Browsing by Author "Muhd Adnan, N. I."
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengagihan Dana Zakat Dalam Bentuk Pembiayaan Mikro Untuk Usahawan Miskin Di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Muhd Adnan, N. I.Che Roselam, M. A. B.Pembiayaan mikro merupakan antara salah satu instrumen kewangan bagi golongan usahawan kecil dan sederhana untuk menjalankan sesebuah perusahaan. Masalah mendapatkan modal sering membelenggu golongan usahawan miskin kerana sukar mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan. Di Malaysia pada ketika ini, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan TEKUN Nasional merupakan antara institusi yang sering mendapat tempat dalam kalangan bumiputera untuk mendapatkan modal perniagaan. Manakala, Institusi Zakat Negeri pula menyalurkan bantuan modal perniagaan secara �one off� yang mana tidak mensyaratkan peminjam membuat pembayaran balik. Daripada perspektif usahawan Muslim, pembiayaan mikro yang ditawarkan tidak bebas daripada unsur riba, suatu yang dilarang agama manakala pemberian bantuan modal yang disediakan institusi zakat dilihat tidak produktif dan elektif. Justeru, pembiayaan mikro dengan dana zakat ini adalah cadangan alternatif untuk usahawan miskin. Penulisan ini bertujuan menganalisis kesediaan institusi-institusi zakat di Malaysia dalam mengaplikasikan pembiayaan mikro daripada dana zakat. Kajian ini menggunakan method kajian kes dengan membuat temu bual separa struktur dengan 5 orang pegawai zakat dan �seroang pegawai pembiayaan mikro dari Tekun Nasional. Kajian mendapati terdapat kecenderungan dalam mengaplikasikan pembiayaan mikro daripada dana zakat. Dengan erti kata lain, institusi-institusi zakat di Malaysia bersedia melaksanakan agihan zakat dalam bentuk pembiayaan mikro. Diharapkan kajian ini boleh dijadikan panduan untuk institusi zakat khususnya di Malaysia untuk mengamalkan pembiayaan mikro dari dana zakat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Dana Zakat dalam pembangunan Takaful Mikro:Satu Sorotan Literatur(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Nik Abdul Ghani, N. A. R. ;Mohd Sabri, I. I. ;Yaacob, S. E. ;Muhd Adnan, N. I. ;Salleh, A. D., Yakob, R.Redzuan, H.Takaful mikro ialah manifestasi amalan rangkuman kewangan (financial inclusion) dalam sesebuah negara. Tujuan takaful mikro ialah untuk menyokong keperluan kewangan golongan miskin dan tidak bernasib baik, yang sebahagian besar mereka juga dikenali sebagai B40. Kebanyakan mereka terdiri daripada asnaf zakat. Mereka ialah kumpulan masyarakat yang akan menghadapi masalah kejutan kewangan apabila berlaku kemalangan, sakit atau kematian. Walaubagaimanapun, golongan ini tidak mempunyai pendapatan yang cukup untuk mencarum sumbangan dalam takaful. Dana sumbangan yang tidak signifikan juga boleh membantut pembangunan takaful mikro. Antara solusi cadangan ialah melalui penggunaan dana zakat bagi membantu golongan asnaf khususnya fakir dan miskin. Di samping itu, peningkatan kutipan zakat setiap tahun dapat dipadankan dengan kaedah agihan yang lebih efisien.� Salah satu mekanisme agihan yang dicadang ialah melalui kaedah pembinaan takaful mikro berasaskan dana zakat. Kertas ini menganalisis beberapa kajian lepas yang telah dijalankan berkaitan pembangunan model takaful mikro dalam industri takaful dan keperluannya kepada dana zakat. Kertas ini turut menjelaskan beberapa isu dan cabaran berkaitan penggunaan dana zakat bagi pembangunan takaful mikro. Kajian ini adalah kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan. Hasil mendapati beberapa skim bantuan kewangan kepada golongan miskin disediakan sama ada oleh kerajaan atau institusi kewangan. Namun tidak banyak skim takaful mikro ditawarkan buat masa sekarang. Justeru, satu kajian penggunaan zakat untuk membangunkan takaful mikro wajar perlu dijalankan dalam kajian lanjutan.