Browsing by Author "Norsaleha Mohd. Salleh"
Now showing 1 - 6 of 6
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Parameter Orientasi Tafsiran Al-quran Dalam Pembangunan Psikoterapi Abad Ke-21(Penerbit KUIS, 2023) ;Rahim Kamarul Zaman ;Khairulnazrin Nasir ;Ikmal Adnan ;Norsaleha Mohd. SallehPasca transisi dunia ke abad ke-21 menunjukkan perubahan dimensi teoritikal dan praktikal psikoterapi telah berinovasi menjadi lebih fleksibel. Trend perubahan tersebut membuka ruang kepada pembangunan mekanisme komplementari dalam psikoterapi arus perdanaberpandukan pelbagai sumber keagamaan dan nilai-nilai spiritual. Sehubungan itu, pelbagai inisiatif pembangunan psikoterapi berorientasikan tafsiran al-Quran telah dihasilkan pelbagai pihak. Antaranya seperti pengintegrasian kandungan al-Quran dalam modelpsikologi barat atau mekanisme psikoterapi arus perdana dan intervensi dalam kerangka perubatan klinikal. Justeru, berasaskan metode analisis retrospektif secara tematik, kajian ini bertujuan mengemukakan sebuah parameter hasil rumusan orientasi tafsiran al-Quran dalam lapangan psikoterapi abad ke-21. Secara khusus, parameter ini berperanan memandu fleksibiliti orientasi tafsiran al-Quran dalam lapangan psikoterapi berdasarkan klasifikasi Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, Fifth Edition(DSM-5). Secara keseluruhan, tafsiran lengkap 72 nas al-Quran yang membicarakan perihal jiwa telah dianalisis secara komprehensif dan dipetakan selari dengan klasifikasi DSM-5. Tuntasnya, parameter orientasi tafsiran al-Quran ini akan memudahkan proses aplikasi tafsiran al-Quran sebagai mekanisme psikoterapi arus perdana. Kesimpulannya, pembangunan psikoterapi sepanjang abad ke-21 membuktikan kepentingan dan kemantapan tafsiran al-Quran sebagai mekanisme penjagaan kesihatan mental. Oleh demikian, adalah tidak keterlaluan orientasi tafsiran al-Quran dalam lapangan psikoterapi boleh dimartabatkan sebagai mekanisme psikoterapi komplementari arus perdana abad ke-2121 69 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Hadith Nabi Dalam Penulisan: Analisis Terhadap Karya Karya Golongan Liberal Dan Pengaruhnya Dalam Media Sosial(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018-06) ;Phayilah Yama ;Norsaleha Mohd. Salleh ;Abu Zaki Ismail ;Hamidun Mohamad Husin ;Noor Hafizah Mohd. HaridiMohd. Shairawi Mohd. NoorKertas kerja ini merupakan satu kajian ke atas hadis-hadis Rasulullah SAW yang digunapakai oleh golongan liberal dalam penulisan karya mereka. Ia menjadi salah satu wasilah penyebaran pemikiran liberal yang satu aliran berfikir baru dalam kalangan umat Islam. Golongan liberal mempunyai fahaman dan pandangan mereka yang tersendiri terhadap al-Quran dan hadis dalam setiap penghujahan. Penulisan terhadap penghujahan Islam Liberal terhadap al-Quran telah banyak diperkatakan dan dibincangkan berbanding penulisan Islam liberal terhadap hadis. Justeru, kertas kerja ini bertujuan menganalisis penulisan yang ditulis oleh golongan Islam liberal terhadap hadis-hadis Nabi SAW serta pengaruh penulisan tersebut dalam media sosial. Medium ini menjadi platform golongan liberal sebagai modus operandi meningkatkan lagi kuantiti pengikut serta meluaskan lagi ideologi pemikiran mereka. Keadaan ini berikutan peningkatan rakyat Malaysia yang menjangkau lebih daripada 18 juta pengguna tegar media sosial terutamanya akaun facebook dan blog. Ia dilihat lebih mudah dalam menyampaikan maklumat serta berkongsi apa sahaja fahaman tanpa ada sekatan. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan analisis dokumen setelah data dikumpulkan daripada kajian kepustakaan. Kajian kualitatif ini mengadaptasikan kaedah sejarah dan kajian teks dalam usaha untuk menilai keabsahan pendekatan dan hujah yang dikemukakan oleh para pendukung liberalisme terhadap kedudukan hadis Nabi SAW yang bukan sahaja diperkecil bahkan turut dinafikan peranan dalam penulisan-penulisan sahaja sebagai sumber kedua terpenting dalam agama Islam selepas al-Quran al-Karim27 101 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Hadith Nabi Dalam Penulisan: Analisis Terhadap Karya Karya Golongan Liberal Dan Pengaruhnya Dalam Media Sosial(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018-06) ;Phayilah Yama ;Norsaleha Mohd. Salleh ;Abu Zaki Ismail ;Hamidun Mohamad Husin ;Noor Hafizah Mohd. HaridiMohd. Shairawi Mohd. NoorKertas kerja ini merupakan satu kajian ke atas hadis-hadis Rasulullah SAW yang digunapakai oleh golongan liberal dalam penulisan karya mereka. Ia menjadi salah satu wasilah penyebaran pemikiran liberal yang satu aliran berfikir baru dalam kalangan umat Islam. Golongan liberal mempunyai fahaman dan pandangan mereka yang tersendiri terhadap al-Quran dan hadis dalam setiap penghujahan. Penulisan terhadap penghujahan Islam Liberal terhadap al-Quran telah banyak diperkatakan dan dibincangkan berbanding penulisan Islam liberal terhadap hadis. Justeru, kertas kerja ini bertujuan menganalisis penulisan yang ditulis oleh golongan Islam liberal terhadap hadis-hadis Nabi SAW serta pengaruh penulisan tersebut dalam media sosial. Medium ini menjadi platform golongan liberal sebagai modus operandi meningkatkan lagi kuantiti pengikut serta meluaskan lagi ideologi pemikiran mereka. Keadaan ini berikutan peningkatan rakyat Malaysia yang menjangkau lebih daripada 18 juta pengguna tegar media sosial terutamanya akaun facebook dan blog. Ia dilihat lebih mudah dalam menyampaikan maklumat serta berkongsi apa sahaja fahaman tanpa ada sekatan. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan analisis dokumen setelah data dikumpulkan daripada kajian kepustakaan. Kajian kualitatif ini mengadaptasikan kaedah sejarah dan kajian teks dalam usaha untuk menilai keabsahan pendekatan dan hujah yang dikemukakan oleh para pendukung liberalisme terhadap kedudukan hadis Nabi SAW yang bukan sahaja diperkecil bahkan turut dinafikan peranan dalam penulisan-penulisan sahaja sebagai sumber kedua terpenting dalam agama Islam selepas al-Quran al-Karim.51 138 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Risiko Gangguan Seksual Di Dalam Rumah Kepada Remaja(FPPI, KUIS, 2020) ;Norsaleha Mohd. Salleh ;Kamal Azmi Abd. Rahman ;Noor Hafizah Mohd. Haridi ;Norbahiah Misran ;Zetty Nurzuliana RashedNabilah Huda ZaimSexual harassment is a sexually oriented act committed against another person either verbally, non-verbally, physically, or emotionally. Sexual harassment can occur to female teenagers whether they are inside or outside home. This quantitative study used questionnaires that were analysed using SPSS 2.0. The objective of the study is to explore the extent of domestic sexual harassment risk on female teenagers while they are at home. A total of 84 girls from the age of nine to fifteen in Selangor participated in this study where they have received consent from their parents and guardians to participate in this study. This study found that 7.14% of the participants admitted that they like to wear sexy clothes at home and had watched pornographic videos with close family members such as father, brother, uncle, and grandfather. The findings revealed that they had experienced sexual harassment by their family members if they do not maintain the Islamic manners in addition to being excessively exposed to the unlimited information technology facility. The findings also showed that there are unsafe elements towards female teenagers at home if the family well-being mechanism is not properly and well maintained. The implications of this study suggested a development of a mobile application to identify the initial signs of sexual harassment towards female teenagers.26 43 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sikap belia terhadap pemikiran tidak beragama(Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam, KUIS, 2016) ;Zainora Binti Daud ;Norsaleha Mohd. Salleh ;Noorhafizah Mohd. HaridiAhmad Munawar IsmailKertas kerja ini membincangkan sikap belia terhadap pemikiran tidak beragama. Kajian ini merupakan kajian rintis yang melibatkan 43 orang belia di salah sebuah IPT, di Malaysia. Kajian ini bertujuan meninjau latarbelakang belia terhadap pemikiran tidak beragama serta menganalisis aspek sikap golongan belia Islam. Reka bentuk kajian ini iaitu kajian kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik yang telah dibina oleh kumpulan penyelidik dan kandungannya telah disahkan oleh panel pakar. Kebolehpercayaan instrumen kajian berdasarkan nilai Cronbach Alpha yang mencapai tahap ? = 0.81 adalah tinggi. Dapatan analisis menunjukkan tahap penghayatan belia berada di tahap yang baik dengan majoriti belia menunjukkan sikap yang amat prihatin tentang Islam serta minat dalam progrm-program keagamaan ditambah dengan tahap pengetahuan dan peranan media massa. Dapatan kajian analisis kajian juga menunjukkan bahawa sikap belia terhadap pemikiran tidak beragama berada di tahap skor min rendah iaitu (min = 1.28, sp = 0.31). Namun begitu hanya terdapat beberapa item yang menunjukkan sikap negatif belia terhadap pemikiran tidak beragama. Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa tahap sikap belia yang rendah terhadap pemikiran tidak beragama tidak dipengaruhi daripada latarbelakang belia, walau bagaimana pun aspek umur mempengaruhi sikap belia terhadap pemikiran tidak beragama.60 150 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Unbelief Thinking Among Muslim Youth In Malaysia(Science Publication, 2016) ;Zainora Daud ;Norsaleha Mohd. Salleh ;Ahmad Munawar Ismail ;Noor Hafizah Mohd. HaridiAbur Hamdi UsmanThe unbelief thinking is a term that refers to the absence of adherence to religion in the context of free lifestyle practice which is centred on human rights. And it also includes an understanding that is rooted in humanism, secularism, pluralism and liberalism. In relation to this, a researchwas conducted to identify the level of unbelief thinking among Muslim youthin Malaysia which based on the following domains: knowledge, perception and their attitude towards humanism, secularism, pluralism and liberalism. The questionnairewas constructed by a group of researchers and its content was validated by a panel of experts. This instrument wasdistributed to 380 respondents in 12 of the Higher Learning Institutions in Selangor, Malaysia. The reliability of the research instrument was valued based on Cronbach’sAlpha; it obtained a high result of α = 0.88. The study outcomes demonstrated the mean score for the overall level of unbelief thinking among Muslim youth was low (mean = 2.21, sd = 0.41). Whereas the mean score for knowledge constructs was high (mean = 3.76, sd = 1.03), the mean score for perception constructs was low (mean = 2.18, sd = 0.65) and the mean score for attitude constructs was also low (mean = 1.45, sd = 0.48). Additional this study was also conducted to measure the level of their Islamic knowledge. The study showed the mean score for the level of the youth’s Islamic knowledge was high (mean = 4.89, sd = 0.43). The findings revealed the level of Islamic understanding among Muslim youth was high compared to the level of their unbelief thinking, which was low. These findings portrayed despite the existence of a small number of Muslim youth who have deviated from being adherent to religion; there are still a large number of them in Higher Learning Institutions who understand Islamic knowledge highly31 512