2020 SWAN
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2020 SWAN by Department "#PLACEHOLDER_PARENT_METADATA_VALUE#"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Pandangan Pakar Mengenai Karakteristik ‘Asabiyyah Ibnu Khaldun: Satu Kajian Awal(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29); ; ;Latifah Abdul LatiffMakalah ini membincangkan hasil analisis awal menurut pandangan pakar dalam mengenalpasti perbincangan sarjana Islam unggul, Ibnu Khaldun berkenaan karakteristik ‘asabiyyah yang menjadi faktor utama dalam Teori Kitaran beliau. Usaha ini bagi menangani kelompangan kajian terdahulu untuk merungkai secara sistematik, karakteristik yang ada dalam perbincangan ‘asabiyyah oleh Ibnu Khaldun. Sebagai analisis awal, pengkaji telah menjalankan kajian ke atas tiga orang pakar dalam pengkajian ilmu Ibnu Khaldun yang diperoleh secara temu bual mendalam dan dianalisis secara tematik. Hasil analisis awal mendapati terdapat empat karakteristik utama dalam konsep ‘asabiyyah Ibnu Khaldun, iaitu kekuatan agama, perkongsian tujuan dan nilai, melangkaui pertalian darah, bersifat positif dan berani mengajukan tuntutan. Justeru, kajian ini dapat menjadi sumber rujukan yang lebih sistematik dan tersusun dalam menjelaskan karakteristik ‘asabiyyah Ibnu Khaldun yang menjadi teras utama jatuh bangun sesebuah tamadun. Malahan dapatan kajian ini dapat mengangkat kerelevanan perbincangan yang menjangkau 600 tahun yang lampau untuk diaplikasikan kepada masyarakat heterogen yang unik dan pelbagai dalam peradaban masa kini.35 206 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengetahuan Berkenaan Kontrak Sosial Di Malaysia: Satu Kajian Kes Terhadap Masyarakat Di Media Sosial(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29); ; Latifah Ab. LatiffTujuan kajian ini adalah untuk mengetahui sejauh mana masyarakat Malaysia di media sosial mengetahui berkenaan kontrak sosial dan sikap cakna mereka terhadap isu-isu yang mencetuskan perasaan tidak puas hati orang Melayu dan bukan Melayu. Secara terperinci objektif kajian adalah untuk 1) mengenal pasti sejauh mana masyarakat Melayu di media sosial memahami berkenaan kontrak sosial, 2) mengetahui sejauh mana masyarakat Melayu di media sosial cakna terhadap isu-isu yang melibatkan kemarahan orang Melayu dan bukan Melayu, 3) mengetahui sejauh mana informan bersetuju kewajaran kontrak sosial dikekalkan, dan 4) mengetahui masyarakat Melayu di media sosial berkenaan cara untuk menyatupadukan kaum di Malaysia. Kaedah metodologi menggunakan pendekatan kualitatif iaitu soalan terbuka melalui google form kepada lapan orang informan. Informan dipilih secara snow-ball iaitu yang mempunyai pengetahui berkaitan kontrak sosial. Hasil analisis menunjukkan masyarakat Melayu di media sosial majoritinya faham bahawa kontrak sosial adalah tolak ansur antara orang Melayu dan bukan Melayu. Semua informan bersetuju bahawa kontrak sosial memang wajar dikekalkan dan tiada istilah wajar atau tidak wajar kerana ianya berbentuk persefahaman bersama dan satu bentuk proses sosial yang positif. Pelbagai cadangan yang dicadangkan dalam penyatupaduan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.33 972