Browsing by Author "Muhammad Yusry Affandy bin Md Isa"
Now showing 1 - 4 of 4
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Nas Al-quran Dalam Kempen Zakat Lembaga Zakat Negeri Kedah(Academic Inspired Network, 2023)Muhammad Yusry Affandy bin Md IsaKajian ini berkaitan analisis penggunaan nas al-Quran dalam kempen zakat Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Nas al-Quran telah diletakkan dalam risalah bertulis untuk sebaran masyarakat untuk memahami kewajipan zakat dalam Islam khasnya rakyat negeri Kedah. Permasalahan yang timbul ialah risalah ini mengandungi rujukan al-Quran yang lengkap dan separa lengkap. Tambahan pula, nas dalam bahan kempen zakat belum dilakukan analisis khas oleh pengkaji akademik bagi mengenalpasti kelebihan atau kekurangan yang berlaku. Kajian ini penting untuk memastikan nas zakat yang diatur LZNK terhindar daripada polimek pertikaian seperti isu nas yang salah, terjemahan dan tafsiran nas yang kurang tepat. Objektif kajian mensasarkan untuk menganalisis penggunaan nas al-Quran yang terdapat dalam bahan dakwah lZNK, mengenalpasti keabsahan atau kelemahan dari segi metodologi pemaparan teks dan huraian al-Quran dan seterusnya mencadangkan aspek pemantapan. Kajian ini mengaplikasikan kaedah induktif bagi mendapatkan nas al-Quran berkaitan kewajipan zakat dalam bahan kempen. Kaedah deskriptif pula dijalankan bagi menghuraikan penggunaan nas al-Quran dalam aspek ketepatan dalil dan tatacara pengemukaan nas. Dapatan kajian menunjukkan Lembaga Zakat Negeri Kedah memiliki bahan dakwah zakat yang tersendiri seperti risalah, khutbah jumaat, website dan media sosial. Bahan paling utama yang mudah sampai dan dirujuk segenap lapisan masyarakat Kedah ialah menerusi bahan bercetak iaitu risalah Panduan Zakat (2021). Dalam menjalankan urusan dakwah, LZNK didapati tidak mengabaikan pengaplikasian nas al-Quran sebagai bahan dakwah terpenting. Kebanyakan dalil adalah relevan, tepat dan sesuai. Aspek pemantapan terjemahan, tatacara rujukan ayat dan huraian fuqaha’ dan mufassir boleh diketengahkan lagi dalam bahan kempen dakwah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Nas Hadith Dalam Kempen Zakat Lembaga Zakat Negeri Kedah(Penerbit USIM, 2023) ;Muhammad Yusry Affandy bin Md IsaZulhimi bin MohamedKajian ini berkaitan analisis penggunaan nas hadith dalam kempen zakat Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Nas hadith telah diletakkan dalam risalah bertulis untuk sebaran masyarakat untuk memahami kewajipan zakat dalam Islam khasnya rakyat negeri Kedah. Kajian ini penting untuk memastikan nas zakat yang diatur LZNK terhindar daripada polimek pertikaian seperti isu nas yang salah, terjemahan dan tafsiran nas yang kurang tepat. Objektif kajian mensasarkan untuk menganalisis penggunaan nas hadith yang terdapat dalam bahan dakwah Lembaga Zakat Negeri Kedah, mengenalpasti keabsahan atau kelemahan dari segi metodologi pemaparan teks dan huraian hadith dan seterusnya mencadangkan aspek pemantapan. Kajian ini mengaplikasikan kaedah induktif bagi mendapatkan nas hadith berkaitan kewajipan zakat dalam bahan kempen. Kaedah deskriptif pula dijalankan bagi menghuraikan penggunaan nas hadith dalam aspek ketepatan dalil dan tatacara pengemukaan nas. Dapatan kajian menunjukkan Lembaga Zakat Negeri Kedah memiliki bahan dakwah zakat yang tersendiri seperti risalah, khutbah jumaat, website dan media sosial. Bahan paling utama yang mudah sampai dan dirujuk segenap lapisan masyarakat Kedah ialah menerusi bahan bercetak iaitu risalah Panduan Zakat (2021). Dalam menjalankan urusan dakwah, LZNK didapati tidak mengabaikan pengaplikasian nas hadith sebagai bahan dakwah terpenting. Keseluruhan dalil hadith adalah relevan, tepat dan sesuai. Aspek pemantapan terjemahan, tatacara rujukan hadith dan huraian fuqaha’ dan muhadithin boleh diketengahkan lagi dalam bahan kempen dakwah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sayyid Qutb's Interpretations: A Focus on Political Concepts(Universiti Sains Islam Malaysia, 2024) ;Muhammad Yusry Affandy bin Md IsaMuhammad Syahmi bin ShakhruddinSayyid Qutb's thinking influenced many Islamic scholars. His book, Fi Zilal al-Qur'an,is the greatest work and influential among the world's Muslim community. This study aims to identify Sayyid Qutb's interpretation, especially political verses in Fi Zilal al-Qur'an, and describe the meaning of politics from his perspective. Establishing an Islamic state is crucial for the implementation of sharia, as political power is necessary for its implementation. Furthermore, it is crucial to understand the correct methods of interpreting Qur'anic verses from modern exegetes. We employ a qualitative approach in our writing, concentrating on library research and gathering information from diverse sources of literature. The approach used is multidisciplinary, encompassing interpretive, historical, and sociological perspectives. The study utilizes primary data, specifically the book Fi Zilal al-Qur'an, as well as secondary data, which includes materials related to Fi Zilal al-Qur'anand sources that can support this writing. The research reveals that Sayyid Qutb employed the tahlilimethod to interpret the Islamic political verses. Subsequently, Sayyid Qutb's interpretation of politics posits that the government bears the political responsibility of managing and overseeing the affairs of Muslims. Next, the first principle of reign Islam emphasizes who is worthy to be called ulul amri, followed by upholding Allah’s law and, finally, being fair to all human groups. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sudut Pandang Imam Al-Nawawi Dalam Hal Tanggungjawab Menyantuni Keluarga Berdasarkan Hadith Sahih Muslim(Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, 2022)Muhammad Yusry Affandy bin Md IsaImam al-Nawawi merupakan seorang tokoh ulama terkemuka dalam Mazhab Shafi’i. Ketokohan dalam lapangan hadith dapat dilihat menerusi kitab susunannya al-Minhaj bi Sharh Sahih Muslim bin Hajjaj. Kitab ini memuatkan huraian dan sudut pandang Imam al-Nawawi terhadap hadith-hadith sahihriwayat Imam Muslim. Kajian ini penting dalam usaha menganalisis fakta Imam al-Nawawi terhadap maksud hadith hasil janaan keilmuannya dalam pelbagai disiplin ilmu. Dengan mengamati hadith-hadith sahihdan perspektif yang benar, seseorang suami, isteri dan ahli keluarga akan beroleh pengetahuan dan sentiasa bersemangat menyempurnakan tanggungjawab dan menyantuni antara satu sama lain. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti sudut pandang Imam al-Nawawi berkaitan tanggungjawab menyantuni keluarga berdasarkan kandungan kitab al-Minhaj bi Sharh Sahih Muslim bin Hajjaj. Seterusnya, kajian merumuskan tentang konsep tanggungjawab ahli-ahli keluarga. Kajian ini mengaplikasikan kaedah induktif bagi mendapatkan hadith-hadith berkaitan kesantunan keluarga dalam kitab al-Minhaj bi Sharh Sahih Muslim bin Hajjaj. Kaedah deskriptif pula dijalankan bagi menghuraikan dan merumuskan kenyataan Imam al-Nawawi berhubung konsep tanggungjawab menyantuni keluarga. Dapatan kajian menunjukkan Imam al-Nawawi telah meletakkan peranan utama kepada pihak suami sesuai dengan zahir hadith. Hukum hakam fiqh sering dimasukkan dalam perbincangan. Hadith-hadith bukan sahaja mengandungi seruan agar kepimpinan keluarga menyempurnakan keperluan makan minum, pakaian, tempat tinggal dan kasih sayang bahkan juga menyeru agar setiap ahli keluarga termasuk anak-anak mengamalkan agama untuk tujuan kesejahteraan di akhirat.