Browsing by Author "Nur Wahida Lokman"
Now showing 1 - 5 of 5
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Faktor-faktor Gejala Rasuah Dan Cabaran Menanganinya Di Malaysia(Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 2022) ;Azman Ab Rahman ;Nur Wahida Lokman ;Lutfi Mohamed Zain ;Syed Mohd Najib Syed OmarSetiyawan GunardiCorruption among public and private workers has become a hot debate issue in foreign countries as well as Malaysia. According to a report by the Malaysian Anti-Corruption Commission (SPRM), the statistics on the number of arrests from 2014 to 2021 has increased sharply to 205 percent, which is equivalent to 552 cases to 1125 cases. Malaysia has recorded a loss of almost RM 1.8 Trillion due to corrupt practices. Various measures and initiatives to prevent corruption in Malaysia have been taken by the government but reports on corruption continue to rise and show no reduction. The main thing to emphasize before creating the best method of prevention is to identify what is the cause of the problem.Thus, this article aims to analyze the factors that contribute to corrupt activities and the challenges faced by Malaysia in dealing with them. This qualitative study uses documentation and observation methods in the data collection process. Results of the study found that internal factors that cause a person to commit corruption are the existence of opportunities, personal weaknesses and lack of integrity.While external factors are due to low wages, financial stress and work pressure as well as ineffective national policies. The use of technology by perpetrators to prevent corrupt activities from being detected, interference and lack of cooperation from politicians as well as lack of public support and confidence are challenges faced by the government and anti-corruption agencies in tackling corruption in Malaysia. It is hoped that this study can be used as a reference and guide the authorities in curbing corruption while ensuring the community and individuals in the office are free from the symptoms of corruption - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Expansion Of Asnaf Gharimin’s Interpretation In A Pandemic Context In Malaysia(Usuli Faqih Research Centre, 2022) ;Azman Ab Rahman ;Nur Wahida Lokman ;Md Yunus Abd Aziz ;Muhammad Firdaus Ab RahmanHussein ‘Azeemi Abdullah ThaidiThe Covid-19 pandemic that has lasted for over a year has dealt a huge blow to the socioeconomic position and Malaysians well being. Various initiatives have been issued by the government to help the less fortunate including the implementation of a moratorium. Zakat institutions are also indirectly involved in helping people who are in debt in the context of asnaf gharimin. However, when there is a pandemic, the criteria for gharimin scheme recipients need to be re-examined in determining the eligible groups. Therefore, this study was conducted to analyze the interpretation of asnaf gharimin according to the scholars of 4 Madhab, contemporary interpretation and the expansion of its interpretation in the context of the pandemic. This study uses documentation, observation and analysis methods to achieve the objectives of the study. The results show that the interpretation of asnaf gharimin in the pandemic context can be expanded to traders whose sources of income are affected to the point of not being able to repay debts and those who need to settle debts immediately. It is hoped that this study can be a guide and reference for zakat institutions or certain organizations in managing zakat-related affairs for asnaf gharimin during the pandemic. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendekatan Menangani Rasuah Menurut Maqasid Syariah(Usuli Faqih Research Centre PLT, 2022) ;Azman Ab Rahman ;Nur Wahida Lokman ;Lutfi Mohamed Zain ;Syed Mohd Najib Syed OmarSetiyawan GunardiGejala rasuah dalam kalangan penjawat awam mahupun swasta sering menjadi isu polemik yang sangat hangat diperkatakan sehingga merosakkan imej negara di mata dunia. Menurut laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), statistik jumlah tangkapan dari tahun 2014 hingga 2021 berlaku kenaikan mendadak sehingga 205 peratus iaitu bersamaan dengan 552 kes kepada 1125 kes. Bahkan Malaysia telah mencatatkan kehilangan hampir RM 1.8 Trillion disebabkan kegiatan amalan rasuah. Pelbagai langkah dan inisiatif bagi mencegah kegiatan rasuah di Malaysia telah diambil oleh pihak kerajaan namun laporan terhadap kegiatan rasuah terus menerus menaik tanpa menunjukkan sebarang tanda penurunan. Usaha ini perlu dikaji semula berdasarkan kerangka syariah supaya penambahbaikan dapat dilakukan seterusnya mampu mengurangkan permasalahan berkaitan rasuah. Justeru, artikel ini bertujuan untuk membincangkan konsep rasuah menurut Islam dan mengkaji pendekatan menanganinya berdasarkan maqasid syariah. Kajian kualitatif ini menggunakaan kaedah dokumentasi dan pemerhatian dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa rasuah merupakan satu perbuatan yang dilarang dalam agama Islam. Pendekatan menangani rasuah berdasarkan maqasid syariah dalam konteks hifz Al-nafs boleh dilaksanakan dengan menerapkan konsep thahirun nafs, memastikan hasil pekerjaan daripada sumber halal dan mengamalkan etika kerja yang baik. Manakala dalam konteks hifz Al-mal ia boleh dilaksanakan dengan menerapkan sifat adil dalam pengurusan, mengemaskini urus tadbir dengan amanah dan merangka hukuman ta’azir bagi pesalah rasuah. Diharapkan kajian ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada pihak yang berwajib bagi membendung jenayah rasuah dalam konteks Islam untuk menjamin masyarakat dan individu berjawatan bebas daripada gejala rasuah. Kajian lanjutan berkaitan dengan faktor orang muslim melakukan jenayah rasuah juga boleh dilaksanakan pada masa akan datang agar pendekatan yang dicadangkan boleh diterapkan dalam menangani rasuah di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Kalimah Allah Oleh Penganut Kristian Di Malaysia Menurut Maslahah(USIM Press, 2022) ;Nur Wahida Lokman ;Amir Husin Mohd NorSetiyawan GunardiKonflik telah berlarutan antara masyarakat Islam dan masyarakat Kristian di Malaysia apabila pada 2021, rakyat Malaysia dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain iaitu solat, Kaabah dan Baitullah dalam penerbitan agama itu dan untuk pendidikan dalam komuniti mereka selain daripada konflik yang telah berlaku pada 2003 dahulu. Ini menyebabkan masyarakat Islam merasa tidak berpuas hati serta menunjukkan bahawa masih tiada jalan penyelesaian yang kukuh bagi masalah tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menerangkan maksud kalimah Allah dari segi istilah kamus Arab, kamus Melayu dan menurut penganut Kristian. Kajian ini juga akan mengemukakan jenis-jenis maslahah serta menyimpulkan kewajaran penggunaan kalimah tersebut dibenar pakai kepada penganut Kristian di Malaysia menurut kaca mata maslahah. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan daripada sumber primer dan sekunder serta analisis data. Hasil daripada kajian mendapati bahawa kewajaran penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia adalah tergolong daripada jenis Maslahah Mulghoh, maslahah yang tidak diiktiraf oleh syara’. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Perluasan Tafsiran Asnaf Fakir Dan Miskin Dalam Konteks Pandemik Di Malaysia(Usim Press, 2022) ;Azman Ab Rahman ;Nur Wahida Lokman ;Md Yunus Abd Aziz ;Muhammad Firdaus Ab RahmanHussein ‘Azeemi Abdullah ThaidiPenularan wabak Covid-19 telah memperlihatkan kecekapan institusi zakat menguruskan wang dana zakat dengan pantas dan berkebajikan. Pelbagai jenis golongan seperti golongan T20 yang terjejas pendapatan oleh kerana wabak Covid-19 juga turut dibantu oleh pihak institusi zakat. Situasi ini menunjukkan skop agihan zakat kepada asnaf telah diperluaskan bagi menjamin kebajikan umat Islam terjaga. Namun begitu, timbul persoalan dari sudut kedudukan golongan baharu yang boleh dikategorikan sebagai golongan asnaf dalam konteks pandemik. Justeru itu, kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis tafsiran asnaf fakir dan miskin menurut ulama 4 Mazhab, tafsiran kontemporari dan perluasan tafsirannya dalam konteks pandemik. Kajian ini menggunakan kaedah dokumentasi, pemerhatian dan analisis dalam mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa pentafsiran asnaf fakir dan miskin dalam konteks pandemik boleh diperluaskan seperti mereka yang kehilangan punca pendapatan, hilang pekerjaan dan pendapatan bulanan tidak mencukupi untuk menampung keperluan. Diharapkan kajian ini dapat menjadi panduan dan rujukan kepada institusi zakat mahupun organisasi tertentu dalam menguruskan hal ehwal berkaitan zakat. Kajian lanjutan terhadap perluasan tafsiran asnaf gharimin dalam konteks pandemik perlu dilakukan kerana ia juga melibatkan hutang masyarakat yang terjejas semasa pandemik.