Browsing by Author "Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff"
Now showing 1 - 8 of 8
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Bibliometric Analysis On Research Study Of Pomegranate: A Review Towards New Findings(Universitas Islam Negeri Alauddin Makassar, 2015) ;Nurulwahidah Fauzi ;Khadher Ahmad ;Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff ;Monika @ Munirah Abd Razzak ;Mohd Asmadi Yakob ;Khalijah Awang ;Rozana OthmanMohd Farhan Md AriffinPomegranates are an antioxidant-rich superfood with alternative and natural medicine resources for the natural health community. From the perspective of ancient medical practice, pomegranate is in a highest ranking of healthy fruits because of its diverse beneficial in curing diseases. Trend research publications pomegranates were studied. The study focused on content analysis, especially in the field of primary research on pomegranate. Referring to the results of 'literature review' on pomegranate, researchers found that the majority of previous research on pomegranate dominated by journal articles by 85.5 percent. Research on the method of analysis conducted in the previous studies found that most studies on pomegranate done on a scientific analysis (laboratory studies). Studies on aspects of science has been divided into seven areas. Focus areas include scientific discussion of pomegranate is pharmaceutical, Food Science, Botany, Bio-Medical, Bio-Chemistry and Microbiology. Only one field of study that focuses on the analysis of Islamic view focusing on Islamic Education. Additional fields of Environmental Education (Flora) are also included by researchers to collect data and find a results on plants that contain pomegranate. Comparative evaluation of research found that a total of 188 kinds of studies involves the study of the scientific aspects compared to only 11 studies based on Islam (Islamic Education) and 10 studies based on environmental education. Thus, the efforts of researchers from Universiti Malaya through grants TRGS (TR001A-2014) entitled 'Safe and Health Uses of Fruits and Herbs Mentioned in Al-Quran and Ahadith: An Analysis of ethnomedicinal Importance in Islamic Products in Malaysia' are very significant in the development of science. Advanced new study of henna is expected to produce benefits to Malaysia as a whole. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Bibliometrik Terhadap Bahan Penerbitan Penyelidikan Berkaitan Delima: Ke Arah Penyelidikan Terkini Dalam Bidang Pengajian Islam(UniSZA, Kuala Terengganu, 2016) ;Khadher Ahmad Ahmad ;Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff ;Monika @ Munirah Abd Razzak ;Mohd Asmadi Yakob ;Nurulwahidah Fauzi ;Khalijah Awang ;Rozana OthmanMohd Farhan Md AriffinDelima (pomegranate) merupakan bahan perubatan semulajadi yang amat bernilai. Dalam amalan perubatan kuno (ancient healing benefits), delima berada pada senarai teratas disebabkan manfaat kegunaannya yang verstail. Trend penerbitan penyelidikan berkenaan delima telah dikaji. Kajian ditumpukan kepada analisis kandungan terutamanya dalam bidang penyelidikan utama berhubung delima. Merujuk hasil tinjauan literatur, pengkaji mendapati majoriti penyelidikan lepas mengenai delima didominasi oleh artikel jurnal sebanyak 85.5%. Melihatkan metode analisis yang pernah dilakukan, penyelidikan lepas berkenaan delima kebanyakannya berkisar tentang analisis saintifik (kajian makmal). Bagi kajian sains sahaja, telah terbahagi kepada enam bidang kajian. Fokus aspek perbincangan saintifik terhadap delima meliputi bidang farmasi, sains pemakanan (food science), sains botani, bio-perubatan, bio-kimia dan mikrobiologi. Hanya satu bidang yang memfokuskan analisis berasaskan pengajian Islam (Islamic Studies). Tambahan bidang pendidikan alam sekitar (flora) turut dimuatkan pengkaji bagi mengumpulkan hasil kajian yang bersifat data umum tentang tumbuhan termasuk delima. Justeru, usaha terkini para penyelidik dari Universiti Malaya melalui geran TRGS (TR001A-2014A) bertajuk �Safe and Health Uses of Fruits and Herbs Mentioned in Al-Quran and Ahadith: An Analysis of Ethnomedicinal Importance in Islamic Products in Malaysia� amat signifikan dalam perkembangan ilmu. Lanjutan kajian baru terhadap delima diharapkan menghasilkan sesuatu bagi manfaat Malaysia seluruhnya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kekerapan Penerbitan di SCOPUS Mengenai Flora-Flora dalam Al-Quran dan Al-Hadith(Penerbit UiTM, 2023) ;Mohd Asmadi Yakob ;Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff ;Monika @ Munirah Abd Razzak Khadher Ahmad ;Nurulwahidah Fauzi ;Khalijah Awang ;Rozana OthmanMohd Rais MustafaTerdapat buah-buahan dan herba yang disebut secara khusus dalam al-Quran dan al-Hadith. Kelebihan dan keistimewaan buah-buahan dan herba ini telah dibincangkan oleh para ulama dalam kitab-kitab turath mereka khususnya dalam kitab al-Tibb al-Nabawi. Penulisan kitab-kitab ini telah membuka ruang kepada kajian-kajian ilmiah yang lebih saintifik dan mendalam. Walau bagaimanapun umat Islam pada hari ini kurang mengetahui kewujudan kitab-kitab al-Tibb alNabawi yang menjadi satu cabang ilmu Islam. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap beberapa aspek dalam bidang al-Tibb alNabawi khususnya berkaitan dengan buah-buahan dan herba di dalam penerbitan SCOPUS. Kajian ini mengaplikasikan metod kajian perpustakaan, dengan penelitian terhadap sebahagian besar kitab yang berkaitan dengan al-Tibb alNabawi dikumpulkan untuk dianalisis bagi memahami konsep al-Tibb al-Nabawi itu sendiri serta mengenal pasti buah-buahan dan herba yang dibincangkan. Di samping itu, metod pemerhatian terhadap kajian saintifik yang lepas telah dilakukan terutamanya dengan meneliti artikel-artikel dalam pengkalan data SCOPUS. Hasil penelitian awal mendapati bahawa ulama-ulama terdahulu telah menulis pelbagai karya yang khusus tentang al-Tibb al-Nabawi. Walau bagaimanapun pada hari ini kajian yang mendalam terhadap buah-buahan dan herba yang disebutkan dalam al-Tibb al-Nabawi banyak dipelopori oleh pengkaji-pengkaji bukan Islam khususnya daripada Barat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Malay Translation Of The Qur'an: An Evaluation Based On Scientific Exegesis(Universiti Malaya, 2014) ;Ahmad Bazli Bin Ahmad Hilmi ;Selamat Amir ;Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff ;Monika @ Munirah Abd RazzakAhmad Farid IbrahimOne of the conditions in the translation of the meaning of Qur’an is must be done by a committee consisting by the experts in the field of knowledge related to the Qur’an such as Arabic language, intermediated language, interpretation of Qur’an and other disciplines such as history, geography, chemistry, biology, medicine and others. The reason is the Qur'an is not merely discussing the question of law, but also contains elements of various fields. Kawniyyat verses (verses relating the creation) of the Qur'an are seen necessitate a review of the translation of its meaning. Kawniyyat verses indirectly contains elements of science that requires the expertise of those involved in the field to know the exact meaning so that the translations are done in line with the facts of modern science. The objective of this study was to evaluate the meaning of the translation of kawniyyat verse relating to animal creation based on the facts of modern science to find out the compatibility between the two. This article will analyze the Malay translation of the meaning of the verses of Holy Qur’an using scientific exegesis to find out whether the translation of the meaning match with modern science facts. The true meaning of the verse translation will be proposed then. The result showed some value additions in the meaning translation of the word namlah which was translated as “an ant” in its meaning, whereby the other proposed meaning is “a female ant;” the word al-Nahl was translated as “bees” in its meaning whereas the other proposed meaning is “female bees,” and the word al-‘Ankabut was translated as “spider” in its meaning whereby the other proposed meaning is “female spider.” - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Masalah Dan Cabaran Guru Tahfiz Dalam Pelaksanaan Pengajaran Tahfiz Model Ulul Albab Sekolah Menengah Di Kementerian Pelajaran Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Siti Khadizah Kaimin ;Ahmad YussufMohd Yakub @ Zulkifli Mohd YusoffDunia pendidikan semakin menuju kepada kemajuan seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang juga semakin pantas dan pesat membangun. Guru tidak ketinggalan mempelbagaikan kaedah, teknik dan strategi pengajaran dengan menggunakan teknologi masa kini yang diaplikasikan di dalam bilik darjah. Kaedah pengajaran yang berkesan hasil daripada pendekatan yang dilakukan oleh guru terhadap pelajar secara berkesan. Melaksanakan pengajaran berkesan memerlukan persediaan yang sistematik. Guru tahfiz juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan pengajaran yang bersistem walaupun Kurikulum Bersepadu Tahfiz masih baharu dilaksanakan dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) telah mula dilaksanakan sejak tahun 2014 lagi merangkumi subjek Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran. Guru kini berdepan dengan pelbagai cabaran melaksanakan pengajaran di sekolah dan perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran. Penulisan ini bertujuan membincangkan masalah dan cabaran berkaitan pelaksanaan pengajaran guru tahfiz Model Ulul Albab di Sekolah Menengah KPM. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan kaedah sorotan kepustakaan. Hasil kajian mendapati tiga masalah yang perlu diberi perhatian dalam pelaksanaan pengajaran guru TMUA iaitu kemahiran pedagogi, kemahiran psikologi dan kemahiran komunikasi. Di samping itu, cabaran melibatkan guru, pelajar dan bahan bantu mengajar dalam pengajaran tahfiz perlu ditangani dengan sebaiknya. Pengajaran guru yang berkesan dapat memberi impak positif kepada pencapaian prestasi pelajar. Penelitian terhadap isu dalam pengajaran tahfiz salah satu langkah ke arah penambahbaikan pelaksanaan pengajaran guru di sekolah bahkan menjadikan institusi pendidikan tahfiz di negara ini penting kepada pembentukan generasi muslim yang cemerlang di dunia mahupun akhirat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Metode Ibn Adil Al-Hanbali (W 880h) Dalam Penghujahan Hadith Di Dalam Kitabnya Al-Lubab Fi Ulum Al-Kitab: Kajian Terhadap Surah Al-Fatihah(USIM Press, 2018) ;Ahmad Kamel Mohamed ;Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd YusoffAdel Abdul Aziz al-GhiryaniKajian ini meneliti metod Ibnu Adel al-Hanbali dalam penghujahan Hadithdi dalam kitab tafsirnya al-Lubab Fi Ulum al-Kitab. Penulis akan menerangkan secara jelas metode yang digunakan oleh Ibnu Adeldan menelusuri aspek penggunaan hadithsebagai sumber rujukan dan pendalilan dalam penghujahan pentafsiran al-Quran di dalam kitab beliau.Kajian ini juga cuba menghubungkan metode yang digunakan oleh Ibnu Adel dengan keperluan pentafsir masakini di dalam penulisan mereka. Pemilihan kitab al-Lubab ini dalam kajian ini pula ialah kerana kitab ini adalah sebuah kitab tafsir yang besar yang mengandungi sebanyak 20 jilid. Ianya menunjukkan bahawa pengarangnya adalah seorang yang alim di zamannya akan tetapi ianya kurang dikenali di rantau ini. Skop kajian ini memfokuskan kepada surah al-Fatihahuntuk melihat sejauh mana penghujahan Ibnu Adel bersumberkan hadith. Kesimpulannya, kajian mendapati bahawa Ibnu Adel mementingkan penggunaan hadithsebagai hujah dan sumber dalam mengarang kitab tafsirnya ‘al-LubabFi Ulum al-Kitab’ akan tetapi beliau tidak konsisten dalam menyandarkan hadithkepada perawi yang terdekat atau dikenali sebagai rawi a’ladi kalangan sahabat. Beliau tidak menyandarkan hadith-hadithtersebut dengan sanad yang sempurna sebagaimana yang dilakukan olehulamak-ulamak hadithserta tidak menyatakan status hadithsamada saheh, dhaif ataupun mungkar. Beliau juga mengambil pendapat-pendapat ulamak dari kitab-kitab yang beliau rujuk tanpa ada penjelasan lanjut. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengajian Tafsir Al-Quran Sorotan Aliran Klasik dan Moden(USIM Press, 2020-11) ;Bazli Ahmad Hilmi ;Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd YusoffSelamat AmirPara Sahabat dan generasi seterusnya mengambil tanggungjawab menerangkan makna al-Quran kepada masyarakat dan mentafsirkannya selepas kewafatan Rasulullah SAW. Perkembangan tafsir al-Quran terus subur dalam lipatan sejarah selama berabad dan generasi hingga perpustakaan tafsir dipenuhi dengan pelbagai jenis tafsir mengikut madrasah dan aliran. Objektif artikel ialah menyoroti aliran klasik dan moden yang terdapat dalam pengajian tafsir menggunakan pendekatan kajian perpustakaan. Hasil kajian mendapati aliran yang wujud dalam pengajian tafsir ialah; lughawi, fiqhi, ‘ilmi, ‘aqdi/kalami, falsafi, adabi ijtima’i dan al-da‘awi al-haraki. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penyusunan Isi Kandungan Al-Qur’ãn Kepada Pembahagian Muka Surat, Hizb Atau Cain@ Maqra': Kepentingannya Dalam Bidang Tahfiz Al-Qur’ãn(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Mohd Shamsul Hakim Abd Samad ;Khairul Anuar Mohamad ;Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd YusoffSedek bin AriffinPelbagai usaha telah dilakukan oleh ulamak semenjak zaman silam hinggalah ke hari ini bagi menambah baik cetakan mushaf al-Qur’ãn dari masa ke semasa. Usaha ini telah bermula khususnya semenjak ia dihimpun pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq RA sehinggalah ia dihimpun semula dan disalin cetak serta ditambah baik oleh Khalifah Uthman dan khalifah-khalifah selepasnya. Ini termasuklah penyusunan isi kandungan al-Quran dan pembahagiannya kepada muka surat, hizb dan cain atau maqra'. Usaha-usaha yang dilakukan ini mempunyai tujuan dan kepentingan yang besar khususnya bagi membantu pembacaan dan penghafazan al-Quran khasnya dari kalangan masyarakat cajam. Justeru, penulisan ini akan membawakan sorotan sejarahnya, di samping menjelaskan lagi tujuan dan kepentingannya dalam usaha memelihara dan memulihara mushaf al-Qur’ãn. Tulisan ini turut membawakan perbincangan hukum terhadap penambahbaikan cetakan mushaf secara umum, serta hukum bagi penyusunan isi kandungan al-Quran beserta pembahagian-pembahagiannya secara khusus. Di akhirnya, penulis juga akan menerangkan keperluan dan kepentingannya dalam bidang tahfiz al-Qur’ãn serta bentuk aplikasinya pada hari ini.