Browsing by Author "Zainora Binti Daud"
Now showing 1 - 4 of 4
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Qiraat di USIM(USIM PRESS, 2019) ;Zainora Binti DaudMuhammad Lukman IbrahimPengajian qiraat telah bermula sejak Rasulullah SAW bertalaqqi dengan malaikat Jibril AS sehingga berterusan diaplikasikan di kalangan para sahabat dan berkembang sehingga ke generasi umat Islam hari ini. Ketekunan para sahabat mempelajari qiraat terbukti dengan kelahiran pakar-pakar qiraat seperti Saidina Uthman bin Affan, Saidina Ali bin Abi Talib, Abd ar-Rahman al-Sulami dan lain-lain sehingga melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti latarbelakang responden dan mengkaji persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran qiraat Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk kaedah kuantitatif dengan menggunakan metode soal selidik. Soal selidik dalam bentuk skala likert -5 telah digunakan untuk mendapatkan maklumat responden berkaitan persepsi pengajaran dan pembelajaran qiraat. Sebanyak 146 responden telah menjawab soal selidik yang diedarkan kalangan responden tahun dua yang terlibat dengan program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi dengan Kepujian, USIM mengikut persampelan-Proportionate Stratified Random Sampling. Dapatan hasil kajian menunjukkan persepsi para pelajar terhadap pengajian qiraat berada tahap baik dengan minat serta kesedaran yang tinggi bahawa pengajian qiraat juga memainkan peranan penting dalam pendidikan Islam. Namun masih perlu penambahbaikan dari aspek bahan-bahan bantu mengajar yang lebih menarik dan efektif selari dengan perkembangan multimedia terkini agar mampu memartabatkan pendidikan qiraat di peringkat lebih tinggi. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Metodologi Ilmu Tarannum Syaikh Raghib Mustafa Ghalwasy : Suatu Tinjauan Awal(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2019-10-08) ;Muhammad Lukman IbrahimZainora Binti DaudAl-Quran merupakan mukjizat Nabi muhammad saw yang paling utama. Membaca, memahami dan beramal dengannya adalah termasuk dalam ibadat yang amat dituntut dalam agama Islam. Justeru, bacaan secara tarannum dan memperindahkan seni suara terhadapnya adalah tidak terkeluar dari dalam kontek ini. Ini akan menyerlahkan lagi sinar mukjizat tersebut kepada ummat. Artikel ini bertujuan untuk memperkenalkan tokoh qari tersohor negara Mesir syaikh Raghib Mustafa Ghalwasy. Artikel ini juga melihat sejauh mana metodologi yang digunapakai oleh beliau dalam mempersembahkan bacaan beliau. Disamping melihat secara perbandingan dengan metodologi tokoh utama qari Mesir yang lain seperti Mustafa Ismail Dan Abdul Basit Abdul Samad yang menjadi ikutan utama dalam pengajian ilmu tarannum di Malaysia secara khusus - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembangunan Model Pengajaran Hafazan Al-Quran Berasaskan Teori Al-Qabisi Dalam Kurikulum Bersepadu Tahfiz (Kbt) Di Malaysia : Suatu Cadangan Awal(Penerbit USIM, 2023) ;Ummu Hani bt Yusop ;Mohamed Akhiruddin Bin IbrahimZainora Binti DaudPelaksananaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) telah menjadi satu aspirasi sistem bagi mengukuhkan aliran pendidikan tahfiz di negara ini. Di samping itu, hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melahirkan murid tahfiz profesional berkepimpinan dan berdaya saing untuk memberi sumbangan kepada transformasi pendidikan negara. Selari dengan perkembangan ini, kajian ini diketengahkan bertujuan mencadangkan model pengajaran hafazan al-Quran dalam KBT untuk pelaksanaan guru-guru tahfiz dengan menggunakan pendekatan penyelidikan reka bentuk dan pembangunan (PRP) melalui tiga fasa. Fasa pertama mengenal pasti analisis keperluan untuk membangunkan model dengan menggunakan kaedah temu bual bersama enam orang guru pakar dalam bidang tahfiz, manakala fasa kedua pula ialah mereka bentuk dan membangunkan model pengajaran melibatkan sekumpulan pakar dengan menggunakan dua kaedah iaitu Nominal Group Techinique (NGT) dan Interpretive Structual Modelling (ISM). Manakala fasa ketiga pula, menilai kebolehgunaan model dengan menggunakan teknik kaedah nominal Group Techinique (NGT) melibatkan 21 orang guru pakar dan 3 orang pegawai kurikulum Tahfiz di Bahagiaan Pendidikan Islam. Hasil kajian ini akan dapat membentangkan satu cadangan tatacara untuk menjalankan kajian reka bentuk dan pembangunan model pengajaran Hafazan al-Quran berasaskan teori abu hasan al-Qabisi dalam memperkasakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) di Malaysia. Kajian yang akan dijalankan ini diharap dapat menjadi nilai tambah bagi perkembangan kajian dalam bidang pendidikan tahfiz di samping memberi penambahbaikan pelaksanaan pengajaran guru bagi membantu menyerlahkan potensi dan perkembangan murid-murid tahfiz. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sikap belia terhadap pemikiran tidak beragama(Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam, KUIS, 2016) ;Zainora Binti Daud ;Norsaleha Mohd. Salleh ;Noorhafizah Mohd. HaridiAhmad Munawar IsmailKertas kerja ini membincangkan sikap belia terhadap pemikiran tidak beragama. Kajian ini merupakan kajian rintis yang melibatkan 43 orang belia di salah sebuah IPT, di Malaysia. Kajian ini bertujuan meninjau latarbelakang belia terhadap pemikiran tidak beragama serta menganalisis aspek sikap golongan belia Islam. Reka bentuk kajian ini iaitu kajian kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik yang telah dibina oleh kumpulan penyelidik dan kandungannya telah disahkan oleh panel pakar. Kebolehpercayaan instrumen kajian berdasarkan nilai Cronbach Alpha yang mencapai tahap ? = 0.81 adalah tinggi. Dapatan analisis menunjukkan tahap penghayatan belia berada di tahap yang baik dengan majoriti belia menunjukkan sikap yang amat prihatin tentang Islam serta minat dalam progrm-program keagamaan ditambah dengan tahap pengetahuan dan peranan media massa. Dapatan kajian analisis kajian juga menunjukkan bahawa sikap belia terhadap pemikiran tidak beragama berada di tahap skor min rendah iaitu (min = 1.28, sp = 0.31). Namun begitu hanya terdapat beberapa item yang menunjukkan sikap negatif belia terhadap pemikiran tidak beragama. Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa tahap sikap belia yang rendah terhadap pemikiran tidak beragama tidak dipengaruhi daripada latarbelakang belia, walau bagaimana pun aspek umur mempengaruhi sikap belia terhadap pemikiran tidak beragama.