Browsing by Author "Rohana Zakaria"
Now showing 1 - 8 of 8
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Penggunaan Ict dalam Pengajaran Tahfiz : Guru dan Murid di Mrsm Ulul Albab(Penerbit USIM, 2022) ;Mardhiah Yahaya ;Zainora Daud ;Rohana ZakariaHayati HusinArtikel ini membincangkan tentang penggunaan ICT dalam pengajaran tahfiz al-Quran. Pendiidkan tahfiz bukan lagi Pendidikan yang asing di Malaysia malah ia telah diterima sejak 10 tahun sebelum ini. perkembangan Pendidikan yang seiring dengan kemajuan dan kepesatan teknologi turut menjadikan penddidikan tahfiz melangkah seiring bersama. Justeru, objektif kajian ini adalah meneroka tahap persetujuan guru dan murid terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran tahfiz al- Quran. Kajian yang menggunakan reka bentuk kualitatif ini melibatkan guru dan murid dari empat zon iaitu zon utara, zon barat zon timur dan zon selatan semenanjung Malaysia. Temu bual separa struktur telah digunakan sepanjang proses pengumpulan data. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti 8. Tema-tema telah dibentuk berdasarkan data-data yang telah dikumpulkan. Dapatan menunjukkan guru dan murid amat bersetuju terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran tahfiz seiring dengan keperluan Pendidikan Abad ke 21 (PAK 21). Selain itu,turutmenyokong kepada keinginan murid yang mengikut peredaran zaman. Ini selari dengan tuntutan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu melahirkan huffaz yang bukan sahaja menghafaz dengan lancar malah memiliki perkembangan potensi jasmani dan rohani secara menyeluruh. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Main Components Of The Tahfiz Teaching Model With ICT Elements: An Evaluation With The NGT Application(Hunan University, 2022) ;Mardhiah Yahaya ;Azmil Hashim ;Raj Ali Zahid Elley ;Rohana Zakaria ;Siti Rosilawati Ramlan ;Muhammad Fairuz A.AdiMiftachul HudaInformation and communication technology (ICT) is highly relevant in the education sector at present. In the 21st century education, it is the most important medium that can be the key teaching aid with the current changes in teaching. In this context, the study of tahfiz is not an exception in the changing development of current education. This study aims to evaluate the main component of the tahfiz teaching model based on the ICT elements, also known as the i-QTmar Tahfiz Teaching Model, by using the approach of the Nominal Group Technique (NGT). The design for the main components in the model development is based on the Assure Model. Six items for the questionnaire component were submitted to the experts for assessment. Data analyzed based on percentage value levels need to exceed 70%. The expert analysis result proved that the main components of the model could be used as agreed by the responding experts on the main components of the i-QTmar Tahfiz Teaching Model, which achieved the usability status. The implication of the study shows the possibility of using a variety of methods in answering the research questions, especially one of Islamic Education with the NGT application. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Motivasi Ekstrinsik: Analisis Terhadap Cabaran Mengekalkan Hafazan Alquran Dalam Kalangan Pelajar Sarjana Muda Pengajian Qiraat Usim(Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor, 2023) ;Hayati Hussin ;Abdul Rahim Ahmad ;Aslam Farah Selamat ;Muhammad Hafiz Saleh ;Mardhiah Yahaya ;Rohana ZakariaNoor Hafizah Mohd.HaridiPeralihan pendidikan abad 21 menyaksikan cabaran yang getir buat golongan hafiz. Dalam konteks ini, kepimpinandan pengurusan tahfiz perlulah berusaha ke arah mewujudkan suatu sistem pengurusan pendidikan yang efisiendalam menghasilkan golongan huffaz yang cemerlang. Amat membimbangkan apabila hasil daripada temudugapelajar yang ingin menyambung ke peringkat pengajian tinggi mendapati terdapat lebih daripada 70% pelajar diMalaysia yang telah bergelar al-Hafiz dan al-Hafizah didapati tidak dapat mengekalkan hafazan walaupun semuapelajar tersebut telah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran. Justeru kajian ini bertujuan untuk menerokai motivasiekstrinsiksertamenganalisiscabarandalammengekalkanhafazanal-Qurandalamkalanganmahasiswabagiprogram sarjana muda qiraat di USIM (SMQ USIM). Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan mengedarkanborang soal-selidik. Seramai 41 orang mahasiswa yang terlibat sebagai peserta kajian. Kajian berkaitan motivasiekstrinsik isu dan cabaran cabaran mengekalkan hafazan al-Quran dalam kalangan pelajar tersebut dianalisis denganmenggunakan SPSS versi 23.0 bagi memperolehi skor peratusan dan min. Hasil kajian mendapati bahawa motivasiekstrinsik dalam kalangan pelajar sarjana pengajian qiraat USIM adalah berada ditahap sederhana tinggi (min=3.94).Kajianini memberi implikasi yangsangat penting kepada pihakUSIMsecarakhususnyadanIntitusi pengajiantahfiz di Malaysia secara umumnya agar memberi penekanan dalam aspek ulangan bermula daripada peringkat mulamenghafal al-Quran sehingga semua pelajar serta mereka yang telah bergelar al-hafiz dan al-hafizah dapat menjagahafazan al-Quransehingga keakhir hayat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penguasaan metode Rasm Uthmani di kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah Agama Integrasi di Selangor(Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 2017) ;Shaharuddin Pangilun ;Mohd Mahfuz Jaafar ;Rohana Zakaria ;Hayati HussinAbdul Rahim AhmadPenyelidikan ini merupakan kajian tahap penguasaan metode Rasm Uthamni dalam kalangan Guru-Guru Pendidikan Islam (GPI) di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Selangor. Tujuan penyelidikan ini untuk mengenal pasti tahap dan masalah penguasaan metode Rasm Uthmani di kalangan GPI dalam memastikan gabung jalin Rasm Uthmani dengan Kurikulum Pendidikan Islam, Hafazan dan Tajwid yang dilaksanakan di SRAI. Kajian ini menggunakan metodologi kuantitatif, di mana soal selidik telah diedar kepada responden di sekolah-sekolah yang telah dikenal pasti. Ia juga berbentuk deskriptif bagi menjelaskan sesuatu kenyataan dengan menganalisis data daripada soal selidik yang diperolehi. Sebagai kesahan instrumen kajian ini, kajian rintis telah dijalankan di dua buah di Selangor. Hasil kajian mendapati tahap penguasaan Rasm Uthmani di kalangan GPI masih berada di tahap yang sederhana dan sangat perlu kepada penambah baikan. Di harap penyelidikan ini dapat membantu meningkatkan penguasaan ilmu al-Quran di kalangan guru GPI agar menjadi lebih mantap, di samping dapat memberi pendedahan dan membimbing murid-murid dalam menguasai ilmu-ilmu al-Quran dengan lebih baik. Seterusnya, dapat membantu Kerajaan Negeri Selangor khasnya dan agensi-agensi berkepentingan dalam memastikan matlamat Pendidikan Islam dalam negara ini tercapai. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Peranan Ibu Bapa Terhadap Pembelajaran Al-quran Secara Atas Talian(Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, 2023) ;Rohana Zakaria ;Hayati HussinWan Zarifah Binti Wan BahanudinPandemik yang melanda negara telah menyebabkan pembelajaranal-Quran yang sebelum ini dilakukan secara bersemuka terpaksa dijalankan secara atas talian. Maka kajian ini adalah bertujuan untuk melihat persepsi ibu bapa terhadap peranan yang mempengaruhi pembelajaran al-Quran secara atas talian. Kajian ini telah dijalankan di sebuah Sekolah Rendah Islam di negeri Kelantan iaitu Sekolah Rendah Islam al-Amin Tropicana Kota Bharu, Kelantan. Seramai 103 orang responden yang terdiri daripada pelajar darjah satu sehingga darjah enam terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui edaran borang soal selidik yang telah diedarkan dalam bentuk google form untuk mendapatkan maklumat. Keseluruhan data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical Package for Social Science”(SPSS). Hasil kajian mendapati bahawa ibu bapa sedar peranan mereka terhadap pembelajaran al-Quran secara atas talian. Tanggungjawab dan tumpuan mereka penting dalam menyokong pembelajaran al-Quran anak-anak dalam situasi ini. Justeru itu, ianya menunjukkan impak yang positif namun anak-anak masih memerlukan bantuan daripada ibu bapa mereka untuk memudahkan serta melancarkan lagi proses pembelajaran kelas al-Quran ini. Lantaran itu, kesedaran dan budaya yang baik ini hendaklah diberi perhatian yang lebih luas lagi terhadap penghayatan al-Quran dalam segenap lapisan masyarakat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Persepsi guru dan murid di MITS Selangor terhadap penggunaan teknologi maklumat (ICT) dalam pengajaran tahfiz(Journal Of Islamic Contemporary Issues, 2021) ;Mardhiah Yahaya ;Rohana Zakaria ;Mohd ShaifulMuhammad ZaidArtikel ini bertujuan membincangkan senario penggunaan ICT dalam pengajaran tahfiz al-Quran. Umum mengetahui bahawa pendidikan tahfiz di Malaysia bukan lagi pendidikan yang asing dan ia mula diterima sejak 10 tahun sebelum ini. Pengajaran tahfiz perlu kepada perubahan bertepatan dengan pendidikan abad ke-21 iaitu dengan memperkasa penggunaan ICT. Justeru objektif kajian ini adalah menilai tahap kesedian guru dan pelajar MITS di Selangor terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran hafazan al-Quran. Oleh itu, kajian deskriptif ini menggunakan pendekatan kuantitatif sebagai data utama. Data diperolehi melalui instrumen soal selidik yang diedarkan kepada 279 orang pelajar dan 59 guru di MITS sebagai pemilihan subjek dalam kajian ini. Kemudian data dianalisis menggunakan perisian Statistical Product and Service Solutions 22.0 (SPSS 22.0). Hasil kajian menunjukkan kesedian guru terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran tahfiz pada tahap min keseluruhan 3.81 dan s.p 0.775 berada pada tahap interpretasi sederhana tinggi. Manakala bagi murid min keseluruhan adalah 3.33 dan s.p 0.736 berada pada tahap interpretasi sederhana tinggi. Walau bagaimanapun, persepsi majoriti guru setuju dan sangat setuju terhadap kepentingan penggunaan ICT dalam pengajaran tahfiz namun tahap penggunaannya masih di peringkat sederhana. Sedangkan dalam masa yang sama permintaan murid-murid terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dalam interpretasi sederhana tinggi. Pengajaran tahfiz berasaskan ICT harus diperkasakan sebagai satu alat pengajaran yang sangat efektif melalui pembentukkan persekitaran pembelajaran yang menyokong keperluan, minat dan situasi peribadi mereka. Selain itu, turut menyokong kepada keinginan murid yang mengikut peredaran zaman. Ini selari dengan tuntutan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu melahirkan huffaz yang bukan sahaja menghafaz dengan lancar malah memiliki perkembangan potensi jasmani dan rohani secara menyeluruh. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Students' Perceptions Toward The Usage Of Technology As Medium For T&l Of Qiraat During Covid-19(Global Academy of Training and Research(GATR), 2022) ;Hayati Hussin ;Abd Rahman Abd Ghani ;Abdul Rahim Ahmad ;Muhammad Hafiz Saleh ;Mardhiah YahayaRohana ZakariaPurpose - The world recently faced the Covid-19 outbreak, which impacted various sectors like economics, medical and health, community, tourism, psychology, and mental health. The outbreak affects the education and higher education sectors. Methodology - This study aims to investigate the dimensions of students on the usage of technology as medium in Qiraat course during Covid-19. This study is a qualitative reserch which applied case study and focus group discussions (FGD) from students in Darul Quran, JAKIM. Findings - This research concludes that four themes are the foundation for analysing technology usage among students in Darul Quran during COVID-19; Google Meet serves as the technological medium of choice for students in their TnL sessions. The perks of using the Google Meet medium in qiraat's TnL make the course easier and more effective to learn during the pandemic, was agreed by 93.3% of the students, or 14 out of 15 students. Meanwhile, 60% of students, or 9 out of 15, decided that the most significant constraint of TnL using Google Meet is a slow internet connection, while 40% of students, or 6 out of 15 students, claimed that the main problem with qiraat's TnL through technology is that they have limited comprehension and are not focused. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tadabbur Al-quran: Implikasinya Dalam Meningkatkan Spiritual Pembaca Al-quran(Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 2017) ;Rohana Zakaria ;Fatin Nazmin MansorKhairul Anuar MohamadAl-Quran adalah petunjuk yang benar ,cahaya dan peringatan bagi orang yang mengambil manfaat darinya. Sebagai umat Islam, kita seharusnya memahami dengan jelas bahawa al-Quran bukanlah sebuah kitab yang hanya dibaca, namun ia juga perlu difahami, ditadabburi dan dihayati dalam kehidupan seharian. Justeru, kertas kerja ini bertujuan mengupas makna tadabbur dan kepentingannya. Seterusnya membincangkan implikasi tadabbur al-Quran khususnya dalam meningkatkan spiritual pembaca al-Quran. Hasilnya membuktikan bahawa daripada proses tadabbur ini akan melahirkan seorang muslim yang berjiwa hamba. Jiwanya sebagai hamba Allah swt, sehingga dapat mencapai kekuatan spiritual yang paling unggul. Hatinya terasa hampir dengan Allah swt dan menjadi lebih tenang serta mendatangkan rasa rindu (wujdan) kepada keesaan dan kebesaran Tuhan. Semoga kertas kerja ini dapat menyumbang ke arah peningkatan memahami keutamaan dan kepentingan tadabbur al-Quran serta implikasinya, di samping kita dapat mengamalkan serta menghidupkan amalan tadabbur dalam setiap diri kita, sebagaimana yang dituntut oleh Allah swt. Dan akhirnya melahirkan muslim yang unggul dan cemerlang kesan daripada ransangan al-Quran.