Browsing by Author "Norazman bin Alias"
Now showing 1 - 9 of 9
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication E-IFRAD COURSEWARE: Analisis Keperluan Pembangunan Aplikasi dalam Pengajian Qira’at di USIM(Penerbit USIM, 2022) ;Norazman bin Alias ;Zainora binti Daud ;Anuar bin Hasin ;Zulkifly bin Mohd ZakiAbdul Mun’im bin HilmiKajian ini dijalankan bertujuan untuk melestarikan pengajian qira’at yang bersifat tradisional dengan kemajuan teknologi multimedia dalam mendepani revolusi industri 4.0. Pengajian qira’at di malaysia masih memberikan tumpuan pada matanmatan dan syarahnya serta masih dalam batasan ilmu al-Riwayah. Akibatnya signifikan ilmu qira’at dan hubungannya dengan ilmu-ilmu lain seperti fikah, tafsir, bahasa dan sebagainya tidak dapat diterokai selagi ia tidak dipelajari dan diperbahaskan dalam konteks ilmu al-Dirayah. Malahan, metod pengambilan dan bacaan qira’at secara ifrad (satu riwayah demi satu riwayah) tidak pula diterangkan secara jelas dan mendalam menerusi silibus surah dan ayat yang ditetapkan. Selain itu, pelaksanaan kurikulum qira’at dari aspek masa pengajaran dan pembelajaran, alat bantu mengajar di dalam kelas perlu dipertingkatkan kerana kandungan kurikulumnya yang banyak merupakan salah satu faktor kemampuan pelajar yang menyumbang ketidakmampuan pelajar dalam pengajian qira’at. Justeru, kajian awal ini yang bersifat kuantitatif, akan menggunapakai kaedah borang soal selidik dalam mendapatkan data sebenar keperluan pembangunan sebuah aplikasi dalam pengajian qira’at di USIM menerusi E-Ifrad Courseware. Dapatan awal menunjukkan tahap penguasaan qira’at berada di tahap yang sederhana di kalangan pelajar USIM dan kemampuan mereka untuk mengamalkan qira’at di tahap yang rendah kerana beberapa faktor seperti anggapan pengajian qira’at sukar difahami terutamanya dalam bab usul dan farsh al- Huruf, masa tidak mencukupi, penggunaan bahasa arab sebagai pengantar bahasa utama dalam pengajaran dan pembelajaran serta kekurangan bahan-bahan rujukan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Fenomena Talaqqi Al-quran Bersanad Di Malaysia(Darul Quran, JAKIM, 2018) ;Norazman bin Alias ;Khairul Anuar bin Mohamad ;Samer N.A Samarh ;Adnan bin Mohamed Yusoff ;Ahmad Kamel bin Mohamed ;Zulhilmi bin Mohamed Nor ;Ahmad Sanusi AzmiMohd Hasbie al-shiddieque bin AhmadTalaqqi al-Quran secara bersanad ini adalah mengikut bacaan Riwayat Hafs ‘an ‘Asim menurut Toriq al-Syatibiyyah. Perkembangan program atau kursus talaqqi al-Quran bersanad ini mula dilihat menarik minat disebahagian tempat di tanah air. Ini dapat dilihat menerusi kewujudan program dan pusat pengajian talaqqi al-Quran bersanad yang memberangsangkan seperti yang dianjurkan oleh Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra di Nilam Puri, Pusat Pengajian Al-Quran dan Qiraat QQ Gemilang, Pusat Pengajian Al Mufid di Kuala Terengganu dan sebagainya. Namun begitu, masih terdapat di kalangan masyarakat yang belum menyedari kewujudan program dan amalan talaqqi al-Quran ini disebabkan oleh keterbatasan maklumat. Ada juga di kalangan para peserta khususnya yang masih belum memahami konsep sanad al-Quran dan kaedah talaqqi al-Quran yang diamalkan secara warisan. Melihat kepada fenomena yang mula mendapat tempat di kalangan pencinta al-Quran di tanahair, maka kajian ini akan mengupas mengenai fenomena pengajian al-Quran bersanad di kalangan masyarakat malaysia khususnya berdasarkan kepada latarbelakang responden seperti umur, tahap pendidikan, jantina dan ketogori responden. Kajian ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif yang mana soal selidik dijadikan sabagai instrumen utama dan melibatkan 101 responden samada di kalangan murid dan guru. Kesimpulan kajian mendapati bahawa kesedaran pengajian al-Qruan secara talaqqi bersanad di kalangan masyarakat menjadi satu fenomena baru dalam dunia pengajian al-Quran. Kajian ini dapat mengenalpasti sejauhmana minat dan kesedaran masyarakat terhadap pengajian al-Quran bersanad. Di samping memberi pendedahan terhadap kepentingan talaqqi yang tepat menurut pandangan qurra’. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ijazah Sanad Al-Quran: Isu Dan Permasalahannya Serta Metode Qurra' Dalam Mendepaninya(Usuli Faqih Research Centre PLT, 2017) ;Norazman bin Alias ;Khairul Anuar bin Mohamad ;Samer Najeh Abdullah Samarh ;Adnan bin Mohamed Yusoff ;Ahmad Kamel bin Mohamed ;Zulhilmi bin Mohamed NorAhmad Sanusi bin Azmi - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keperluan Aplikasi Digital Pengajian Qirā’āt menerusi Pendekatan Cybergogi Dalam Revolusi Industri 4.0(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Abdul Mun’im Bin Hilmi ;Norazman bin AliasZainora binti DaudDalam era kepesatan teknologi pada masa kini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT telah banyak mengubah pelbagai aspek kehidupan umat Islam di Malaysia. Jika dilihat sebelum wujudnya alat-alat sebaran am seperti radio dan televisyen, umat Islam bergantung kepada surat khabar dan majalah untuk mendapatkan maklumat terkini serta hebahan ilmu. Kebergantungan kepada teknologi ini juga menjadi bukti bahawa masyarakat kita semakin bergerak maju seiring dengan revolusi industri 4.0 yang sedang rancak berkembang di seluruh dunia. Dalam isu pengajian qirā’āt pula, para pelajar masih lagi berada di takuk lama dengan konsep pembelajaran tradisional sahaja sedangkan kita dapat saksikan perkembangan institusi tahfiz di Malaysia berkembang dengan pesat sekali. Hal ini dibuktikan melalui beberapa kajian yang menyatakan masih banyak ruang dan peluang dalam pendidikan tahfiz dan qirā’āt yang menuntut kepada penambahbaikan dari sudut pengajaran yang lebih baik dan bersistematik. Kajian ini bertujuan mengkaji tahap keperluan aplikasi digital pengajian qirā’āt menerusi pendekatan cybergogi dalam mendepani revolusi industry 4.0 ini. Kajian ini bersifat kualitatif dengan mengguna pakai metode kepustakaan dan temubual dalam meneliti semua aspek berkaitan dengan model pendidikan alaf baharu ini dan kesesuaiannya dengan pengajian qirā’āt. Hasil dapatan awal mendapati pembangunan aplikasi digital dalam pengajian qirā’āt amat diperlukan kerana seiring dengan perkembangan ilmu tersebut di Malaysia yang mula mendapat tempat di kalangan masyarakat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penelitian Terhadap Kriteria dan Tekstual Ijazah Sanad Al-Quran(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Norazman bin AliasKhairul Anuar Bin MohamadKaedah pengijazahan sanad al-Quran di Malaysia masih lagi agak asing dan belum dikenali oleh kebanyakan masyarakatdi Malaysia. Amalan ini hanya diketahui dan dikenali berputar di sekeliling para guru al-Quran, mahasiswa universiti dan para penghafaz al-Quran. Bagi pemegang sanad al-Quran pula, terdapat di kalangan mereka yang memperolehinya melalui program talaqqi al-Quran yang dianjurkan oleh pihak berkaitan di dalam negara mahupun diluar negara seperti di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Nilam Puri, Kelantan, Pusat Pengajian Al Mufid, Kuala Terengganu, Terengganu, Maahad Qiraat Al-Azhar, Shoubra, Mesir, Universiti Islam Antarabangsa Madinah dan sebagainya. Malahan, trendmasa kini pula menunjukkan ramai tokoh dan pakar dalam bidang al-Quran khususnya dari negara Arab dijemput ke tanahair untuk mengendalikan progam talaqqi al-Quran bersanad di tanahair seperti di Ainhafeez Enterprise, Klang, Selangor dan Pusat Pengajian Khozandaroh, Kajang, Selangor.Program seumpama ini sedikit sebanyak memberi impak kepada kefahaman masyarakat awam terhadap realiti amalan ijazah sanad al-Quran yang diamalkan secara warisan sejak zaman wahyu diturunkan. Atas kesedaran itu,terdapat beberapa isu pentingseperti kefahamanpemegang sanadterhadap itemdan tekstualijazah sanad al-Quran itu sendiriperlu diteliti dan diperhalusi terlebih dahulu oleh pihak penganjur. Hal ini adalah kerana proses pengijazahan sanad al-Quran dan tekstual ijazahsanad al-Quranadalah berbeza daripadadisiplin ijazah sanad dalam cabang ilmu Islam yang lain seperti ilmu Hadis dan ijazah kitab.Justeru itu, kajian ini akan memberi fokus kepada dua objektif utama iaitu memberi kefahaman terhadap ijazah sanad al-Quran dan analisa tekstual ijazah sanad al-Quran. Kajian yang bersifat kualitatif ini dibangunkan menerusi metode perpustakaan dan metode deduktif iaitu menganalisis sanad al-Quran yang diperoleh sebagaibahan kajian dalam menatijahkan kriteria penting dalam ilmu sanad al-Quran. Dapatan awal menunjukkan kepelbagaian bentuk tekstual sanad al-Quran di serata dunia tanpa menggugurkan item penting dalam penulisan ilmu sanad al-Quran seperti nama tajuk, nama pemberi dan penerima, cop dan tandatangan, tarikh dan maklumatlain. Maka, kefahaman terhadap tekstualsanad al-Quran ini amatlah penting agar amalan pengijazahan sanad al-Quran yang ditradisikan inidapat dikekalkan dan diperkemaskan selari dengan tuntutan syara� dan semasa. Walhasilnya, amanah pemegang sanad al-Quran itu dapat disampaikan kepada ahlinya dengan kefahaman yang benar terhadap tekstual ijazah sanad al-Quran serta tidak dianugerahkan secara semberono kepada yang bukan ahlinya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Quranic Chain of Transmission: A Descriptive Study on Ijāzah of Shaykh Ḥasanayn bin Ibrāhīm ‘Āfīfī Jibrīl al-Ṭaḥūriyy (d. 1442AH/2021CE)(International Journal of Religion, 2024) ;Norazman bin AliasNor Hafizi bin YusofShaykh Ḥasanayn bin Ibrāhīm ‘Āfīfī Jibrīl al-Ṭaḥūriyy (d. 1442AH/2021CE) is a prominent figure hailing from Egypt. He played a crucial role in teaching the knowledge of the Quran and qirā’āt, thereby giving rise to numerous eminent scholars on an international level. However, the inheritance of his ijāzah and those of other scholars is rarely discussed and analyzed in terms of authenticity and the continuity of the Quranic chain of transmission, which has spread widely among his students. Most of them receive the ijāzah in a cursory manner and pass it on to others without scrutinizing the names of each figure mentioned in the Quranic chain. This lack of concern could lead to the forgery of ijāzah and academic misconduct related to the knowledge of the Quranic chain. Therefore, this article aims to analyze the textual continuity of the Quranic chain that he inherited from an academic standpoint using a literature-based methodology and content analysis. The research findings reveal the importance of scholarly analysis of the chain of transmission in terms of authenticity. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Relevansi Pendekatan Heutagogi Dalam Pengajian Qira’at Di Era Revolusi Industri 4.0(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06)Norazman bin AliasPendidikan hari ini di peringkat global mendepani cabaran maha hebat yang tidak dijangka dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Ini dapat dilihat dengan kejutan pandemik corona virus pada akhir tahun 2019 di China, dan akhirnya merebak ke seluruh dunia dengan begitu pantas yang lebih dikenali hari ini sebagai virus Covid-19. Impaknya, kegiatan dan aktiviti harian manusia berubah 360 darjah daripada rutinnya fizikal kepada norma baharunya secara dalam talian, termasuklah dunia pendidikan. Proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang selama ini tertumpu kepada gabungan bersemuka dan e-learning, akhirnya terpaksa dilaksanakan secara dalam talian 100% akibat daripada pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia. Melihat kepada cabaran dan kekangan yang sedia ada serta pengalaman manusia dalam mendepaninya sejak tahun 2019, satu pendekatan baharu dalam dunia pendidikan perlu digerakkan secara agresif agar proses PdP dapat berjalan dengan lancar dan berkesan, sama ada di peringkat sekolah mahupun universiti, terutamanya kursus yang bersifat tradisional dan turāth seperti pengajian qira’at. Objektif kajian ini adalah untuk mencari pendekatan dan metode yang sesuai dalam model heutagogi yang telah mula diperkatakan pada tahun 2013 bagi diadaptasi dengan pengajian qira’at di era revolusi industri 4.0. Pengumpulan data kualitatif berbentuk deskriptif digunapakai dalam kajian ini menerusi metode analisis dokumen dengan meneliti semua aspek berkaitan dengan model pendidikan alaf baharu ini dan kesesuaiannya dengan kursus bersifat turāth seperti pengajian qira’at. Dapatan awal menunjukkan, keperluan perubahan kepada model baharu seperti heutagogi dalam dunia pendidikan hari ini serta relevansinya yang baik bagi diimplementasi terhadap pengajian qira’at. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Relevansi Pewarisan Sanad Talaqqi Al-quran(Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 2020) ;Mohamad Redha bin Mohamad ;Farhah Zaidar binti RamliNorazman bin AliasMasyarakat Islam arus perdana di Malaysia mulai didedahkan dengan amali periwayatan sanad talaqqi dalam konteks pengajian al-Quran. Banyak pihak berlumba-lumba untuk mendapatkan sanad talaqqi al-Quran. Sistem ini merupakan tradisi yang dititikberatkan oleh para qurra’ dan mulai tersebar kepada umum. Umum mengetahui al-Quran diwariskan kepada setiap generasi secara bacaan iaitu talaqqi musyafahah dan bukannya tulisan. Namun pelbagai kluster dalam masyarakat masih kurang jelas dan sukar memahami relevansi berkaitan amali ini. Justeru, kajian perlu dilakukan untuk menganalisis relevansi pewarisan sanad dalam sistem talaqqi al-Quran secara musyafahah. Data-data kajian dikumpul secara analisis dokumen kepustakaan, manakala metode analisis data pula dilakukan secara deskriptif. Dapatan menunjukkan terdapat lima faktor utama relevansi berkaitan iaitu sunnah Rasulullah SAW, kesahihan bacaan, kebanggaan penuntut ilmu, kelangsungan sanad ‘ali dan bimbingan berterusan. Implikasi daripada dapatan kajian adalah mustahak untuk membimbing masyarakat membina persepsi yang tepat terhadap kepentingan amali pewarisan sanad talaqqi al-Quran. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication تلقي القران الكريم بأجازة أسانيد القراءات في المراكز القرآنية المختارة بماليز يا : العوائق والمساهمات(2018-09)Norazman bin AliasThis study is focusing on the learning of talaqqi al-quran phenomenon which is gaining a place among the societies.Based on the researcher’s observation,there are several Quranic learning centres that offer talaqqi al-quran programs such as Sultan Ismail Petra International Islamic College,Kelantan,Al-Mufid Studies Center,Terengganu and Ainihafeez Enterprise,Selangor.However,these institutions appear to encounter various hurdles and obstacles in conducting the program.Therefore,the present study is an endeavour to investigate the obstacles encountered by them and to analyse the contributions of each institution in talaqqi al-quran program.The study is qualitative in nature in which textual analysis would be employed as a main instrument to examine the concept of talaqqi al-quran.Selected sanad of al-quran were scrutinized to understand the nature of its authenticity.In study will use quantitative methodology to examine how effective the talaqqi al-quran program has attracted the public to participate in the program.The study in its findings indicate that the interest of the society from various ages has increased towards talaqqi al-quran program even though in a small number of participants.Howeever,the researcher found that there are several obstacles that the organizers have to overcome in such programs such as enhancing the teaching and learning modules,program management and the number of teachers involved.