2025 SWAT
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2025 SWAT by Department "Universiti Sains Islam Malaysia"
Now showing 1 - 5 of 5
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kepentingan Sanad dalam Menjaga Keaslian Bacaan Al-QuranSanad merupakan elemen penting dalam memastikan kesahihan dan keaslian bacaan al-Quran sejak zaman Rasulullah SAW hingga ke hari ini. Tradisi penyampaian bacaan al-Quran secara talaqqi dan musyafahah melalui sanad yang bersambung telah menjadi mekanisme utama dalam mengekalkan ketulenan lafaz dan makhraj bacaan. Artikel ini membincangkan kepentingan sanad dalam konteks pemeliharaan bacaan al-Quran, dengan menelusuri sejarah perkembangan sanad serta peranannya dalam institusi pengajian al-Quran. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen dan teks klasik. Dapatan menunjukkan bahawa sanad bukan sahaja menjamin keaslian bacaan, tetapi juga menjadi simbol autoriti dan amanah ilmiahdalam pengajaran al-Quran.18 18 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kesan Penggunaan Inventori Hafal Quran Mudah & Cepat (Haqat) Terhadap Motivasi Hafazan Al-Quran dalam Kalangan Murid Tahfiz Mubtadi’ (Permulaan)Motivasi merupakan antara faktor utama dalam menjamin kelangsungan serta keberkesanan hafazan al-Quran dalam kalangan huffaz khususnya murid tahfiz di peringkat permulaan. Namun, salah satu permasalahan yang sering dikenal pasti ialah tahap motivasi yang rendah sama ada ketika menghafaz ayat baharu mahupun dalam mengekalkan hafazan sedia ada. Situasi ini memberi kesan terhadap disiplin hafazan dan tahap kesungguhan murid untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Justeru, artikel ini bertujuan menganalisis kesan penggunaan bahan bantu hafazan (BBH) Inventori HAQAT terhadap motivasi murid tahfiz mubtadi’ dalam proses hafazan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan berasaskan Model Kemmis & McTaggart (1988) yang dilaksanakan dalam dua gelungan kajian. Sampel kajian melibatkan lapan orang murid di sebuah institusi tahfiz swasta melalui kaedah persampelan bertujuan. Data dikumpul melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis hasil kerja murid sebelum ditriangulasi bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan menunjukkan bahawa penggunaan Inventori HAQAT memberi kesan positif terhadap motivasi murid melalui peningkatan minat, kesungguhan, serta menimbulkan keseronokan dalam melaksanakan hafazan. Implikasi kajian menunjukkan bahawa bahan bantu hafazan seperti Inventori HAQAT bukan sahaja berkesan dalam menyokong aspek kemahiran hafazan malah turut berperanan dalam membina motivasi dalaman murid agar lebih konsisten, berdisiplin, dan bersemangat untuk menghafaz. Oleh itu, Inventori HAQAT wajar dijadikan strategi sokongan bagi memperkasakan motivasi murid di institusi tahfiz sama ada kerajaan mahupun swasta.1 2 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penuaan dari Perspektif Badiuzzaman Said Nursi: Solusi Rohani dalam Menghadapi Ketakutan Penuaan dan KematianPenuaan merupakan proses semula jadi yang bakal dilalui oleh setiap manusia. Proses ini sering dikaitkan dengan kemerosotan fungsi fizikal, kognitif, serta perubahan psikologi. Kajian ini bertujuan meneliti penuaan menurut perspektif Said Nursi serta pendekatan rohani dalam menghadapi ketakutan kepada penuaan dan kematian. Kajian ini menggunakan metodologi kepustakaan dengan memberi fokus kitab Risalah al-Nur serta bahan bacaan berkaitan gerontologi. Hasil kajian menunjukkan bahawa Said Nursi memandang penuaan sebagai suatu bentuk kerehatan dan rahmat yang mengundang kasih sayang Allah SWT, manakala kematian sebagai permulaan kehidupan baru menuju negeri abadi. Solusi pendekatan yang diberikan oleh Said Nursi adalah dengan (i) kebergantungan kepada Allah SWT SWT; dan (ii) pengukuhan keimanan melalui intipati al-Quran. Perspektif yang berbeza ini membawa implikasi terhadap pendekatan kerohanian yang lebih positif dan dapat membantu warga emas khususnya dalam pengurusan emosi dan membuat persediaan bagi menjalani fasa penuaan yang lebih bermakna dan berkualiti.3 4 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Wasiat Sosial Sheikh ʿAbd Al-Salam Yasin Menurut Perspektif Al-Quran(Penerbit USIM, 2025); ; ; ; ; Wasiat terakhir Sheikh ʿAbd al-Salam Yasin, seorang tokoh ulama dan pemimpin gerakan Islam di Maghribi, mengandungi rangkuman nasihat akidah, akhlak, dan panduan sosial yang bersumberkan al-Quran dan Sunnah. Dokumen ini wajar diberi perhatian kerana tidak hanya bersifat pesanan peribadi, tetapi lebih memaparkan refleksi visi sosial Islam yang menyeluruh. Isu utama yang diketengahkan ialah berlakunya krisis moral, perpecahan umat dan penyimpangan daripada prinsip wahyu dalam kehidupan sosial umat Islam masa kini. Artikel ini bertujuan menganalisis dimensi sosial dalam wasiat beliau dan menilai keselarasan mesej tersebut dengan prinsip-prinsip al-Quran. Metodologi kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan analisis kandungan tematik ke atas teks penuh wasiat yang telah diterjemahkan, dengan pemetaan mesej utama kepada ayat- ayat al-Quran. Hasil kajian mendapati bahawa wasiat Sheikh Yasin menggariskan tujuh teras sosial utama: persaudaraan kerana Allah, keadilan dan ihsan, musyawarah, tanggungjawab terhadap keluarga dan golongan lemah, pendidikan dan ilmu, kesedaran politik yang berpandukan syarak, serta akhlak Islami. Kajian ini menyimpulkan bahawa wasiat tersebut berpotensi menjadi panduan etika sosial berteraskan wahyu yang relevan untuk pembinaan semula masyarakat Islam yang bersatu, adil, dan berakhlak mulia.7 5 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication 2 20