We value your input! Please help us improve by filling out our feedback form.
Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Browse by Author

Browsing by Author "Zainora binti Daud"

Now showing 1 - 4 of 4
Results Per Page
Sort Options
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Analisis Manhaj Pengajaran dan Pembelajaran Qiraat: Suatu Sorotan Sejarah
    (Penerbit USIM, 2023-01-28)
    Zainora binti Daud
    Ilmu qiraat merupakan ilmu tentang cara-cara sebutan kalimah-kalimah al-Quran dengan perlaksanaan yang disepakati dan diperselisihkan bersandarkan sanad yang ṣaḥīḥ yang diriwayatkan oleh imam-imam qiraat merangkumi ḥadhaf, ithbāt, taḥrīk, taskīn, al-faṣl, al-waṣl dan seumpamanya dari aspek pendengaran. Perkembangan manhaj pengajian ilmu qiraat juga dilihat seiring dengan perkembangan multimedia dan faktor persekitaran seperti isu endemik baru-baru ini, namun masih terpelihara dalam tuntutan displin ilmunya. Namun begitu, kertas kerja ini hanya bertujuaan untuk mengkaji manhaj pengajaran dan pembelajaran Qiraat sejak era Rasullulah SAW hingga zaman pembukuannya. Kajian ini berbentuk kajian deskriptif dengan menggunakan kajian kepustakaan melalui analisis kandungan dengan cara mengumpul data-data berkaitan dari kajian-kajian tinjauan melalui buku, artikel jurnal dan kertas kerja. Hasil kajian mendapati bahawa manhaj pengajaran dan pembelajaran Qiraat yang dilaksanakan di zaman Rasulullah SAW dalam bentuk hafazan, talaqqī dan mushāfahah, tikrār, kefahaman serta syarahan. Bahkan pada zaman para sahabat RA sehingga ke sembilan hijrah manhaj ini semakin berkembang sehingga ke bentuk kitābah.
      45  483
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Pengurusan Stres Ketika Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Dalam Talian Era Covid-19
    (Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06)
    Zainora binti Daud
    Pandemik Covid-19 telah memberi implikasi yang besar kepada seluruh negara termasuk Malaysia sehingga Kementerian Pendidikan Malaysia berganding dengan pelbagai pihak terlibat memutuskan sesi pengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan di rumah secara dalam talian. Namun begitu, pelaksanaan PdPR dalam corak norma baharu mendatangkan pelbagai cabaran dan kekangan terutama aspek emosi. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan untuk mengkaji pengurusan stres ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dalam talian era Covid-19. Kajian berbentuk kuantitatif dengan persampelan bertujuan. Responden kajian terdiri daripada para pelajar tahun dua, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan Kepujian di USIM. Pengumpulan data berdasarkan instrumen soal selidik dan kaedah analisis deskriptif yang digunakan ialah kekerapan, peratusan dan min menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences for Windows Version 19 (SPSS). Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengurusan stres berada di tahap sederhana dengan item beribadat berada di tahap yang tinggi berbanding tujuh item iaitu bertenang, bernafas dengan dalam, berkata "rilekslah / tidak mengapa", bercakap dengan seseorang, berehat dan mendengar muzik, beriadah dan berfikiran positif berada di tahap sederhana. Manakala item berurut berada di tahap rendah dalam kalangan responden. Kesimpulannya pengurusan stres yang baik dalam menangani gejala stres mampu membendung kesihatan mental dan meningkatkan kualiti pembelajaran, bahkan mampu mengukuhkan lagi jati diri, motivasi sekaligus membina modal insan yang baik kepada ummah dan negara.
      19  679
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Persepsi Pelajar Pengajian Islam Terhadap Maktabah Syamilah Online dalam Pembelajaran
    (Penerbit USIM, 2022)
    Zainora binti Daud
    Perbahasan berkaitan alat bantu mengajar dalam pembelajaran banyak dibincangkan oleh para akademik sama ada dari aspek amalan, penguasaan dan keberkesanan. Begitu juga dengan bidang pengajian Islam, walaupun ia bersifat turathi tetapi telah diadun dengan bahan bantu mengajar yang bersifat kontemporari sebagai alat sokongan untuk meningkatkan minat serta penguasaan para pelajar. Ini dilihat selari dengan perkembangan dan kemajuan teknologi multimedia dalam mendepani arus perdana digital di peringkat glokal. Maktabah Syamilah Online merupakan satu bentuk perpustakaan digital yang membuka satu manhaj ilmiah secara online yang sangat informatif dan mesra pengguna. Walaupun dari sudut kontra antaranya terdapat sedikit kesilapan teknikal dalam Maktabah Syamilah Online antara muka surat digital dan yang bercetak. Bahkan kesannya juga boleh membentuk attitude negatif dalam kalangan segelintir pengkaji kerana hanya terbatas dengan pencarian mudah berkaitan topik tertentu sahaja, namun dari aspek kelebihannya juga amat banyak sebagai satu platform yang mudah, menjimatkan masa, wang dan tenaga dalam pembelajaran. Lantaran itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi pelajar pengajian Islam terhadap Maktabah Syamilah Online dalam pembelajaran. Kajian ini berbentuk kuantitatif melalui instrumen soal selidik yang telah diedarkan kepada 132 pelajar tahun akhir, program Pengajian Quran danSunnah, USIM. Hasil kajian mendapati bahaw tahap persepsi pelajar terhadap Maktabah Syamilah online dalam pembelajaran adalah baik. Kesimpulannya menunjukkan bahawa Maktabah Syamilah online menyediakan fasiliti yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran lebihlebih lagi dengan ribuan koleksi kitab-kitab rujukannya secara digital tanpa perlu melibatkan kos dan tenaga yang tinggi.
      41  223
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Sekolah Tahfiz Swasta Di Selangor: Satu Kajian Rintis Terhadap Penguasaan Ilmu Tajwid
    (Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam, KUIS, 2017)
    Zainora binti Daud
    ;
    Shaharuddin Saad
    ;
    Ahmad Shahir Masdan
    Ilmu Tajwid merupakan ilmu yang berkaitan cara-cara sebutan hurufhuruf Hija’iyyah di dalam al-Quran serta hukum-hukum tajwid. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti latarbelakang pelajar dan mengkaji silibus ilmu tajwid yang dipelajari dan menganalisis tahap kefahaman responden di dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid. Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang pelajar di sebuah sekolah tahfiz swasta di bawah Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS), Selangor. Pengkaji menganalisis kajian ini dengan menggunakan peratusan dan kekerapan dalam silibus pengajian ilmu tajwid dan menggunakan peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai dan data kajian ini dianalisis berdasarkan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 20.0. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif bersifat deskriftip melalui kaedah tinjauan semasa dengan menggunakan metode soal selidik lima pilihan berskala likert, temu bual semi semi struktur, pemerhatian dan ujian tilawah al-Quran. Kesemua instrumen pengutipan data telah disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa antara tahap penguasaan yang paling tinggi dicapai oleh responden dalam ilmu tajwid ialah item bab Mad Asli (min5.00, sp=0.00) dengan responden 100% sangat setuju, item bab Alif Lam (min4.96, sp=0.18) dengan responden sangat setuju 96.7%, item pengenalan ilmu tajwid (min4.90, sp=0.40) dengan responden sangat setuju 93.3%, item bab Basmalah (min4.76, sp=0.81) dengan responden sangat tidak setuju 90.0%, item bab hukum nun Sakinah dan Tanwin (min4.60, sp=1.06) dengan responden sangat bersetuju 83.3%, item bab Izhar Halqi dengan kadar bacaan dengung (min4.36, sp=1.37) dengan responden sangat tidak setuju 80%, item bab hukum Mim Sakinah (min4.13, sp=0.29) dengan responden sangat setuju 73.3% dan item bab bacaan Riwayat Imam Hafs (min4.23, sp=1.22) dengan responden sangat setuju 63.3%. Kesimpulannya menunjukkan min keseluruhan item ialah min 4.19 dan sisihan piawai=0.97 iaitu berada pada tahap tinggi, tetapi terdapat min bagi item-item bab hukum mempelajari ilmu tajwid (min2.06, sp=1.38) dengan responden amat setuju 50% dan kadar harakat Mad Far’ie (min2.96, sp=1.75) dengan responden amat setuju 36.7% berada pada tahap sederhana rendah. Ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan para pelajar di tahap yang memuaskan tetapi memerlukan pemurnian di teori-teori ilmu tajwid yang merangkumi bab hukum bacaan al-Quran serta bab Mad Far’ie supaya bacaan al-Quran dapat dinaqalkan secara talaqqi dan musyafahah dengan shahih sebagaimana Rasulullah SAW.
      240  60
Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia