Browsing by Author "Syed Salim bin Syed Shamsuddin"
Now showing 1 - 4 of 4
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Garis Panduan Penganjuran Perayaan dan Acara dalam Masyarakat Malaysia: Tinjauan dari Bab Ahkam Al-Hisbah Kitab Al-Ahkam Al-Sultaniyyah oleh Imam Al-Mawardi(Penerbit USIM, 2024) ;Syed Salim bin Syed ShamsuddinMuhammad Asyraf bin RazakMalaysia sebagai negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan mempunyai pelbagai adat resam dan tradisi. Setiap kaum dan agama di negara ini mempunyai sambutan perayaan dan acara yang tersendiri. Hal ini mengundang polemik dan perdebatan apabila ia diadakan dalam kalangan masyarakat yang beragama Islam apatah lagi apabila terdapat umat Islam yang turut menyertai sambutan perayaan dan acara yang berunsurkan keagamaan dan kebudayaan yang bercanggah dengan Islam. Penulisan ini bertujuan untuk menjelaskan konsep perayaan dan acara di Malaysia dan mencadangkan garis panduan penganjuran perayaan dan acara yang sesuai berdasarkan bab Ahkam al-Hisbah di dalam kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah karya Imam al-Mawardi. Penulisan ini bersifat kualitatif deskriptif melibatkan kajian kepustakaan melalui analisis dokumen terhadap teks turath kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah serta penulisan kontemporari yang berkaitan. Metodologi analisis tekstual diaplikasikan pada bab Ahkam al-Hisbah untuk menyusun tema dan idea utamanya dalam merungkai tujuan hisbah dan kaedah untuk menegakkan akhlak awam dalam masyarakat majmuk sesuai dengan nilai-nilai Islam. Penulisan ini mendapati bahawa mengadakan dan menyambut pelbagai bentuk perayaan dan acara keramaian sama ada berbentuk keagamaan atau kebudayaan telah menjadi adat kebiasaan bagi masyarakat Malaysia. Imam al-Mawardi telah mendatangkan beberapa langkah untuk pemantauan dan perlaksanaan sambutan perayaan dan penganjuran acara berdasarkan perbahasan mengenai hisbah di dalam karya beliau al-Ahkam al-Sultaniyyah. Oleh itu, pihak berkuasa bahagian hal ehwal agama Islam perlulah lebih cakna dan mengikuti trend dan perkembangan semasa agar masyarakat tidak leka dan tenggelam dalam gaya hidup hedonisme. Penganjuran perayaan dan acara perlu dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini dan adab serta tatasusila masyarakat di rantau ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Integrasi Ilmu Usul Fiqh, Usuluddin Dan Mantik Dalam Karya Akidah Jawi Untuk Memahami Nas-nas Mutasyabihat: Tinjauan Terhadap Kitab Risalah Manhaj Ahli Sunnah Oleh Tuan Guru Haji Abdul Qadir Bin Wangah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Syed Salim bin Syed ShamsuddinWan Mohd Fazrul Azdi bin Wan RazaliArtikel ini meninjau perkaitan di antara tiga cabang utama ilmu Islam iaitu usul fiqh, usuluddin dan mantik dalam membahaskan nas-nas mutasyabihat yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis. Ilmu usul fiqh, usuluddin dan mantik mempunyai hubung kait yang jelas. Perbahasan tentang dalalat, qiyas dan istinbat hukum contohnya menjadi salah satu topik utama dalam ketiga-tiga ilmu ini yang terdapat dalam karangan-karangan para ulama silam. Ulama-ulama Melayu di Nusantara turut menggunakan pendekatan penulisan melibatkan unsur-unsur yang ada dalam ketiga-tiga ilmu tersebut dalam menulis karya-karya akidah terutama ketika menghuraikan nas-nas mutasyabihat. Salah satu karya yang terkenal ialah karya Tuan Guru Haji Abdul Qadir bin Haji Wangah yang bertajuk Risalah Manhaj Ahli Sunnah. Artikel ini melihat bagaimana penulisan karya-karya Jawi ulama Melayu dalam bidang akidah menggabungkan elemen-elemen yang terdapat dalam ilmu usul fiqh, usuluddin dan mantik untuk menghuraikan perbahasan nas-nas mutasyabihat. Tinjauan ringkas diambil dari karya Risalah Manhaj Ahli Sunnah dengan mendatangkan beberapa contoh aplikasi integrasi tiga bidang ilmu tersebut. Penulisan ini bersifat kualitatif deskriptif melibatkan kajian kepustakaan terhadap beberapa karangan para ulama silam dan semasa yang berkaitan serta kitab Risalah Manhaj Ahli Sunnah secara khusus. Penulis mendapati bahawa nas-nas al- Quran dan hadis mesti difahami mengikut konteks, kaedah dan selok-belok disiplin bahasa Arab. Teks-teks mutasyabihat tidak selalu dapat difahami menurut makna literalnya, oleh itu perlu dilihat mengikut pendekatan dan manhaj yang diambil oleh ulama Ahli Sunah Waljamaah. Dalam mengarang karya akidah, para ulama telah mengaplikasi dan mengadaptasi perbahasan- perbahasan yang terdapat dalam ilmu mantik dan usul fiqh melalui pendekatan kontekstual terhadap pemahaman teks-teks al-Quran dan hadis. Risalah Manhaj Ahli Sunnah tidak terlepas dari mengambil pendekatan yang sama bagi menjelaskan ayat-ayat mutasyabihat agar selari dengan perjalanan Ahli Sunah Waljamaah dan mengelakkan daripada terjebak ke dalam akidah yang menyamakan Allah SWT dengan makhluk. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendekatan Ijtihad Jama'I dalam Pengharmonisasian Ikhtilaf Fuqaha(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Syed Salim bin Syed ShamsuddinAbdul Manan bin IsmailPerbezaan pendapat dalam permasalahan fikah (ikhtilaf fiqhi) yang berlaku dalam kalangan fuqaha dan mujtahid merupakan satu lumrah dalam syariat Islam. Kepelbagaian pendapat dan pandangan ini jika dikumpulkan akan dapat menghasilkan buah fikiran yang lebih bernas dan baik sekaligus dapat menyatukan kepelbagaian tersebut demi mengharmonisasikan percanggahan yang berlaku. Artikel ini menghuraikan pendekatan ijtihad secara kolektif (ijtihad jama‘i) sebagai wadah untuk mencari titik pertemuan di antara ikhtilaf yang berlaku dalam fikah. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif melalui analisis dokumen terhadap karangan para ulama terdahulu dan terkini yang berkaitan dengan permasalahan ikhtilaf dan ijtihad. Hasil kajian menunjukkan perbezaan dan percanggahan pendapat dalam kalangan fuqaha ini diterima selagi ia mengikut prinsip-prinsip yang telah ditetapkan serta tidak membawa kepada perpecahan sesama masyarakat. Selain itu, didapati bahawa ijtihad jama‘i mampu menghimpunkan pandangan-pandangan tersebut yang akhirnya akan melahirkan pandangan yang sama atau hampir sama. Ini penting bagi menangani kepesatan teknologi dan penemuan-penemuan baharu yang semakin kompleks yang memerlukan kepada fatwa dan ijtihad baharu serta sesuai dengan keperluan semasa. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Peranan Maqasid Syariah “Ḥifẓ Al-Nafs” dan “Ḥifẓ Al-‘Aql” dalam Penutupan Sekolah dan Universiti di Malaysia Semasa Pandemik Covid-19(Penerbit USIM, 2022) ;Nur Izyan Farihah binti AliasSyed Salim bin Syed ShamsuddinPenyebaran wabak COVID-19 merupakan ancaman besar kepada masyarakat dunia pada hari ini. Disebabkan pandemik ini, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini. Antara arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan termasuklah penutupan institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti di Malaysia. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan Maqasid Syariah “Ḥifẓ al-Nafs” dan “Ḥifẓ al-‘Aql” dalam penutupan sekolah dan universiti semasa wabak COVID-19 di Malaysia. Artikel ini juga membincangkan kewajaran tindakan kerajaan dalam menutup sekolah dan universiti serta mengenal pasti kesannya terhadap para pelajar dan guru. Penulisan ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif melibatkan kajian kepustakaan melalui analisis dokumen terhadap karangan dan penulisan para ulama silam dan semasa yang berkaitan. Artikel ini mendapati bahawa Maqasid Syariah “Ḥifẓ al-Nafs” dan “Ḥifẓ al-‘Aql” memainkan peranan penting dalam memberi justifikasi penutupan sekolah dan universiti di Malaysia. Peranan “Ḥifẓ al-Nafs” adalah lebih penting daripada “Ḥifẓ al-‘Aql” bagi memelihara nyawa masyarakat daripada bahaya dan kemudaratan. Walaupun terdapat beberapa kesan dan cabaran kepada pelajar, guru dan pensyarah, langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menutup sekolah dan universiti adalah wajar untuk melindungi kelangsungan kehidupan dan keintelektualan masyarakat Malaysia.