Browsing by Author "Muhammad Firdaus Ab Rahman"
Now showing 1 - 6 of 6
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Cadangan Keberkesanan Penggunaan Ict Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (PDP) Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Dan Institusi Pendidikan Sewaktu Covid-19(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-11-18) ;Azman Ab Rahman ;Nurul Nadia Nozlan ;Muhammad Firdaus Ab Rahman ;Hussein ‘Azeemi Abdullah ThaidiMohamad Anwar ZakariaKepesatan pembangunan telah menjadikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) itu satu keperluan dalam kalangan orang ramai. Masyarakat tidak kira golongan normal mahupun Orang Kurang Upaya (OKU) tidak ketinggalan dalam menggunakan perkhidmatan ICT yang kian meluas ini. Pelbagai kemudahan atas talian seperti transaksi jual beli, proses pembelajaran mahupun pekerjaan banyak dilakukan oleh masyarakat sewaktu Covid-19 ini. Arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan telah menyebabkan pembelajaran secara bersemuka perlu digantikan dengan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian. Namun begitu, timbul persoalan tentang apakah langkah yang sesuai diambil oleh para guru dan pelajar OKU bagi memastikan keberkesanan penggunaan ICT dalam proses PdP sewaktu Covid-19 agar berjalan dengan lancar. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk membincangkan cadangan penyelesaian bagi keberkesanan penggunaan ICT melalui kaedah PdP secara dalam talian sewaktu Covid-19 bagi pelajar OKU dan institusi pendidikan. Kajian kualitatif ini akan menggunakan kaedah dokumentasi, pemerhatian dan temu bual dalam mencapai objektif yang ditetapkan. Hasil kajian mendapati bahawa antara bentuk inisiatif yang boleh diambil adalah dengan mendapatkan penglibatan atau komitmen daripada ibu bapa dan para pelajar OKU sendiri. Disebabkan kekangan yang timbul serta kurang komitmen daripada ibu bapa dalam memantau pembelajaran anak istimewa mereka, maka komitmen daripada ibu bapa amat penting dalam membantu keberkesanan proses PdP yang dijalankan secara dalam talian. Manakala, langkah yang boleh diambil oleh para guru untuk meneruskan PdP mereka secara dalam talian adalah dengan menitikberatkan platform yang bersesuaian dengan tahap kefahaman pelajar OKU sebelum pembelajaran dijalankan agar proses PdP lebih lancar dan teratur. Kajian ini diharapkan dapat memberi penyelesaian kepada para guru OKU dan golongan pelajar OKU dalam mendepani cabaran dan masalah dalam mengaplikasi kaedah PdP secara dalam talian sewaktu bencana serta menjadi rujukan kepada institusi pendidikan dalam menambah baik proses PdP bagi pelajar OKU. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Expansion Of Asnaf Gharimin’s Interpretation In A Pandemic Context In Malaysia(Usuli Faqih Research Centre, 2022) ;Azman Ab Rahman ;Nur Wahida Lokman ;Md Yunus Abd Aziz ;Muhammad Firdaus Ab RahmanHussein ‘Azeemi Abdullah ThaidiThe Covid-19 pandemic that has lasted for over a year has dealt a huge blow to the socioeconomic position and Malaysians well being. Various initiatives have been issued by the government to help the less fortunate including the implementation of a moratorium. Zakat institutions are also indirectly involved in helping people who are in debt in the context of asnaf gharimin. However, when there is a pandemic, the criteria for gharimin scheme recipients need to be re-examined in determining the eligible groups. Therefore, this study was conducted to analyze the interpretation of asnaf gharimin according to the scholars of 4 Madhab, contemporary interpretation and the expansion of its interpretation in the context of the pandemic. This study uses documentation, observation and analysis methods to achieve the objectives of the study. The results show that the interpretation of asnaf gharimin in the pandemic context can be expanded to traders whose sources of income are affected to the point of not being able to repay debts and those who need to settle debts immediately. It is hoped that this study can be a guide and reference for zakat institutions or certain organizations in managing zakat-related affairs for asnaf gharimin during the pandemic. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Isu Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (PDP) Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Dan Institusi Pendidikan Sewaktu Covid-19(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Azman Ab Rahman ;Nurul Nadia Nozlan ;Hussein ‘Azeemi Abdullah Thaidi ;Muhammad Firdaus Ab RahmanMohamad Anwar ZakariaPenggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) pada masa kini semakin mendapat tempat di setiap sektor di Malaysia. Kepesatan pembangunan telah menjadikan ICT itu satu keperluan dalam kalangan orang ramai. Masyarakat tidak kira golongan normal mahupun Orang Kurang Upaya (OKU) tidak ketinggalan dalam menggunakan perkhidmatan ICT yang kian meluas ini. Masyarakat lebih cenderung untuk menggunakan perkhidmatan ICT seperti internet, melakukan transaksi jual beli atas talian (online), melakukan kerja dari rumah (Work From Home) dan proses pembelajaran dari rumah sewaktu PdP. Arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan telah menyebabkan keterbatasan dalam sektor pendidikan untuk beroperasi secara biasa (bersemuka) dan menjadikan pembelajaran secara dalam talian sebagai medium gantian. Namun begitu, timbul persoalan tentang bagaimanakah golongan OKU ini menggunakan medium pengantaraan ICT atau kaedah PdP secara dalam talian sewaktu Covid-19 untuk meneruskan sesi pembelajaran mereka. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti isu yang dihadapi oleh golongan OKU dan institusi pendidikan dalam menggunakan kaedah PdP secara maya dalam proses PdP sewaktu Covid-19. Kajian kualitatif ini akan menggunakan kaedah dokumentasi, pemerhatian dan temu bual dalam mencapai objektif yang ditetapkan. Hasil kajian mendapati bahawa isu utama yang perlu ditempuhi oleh golongan OKU adalah komitmen daripada para pelajar sendiri serta komitmen ibu bapa dalam memantau pembelajaran anak istimewa mereka. Manakala, cabaran yang dihadapi oleh sesebuah institusi pendidikan adalah untuk mengenal pasti kaedah yang sesuai bagi melaksanakan PdP secara dalam talian sewaktu Covid-19 terhadap pelajar daripada golongan OKU. Kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan kepada institusi pendidikan dalam menambah baik proses PdP bagi OKU sewaktu bencana berlaku seperti Covid-19 ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pandemik COVID-19: Isu Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di Institusi Pendidikan Khas di Malaysia(USIM Press, 2021) ;Azman Ab Rahman ;Nurul Nadia Nozlan ;Hussein ‘Azeemi Abdullah Thaidi ;Muhammad Firdaus Ab RahmanMohamad Anwar ZakariaPenggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) pada masa kini semakin mendapat tempat di setiap sektor di Malaysia. Kepesatan pembangunan telah menjadikan ICT itu satu keperluan dalam kalangan orang ramai. Masyarakat tidak kira golongan normal mahupun Orang Kurang Upaya (OKU) tidak ketinggalan dalam menggunakan perkhidmatan ICT yang kian meluas ini. Masyarakat lebih cenderung untuk menggunakan perkhidmatan ICT seperti internet, melakukan transaksi jual beli atas talian (online), melakukan kerja dari rumah (Work From Home) dan proses pembelajaran dari rumah sewaktu PdP. Arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan telah menyebabkan keterbatasan dalam sektor pendidikan untuk beroperasi secara biasa (bersemuka) dan menjadikan pembelajaran secara dalam talian sebagai medium gantian. Namun begitu, timbul persoalan tentang bagaimanakah golongan OKU ini menggunakan medium pengantaraan ICT atau kaedah PdP secara dalam talian sewaktu COVID-19 untuk meneruskan sesi pembelajaran mereka. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti isu yang dihadapi oleh golongan OKU dan institusi pendidikan dalam menggunakan kaedah PdP secara maya dalam proses PdP sewaktu COVID-19. Kajian kualitatif ini akan menggunakan kaedah dokumentasi, temu bual dan pemerhatian dalam mencapai objektif yang ditetapkan. Hasil kajian mendapati bahawa isu utama yang perlu ditempuhi oleh golongan OKU adalah komitmen daripada para pelajar sendiri serta komitmen ibu bapa dalam memantau pembelajaran anak istimewa mereka. Manakala, cabaran yang dihadapi oleh sesebuah institusi pendidikan adalah untuk mengenal pasti kaedah yang sesuai bagi melaksanakan PdP secara dalam talian sewaktu COVID-19 terhadap pelajar daripada golongan OKU. Kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan kepada institusi pendidikan dalam menambah baik proses PdP bagi pelajar OKU sewaktu bencana berlaku seperti COVID-19 ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Perluasan Tafsiran Asnaf Fakir Dan Miskin Dalam Konteks Pandemik Di Malaysia(Usim Press, 2022) ;Azman Ab Rahman ;Nur Wahida Lokman ;Md Yunus Abd Aziz ;Muhammad Firdaus Ab RahmanHussein ‘Azeemi Abdullah ThaidiPenularan wabak Covid-19 telah memperlihatkan kecekapan institusi zakat menguruskan wang dana zakat dengan pantas dan berkebajikan. Pelbagai jenis golongan seperti golongan T20 yang terjejas pendapatan oleh kerana wabak Covid-19 juga turut dibantu oleh pihak institusi zakat. Situasi ini menunjukkan skop agihan zakat kepada asnaf telah diperluaskan bagi menjamin kebajikan umat Islam terjaga. Namun begitu, timbul persoalan dari sudut kedudukan golongan baharu yang boleh dikategorikan sebagai golongan asnaf dalam konteks pandemik. Justeru itu, kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis tafsiran asnaf fakir dan miskin menurut ulama 4 Mazhab, tafsiran kontemporari dan perluasan tafsirannya dalam konteks pandemik. Kajian ini menggunakan kaedah dokumentasi, pemerhatian dan analisis dalam mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa pentafsiran asnaf fakir dan miskin dalam konteks pandemik boleh diperluaskan seperti mereka yang kehilangan punca pendapatan, hilang pekerjaan dan pendapatan bulanan tidak mencukupi untuk menampung keperluan. Diharapkan kajian ini dapat menjadi panduan dan rujukan kepada institusi zakat mahupun organisasi tertentu dalam menguruskan hal ehwal berkaitan zakat. Kajian lanjutan terhadap perluasan tafsiran asnaf gharimin dalam konteks pandemik perlu dilakukan kerana ia juga melibatkan hutang masyarakat yang terjejas semasa pandemik. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Relevansi Kos Perbelanjaan Pelajar Pra Siswazah Dalam Penentuan Had Kifayah Zakat Di USIM(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Abdul Manan Ismail ;Mushaddad Hasbullah ;Mohamad Zaharuddin Zakari ;Sofia Hayati Yusoff ;Ahmad Zaki Salleh ;Mohd Nasir Abdul Majid ;Hussein ‘Azeemi Abdullah Thaidi ;Muhammad Firdaus Ab RahmanMohd Afiq Ab JalilHad Kifayah merujuk kepada suatu kadar keperluan asas minimum yang ditetapkan berdasarkan kos sara hidup semasa yang digunakan bagi mengetahui kadar yang perlu dibantu untuk menepati kecukupan perbelanjaan asasi. Penilaian yang dibuat dalam menentukan Had Kifayah ini merangkumi enam aspek keperluan asas kehidupan iaitu meliputi perlindungan (tempat tinggal), makanan, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan. Objektif penulisan ini adalah untuk menunjukkan relevansi kos perbelanjaan dalam penentuan had kifayah semasa bagi calon – calon asnaf dalam kalangan pelajar Pra Siswazah USIM. Kaedah kajian yang digunakan adalah berbentuk kualitatif dan kuantitatif yang mana selain daripada merujuk kepada penulisan dan rujukan sedia ada, satu kaji selidik telah dilakukan bagi mendapatkan data terkini daripada pelajar – pelajar asnaf melalui pengkalan data terdahulu. Dengan penambahbaikan yang dilakukan dalam sistem pengiraan yang dipersetujui, satu kaedah pengiraan yang lebih tepat telah dihasilkan dan sekaligus dapat membantu proses pembahagian zakat yang jitu