Browsing by Author "Nurul Ain Hazram"
Now showing 1 - 6 of 6
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Perkahwinan Bawah Umur di Malaysia dari Perspektif Syariah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2024-07-30)Nurul Ain HazramPerkahwinan bawah umur merupakan perkara yang berlaku bukan sahaja di Malaysia, bahkan di serata dunia. Perkahwinan bawah umur berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya ialah masalah sosial yang berlaku di dalam masyarakat dan ianya juga dikatakan mendatangkan kesan negatif kepada kanak-kanak yang terlibat sehinggakan ramai pihak yang mempersoalkan hukum perkahwinan yang melibatkan kanak-kanak. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan hukum perkahwinan kanak-kanak dengan membincangkan mengenai kanak-kanak dari perspektif syarak dan juga konsep ahliyyah kanak-kanak dalam perkahwinan, seterusnya membuat kesimpulan mengenai perkahwinan kanak-kanak dari perspektif syariah. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen dengan menganalisis kitab-kitab fiqh muktabar dari pelbagai mazhab dan mengambil kira pandangan fuqahā’ daripada mazhab yang berbeza agar penerangan mengenai had umur minimum perkahwinan bagi kanak-kanak dapat dijelaskan dengan lebih terperinci. Artikel ini menyimpulkan bahawa syarat baligh bukanlah syarat sah perkahwinan, oleh itu kanak-kanak memiliki kelayakan untuk melangsungkan perkahwinan yang menjadikan hukum perkahwinan kanak-kanak itu adalah harus. Namun begitu, keharusan ini tidaklah bermakna bahawa ianya merupakan satu perkara yang digalakkan. Malah, keharusan ini tertakluk kepada maslahah dan mafsadah yang boleh terhasil daripada perkahwinan tersebut. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pemberian Ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) Kepada Golongan LGBT: Analisis Dari Perspektif Syariah(Penerbit KUIS, 2023) ;Nurul Ain Hazram ;Mashitah Abdul Mutalib ;Nur Al-Farhain KamaruzamanNur Aina AbdulahPre-Exposure Prophylaxis (PrEP) adalah sejenis ubat yang digunakan untuk mereka yang berisiko menerima jangkitan virus ‘Human Immunodeficiency Virus’ (HIV), yang dikenali sebagai penyakit ‘Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit’ (AIDS). Melalui ujian klinikal yang telah dijalankan, penggunaan PrEP telah terbukti dapat mengurangkan risiko jangkitan HIV/ AIDS. Pada penghujung tahun 2022, Menteri Kesihatan pada waktu itu telah mengumumkan akan menjalankan satu projek rintis penggunaan ubat PrEP di beberapa hospital kerajaan untuk menguji keberkesanannya sebelum ubat tersebut diperakukan oleh Kementerian Kesihatan untuk kegunaan awam. Kenyataan tersebut telah mencetuskan kontroversi di kalangan ulama, ahli akademik, ahli politik dan juga masyarakat kerana dirasakan akan memberi manfaat kepada golongan homoseksual, biseksual dan transgender (LGBT) dan akan menyebabkan berleluasanya maksiat dan membawa kepada mafsadah yang lebih besar. Tidak dapat dinafikan bahawa PrEP dapat mencegah penyakit berjangkit, namun begitu, sekiranya ubat ini diberikan kepada golongan LGBT, dikhuatiri akan menyebabkan golongan ini semakin berleluasa sekali gus mendatangkan mafsadah yang lebih besar. Oleh itu, artikel ini akan menganalisis isu pemberian ubat PrEP kepada golongan LGBT dari perspektif Shariah. Untuk mencapai objektif ini, kajian ini menggunakan pendekatan analisis deskriptif dan induktif. Kajian ini menyimpulkan bahawa hukum pemberian ubat PrEP kepada golongan LGBT perlu diperhalusi mengikut kategori. Bagi kategori pertama; mereka yang terlibat secara aktif di dalam industri seks sebagai pekerja seks, pemberian ubat PrEP adalah haram dan mempunyai larangan yang jelas di dalam syarak. Manakala, bagi kategori kedua; golongan LGBT yang tidak terlibat dalam industri seks, pemberian ubat PrEP hendaklah diteliti dan dilakukan kajian lanjutan dan mendalam oleh pihak yang berautoriti dengan mengambilkira mafsadah yang lebih ringan dan menolak mafsadah yang lebih berat. Kerajaan juga haruslah memainkan peranan yang lebih serius dalam menangani golongan LGBT di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Prosecution of Islamic Criminal Offences Related To LGBT In Online Platforms: An Analysis Of Syariah Criminal Offences (Selangor) Enactment 1995(USIM Press, 2023) ;Nur Al-Farhain Kamaruzaman ;Nur Aina Abdulah ;Mashitah Abdul MutalibNurul Ain HazramOver the recent years, the promotion of Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender (LGBT)immoral behaviour has been done publicly on online platforms such as Instagram, Facebook, Twitter, TikTok and so on. Apart from that, several dating apps have been widely used for these purposes. Hence, the objective of this paper is to review and analyse the provisions of theSyariah Criminal Offences (Selangor) Enactment 1995 related to LGBT offences and to propose improvements to the existing provisions to prosecute LGBT offences committed on onlineplatforms. This qualitative study uses a document analysis approach to collect data. The findings found that there are existing provisions that can be used to prosecute LGBT offences committed online. However, these existing provisions have several issues in terms of substantive, evidence and procedures that require further improvements. To overcome these issues, this paper suggests several improvements such as enacting specific provisions for Islamic criminal offences committed online, amending the Syariah Courts Act 1965 or known as Act 355 to increase the limit of punishment and establishing a technology unit and appointment of skilled officers in the Department of Prosecution. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Rasuah Pilihan Raya: Analisis Hukum Dan Fatwa Di Malaysia Dan Indonesia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2024-09-30) ;Nur Aina Abdulah ;Alfons Zakaria ;Nur Al-Farhain Kamruzaman ;Nurul Ain Hazram ;Setiyawan GunardiNik Nur Afiqah Nek MustafaRasuah merupakan perbuatan yang dilarang dan bersalahan dengan agama, akhlak dan undang-undang. Ia boleh berlaku dalam pelbagai cara dan peringkat, termasuklah dalam pilihan raya. Impak rasuah ini amatlah besar, bukan sahaja meruntuhkan akan sebuah masyarakat, malah negara keseluruhannya. Permasalahannya adalah isu-isu rasuah yang berlegar sekitar pilihan raya masih samar-samar belum dibincangkan secara terperinci dari persepektif Syariah. Oleh itu, objektif artikel ini adalah untuk menjelaskan hukum dan fatwa di Malaysia dan Indonesia berkaitan rasuah termasuk isu-isu yang berlegar ketika pilihan raya. Metodologi kajian kualitatif digunakan dengan kaedah pengumpulan data secara analisis kandungan dan tembual pakar. Data kemudiannya dianalisis secara tematik dan deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa hukum asal sesuatu pemberian adalah harus dalam Syariah. Walau bagaimanapun, dalam isu pilihan raya, sekiranya pemberian itu mempunyai niat dan tujuan di sebaliknya, seperti untuk memancing undi dan mengubah kecenderungan politik, maka, hukumnya adalah haram dan perlu ditinggalkan kerana ia tergolong dalam perbuatan rasuah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tanggungjawab Pesalah Kanak-kanak dalam Undang-undang Rogol di Malaysia: Analisis Menurut Perspektif Syariah(USIM Press, 2023) ;Nur Aina Abdulah ;Nur Al-Farhain Kamaruzaman ;Mashitah Abdul MutalibNurul Ain HazramDefinisi pesalah rogol dalam Kanun Keseksaan Malaysia yang dibaca bersama Seksyen 113, Akta Keterangan 1950 menganggap kanak-kanak di bawah umur tiga belas tahun tidak berupaya melakukan melakukan rogol dengan sangkaan yang tidak boleh dipatahkan. Ia bermakna mereka terlepas daripada tanggungjawab terhadap kesalahan tersebut. Permasalahannya adalah terdapat kes-kes rogol yang melibatkan pesalah kanak-kanak ini terjadi berdasarkan laporan berita yang diterima kebelakangan ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis isu tanggungjawab jenayah dalam perundangan rogol menurut perspektif Syariah. Metodologi kajian kualitatif digunakan dengan kaedah pengumpulan data secara analisis kandungan dan tembual pakar. Hasil kajian mendapati Seksyen 113, Akta Keterangan yang menganggap kanak-kanak di bawah umur tiga belas tahun tidak berupaya melakukan melakukan rogol adalah tidak selari dengan prinsip Syariah dan peredaran zaman. Ia dicadangkan untuk dipinda atau dimansuhkan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication توفير الحكومة دواء Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) المجتمع الميم (LGBT) : دراسة تحليلية شرعية(USIM Press, 2023-03-17)Nurul Ain HazramPre-Exposure Prophylaxis (PrEP) is a prophylactic drug for individuals at risk of contracting HIV, commonly referred to as HIV/AIDS. PrEP has been found to be highly effective in reducing the risk of HIV infection in clinical trials. In late 2022, the Malaysian Ministry of Health once again issued a statement, via the Minister of Health, announcing a trial project to administer PrEP in select hospitals as a government effort to make the drug more accessible to the public. The announcement of this project has generated controversy among scholars, intellectuals, and politicians regarding its permissibility in Islam, given that the project aims to benefit individuals from the lesbian, gay, bisexual, and transgender (LGBT) community. Although there is no doubt about the legal permissibility of PrEP, given its preventive function against infectious diseases, this article seeks to explore whether PrEP may serve as a pretext for obscenity and necessitate legal intervention. The aim of this research is to clarify the legal implications of the government's decision to offer PrEP to individuals at risk of infectious diseases by examining whether PrEP serves as a justification for obscenity that requires legal intervention. To achieve this objective, the study adopts a descriptive, analytical, and inductive approach, which yields several findings, the most significant of which is that while PrEP may prevent infectious diseases, which are often associated with illicit sexual activity, it does not serve as a pretext for obscenity. Therefore, the research contends that there is no objection to providing PrEP, even to members of the LGBT community. However, the government must play a more active role, as briefly outlined in this article, in addressing the LGBT phenomenon, which is incompatible with Malaysian law.