Browsing by Author "Norullisza Binti Khosim"
Now showing 1 - 4 of 4
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Dhikr Al-Mawt Dan Kepentingannya Dalam Pembangunan Insan(Academic Inspired Network, 2022)Norullisza Binti KhosimKematian merupakan sunnatullah. Setiap yang bernyawa, pasti berakhir hayatnya selari dengan takdir yang telah tertulis. Tidak sedikitpun diawal atau dilewatkan daripada saat yang telah ditetapkan. Mengingati mati atau ‘dhikr al-mawt’ sebenarnya memiliki kepentingan yang tersendiri dalam pembangunan insan. Bertitik tolak daripada kepentingannya dalam pembangunan insan, satu kajian dilakukan bertujuan mengkaji konsep al-mawt menurut perspektif al-Qur’an selain meneliti kepentingan dhikr al-mawt dalam proses membangun insan cemerlang duniawi dan ukhrawi. Kajian perpustakaan digunakan sepenuhnya bagi mencapai objektif kajian ini. Di akhir kajian ini, didapati bahawa dhikr al-mawt memiliki kepentingan yang tersendiri dengan melihat kepada peranannya sebagai peringatan, pencegah dan pendorong dalam membantu proses pembangunan yang ingin dilaksanakan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembentukan Institusi Kekeluargaa Menerusi Penerapan Nilai Amanah Berteraskan Islam(Academic Inspired Network, 2023)Norullisza Binti KhosimInstitusi kekeluargaan merupakan salah satu institusi pendidikan yang penting dalam memastikan pembangunan seseorang insan dan masyarakat yang bertamadun. Pengabaian usaha membangunkan institusi ini akan memberi kesan yang negatif dan menyebabkan timbulnya pelbagai masalah. Terdapat pelbagai cara untuk membantu pembentukan institusi ini, antaranya ialah dengan penerapan nilai amanah dalam diri setiap individu dalam sesebuah keluarga. Realitinya, nilai amanah dan nilai-nilai Islam yang lainnya merupakan asas pembentukan keluarga yang harmoni. Oleh itu, kajian ini bertujuan membincangkan nilai amanah dalam institusi kekeluargaan dan mencadangkan proses penerapan yang dilihat bersesuaian. Kajian ini menggunakan kaedah dokumen sebagai kaedah pengumpulan data dengan mengaplikasikan pendekatan analisis kandungan sebagai kaedah penganalisisan data. Kajian ini mendapati bahawa; (i) diri sendiri, hak-hak suami, isteri, anak, dan ibu bapa adalah amanah, dan (ii) tiga proses penerapan nilai amanah ialah dengan cara; (a) faham, (b) pupuk, dan (c) sebar. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Peranan Nilai-nilai Islam Dalam Pembangunan Insan Berteraskan Islam(Academic Insprired Network, 2020) ;Norullisza Binti Khosim ;Azrin binti IbrahimMohd Shukri bin HanapiIslam adalah agama yang syumul dan ajarannya meliputi setiap aspek kehidupan. Antara ajaran yang dibawa ialah pengamalan nilai-nilai Islam dalam proses pembangunan insan. Nilai-nilai Islam mempunyai peranan penting dalam proses pembangunan insan dan tanpanya kehidupan tidak sempurna, serta akan berhadapan dengan masalah pelbagai. Hal ini kerana, pembangunan insan merupakan salah satu konsep pembangunan yang perlu diberi penekanan untuk menjamin kesejahteraan hidup dan kelestarian tamadun. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji peranan nilai-nilai Islam dalam pembangunan insan cemerlang bukan sahaja di dunia, malah di akhirat kelak. Kajian ini menggunakan kaedah kajian dokumen sebagai kaedah pengumpulan data dengan mengaplikasikan pendekatan analisis kandungan sebagai kaedah penganalisisan data. Hasil kajian ini memperlihatkan bahawa nilai-nilai Islam berperanan penting dalam pembangunan insan yang sempurna dengan melihat kepada peranannya sebagai; (i) pembentuk peribadi dan pengawal diri, (ii) penggabung dan pengukuh, (iii) penghasil keseimbangan dan kestabilan, serta (iv) pembaik pulih tingkah laku. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication دور الْسرة في غرس صفة العفة لدى الْسرة التايلاندية: دراسة نموذجا(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Abdulloh Salaeh ;Norullisza Binti Khosim ;Walid Mohd SaidSyed Najihuddin Syed Hassan