih ada segelintir dalam kalangan masyarakat Islam yang terpengaruh dengan fahaman Kaum Muda, justeru cenderung memperkecilkan sistem pengajian pondok sebagai aliran yang jumud dan mengekalkan sikap taklid. Sedangkan pondok merupakan institusi yang berpegang teguh dengan ajaran teras akidah Islam seperti yang terkandung dalam teks-teks karya turath termasuk kitab jawi. Sehubungan itu, perbincangan dalam makalah ini menonjolkan penjelasan para ulama Alam Melayu mengenai kepercayaan yang terseleweng dalam doktrin Wahabi. Huraian para ulama tersebut adalah kurikulum teras dalam sistem pengajian pondok. Berikutan itu, perbincangan dalam makalah ini akhirnya mendapati pondok merupakan institusi penting sebagai benteng akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pengajarannya, institusi bersejarah ini mesti terus dipertahankan dan diperkasakan demi kejernihan pegangan akidah umat Islam.