Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Browse by Author

Browsing by Author "Norma Jusof"

Now showing 1 - 10 of 10
Results Per Page
Sort Options
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Al-Qur’an, Sains Dan Teknologi: Integrasi Antara Ilmu Naqli Dan Aqli Dalam Undang-Undang Keterangan Islam
    (Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06)
    Wan Abdul Fattah Wan Ismail 
    ;
    Hasnizam Hashim 
    ;
    Zulfaqar Bin Mamat
    ;
    Ahmad Syukran Baharuddin 
    ;
    Lukman Abdul Mutalib 
    ;
    Norma Jusof
    Al-Qur’an merupakan kitab yang diturunkan melalui Nabi Muhmmad SAW bagi menjadi peraturan hidup umat manusia sama ada berkaitan urusan dunia dan akhirat. Al-Qur’an sarat dengan peraturan, pengajaran dan ilmu pengetahuan termasuk berkaitan dengan ilmu sains dan teknologi. Pendek kata, integrasi antara ilmu aqli dan naqli dalam al-Qur’an sangat terserlah. Penemuan ini bukan setakat diagungkan oleh para cendekiawan Islam bah ia diakui sendiri oleh para orientalis barat yang akhirnya membawa kepada keislaman mereka. Pada hakikatnya perundangan Islam tidak mengehadkan kepada kaedah-kaedah pembuktian tertentu sahaja. Sebaliknya, Mahkamah akan menerima mana-mana kaedah yang menepati syarat-syaratnya, asalkan ia dapat meyakinkan mahkamah termasuklah menggunakan kaedah sains dan teknologi moden. Dalam undang-undang keterangan Islam, keterangan dengan sains dan teknologi boleh diletakkan di bawah qarinah dan keterangan pakar. Walaupun begitu, pembuktian melalui sains dan teknologi hanya diletakkan secara umum dalam Akta dan enakmen keterangan di negeri-negeri. Namun ia tidaklah bermakna Mahkamah tidak menerima fakta sains seperti DNA dalam pensabitan nasab. Kertas kerja ini ingin menjawab beberapa persoalan antaranya, sejauh manakah fakta sains dan teknologi dapat dijadikan kaedah pembuktian sepertimana yang termaktub dalam al-Qur’an dan Undang-Undang Keterangan Islam. Selain itu, sejauh manakah amalan Mahkamah Syariah dalam menerima fakta-fakta sains dan teknologi dalam pembuktian.
      8  125
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Kedudukan Sumpah Nafyi Al-ʻilmi Dalam Undang-undang Keterangan Islam Dan Praktisnya Di Mahkamah Syariah
    (Usuli Faqih Research Centre PLT., 2024)
    Wan Abdul Fattah Wan Ismail 
    ;
    Ahmad Syukran Baharuddin 
    ;
    Lukman Abdul Mutalib
    ;
    Hasnizam Hashim 
    ;
    Zulfaqar Mamat
    ;
    Norma Jusof
    ;
    MohamadAniq Aiman Alias
    Sumpah merupakan kaedah pembuktian yang tidak asing lagi sama ada bagi kes pensabitan atau penafian sesuatu dakwaan. Status sumpah dianggap kaedah pembuktian yang lemah kerana ia hanya dilaksanakan setelah ketiadaan bukti-bukti lain atau sekadar menambahkan keyakinan hakim dalam membuat keputusan. Namun begitu, sebenarnya terdapat banyak kes di Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia yang telah diputuskan berdasarkan sumpah pihak-pihak. Walaupun begitu, jika dibandingkan dengan kaedah pembuktian lain, sumpah dilihat sangat unik kerana setiap kategori mengandungi pecahan-pecahan tersendiri. Dalam kajian ini, penyelidik akan menjelaskan berkaitan konsep sumpah secara umum, sumpah yamin Nafyi al-ʻIlmi dan amalannya di Mahkamah Syariah Malaysia dan pembahagian sumpah serta kedudukan sumpah Nafsi al-‘Ilmi dalam undang-undang keterangan Islam. Bagi mencapai objektif tersebut, penyelidik telah menggunakan kaedah kualitatif dengan mengumpulkan data daripada sumber primer dan sumber sekunder yang kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peruntukan di dalam Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 561] adalah kurang mencukupi, sehingga memerlukan satu huraian lain yang dikenali sebagai Arahan Amalan Sumpah Mahkamah Syariah 2006 bagi memastikan kaedah perlaksanaannya dapat diselaraskan. Selain itu, kaedah pembuktian secara sumpah yang dilaksanakan di Mahkamah Syariah secara umumnya dapat dikategorikan kepada dua iaitu; "sumpah kaedah pembuktian atau ‘al-tawthiq” dan “sumpah sekadar pengukuhan atau al-ihtiath” dan di sampingnya telah terdapat bukti-bukti yang lain. Di antara sumpah yang kurang disebut dalam kitab-kitab fiqh namun banyak dipraktikkan di Mahkamah Syariah adalah "sumpahNafyi al-ʻIlmi". Kajian merumuskan bahawa, sumpah merupakan satu kaedah pembuktian yang penting dalam undang-undang keterangan Islam, terutamanya dalam konteks Mahkamah Syariah di Malaysia. Walaupun dianggap lemah jika dibandingkan dengan kaedah pembuktian lain, sumpah memainkan peranan penting dalam melengkapkan bukti dan meyakinkan hakim. Sumpah Nafyi al-ʻIlmi, Walaupun kurang dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh, telah terbukti ia banyak dipraktikkan dan relevan dalam konteks pembuktian di Mahkamah Syariah.
      8  10
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Kekuatan Dokumen Hibah Elektronik Pesakit Covid-19 Dalam Situasi Maradh Al-mawt Menurut Perundangan Islam
    (Academia Industry Networks, 2020)
    Wan Abdul Fattah Wan Ismail 
    ;
    Mohd Radzniwan A Rashid 
    ;
    Syahirah Abdul Shukor 
    ;
    Lukman Abdul Mutalib 
    ;
    Norma Jusof
    ;
    Ahmad Syukran Baharuddin 
    ;
    Mohamad Aniq Aiman Alias
    Dokumen merupakan kaedah pembuktian yang paling utama pada hari ini. penerimaan dokumen pada awalnya terhad kepada urusan tertentu, namun kini ia telah diterima dalam semua urusan sama ada berkaitan dengan urusan muamalat, perbankan, urusan nikah cerai, termasuklah dalam urusan wasiat dan hibah. Dengan perkembangan teknologi terkini, dokumen tidak hanya terhad kepada tulisan biasa bahkan ia juga dalam bentuk elektronik seperti email, WhatsApp, telegram, mesej dan seumpamanya. Persoalannya sekarang, sejauh manakah penerimaan dokumen elektronik dalam pembuktian khususnya hibah yang dilakukan oleh mereka dalam situasi mard al-mawt kerana menghidapi penyakit COVID-19. Kajian in menggunakan kaedah kualitatif dengan merujuk kepada kitab-kitab fiqh, fatwa-fatwa semasa, buku-buku perubatan moden dan juga pandangan pakar perubatan. Kaedah kualitatif ini bagi menjawab beberapa persoalan dan objektif iaitu konsep dokumen elektronik dalam pembuktian, penerimaan hibah dalam situasi maradh al-mawt bagi pesakit COVID-19 dan sejauh manakah COVID-19 mempunyai hubungan kait dengan mardh al-mawt. Di harapkan kertas ini dapat merungkaikan hukum hibah melalui dokumen elektronik bagi mereka dalam keadaan maradh al-mawt bagi COVID-19 menurut perundangan Islam.
      6  61
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Konsep Pelaksanaan Hibah Bagi Kes-kes Maradh Al-Mawt COVID-19 Dalam Kalangan Orang Islam Di Malaysia
    (USIM Press, 2021-06)
    Wan Abdul Fattah Bin Wan Ismail
    ;
    Mohd Radzniwan A Rashid 
    ;
    Muhammad Aunurrochim Mas'ad Saleh 
    ;
    Lukman Abdul Mutalib 
    ;
    Syahirah Abdul Shukor 
    ;
    Zulfaqar Bin Mamat
    ;
    Norma Jusof
    ;
    Ahmad Syukran Baharuddin 
    ;
    Mohamad Aniq Aiman Alias
    Pandemik COVID-19 2019-20 secara global berpunca daripada sindrom pernafasan akut teruk koronavirus 2 (SARS-CoV-2). Wabak ini pada mulanya dikesan di pertengahan Disember 2019 di Bandaraya Wuhan, Hubei China dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Secara umumnya, pandemik COVID-19 boleh membawa maut kepada penghidapnya dan hingga ke saat ini, pakar perubatan belum menemui ubat atau rawatan secara spesifik kepada pesakit COVID-19. Walau bagaimanapun, setakat ini perbincangan mengenai hibah bagi kes maradh al-mawt bagi pesakit COVID-19 belum diperbincangkan kerana ia merupakan isu yang baru melanda dunia hari ini. Kajian ini akan membincangkan konsep pandemik COVID-19 menurut klinikal dan juga menurut pandangan fiqah. Selain itu juga, perbincangan dibuat mengenai konsep maradh al-mawt menurut fiqah dan perundangan semasa. Penjelasan turut dibuat mengenai status penghidap COVID-19 kategori penyakit terminal atau maradh al-mawt menurut fiqah diikuti beberapa kes yang pernah dilaporkan berkenaan maradh al-mawt. Akhir sekali Huraian juga akan menyentuh mengenai kesan hibah yang dibuat bagi pesakit COVID-19 sekira telah mencapai tahap kritikal. Hasilnya, hibah yang dibuat oleh pesakit COVID-19, boleh dikategorikan sebagai hibah maradh al-mawt sekiranya pakar perubatan telah mengklasifikasikan keadaan semasa pesakit tersebut telah sampai ke tahap kritikal.
      13  41
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Konsep Sulh Dalam Islam Dan Pelaksanaannya Dalam Sistem Perundangan Syariah Di Malaysia
    (USIM Press, 2024)
    Hasnizam Hashim 
    ;
    Wan Abdul Fattah Wan Ismail 
    ;
    Ahmad Syukran Baharuddin 
    ;
    Lukman Abdul Mutalib 
    ;
    Zulfaqar Mamat 
    ;
    Mohamad Aniq Aiman Alias
    ;
    Norman Zakiyy Chow Jen-T'Chiang 
    ;
    Norma Jusof
    Pelaksanaan sulh dalam Islam memainkan peranan penting dalam menyelesaikan pertikaian secara damai tanpa perlu melalui proses perbicaraan yang panjang. Sejarah telah memperlihatkan bahawa sulh telah dilaksanakan di alam Melayu sejak sebelum merdeka lagi sehinggalah ke hari ini. Sebagai salah satu mekanisme penyelesaian konflik yang dianjurkan dalam Islam, terdapat keperluan bagi mengkaji dan menambah baik pelaksanaan sulh dari semasa ke semasa bagi memastikan ianya sentiasa mencapai matlamat yang dikehendaki. Kajian ini bertujuan untuk memperjelaskan konsep Sulh dalam Islam, takrifan sulh dan Majlis Sulh, dalil-dalil pensyariatan sulh, beberapa contoh kes pelaksanaan Sulh dalam Islam, rukun-rukun Sulh, serta melihat pelaksanaannya di bawah sistem perundangan syariah atau di Mahkamah Syariah di negara ini. Bagi mencapai objektif tersebut, penyelidik telah menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen. Data yang diperoleh kemudiannya akan dipersembahkan dalam bentuk subtema. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan sulh di bawah sistem perundangan syariah negara atau di Mahkamah Syariah pada ketika ini, walaupun hanya membabitkan penyelesaian pertikaian dalam aspek undang-undang keluarga Islam, tetap dipandu oleh tatacara dan perundangan yang sistematik. Namun demikian, masih wujud ruang bagi menambah baik dan memperluaskan skop pelaksanaannya dari semasa ke semasa.
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Pembuktian Berasaskan Kesaksian Tunggal dan Sumpah Plantif Berkaitan Pengesahan Status Dokumen Tanah Adat
    (Penerbit USIM, 2022)
    Wan Abdul Fattah Wan Ismail 
    ;
    Lukman Abdul Mutalib 
    ;
    Ahmad Syukran Baharuddin 
    ;
    Mualimin Mochammad Sahid orcid-logo
    ;
    Norma Jusof
    ;
    Hasnizam Hashim 
    ;
    Mahmooud Mohamed Ali
    Pendakwaan yang sahih adalah pendakwaan yang disokong dengan keterangan yang kukuh dan dapat meyakinkan pihak mahkamah. Tanpa keterangan yang kukuh, pendakwaan tersebut tidak akan dilayan oleh hakim dan dianggap sebagai membazir masa pihak mahkamah. Dalam prinsip keterangan Islam, mahkamah akan memberi ruang secukupnya bagi mana-mana pihak pendakwaan mengemukakan mana-mana kaedah pembuktian asalkan ia diiktiraf syarak termasuklah melalui ‘kesaksian tunggal dan sumpah plantif’. Dalam kitab-kitab fiqh, terdapat perselisihan di kalangan ulama mengenai penerimaan ‘kesaksian tunggal dan sumpah plantif’ dalam pembuktian. Namun secara umumnya ‘kesaksian tunggal dan sumpah plantif’ boleh diterima dalam kes-kes berkaitan dengan mal termasuklah melibatkan pengesahan status dokumen tanah adat. Dalam Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, terdapat peruntukan tentang penerimaan ‘kesaksian tunggal dan sumpah plantif berkaitan dengan mal’. Dalam kertas kerja ini akan membincangkan konsep pembuktian, konsep kesaksian, sumpah dan juga kebolehterimaan kesaksian tunggal dan sumpah plantif dalam kes-kes mal. Selain itu juga, kerja ini akan membincangkan secara ringkas mengenai penerimaan kesaksian tunggal dan sumpah plantif berkaitan penentuan status dokumen tanah adat.
      6  42
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Salah Faham Amalan Sumpah: Persamaan dan Perbezaan Sumpah di Dalam Mahkamah dan Luar Mahkamah Malaysia
    (USIM Press, 2024)
    Wan Abdul Fattah Wan Ismail 
    ;
    Hasnizam Hashim 
    ;
    Zulfaqar Mamat 
    ;
    Ahmad Syukran Baharuddin 
    ;
    Norma Jusof
    ;
    Mohamad Aniq Aiman Alias
    Sumpah merupakan kaedah pembuktian yang sering digunakan dalam Mahkamah Syariah di Malaysia sama ada dalam mensabitkan atau menafikan sesuatu dakwaan. Sumpah juga merupakan kaedah pembuktian yang disepakati ulama secara umumnya sepertimana ikrar dan kesaksian. Sekalipun sumpah sudah lama termaktub dalam nas-nas syarie dan telah dibincangkan secara detail dalam kitab-kitab turath dan moden, namun pemahaman umum mengenai sumpah kehakiman (sumpah dalam mahkamah) dan biasa (sumpah luar mahkamah) masih lagi jauh. Tidak dinafikan terdapat di bahagian-bahagian tertentu persamaan di antara sumpah di dalam dan luar mahkamah. Namun dalam waktu yang sama terdapat juga jurang perbezaan agak ketara di antara kedua-duanya. Sumpah di luar mahkamah tidak dapat dijadikan kaedah pembuktian di hadapan hakim, sekalipun sighahnya hampir sama. Namun sumpah di dalam mahkamah secara asasnya dijadikan kaedah pembuktian. Walaupun begitu terdapat juga sebahagian sumpah dalam Mahkamah hanya berstatus sebagai kaedah pengukuhan iaitu untuk meyakinkan hakim sama ada meneruskan perbicaraan atau dalam membuat keputusan. Maka kertas kerja ini akan memfokuskan kepada konsep sumpah, sighah, hukum, niat, tawriah dan kafarah sumpah. Selain daripada itu terdapat perbandingan mengenai kekuatan sumpah di dalam atau di luar mahkamah sebagai kaedah pembuktian. Dengan penjelasan ini akan merungkaikan silap faham di antara sumpah di dalam mahkamah dan di luar Mahkamah. Sungguhpun kedua-dua kelihatan ‘sama’ namun hakikat sebenarnya ‘tidak serupa’ khususnya dari segi kekuatan dalam pembuktian.
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Salah Faham Terhadapkonsep Hukuman Keseksaan Dalam Perundangan Jenayah Syariah Di Malaysia: Suatu Penjelasan Daripada Perspektif Al-Quran Dan Al-Sunnah
    (Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06)
    Hasnizam Hashim 
    ;
    Wan Abdul Fattah Wan Ismail 
    ;
    Zulfaqar bin Mamat
    ;
    Ahmad Shukran bin Baharuddin
    ;
    Lukman Abdul Mutalib 
    ;
    Norma Jusof
    Hukuman merupakan penalti yang dikenakan ke atas seseorang yang telah disabitkan kesalahan jenayah oleh sesebuah mahkamah yang berkuasa. Hukuman adalah penting dalam usaha untuk mengekalkan keamanan dan mewujudkan suasana terkawal dalam sesebuah masyarakat dan negara. Dalam kes-kes jenayah berat, memang tidak dapat dinafikan bahawa hukuman berbentuk keseksaan wajar diberikan sebagai balasan atas perbuatan jahat yang telah dilakukan. Di Malaysia, selepas berlakunya penjajahan British ke atas Tanah Melayu, undang-undang Islam telah diberikan tafsiran dan bidang kuasa yang amat sempit. Pelaksanaannya kini, walaupun selepas 64 tahun negara beroleh kemerdekaan, masih lagi terbatas kepada hukuman berbentuk denda, sebat dan penjara seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 (Disemak-1988) atau Akta 355. Walaupun peruntukan hukuman keseksaan di bawah Akta ini jauh lebih ringan berbanding perundangan sivil, pelaksanaannya seringkali mengundang kontroversi dan mendapat tentangan serta cemuhan yang tidak berkesudahan daripada pelbagai pihak termasuk daripada umat Islam sendiri. Tidak habis di situ, sebarang usaha bagi memperkasa undang-undang Jenayah Islam pasti akan mendapat pelbagai tentangan. Tindakan ini antaranya berpunca daripada salah faham tentang konsep sebenar hukuman keseksaan dalam perundangan syariah yang dilaksanakan serta ketidaksediaan pihak pelaksana. Justeru kertas kerja ini akan cuba memperbetulkan salah faham yang berlaku dengan mendatangkan otoriti dan justifikasi daripada al-Quran dan al-Sunnah sebagai usaha dalam meperkasa perundangan syariah negara agar ianya kekal relevan dengan suasana dan situasi semasa. Hasil kajian mendapati bahawa langkah-langkah tertentu perlu diambil segera oleh pihak-pihak berkaitan dalam usaha untuk memberi kefahaman kepada masyarakat agar salah faham ini dapat diatasi dan tidak menjejaskan imej Islam sebagai agama rasmi negara.
      13  194
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Sikap Guru Pendidikan Islam Terhadap Pengajaran Berpusatkan Murid Di Sekolah Kebangsaan
    (Jurnal IPDA, 2021)
    Norma Jusof
    ;
    Wan Abdul Fattah Wan Ismail 
    Inovasi pengajaran berpusatkan murid telah lama diperkenalkan untuk menggantikan sistem konvensional antaranya termasuklah pengajaran berpusatkan murid. Ianya merupakan satu kaedah pengajaran yang mendorong pelajar berfikir secara kritikal dan kemahiran menyelesaikan masalah. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti sikap guru terhadap kaedah PBM dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini amat penting terutamanya kepada guru-guru Pendidikan Islam dalam memastikan setiap guru mempunyai sikap yang positif terhadap pendekatan yang dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Seramai 500 orang guru Pendidikan Islam daripada seluruh Semenanjung Malaysia dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan kajian tinjauan dan soal selidik. Teknik pensampelan yang digunakan ialah rawak mudah. Analisis Statistik deskriptif menggunakan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan untuk menentukan sikap guru Pendidikan Islam dalam pengajaran berpusatkan pelajar. Dapatan kajian menunjukkan sikap guru pendidikan Islam dalam pengajaran berpusatkan murid berada pada tahap tinggi. Kesimpulannya, kajian ini memberi implikasi terutamanya kepada guru Pendidikan Islam, pihak sekolah, institusi pendidikan guru dan universiti serta kepada teori yang mendasarinya dan amalan pedagogi terutamanya pedagogi Pendidikan Islam.
      33  282
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Sumpah Nafy Al-'ilmi Menurut Undang-undang Keterangan Islam Di Malaysia
    (Intelligentia Resources, 2021)
    Wan Abdul Fattah Wan Ismail 
    ;
    Hasnizam Hashim 
    ;
    Zulfaqar Mama
    ;
    Lukman Abdul Mutalib 
    ;
    Ahmad Syukran Baharuddin 
    ;
    Norma Jusof
    Oaths are generally a method of proof agreed upon by scholars. In addition, the oath is a unique method of proof due to its division, the long scholarly debate and has a variety of terms even though they have almost the same meaning. Oaths are not only enforced as evidence in court, in fact it is also an out-of-court practice that sometimes becomes a confusion between evidence and common practice. In fact, an oath that has its significance in court and being executed in court after fulfilling its conditions. This paper discusses several issues including the concept of oath such as definition, legislation, and conditions of oath according to Islamic law and legislation. The main aim of this paper is to explain the concept and practice of "Nafyi al-`Ilmi Oath" and its practice according to Islamic Evidence Law in Malaysia. The oath of Nafyi al-`Ilmi is very rarely discussed in the ‘Arahan Amalan Sumpah Mahkamah Syariah 2006’ and is adopted in Syariah Courts in Malaysia. This paper also discusses the status of the Nafyi al-`Ilmi oath as evidence and is the Nafyi al-`Ilmi Oath considered as oath of al-Tauthiq or al-Ihtiat.
      10  26
Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia