Browsing by Author "Muhammad Faizal A. Ghani"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Persediaan Program School Enterprise di Kolej Vokasional, Malaysia Aplikasi Fuzzy Delphi.(USIM Press, 2021-06) ;Norfariza Mohd RadziMuhammad Faizal A. GhaniProgram School Enterprise (SE) adalah merupakan sebuah program keusahawanan yang dilaksanakan oleh Kolej Vokasional (KV) di Malaysia sebagai salah satu bentuk kurikulum yang melibatkan kemahiran praktikal. Bagi memenuhi aspirasi pendidikan yang sentiasa berkembang, program ini memerlukan kepada sebuah persediaan yang terperinci bagi meningkatkan keberkesanannya terhadap para pelajar yang berada di Kolej Vokasional. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perancangan persediaan program School Enterprise yang berkesan yang mampu menjadi panduan kepada pentadbir, pensyarah dan para pelajar khususnya di Kolej Vokasional di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah Fuzzy Delphi yang melibatkan lima belas pakar dalam bidang pendidikan Keusahawanan dan Perniagaan. Soal selidik yang dibina daripada temubual serta tinjauan literatur diedarkan kepada panel pakar bagi mendapatkan persetujuan mereka terhadap elemen penting serta kandungan terhadap persediaan program School Enterprise ini. Dapatan kajian berjaya menyenaraikan lima elemen penting bagi mewujudukan persediaan program School Enterprise yang berkesan disamping item yang relevan bagi setiap elemen. Elemen yang diperlukan didalam persediaan program ini adalah kefahaman program, kesediaan pelajar, kesediaan guru, kesediaan organisasi sekolah serta penyediaan modul. Sebagai implikasi, profil persediaan ini diharap mampu meningkatkan keberkesanan program School Enterprise sedia ada agar lebih berdaya saing serta lebih relevan dengan kehendak terkini dalam pembinaan sumber manusia yang berpengetahuan, berkemahiran serta memberi sumbangan besar kepada negara. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Persediaan Program School Enterprise Yang Berkesan: Panduan Buat Kolej Vokasional di Malaysia(Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM, 2021) ;Norfariza Mohd RadziMuhammad Faizal A. GhaniPengenalan- Program School Enterprise (SE) adalah merupakan sebuah program keusahawanan yang dilaksanakan oleh Kolej Vokasional (KV) di Malaysia sebagai salah satu kandungan kurikulum yang melibatkan kemahiran praktikal. Bagi memenuhi aspirasi pendidikan yang sentiasa berkembang, program ini memerlukan kepada sebuah persediaan yang terperinci bagi meningkatkan keberkesanannya terhadap para pelajar yang berada di Kolej Vokasional. Objektif – Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perancangan persediaan program School Enterprise yang berkesan yang mampu menjadi panduan kepada pentadbir, pensyarah dan para pelajar khususnya di Kolej Vokasional di Malaysia. Methodologi – Kajian ini menggunakan kaedah Fuzzy Delphi yang melibatkan lima belas pakar dalam bidang pendidikan Keusahawanan dan Perniagaan. Soal selidik yang dibina daripada temubual serta tinjauan literatur diedarkan kepada panel pakar bagi mendapatkan persetujuan mereka terhadap elemen penting serta kandungan terhadap persediaan program School Enterprise ini. Dapatan – Dapatan kajian berjaya menyenaraikan beberapa elemen penting bagi mewujudukan persediaan program School Enterprise yang baik. Elemen yang diperlukan didalam persediaan program ini adalah kefahaman program, kesediaan pelajar, kesediaan guru, kesediaan organisasi sekolah serta penyediaan modul. Kepentingan – Sebagai impilkasi, profil persediaan ini diharap mampu meningkatkan keberkesanan program School Enterprise sedia ada agar lebih berdaya saing serta lebih relevan dengan kehendak terkini dalam pembinaan pelajar yang berpengetahuan serta berkemahiran.