Browsing by Author "Syed Najihuddin Syed Hassan"
Now showing 1 - 20 of 120
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Al-Quran Dan Sunah Sebagai Asas Istinbat Hukum: Metodologi Imam Al-Shaficiyy(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-08) ;Nidzamuddin Zakaria ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Abdulloh SalaehNooh Ma Yu LongIjtihad Imam al-Shaficiyy adalah bersumberkan empat rujukan utama iaitu; al-Quran, Sunah, Ijmac dan Qiyas. Kajian ini membincangkan tentang metodologi Imam al-Shaficiyy dalam mengeluarkan hukum-hukum berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Terdapat beberapa metod al-Shaficiyy yang ingin dikemukakan oleh penulis berkaitan istinbat hukum berasaskan al-Quran melibatkan penggunaan kaedah umum (al-cAm) dan khusus (al-khas) dalam al-Quran dan takhsis lafaz al-cAm al-Quran dengan Khabar Ahad serta Nasikh dan Mansukh. Bagi istinbat hukum berasaskan sunah pula, penulis membahaskan beberapa metod al-Shaficiyy meliputi hadis Mutawatir, hadis Ahad dan hadis Mursal. Metodologi al-Shaficiyy ini merupakan landasan yang tepat dalam mengeluarkan hukum-hukum bagi memastikan penggunaan sumber-sumber tersebut secara maksimum dan mengikut keutamaannya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Al-Quran: Kitab Pembangunan Sinergi Umat Manusia Sejagat(Penerbit USIM, 2023) ;Nidzamuddin Zakaria ;Abdulloh Salaeh ;Amran Abdul Halim ;Syed Najihuddin Syed HassanWalid SaidKertas kerja ini membahaskan tentang takrifan, kedudukan dan peranan al-Quran sebagai rujukan dan panduan kehidupan dunia dan akhirat. Ciri-ciri keunggulan dan kemuliaan kitab suci al-Quran bersumberkan dalil-dalil al-Quran dan Sunnah dikemukakan dalam perbahasan topik yang dikemukakan. Di samping itu, peranan dan fungsi kitab suci al-Quran sebagai sinergi pemangkin pembangunan umat sejagat dalam menjalani kehidupan kita di dunia dan meraih kesenangan abadi di negeri akhirat nanti. Untuk itu, metod tadabur dan aplikasi kitab al-Quran ini perlu dijadikan amalan dalam usaha membumikan kurikulum langit ini sebagai way of life yang efisyen dan tuntas. Peminggiran kitab suci al-Quran daripada kehidupan dan ketamadunan insan akan mengakibatkan kemunduran jiwa dan iman serta kehinaan berkekalan dalam kehidupan. Usaha penghayatan al-Quran ini tidak akan berjaya melainkan perkara ini berlangsung secara komited dan konsisten dalam proses pendidikan yang holistik, teratur dan bersepadu demi mencapai Khaira Ummat atau kecemerlangan umat manusia sejagat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Alternatif Ganjaran Seumpama Pahala Ibadat Haji Dan Umrah Era Pandemik Covid-19: Suatu Analisis Awal(Intelligentia Resources, 2021-12-31) ;Lukmanul Hakim HanafiSyed Najihuddin Syed HassanThis paper aims to explain and discuss the alternatives to obtain similar rewards as hajj and umrah for Muslims or future hajj and umrah pilgrims who are obstructed to leave for the Holy Land of Mecca in the COVID-19 pandemic season, at the same time without dropping the obligation of hajj and umrah in the future. To achieve the objectives of this writing, the library method was used to collect data and content analysis was used to analyze all the documents. The study found that there are histories of the Prophet S.A.W. in the Qur'an and Hadith which explains how to obtain rewards as similar to the rewards of hajj and umrah in the practices of daily life, and also for Muslims who are unable to perform hajj and umrah in the Holy Land of Mecca but want the similar rewards of hajj and umrah. It is hoped that the findings from this research will be a ‘cure’ and 'ilāj for Muslims who are sad and unable to perform hajj and umrah in the Holy Land of Mecca and then be satisfied and think well of the planning of Allah S.W.T.. It is suggested that future researchers construct modules or models related to this study. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Hadis Berkaitan Nama Lain Bagi Surah Al-Mulk Dalam Kursus Tafsir Maudu‘i Di USIM: Satu Kajian Tinjauan(Penerbit KUIPSAS, 2021) ;Abdulloh Salaeh ;Amran Abdul Halim ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Nidzamuddin Zakaria ;Mahsor YahyaWalid Mohd SaidHadis itu adalah satu sumber utama dalam mengeluarkan hukum selepas al-Quran dan merupakan warisan peninggalan Rasulullah SAW. Perkembangan agama Islam yang begitu pantas ini telah berjaya melahirkan ramai ilmuan dan cendekiawan yang hebat khususnya di Tanah Melayu berasal dari sumber al-Quran dan hadis. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan menganalisis hadis yang menyatakan nama-nama yang lain bagi Surah al-Mulk dan kedudukan hadis dan kandungannya yang diajarkan dalam kursus Tafsir Maudu‘i di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Justeru, kertas kerja ini akan menghuraikan kedudukan sejumlah hadis berkaitan nama-nama Surah al-Mulk serta kajian hadis-hadis tersebut hadis yang mana di dalamnya terkandung hadis yang sahih, hasan, da‘if dan lain-lain. Kajian ini juga akan dapat memberikan pendedahan umum tentang beberapa ayat dalam surah al-Mulk serta kelebihannya. Kajian ini menggunakan kaedah berbentuk penyelidikan kepustakaan. Hasil kajian ini dapat mendedahkan tentang ilmu hadis, kedudukannya secara yang lebih tuntas lagi untuk para pelajar dan orang awam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Hadith Di Dalam Kitab Risalah Tazkirah Al-Guflah Fi Bayan Asrar As-Solat(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Abdulloh Salaeh ;Amran Abdul Halim ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Mohd. Fauzi Mohd Amin ;Nidzamuddin Zakaria ;Mahsor Yahya ;Walid Mohd SaidMesbahul HoqueAgama Islam telah datang menerangi di Kepulauan Tanah Melayu ini semenjak dari abad ke 16 Masihi lagi. Perkembangan Agama Islam yang begitu pantas ini berjaya melahirkan ramai ilmuan dan cendiakawan yang hebat khususnya di tanah Pattani. Ini dapat disaksikan pada Abad ke 17 Masihi di mana di zaman inilah lahir ramai ulama dari kepulauan nusantara ini, antaranya tokoh yang amat terkenal iaitu Syeikh Daud Al-Fatani dan Syeikh Abdullah bin Idris Bendam Badam dan lain-lain. Kelahiran ini bukan sahaja melahirkan tokoh yang terkenal malah kitab-kitab rujukan yang masih segar sehingga zaman moden ini. Antara kitab yang masih digunakan bagi Syeikh Abdullah bin Idris Bendam Badam ialah Kitab Kitab Risalah Tazkirah Al-Guflah Fi Bayan Asrar As-Solat. Kitab ini bukan sahaja menjadi bahan rujukan bahkan dijadikan sebagai bahan pembelajaran utama di beberapa institusi pondok yang masih wujud sehingga sekarang. Kitab ini sebagai asas pembelajaran mereka tentang solat, Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan menganalisis kedudukan hadith yang terkandung di dalamnya. Justeru kertas kerja ini akan cuba memberikan pendedahan tentang kedudukan serta kajian hadith yang dilakukan terhadap kitab ini yang mana di dalamnya terkandung hadis yang sahih, hasan, dhaif dan lain-lain. Kajian ini juga akan dapat memberikan pendedahan umum tentang pengarang serta kitabnya. Kajian ini menggunakan kaedah berbentuk penyelidikan perpustakaan. Hasil kajian ini dapat membantu masyarakat dalam memberikan pendedahan tentang ilmu hadith, kedudukannya serta penggunaannya dalam kitab ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Keperluan Pembangunan Aplikasi Eibadah Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Murid Ketidakupayaan Pendengaran(Academic Inspired Network, 2024) ;Muhammad Hafizuddin Mohd Nazam ;Muhammad Alif Haziq Mohd MasriSyed Najihuddin Syed HassanPengajaran Pendidikan Khas di Malaysia telah bermula sejak tahun 1954. Usaha ini telah memberikan peluang kepada murid Ketidakupayaan Pendengaran bersekolah di sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sehingga ke hari ini. Bahagian Pendidikan Khas (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merancang pelbagai inisiatif untuk membantu golongan ini. Hal ini dapat dilihat melalui perubahan pesat yang berlaku di sekolah. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran abad ke21 (PdPc) Pendidikan Islam Murid Berkeperluan Khas juga turut diubah suai selari dengan perkembangan teknologi masa kini. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keperluan dan peluang dalam pembangunan aplikasi "E-Ibadah" bagi pengajaran pendidikan Islam kepada murid yang mengalami ketidakupayaan pendengaran. Dalam konteks ini, kami mengidentifikasi cabaran unik yang dihadapi oleh golongan ini dalam memahami dan mengamalkan ajaran agama Islam. Metodologi kajian melibatkan tinjauan literatur, temu bual dengan pakar pendidikan khas, dan pengumpulan maklum balas daripada komuniti murid yang terlibat. Dapatan kajian menunjukkan perlunya suatu platform digital yang dapat memudahkan akses kepada bahan pengajaran Islam, seperti bimbingan ibadah, pelajaran agama, dan interaksi sosial yang bersesuaian dengan keperluan golongan ini. Keputusan kajian ini memberikan landasan untuk pembangunan aplikasi "E-Ibadah" yang bersifat inklusif, menyediakan konten yang disesuaikan, serta memanfaatkan teknologi pembantu seperti isyarat bahasa dan animasi visual. Aplikasi ini diharapkan dapat meningkatkan pengalaman pembelajaran dan pengamalan ibadah bagi murid dengan ketidakupayaan pendengaran, sekaligus memperkukuhkan kefahaman mereka terhadap nilai-nilai Islam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Manhaj Dabt Dalam Surah Al-baqarah: Kajian Manuskrip Al-quran Msma021 Koleksi Pusat Manuskrip Narathiwat(Academic Inspired Network, 2024) ;Abdulloh Salaeh ;Amran Abdul Halim ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Nidzamuddin Zakaria ;Norhasnira IbrahimIdi Bin HamdiManuskrip Melayu adalah salah satu hasil seni dan bukti keunggulan serta kehebatan daya cipta masyarakat Melayu tradisional zaman dahulu, Antara kandungan manuskrip yang kerap ditulis adalah tentang kehebatan sesebuah kerajaan dan lain–lain. Dabt juga adalah suatu disiplin ilmu yang berkaitan dengan metode penandaan huruf-huruf alQuran. Disiplin ilmu ini berlandaskan hukum baik dari sudut bentuk tajwidnya. Fokus utama penelitian ini adalah Analisis Manhaj Dabt dalam Surah al-Baqarah: Kajian Manuskrip alQuran MSMA021 Koleksi Pusat Manusrip Narathiwat tulisan tangan yang terdapat di Narathiwat, Thailand. Kaedah kajian ini mengguna pendekatan filologis. Metode yang digunakan sepanjang penelitian ini adalah metode pengumpulan data melalui metode dokumentasi dengan menganalisis teks al-Quran MSMA021. Hasil penelitian yang diperolehi pada analisis pengetahuan dabt dalam naskah al-Quran MSMA021 jelas menunjukkan penulisan dabt mushaf al-Quran MSMA021 tidak mengikuti metode pengetahuan dabt yang sebenarnya seperti harakat lengkap, tanwin, mad, sabdu, sukun dan hamzah, tetapi lebih sesuai dengan pola penulisan normal. Sebagai hasil dari temuan penelitian ini, penulis mengajukan proposal agar penelitian ini dapat dilakukan secara seterusnya pada surah al-Quran lainnya di Perpustakaan Negara Malaysia yang belum dikaji secara komprehensif yang berasal dari dunia Melayu. Oleh kerana itu, naskhah al-Quran ini merupakan naskhah besar yang akan meningkatkan harakat dan martabat tulisan para ulama terdahulu secara akademik dan lebih berwibawa kepada generasi digital khususnya dalam bidang al-Quran. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Rahsia Sumpah Allah SWT Dengan Masa Dalam Surah Ad-Dhuha(Penerbit USIM, 2023) ;Abdulloh Salaeh ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Amran Abdul Halim ;Ahmad Kamel Mohamed ;Mohd Zohdi Mohd Amin ;Nidzamuddin Zakaria ;Norhasnira IbrahimKauthar Binti Abd KadirQuran adalah kalam Allah yang menjadi pedoman dalam hidup ini. Salah satu gaya bahasa yang ditunjukkan oleh Allah SWT dalam menyampaikan risalah suci-Nya dalam Quran adalah surah yang panjang dan ada surah yang pendek. Sesetengah surah pula dimulakan dengan menggunakan qasam atau sumpah. Adakala Allah bersumpah dengan zat-Nya, bersumpah dengan rasul-Nya dan sumpah dengan makhluk-Nya. Mengapa Allah SWT bersumpah serta apakah rahsia dan manfaat sumpah yang terkandung dalam Quran? Objektif kertas kerja ini ialah untuk mengkaji tentang sumpah Allah SWT berkaitan garis masa dalam Quran khususnya Surah Ad-Dhuha. Kajian kepentingan masa serta rahsianya yang tersirat dalam surah ini. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif yang yang menganalisis segala maklumat yang diperolehi daripada kitab tafsir muktabar seperti tafsir al-Tabari, Ibnu Kathir, al-Qurtubi dan lain-lain. Hasil kajian ini mendapati bahawa Allah SWT bersumpah dengan masa yang tertentu dengan tujuan yang tertentu. Seterusnya, akan dikaitkan dengan isu-isu semasa yang berkaitan memandangkan kebanyakan masyarakat awam hidup dalam nikmat yang diabaikan iaitu nikmat waktu dhuha. Ini kerana kesan dan pengaruh media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp, Youtube dan sebagainya. Kesibukan dengan perkara tersebut menyebabkan generasi masa kini menjadi kurang berminat kepada agama dan membawa kepada kedaifan iman seseorang. Justeru, masyarakat awam perlu mempelajari dan memahami Quran dengan sebenar-benarnya agar dapat meningkatkan tahap keimanan dan mencapai redha Allah SWT. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi Dan Keberkesanan Laman Web Nuqayah Dalam Pengajaran Kajian Tafsir Di Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, USIM(Academic Inspired Network, 2024) ;Muhammad Hadi Najmi Nor Johan ;Muhammad Asyraf Utami Syahrial ;Muhammad Shollehin Mamat PekriSyed Najihuddin Syed HassanPerkembangan ilmu tafsir dalam era modenisasi kian berkembang malah dilihat masyarakat kini bukan sahaja menuntut ilmu dalam keadaan berlutut lagi bahkan hanya melalui peranti sahaja. Antara metodologi baru dalam pengajaran dan pembelajaran tafsir kini adalah berasaskan laman web. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan nuqayah.com pengajaran dan pembelajaran kajian tafsir dalam kalangan pelajar. Tambahan pula, kajian ini juga meliputi penggunaan mesra pengguna, menyemak kelebihan dan kelemahan laman web tersebut sebagai mekanisme dalam pendidikan. Metode kajian yang digunakan ialah kaedah berbentuk kuantitatif. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama yang diedarkan kepada 40 orang pelajar tahun 4 dari Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, USIM pada tahun 2023. Disamping itu, dapatan analisis menunjukkan kefahaman responden dalam memahami tafsiran al-Quran dengan jelas serta keberkesanan proses pembelajaran mereka. Kesimpulannya, implikasi daripada perkembangan teknologi digital kini telah memenuhi keperluan masyarakat dalam pengajian tafsir pada saat ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi Kecerdikan Buatan (ai) Dalam Pembelajaran Al-quran(Academic Inspired Network, 2024) ;Farihah Khalisah Nasir ;Umairatul Ezzah Md Ariff MaricarSyed Najihuddin Syed HassanKajian ini dijalankan bagi menerangkan kelebihan menggunakan pelbagai jenis Aplikasi Kecerdikan (Intelligence Artificial) dalam membantu proses pembelajaran Al-Quran. Antara permasalahan yang dapat diketengahkan di dalam kajian ini adalah dapatan carian mod bahasa daripada AI tidak sepenuhnya bertepatan dengan konteks dari ayat Al-Quran apabila melalui proses translasi. Selain itu, terdapat juga kesukaran dalam mencari aplikasi AI yang tepat dalam proses pembelajaran Al-quran. Seterusnya, adalah berkaitan kesedaran masyarakat masih berada di tahap rendah dalam memahami kaedah penggunaan aplikasi AI dalam pembelajaran Al-Quran. Objektif kajian ini adalah bagi mengenalpasti kesahihan makna ayat al-quran hasil carian ChatGPT, seterusnya menganalisis aplikasi AI yang paling sesuai dalam pembelajaran Al-Quran serta memberi pendedahan kepada masyarakat berkaitan penggunaan pelbagai aplikasi AI berikutan perkembangan teknologi hari ini. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Antara hasil dapatan kajian ini adalah, penggunaan kaedah AI dalam pembelajaran Al-Quran memerlukan proses berkonsultasi dengan ahli tafsir untuk memastikan interpretasi yang diberikan oleh Chatgpt bertepatan dengan al-quran. Walaupun setelah menggunakan AI, masyarakat tetap perlu merujuk kepada kitab-kitab tafsir Al-Quran. Selain itu, pemilihan aplikasi kecerdikan buatan haruslah yang sesuai dengan situasi dan keperluan konteks pembelajaran Al-Quran. Kesimpulannya, aplikasi kecerdikan buatan adalah mod alat yang berharga dalam pembelajaran Al-Quran namun masih perlu diambil kira beberapa kekurangannya. Penting untuk mengimbangi kemudahan akses ini dengan ada keterlibatan daripada orang yang mahir dalam bidang alquran bagi memastikan apa yang dicari itu sahih. Ekoran perkembangan teknologi aplikasi AI, masyarakat boleh menjadikannya satu metode dalam meningkatkan pemahaman kepada Al-Quran. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi laman web Al-Durar Al-Saniyyah dalam mentakhrijkan hadis: kajian kes di Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah (Universiti Sains Islam Malaysia)(Universiti Sains Islam Malaysia, 2009) ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Zulhilmi Mohamed Nor ;Ahmad Sanusi Azmi ;Noornajihan JaafarMohd Zohdi Mohd AminThis research revolves the effectiveness of a1 durar a1 saniyyah's website in takhrij hadith. This research aims to study the background of a1 durar a1 saniyyah's website, to evaluate the effectiveness of this website in teaching and learning for the takhrij hadith's subject, to study how far this website easy to be used, and to identify several advantages and weaknesses of this website. This research can be categorized as a field research which involve preparation of the report by a descriptive quantitative methodology. Hence, the instruments used in this research are through observations, questionnaires and interviews. This research clearly showed that a1 durar a1 saniyyah's website really contributes in takhrij hadith, and also beneficial in teaching and learning process. Beside, this website is easy to be understood and yet to be used. A few advantages and weaknesses of this web site had been notified as well. As a conclusion, a1 durar a1 saniyyah's website must be introduced among students as an instrument in teaching and learning for the takhrij hadith's subject, and as an instrument in takhrij hadith's process generally. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi Quizizz Dalam Membantu Pengajaran Guru Pendidikan Islam Di Sekolah-sekolah Di Kuala Lumpur(Academic Inspired Network, 2024) ;Halimaton Saadiah Abdul Rahim ;Wan Nursofea Aisyah Wan Ismail ;Nur Atif Farihah Asri @ AslisSyed Najihuddin Syed HassanKajian ini meneliti dan memberikan gambaran umum tentang Aplikasi Quizizz sebagai platform atau alat digital yang akan digunakan dalam membantu pengajaran guru Pendidikan Islam di sekolah sekolah di Kuala Lumpur. Dengan penggunaan Aplikasi Quizizz, ini akan menjadikan pengajaran guru lebih menarik dan tidak akan membosankan pelajar kerana aplikasi Quizizz ini dilakukan menggunakan internet berbanding kaedah lama yang mana kuiz dijalankan dengan hanya menggunakan pen dan kertas. Aplikasi Quizizz merupakan alat pembelajaran kendiri yang membolehkan setiap pelajar meraikan pencapaian dan keupayaan masing-masing. Permasalahan kajian yang didapati dalam kajian ini ialah adakah konten-konten yang disediakan oleh Quizizz sesuai dengan kurikulum Pendidikan Islam di sekolah-sekolah di Kuala Lumpur. Seterusnya ialah sejauh mana guru Pendidikan Islam dan pelajar menerima dan merasakan manfaat menggunakan Aplikasi Quizizz dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Objektif utama kajian ini ialah untuk menilai sejauh mana konten-konten yang disediakan oleh Quizizz bersesuaian dengan kurikulum Pendidikan Islam di sekolah-sekolah di Kuala Lumpur. Seterusnya ialah untuk mengukur sejauh mana pelajar menerima dan merasakan manfaat menggunakan Aplikasi Quizizz dalam pembelajaran Pendidikan Islam serta menganalisis pandangan pelajar terhadap kebergunaan, kebolehgunaan, dan daya tarikan Aplikasi Quizizz. Kajian ini akan menggunakan kaedah kuantitatif data. Kaedah kuantitatif data yang digunakan adalah menerusi soal selidik guru-guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah di Kuala Lumpur. Kajian ini mendapati maklum balas tentang sejauh mana konten-konten Quizizz selaras dengan kurikulum Pendidikan Islam di sekolah-sekolah di Kuala Lumpur. Seterusnya ialah, kajian ini mendapati penilaian terhadap bagaimana pelajar merasakan kebolehgunaan dan kebergunaan Quizziz dalam pembelajaran Pendidikan Islam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Applying Mobile Application Development Life Cycle In The Development Of Fasting Tracker Android Application(Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS, 2017) ;Nur Afiyah Mahmud Fathi ;Mahyuddin Hashim ;Norhasnira Binti IbrahimSyed Najihuddin Syed HassanFasting is the 3rd pillar of Islam. Fasting during Ramadhan is compulsory for every Muslim. Therefore, muslim women who are unable to fast during Ramadhan such as woman in menstruation, or in child-birth bleeding, pregnant women and nursing mother will be charged as fidyah based on certain condition. Most of the women have a problem to remember how many days they missed their fasting in Ramadhan and when they have to replace (qada') their fasting. The objective of this research is to develop an Android application for fasting and fidyah. To make this research successful, an Android application will be developed for user to track fasting by using Mobile Application Development Lifecycle (MADLC) method which includes seven phases: identification, design, development, prototyping, testing, deployment and maintenance. The purpose of this research is to help Muslims women to track their fasting and know the amount of fidyah they need to pay based on the day and year they left fasting as well as the information about fasting and fidyah based on Quran and sunnah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Asosiasi Antara Ketaasuban Media Sosial dengan Pencapaian Akademik Mahasiswa(Penerbit USIM, 2024) ;Putri Noor Ellysha Nasywa Binti Zulkefle ;Hajar Binti Ahmad Hamdan ;Assakinah Binti BaharudinSyed Najihuddin Syed HassanMedia sosial telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan seharian kita, terutama di kalangan mahasiswa yang hidup dalam dunia yang semakin terdigitalisasi. Penggunaan media sosial yang berlebihan dapat menyebabkan mereka terlalu bergantung kepada teknologi dan media sosial sehingga menjadikan mereka taasub dan mengganggu tahap pencapaian akademik mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara ketaasuban media sosial dengan pencapaian akademik mahasiswa. Masalah ini menjadi penting kerana media sosial semakin popular di kalangan mahasiswa dan terdapat kebimbangan bahawa penggunaan media sosial yang berlebihan dapat memberi kesan negatif terhadap pencapaian akademik mahasiswa. Oleh itu, kajian ini akan membantu untuk mengenal pasti adakah terdapat asosiasi antara ketaasuban media sosial dengan pencapaian akademik mahasiswa di universiti tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk menyelidik hubungan antara ketaasuban media sosial dengan pencapaian akademik mahasiswa. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang dilakukan menerusi tinjauan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden yang terdiri daripada mahasiswa. Data diperolehi daripada60 responden yang secara aktif menggunakan media sosial. Dengan menggunakan kaedah ini, hasil kajian menunjukkan bahawa peratusan responden kajian yang mengalami ketaasuban media sosial dan menjejaskan pencapaian akademik lebih tinggi berbanding daripada responden yang tidak mengalami ketaasuban media sosial. Dapat disimpulkan bahawa penggunaan media sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan mahasiswa dan dapat mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara ketaasuban media sosial dan pencapaian akademik mahasiswa. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication A Bibliometric Analysis of Ma‘Alim Al-Quran Wa Al-Sunnah Journal Published by USIM From 2005 to 2020(USIM Press, 2022-05) ;Syed Najihuddin Syed HassanSiti Nurfatihah ShaariSince 2005, the Faculty of al-Quran and Sunnah Studies in Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) has published Ma‘alim al-Quran wa al-Sunnah as a trilingual and bi-annual journal. The 16-year-old journal underwent a lengthy process of improvement before obtaining MyCite recognition in 2019. Since its inception, the journal has successfully published a total of 187 quality articles in the field of Quranic and Sunnah studies. This article then examines journal publication statistical data from the first publication in 2005 to 2020. As a result, the quantitative approach to statistically evaluating the findings was chosen as the research method. This study's findings are associated with writing patterns such as writing language, author gender, authors affiliation, writing frequency, and writing field. According to the findings, 408 authors published a total of 186 articles, with the majority of 323 are men. The data also show that 116 articles were in Arabic, 54 articles were in Malay, and the rest were in English. In this journal, single authorship is the most preferred method (92 articles), and the highest page number ratio is 11 to 20 pages (78 articles). Quranic studies account for 53.23% of the articles, and thematic studies are the most popular among authors, accounting for 55 articles. Malaysian authors contribute the most articles (267) followed by Jordanians (41). The authors with the most contributions, 250 in total, were all affiliated with USIM. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Cabaran Pembinaan Pangkalan Data Hadis Lengkap Dalam Bahasa Melayu Untuk Data Raya (Big Data) Yang Dihadapi Oleh Kumpulan I-Status Hadis: Satu Kajian Kes(Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, 2022) ;A. Irwan Santeri Doll Kawaid ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Helimy Aris ;Norzulaily Mohd Ghazali ;Mohd Fadzli Marhusin ;Norhidayah AzmanNurul Fathihin Mohd Noor ShahLedakan teknologi maklumat telah merancakkan lagi perkembangan ilmu, aplikasi dan pemprosesan maklumat. Data-data yang diperolehi sama ada daripada sumber maya atau konvensional didigitalkan, disusun dan dianalisa menggunaan mesin penyusun dan penganalisa. Data-data tersebut kemudiannya digunakan untuk pelbagai tujuan. Selain menggunakan mesin penyusun dan penganalisa data, penggunaan mesin pembuat keputusan juga dapat membantu menghasilkan output yang lebih baik dan tepat. Dalam bidang hadis, banyak pihak telah membangunkan pelbagai aplikasi digital berkaitan hadis menggunakan teknik yang ringkas mahupun yang lebih kompleks mencakupi kemampuan janaan dan paparan dapatan yang hebat dan penggunaan teknologi berasaskan awan. Tujuannya untuk memudahkan orang ramai mencapai data-data hadis Nabi SAW. Data dalam aplikasi-aplikasi tersebut biasanya dicapai daripada pangkalan data yang telah disiapkan. Namun, tidak banyak aplikasi atau pangkalan data berkaian hadis yang bercirikan maklumat dan paparan yang hebat yang dibina dalam bahasa Melayu. Kebanyakan yang amat bagus hanya terdapat dalam bahasa asing. Ketiadaan ini disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya ketiadaan dana, sumber manusia, kepakaran dan pelbagai lagi. Kertas kerja ini akan cuba membincangkan cabaran yang dihadapi oleh kumpulan i-Status Hadis, USIM dalam membina pangkalan data hadis lengkap untuk tujuan data raya. Kajian kes ini akan cuba mengkaji permasalahan yang mereka hadapi serta melihat solusi kepada penyelesaiannya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Community And Legal Right On Elderly Care(HUMAN RESOURCE MANAGEMENT ACADEMIC RESEARCH SOCIETY, 2024) ;Amran Abdul Halim ;Norazmi Anas ;Amiruddin Mohd. Sobali ;Abdulloh Salaeh ;Syed Najihuddin Syed HassanMohd Izzuddin Agiman@AzmanFrom an Islamic standpoint, the obligation to care for the elderly is incumbent upon adult children for the duration of their elders' lives, necessitating a profound commitment. This responsibility often requires adjustments in the children's lifestyle to accommodate the needs of their elders. We are to instill a sense of duty and affection towards the elderly and to raise awareness in the community about the significance of parental care, particularly from an Islamic perspective. Hence, this study aims to discusses the elderly care from Islamic perspectives, also the relationship Muslim community with elderly, and the legal right of elderly in Islam. The intersection of community values and legal rights plays a crucial role in ensuring proper care for the elderly. Communities serve as the backbone of support, fostering environments where older individuals feel valued, respected, and included. This involves not only familial care but also broader societal structures that prioritize the well-being of elderly members. Legal frameworks serve to formalize and protect the rights of the elderly, ensuring access to essential services, healthcare, and protections against abuse or neglect. By enshrining these rights into law, societies acknowledge the inherent dignity and worth of older individuals, affirming their entitlement to care and support. The synergy between community values and legal rights is essential for addressing the complex challenges associated with elderly care. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Critical Review on Hadith Application in Google Play Store from 2017-2023(Human Resource Management Academic Research Society, 2023) ;Nurul Izzatul Huda Mohamad Zainuzi ;Syed Najihuddin Syed HassanNur Aliah Sabrina Mohd SabriBeside Qur'an, the study of Hadith is the second main source of Islamic Teaching. Despite the age's more rapid growth and the rise of technology as a method of communication and knowledge communication technology (ICT) in this era of digitization has given a new dimension to the understanding of hadith. Numerous initiatives have been created to enhance, sustain, and preserve to learn Hadith in digital platform. The availability of Hadith applications nowadays significantly assists Muslims in better understanding and applying Science of Hadith in their daily lives. However, there are several Hadith application methods available to Muslims on a variety of current platforms. There are a lot of programmes in the Google Play Store, so it can be difficult to identify which ones have pros and cons. In order to analyse data and assess the usability of hadith applications accessible in the Google Play Store, this study used the Hands-On Measurement approach. Following data analysis and usability evaluation based on a variety of crucial mobile application needs, including as learnability, efficiency, memory, error management, and satisfaction, thirty hadith apps from the Google Play Store were selected for a shortlist. According to the study, Muslims can utilise the hadith applications that are available on the Google Play Store as a source of knowledge and education, however precaution should always be applied if the software has issues. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Dakwah Tv Alhijrah: Pengaruhnya Terhadap Remaja(Penerbit USIM, 2024) ;Nur Ain Afiqah Nor Khafiz ;Nur Afiqah Shazwani Jasman ;Saidatul Adawiyah ZulkifliSyed Najihuddin Syed HassanTV AlHijrah merupakan peneraju dalam bidang media Islam yang mempunyai kesan ketara terhadap dakwah remaja bagi membentuk pandangan dan nilai remaja terhadap Islam. Platform ini bukan sahaja menyediakan maklumat, pengetahuan, dan perspektif Islam namun menawarkan program yang mendorong pemikiran, memenuhi hasrat remaja masa kini. Setiap idea inovatif yang dikeluarkan oleh TV AlHijrah bertujuan untuk menarik perhatian remaja melalui produksi yang kreatif serta untuk memenuhi keperluan dakwah dan keperluan pengetahuan remaja. Namun, sejauh manakah keberkesanan dakwah melalui TV AlHijrah ini terhadap remaja dalam era globalisasi ini? Oleh itu, kajian ini bertujuan bagi menganalisis pengaruh dakwah TV AlHijrah terhadap pemikiran remaja melalui penerimaan nilai nilai islam yang disampaikan. Kajian ini menggunakan pendekatan secara kuantitatif dimana dapatan kajian diperoleh daripada hasil soal selidik yang diedarkan di kalangan responden remaja yang berumur 13 hingga 25 tahun. Hasil kajian menunjukkan bahawa dakw ah TV AlHijrah sangat memberi kesan kepada remaja bagi mengukuhkan pemahaman mereka tentang prinsip agama dan moral. Dakwah TV AlHijrah sangat penting bagi membentuk pemikiran dan nilai remaja kerana ia boleh memupuk perspektif positif tentang kehidupan. T untasnya, kajian ini menyimpulkan dengan jelas bahawa dakwah di TV AlHijrah mempunyai peranan yang tidak dapat diabaikan sebaliknya, ia menyumbang secara besar besaran kepada pembentukan individu yang berakhlak dan berpegang teguh pada ajaran agama. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Fardu Kifayah Dalam Kepelbagaian Karier Menurut Perspektif Al-Quran(2013) ;Amiruddin Mohd Sobali ;Nidzamuddin ZakariaSyed Najihuddin Syed HassanPekerjaan adalah suatu yang penting dalam kehidupan manusia dan menjadi nadi dalam pembangunan masyarakat dan tamadun. Islam memerintahkan umat manusia untuk bekerja dan mencari rezeki yang halal untuk diri dan keluarga. Bahkan na&ah yang dikeluarkan untuk keluarga lebih besar pahalanya dan diutamakan berbanding sedekah kepada orang lain kerana itu adalah tanggungjawab ketua keluarga. Al-Quran merakamkan betapa para nabi dan rasul terdahulu turut mencurah tenaga membanting tulang untuk menyara hidup selain membawa risalah Allah SWT yang hak. Islam membidas sikap meminta-minta bahkan memerintahkan setiap insan berusaha. Justeru kertas kerja ini akan cuba memberikan pendedahan tentang nas-nas Al-Quran yang memfokus secara terperinci tentang perintah untuk manusia mengerahkan tenaga mencari rezeki di atas muka bumi Allah yang amat luas ini tanpa menghadkan bidang pekerjaan yang diceburi. Perkara ini sangat penting untuk direnungi oleh umat Islam pada waktu ini di mana dunia menyaksikan kelembapan ekonomi global ditambah dengan bilangan penganggur yang meningkat. Kajian yang dilakukan ini lebih berbentuk penyelidikan perpustakaan. Kajian ini dapat membantu masyarakat di dalam memberikan pendedahan galakan Al-Quran kepada umat manusia betapa pentingnya seseorang Muslim itu membina kerjaya demi mencari rezeki yang halal dan mengubah persepsi manusia bahawa kepelbagaian kerjaya penting dalam membina tamadun.