Browsing by Author "Siti Mariah Mazan"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Covid-19 Cabaran Dan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Teradun(Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM, 2021) ;Simah Mamat ;Che Aleha Ladin ;Azni Yati Kamaruddin ;Siti Mariah MazanNor Asiah IsmailPengenalan-Penggabungan penggunaan media digital dengan kaedah tradisional (chalk and talk, tugasan, nota, tayangan video, youtube) secara dalam talian telah menjadi satu platform penting kepada semua guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara formal dan tidak formal semasa COVID-19. Namun, untuk merealisasikan medium baharu ini dalam kalangan guru, banyak persoalan yang perlu ditangani dengan bijak oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan semua pihak. Objektif – Kertas kerja ini dilaksanakan untuk mendalami fenomena yang berlaku dari segi cabaran dan pelaksanaan pembelajaran secara dalam talian sewaktu tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP). Selain itu, objektif kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti langkah dan inisiatif yang dilaksanakan oleh KPM dalam PdP. Methodologi – Metod yang digunakan adalah kaedah kualitatif dengan mendapatkan sumber data daripada kajian-kajian lepas, catatan perkembangan pembelajaran teradun daripada kumpulan-kumpulan e-didik, di bawah KPM, telegram, laman web, petikan dan berita dari seluruh Malaysia dan luar negara. Dapatan – Cabaran yang didapati adalah bukan semua kawasan kediaman murid-murid mendapat liputan internet terutama mereka yang tinggal di pedalaman. Cabaran seterusnya ialah keluarga yang kurang berkemampuan. Melalui penyediaan bahan PdP yang kreatif dan berinovasi, para guru telah mendapat sokongan daripada pihak KPM kerana berjaya melaksanakan PdP secara dalam talian sekali gus guru dapat menjana cara berfikir muridmurid di luar kotak. Penggunaan media digital tidak mengira jarak dan masa kerana penyampaian ilmu merupakan tanggugjawab dan amanah hakiki para pendidik kepada masyarakat.Walaubagaimanapun, bukan semua kawasan mendapat liputan terutama yang tinggal di pedalaman.Terdapat juga keluarga yang kurang berkemampuan sukar menyediakan kemudahan data dan gadget untuk anak-anak mereka meneruskan PdP secara maya ini. Kepentingan – Memberikan pendedahan kepada guru-guru dengan kursus-kursus dan latihan pengajaran yang mengintegrasikan teknologi digital secara berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan memberikan panduan kepada KPM untuk menggubal atau menambah baik kurikulum pendidikan dengan mengintegrasikan elemenelemen lain merangkumi pengetahuan teknologi dalam pengajaran. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Display Light Board (DLB) Dalam Meningkatkan Kemahiran Teknik Melukis Bentuk Geometri Secara ‘Still Life’(Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM, 2021) ;Siti Mariah MazanChe Aleha LadinPengenalan - Display Light Board menggabungkan unsur cahaya dan latar belakang putih untuk menimbulkan kesan cahaya dinamik dan dramatik kepada bentuk-bentuk geometri yang diletakkan di atasnya. Inovasi ini dilakukan kerana murid didapati sukar melukis bentuk objek khususnya bentuk geometri dan tidak dapat menentukan arah cahaya dan saiz bayang yang tepat semasa melukis. Objektif – Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan display light board (DLB) dalam meningkatkan kemahiran teknik melukis bentuk geometri secara ‘still life’. Methodologi – Kajian ini melibatkan 10 orang murid aliran seni Tingkatan 4. Kajian secara kualitatif dijalankan dengan kaedah temubual, ujian pra, pelaksanaan intervensi menggunakan instrument Model DLB dan ujian pos. Penggunaan model DLB sebagai satu kaedah inovasi dengan menyalakan lampu kearah bentuk-bentuk geometri yang diletakkan diatas papan, sehingga terhasil kesan cahaya dan bayang yang dapat dijadikan panduan kepada murid untuk melukis bentuk yang efektif. Dapatan – Model inovasi DLB digunakan agar murid lebih faham dan dapat melihat gambaran sebenar bentuk geometri bersama kesan cahaya dan bayang yang tepat. Di samping mempraktikkan teknik melukis, aspek keseimbangan, kadar banding, ton, bayang dan kesan pencahayaan yang betul juga diaplikasikan bersama semasa menghasilkan karya. Hasil inovasi ini menunjukkan 100% murid mudah melihat dan faham arah cahaya serta bentuk bayang yang terhasil daripada cahaya lampu yang dipasang. Murid lebih yakin kerana dapat melihat bentuk objek, bayang dan cahaya sebenar. 90 % daripada mereka dapat melukis objek dengan baik dengan mengenalpasti kedudukan bayang yang tepat pada objek. Kepentingan – Kajian ini dapat digunakan oleh para guru sebagai pendedahan kepada murid untuk mudah memahami konsep melukis objek dengan tepat, memudahkan murid melihat, memahami konsep secara autentik, meneliti kesan cahaya dan bayang dengan jelas dan dapat melukis bentuk maujud secara ‘still life’. Kajian ini juga penting untuk menambah kreativiti serta mengetengahkan idea guru dalam meningkatkan penghasilan inovasi. Di samping itu, kemahiran melukis murid dapat ditingkatkan selari dengan keputusan peperiksaannya kelak. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Display Light Board (DLB) Untuk Meningkatkan Kemahiran Teknik Melukis Bentuk Geometri Secara ‘Still Life’(USIM Press, 2021-12)Siti Mariah MazanPelajar didapati sukar melukis bentuk objek khususnya bentuk geometri dan tidak dapat menentukan arah cahaya dan saiz bayang yang tepat semasa melukis. Ini menyebabkan lukisan tidak nampak relistik dari segi bentuk dan konteks pencahayaan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan display light board (DLB) dalam meningkatkan kemahiran teknik melukis bentuk geometri secara ‘still life’. Display Light Board menggabungkan unsur cahaya dan latar belakang putih untuk menimbulkan kesan cahaya dinamik dan dramatik kepada bentuk-bentuk geometri yang diletakkan di atasnya. Kajian secara kualitatif dijalankan terhadap 10 orang pelajar tingkatan 4 yang dipilih secara persampelan bertujuan. Data dikumpul menggunakan kaedah pemerhatian dan kajian dokumen. Satu alat inovasi iaitu Model DLB digunakan untuk membantu meningkatkan kemahiran pelajar untuk melukis cahaya dan bayang dengan tepat. Lampu dinyalakan ke arah bentuk-bentuk geometri yang diletakkan diatas papan, sehingga terhasil kesan cahaya dan bayang yang dapat dijadikan panduan kepada pelajar untuk melukis bentuk yang efektif. Hasil penggunaan model DLB menunjukkan 100% pelajar mudah melihat dan faham arah cahaya serta bentuk bayang yang terhasil daripada cahaya lampu yang dipasang. 90 % daripada mereka dapat melukis objek dengan baik dengan mengenal pasti kedudukan bayang yang tepat pada objek. Justeru, kajian mencadangkan supaya Model DLB ini dapat digunakan oleh pelajar untuk memahami konsep melukis objek dengan tepat secara ‘still life’ dengan adanya kesan cahaya dan bayang yang jelas. Guru dapat menadikan DLB ini sebagai bahan bantu mengajar yang sesuai untuk meningkatkan pencapaian pelajar.