Browsing by Author "Wahida Mansor"
Now showing 1 - 5 of 5
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analysis Of Meaning Accuracy In The Translation Of Malay To Arabic Sentences Among Among Students Of Universiti Sains Islam Malaysia(Usuli Faqih Research Centre PLT., 2023) ;Arnida A Bakar ;Lubna Abd. RahmanWahida MansorTerjemahan berperanan menyebarkan ilmu pengetahuan, maklumat dan mesej penting yang terkandung dalam bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Terjemahan yang baik menyalurkan makna dengan tepat dan jelas bagi penghasilan optimum aspek keberkesanan dan pemahaman mesej. Oleh itu, terjemahan yang tepat memastikan maklumat yang terkandung dalam teks sumber dipindahkan kepada teks sasaran tanpa tiada maklumat yang tertinggal, ditambah, dikosongkan ataupun berbeza daripada teks sumber. Sebaliknya, apabila berlaku pengurangan makna iaitu maklumat dalam teks sumber tertinggal dalam teks sasaran, maka terjemahan yang tidak tepat terhasil. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis ketepatan makna bagi terjemahan ayat Melayu-Arab yang dihasilkan oleh para pelajar jurusan bahasa Arab dan Komunikasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Metod kajian ini berbentuk pendekatan kualitatif dengan mengaplikasi kaedah analisis dokumen bagi mengumpul data kajian. Korpus kajian pula terdiri daripada ujian terjemahan ayat Melayu-Arab yang dipetik daripada pelbagai jenis teks. Analisis deskriptif terhadap isi kandungan ujian dilakukan bertujuan mengenal pasti ketepatan makna yang diberikan bagi ayat yang diterjemahkan oleh pelajar tahun 3 secara berkumpulan. Penguasaan bahasa Arab yang mendalam dalam kalangan pelajar merupakan satu syarat utama bagi mencapai tahap terjemahan yang baik dalam bahasa sasaran. Hal ini bagi memastikan terjemahan yang berkualti dan berkesan dari sudut penyampaian mesej serta makna yang tepat dan sejadi dapat dihasilkan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Cabaran Dan Keyakinan Pelajar Melayu Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Di Sekolah Menengah(USIM Press, 2018) ;Muhammad Najib Jaafar ;Zulkipli Md. Isa ;Wahida Mansor ;Arnida Abu BakarZainal Abidin HajibKajian ini bertujuan mengenal pasti tahap cabaran dan keyakinan pelajar-pelajar Melayu di sekolah menengah terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Kajian ini juga melihat faktor-faktor yang membentuk cabaran dan mempengaruhi keyakinan para pelajar sekolah menengah dalam mempelajari Bahasa Arab. Seterusnya, kajian turut meneliti hubungan antara keyakinan pelajar-pelajar bertutur dalam Bahasa Arab dengan kekerapan mereka bertutur. Sampel kajian terdiri daripada 1400 orang pelajar tingkatan 1, 2, dan 4 dari sekolah menengah agama di semenanjung Malaysia yang menawarkan subjek Bahasa Arab Komunikasi. Data kajian dipersembahkan secara diskriptif dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian mendapati tahap cabaran pelajar dalam mempelajari Bahasa Arab boleh dianggap sebagai mencabar pada kedudukan min sebanyak 3.1340 dengan nilai sisihan piawainya adalah pada 0.6470. Manakala tahap keyakinan pelajar terhadap Bahasa Arab boleh dianggap sederhana dengan skor min mereka adalah pada 2.768 dan sisihan piawainya pula adalah pada 0.313. Kajian ini mendapati sembilan faktor boleh dikaitkan dengan cabaran pelajar mempelajari Bahasa Arab dan lapan faktor yang mempengaruhi keyakinan mereka. Ujian Khi Kuasa Dua telah digunakan bagi menentukan kebergantungan keyakinan pelajar bertutur dalam Bahasa Arab dengan kekerapan mereka bertutur dalam Bahasa Arab. Test of Independent telah dilakukan dan mendapati ianya signifikan pada aras 0.05, dengan nilai χ2 = 107.588, df = 9, p = 0.000. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembangunan Laman Web E-Multi Ling Mu'jam Sebagai Alternatif Pembelajaran Kendiri: Satu Analisis Keperluan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-09-09) ;Amani Nawi, ;Lubna Abd Rahman, ;Arnida A Bakar &Wahida MansorSejak pandemik Covid-19 melanda dunia dan negara secara khususnya, semua institusi pendidikan di pelbagai peringkat mula memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti pembelajaran dalam talian sebagai kaedah penyampaian dan pemudahcaraan. Hal ini dapat dilihat menerusi beberapa usaha dan kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak, selaras dengan kemudahan dan kemajuan teknologi yang semakin menarik, efektif dan bersifat dinamik. Objektif utama kertas kerja ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan laman web sebagai alternatif pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar universiti. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang sering dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan laman web sebagai platform pembelajaran. Kajian tinjauan yang berbentuk kuantitatif ini dijalankan sebagai satu analisis keperluan kepada pembangunan kamus kontekstual pelbagai bahasa berasaskan web yang dinamakan sebagai E-Multiling Mu’jam. Hasil kajian ini sangat penting bagi membantu para penyelidik mereka bentuk dan membangunkan laman web pembelajaran ini selari dengan kehendak dan keperluan pengguna. Responden kajian terdiri daripada para pelajar di Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Terjemahan (BAL4143). Instrumen kajian berbentuk soal selidik akan digunakan untuk mengumpul data. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel secara deskriptif untuk melihat min,peratusan dan kekerapan. Kajian ini diharap dapat dijadikan pemangkin kepada usaha mengintegrasi ilmu pengetahuan dan kemahiran pelajar terutamanya dalam pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Kata kunci: Kamus berasaskan web, pembelajaran kendiri, laman web pembelajaran - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Variasi Istilah Berkaitan Pandemik Covid-19 Dalam Akhbar Berbahasa Arab(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Lubna Abd. Rahman ;Arnida A. BakarWahida MansorWabak COVID-19 yang melanda dunia saat ini membawa pelbagai kesan dan perubahan dalam kehidupan masyarakat dari pelbagai aspek termasuklah ekonomi, sosial dan politik. Dalam masa yang sama, didapati bahawa bahasa juga turut terkesan dengan perkembangan wabak ini. Pandemik ini secara tidak langsung menimbulkan kepelbagaian dan kekerapan penggunaan istilah khusus dalam masyarakat, seperti penjarakan sosial, kelaziman baharu, nyah cemar, kuarantin dan lain-lain. Begitu juga, fenomena ini juga didapati memberi kesan kepada pengembangan istilah seumpama itu, yang melahirkan variasi penggunaan istilah tersebut dalam bahasa yang sama, sebagai contoh bahasa Arab. Penulisan ini bertujuan menyelusuri penggunaan istilah seumpama ini dalam akhbar-akhbar berbahasa Arab dalam talian (online) untuk mengkaji sama ada penggunaan istilah seumpama ini adalah sama dalam akhbar-akhbar tersebut atau sebaliknya. Kajian ini berbentuk kualitatif berasaskan kaedah analisis dokumen terhadap tiga akhbar berbahasa Arab iaitu Bernama Arabic, al-Jazeera Arabic dan Asharq al-Awsat. Hasil dapatan menunjukkan terdapat variasi dalam penggunaan sebilangan istilah berkaitan situasi pandemic COVID-19 antara akhbar tersebut. Secara tidak langsung, variasi ini membantu memperkaya kosa kata dan perkamusan Arab. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication تطوير مستوى التعقيد المعرفي في الكتابة الأكاديمية : استخدام تصنيف بلوم المعرفي لتطوير طريقة لمراجعة الدراسات السابقة(Al-Madinah International University, 2018) ;Mikail Ibrahim ;Nurhasma Muhamad Saad ;Wahida MansorSulaiman Ismailhis scientific research aims to shed light on the possibility of applying Bloom's cognitive taxonomy in scientific writing at the level of undergraduate and postgraduate studies. In this paper, the researchers focused on how to employ this cognitive classification in developing scientific research writing in general and reviewing previous studies and research literature in particular. This knowledge classification provided mechanisms to assist students in developing knowledge complexity and conducting scientific research of international quality. Bloom's cognitive classification is a cognitive structure through which it tries to assess the students' level of knowledge in terms of what they should acquire from the intellectual and cognitive abilities. Bloom and colleagues categorized this model hierarchically from the lowest to the highest levels of knowledge; They are remembering, comprehending, applying, analyzing, synthesizing and finally evaluating. The researchers discovered the possibility of benefiting from Bloom's cognitive model in raising the students' writing level, especially after applying it in practice, and the students' interest in it and their benefit from it, especially after the feedback process. Therefore, feedback is essential for students to benefit from this model in order to direct them to what should be done to raise their scientific level and develop their writing skills. In order for students to benefit from reviewing previous studies, supervisors should provide comments that show their current level and mechanisms of development to the next level. This research showed the levels of Bloom's Taxonomy, the specifics of each level, and how to take advantage of it to transfer students from the lower level to the higher level. In order for students to benefit from reviewing previous studies, supervisors should provide comments that show their current level and mechanisms of development to the next level. This research showed the levels of Bloom's Taxonomy, the specifics of each level, and how to take advantage of it to transfer students from the lower level to the higher level. In order for students to benefit from reviewing previous studies, supervisors should provide comments that show their current level and mechanisms of development to the next level. This research showed the levels of Bloom's Taxonomy, the specifics of each level, and how to take advantage of it to transfer students from the lower level to the higher level. This theoretical article attempts to highlight the possibility of utilizing Bloom's taxonomy in literature review process at the bachelor's and postgraduate degrees' levels. The researchers focus mainly on how this Bloom's taxonomy could meaningfully used to enhance the review of literature in Arabic theses and dissertations. This cognitive taxonomy has provided mechanisms to assist students on how to enhance their learning complexity and conduct sound research work. Bloom's taxonomy is a model that describes the cognitive processes of learning and developing mastery of subject. This model has been categorized into six hierarchical categories, namely; knowledge, comprehension, application, analysis, synthesis and evaluation. These categories have been proven to be interwoven and connected. The article outlines common assumptions held by students operating at each level of taxonomy, typical organizational structure and content of writing at each level of taxonomy and tips to move writing to more cognitively advanced levels. It was found that this taxonomy could be used to enhance the process of review of literature writing especially during feedback consultation to enhance students learning cognitive complexity and effective