Browsing by Department "#PLACEHOLDER_PARENT_METADATA_VALUE#"
Now showing 1 - 15 of 15
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Pandangan Pakar Mengenai Karakteristik ‘Asabiyyah Ibnu Khaldun: Satu Kajian Awal(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29); ; ;Latifah Abdul LatiffWan Mohd Fazrul Azdi Wan RazaliMakalah ini membincangkan hasil analisis awal menurut pandangan pakar dalam mengenalpasti perbincangan sarjana Islam unggul, Ibnu Khaldun berkenaan karakteristik ‘asabiyyah yang menjadi faktor utama dalam Teori Kitaran beliau. Usaha ini bagi menangani kelompangan kajian terdahulu untuk merungkai secara sistematik, karakteristik yang ada dalam perbincangan ‘asabiyyah oleh Ibnu Khaldun. Sebagai analisis awal, pengkaji telah menjalankan kajian ke atas tiga orang pakar dalam pengkajian ilmu Ibnu Khaldun yang diperoleh secara temu bual mendalam dan dianalisis secara tematik. Hasil analisis awal mendapati terdapat empat karakteristik utama dalam konsep ‘asabiyyah Ibnu Khaldun, iaitu kekuatan agama, perkongsian tujuan dan nilai, melangkaui pertalian darah, bersifat positif dan berani mengajukan tuntutan. Justeru, kajian ini dapat menjadi sumber rujukan yang lebih sistematik dan tersusun dalam menjelaskan karakteristik ‘asabiyyah Ibnu Khaldun yang menjadi teras utama jatuh bangun sesebuah tamadun. Malahan dapatan kajian ini dapat mengangkat kerelevanan perbincangan yang menjangkau 600 tahun yang lampau untuk diaplikasikan kepada masyarakat heterogen yang unik dan pelbagai dalam peradaban masa kini.11 23 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication e-Muallaqat bagi Pembelajaran Multimedia Interaktif Sastera Arab: Analisis Keperluan(Penerbit USIM, 2024); ;Ab Adly Rabbanie Ab Rahim; ;Yee Chin Yi; ; Dewasa ini melihatkan penggunaan teknologi multimedia telah menjadi suatu keperluan penting dalam usaha yang membangun dan memperkembangkan kualiti pendidikan dan proses penyampaiannya. Seiring dengan perkembangan semasa modul e-Muallaqat adalah satu modul multimedia interaktif dalam proses pembelajaran sastera Arab. Modul interaktif ini dibangunkan untuk membantu pelajar dalam pemahaman dan pengamatan pembelajaran sastera Arab menerusi pendekatan yang lebih menarik, interaktif, kreatif dan mesra pengguna. Modul e-Muallaqat ini dilengkapi dengan beberapa elemen seperti penggunaan teks, grafik, audio dan animasi yang menjadikannya lebih unik berbanding penggunaan buku teks biasa secara tradisional. Selain itu, e-Muallaqat ini juga boleh diakses dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa menerusi paparan pemuka yang interaktif dan mesra pengguna. Justeru, ia memberikan fleksibiliti kepada pelajar dan guru untuk proses pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah yang dalam usaha menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran sastera Arab yang bersifat lebih kreatif dan interaktif. Seterusnya, modul interaktif ini mampu menarik lebih minat pelajar untuk mempelajari sastera Arab sekaligus mampu menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ethnicity versus National Language: A Study in Malaysian Universities Setting(Universiti Sains Islam Malaysia, 2024-05-31); ;Adlina Ab HalimThe national language is an assimilation instrument for fostering racial unity in a multi-ethnic society. Nonetheless, ethnocentrism always plays a crucial role in upholding the national language across ethnic groups in Malaysia. A study in Malaysian higher education institutions (HEI) was conducted on 407 undergraduate students from Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Selangor (UNISEL), and Multimedia University (MMU) using stratified random sampling to determine the differences in upholding the national language based on ethnic groups through three key dimensions, namely, i) fluency in speaking in the national language, ii) recognition of the importance of the national language, and iii) sophistication in the use of the national language. The results showed that there were significant differences in the upholding of the national language among the various ethnic groups. It was found that the Chinese students do not uphold the national language as much as the Malay and Indian students. This indicates that ethnicity plays a major role in determining the future of upholding the national language as the language of Malaysia. As Malaysian citizenship, ethnocentrism toward language should be managed to ensure assimilation of a multi-ethnic society through the most important medium, the Malay language as the national language of Malaysia. Abstrak: Bahasa kebangsaan merupakan instrumen asimilasi dalam memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat multi etnik. Walau bagaimanapun, etnosentrisme menjadi faktor penting yang sering dimainkan dalam isu memartabatkan bahasa kebangsaan oleh kumpulan etnik di Malaysia. Satu kajian di institusi pendidikan tinggi (IPT) telah dilaksanakan ke atas 407 mahasiswa sarjana muda dari Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Selangor (UNISEL) dan Universiti Multimedia (MMU) menggunakan pensampelan rawak berstrata untuk menentukan perbezaan dalam pemartabatan bahasa kebangsaan berdasarkan kumpulan etnik melalui tiga dimensi utama, iaitu i) kefasihan dalam bertutur bahasa kebangsaan, ii) pengiktirafan berkenaan kepentingan bahasa kebangsaan, dan iii) kecanggihan dalam menggunakan bahasa kebangsaan. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan dalam kalangan etnik pelbagai. Dapatan mendapati bahawa mahasiswa Cina kurang memartabatkan bahasa kebangsaan berbanding mahasiswa Melayu dan India. Ini menunjukkan bahawa etnisiti memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan pemartabatan bahasa kebangsaan sebagai bahasa yang menjadi tanda kesetiaan terhadap Malaysia. Sebagai warganegara Malaysia, etnosentrisme terhadap bahasa perlu dihindari bagi memastikan asimilasi masyarakat pelbagai etnik berlaku melalui medium paling penting, iaitu Bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan Malaysia.8 9 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Etnosentrisme: Analisis Bibliometrik(Penerbit USIM, 2023); ; Nur Izzati Nadia Mohd DzolkifliMakalah ini adalah bertujuan untuk meninjau trend literatur berkaitan isu etnosentrisme dari 2019-2025 menggunakan analisis bibliometrik. 802 jurnal artikel berstatus Scopus telah dianalisis menggunakan VOSviewer versi 1.6.19 bagi melihat trend perbincangan isu etnosentrisme ini berlaku secara global. Kriteria pemilihan artikel ialah diterbitkan dalam lima tahun terkini (2019-2023); terhad kepada bidang sains sosial, kesenian dan kemanusiaan serta psikologi; berbahasa Inggeris dan Melayu. Dapatan menunjukkan kata kunci etnosentrisme pengguna (consumer ethnocentrism) dan rasis adalah kata kunci yang terbanyak digunakan dan artikel jurnal tentang isu etnosentrisme banyak berlaku di negara Amerika Syarikat. Malaysia juga antara merupakan negara yang menyumbang kepada perbahasan isu etnosentrisme ini. Justeru, isu ini tidak boleh dipandang enteng terutamanya dalam sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian agama dan budaya seperti Malaysia.13 50 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Fast Food dan Gerakan Slow Food dalam trend Gastronomi ModenPengertian fast food adalah sebagaimana nama dan sebutannya, ia mewakili sifat dan ciri kecepatan, kepantasan serta berkaitan dengan ciri pengeluaran dan pembekalan makanan secara besar-besaran dalam masyarakat perindustrian yang berfungsi sebagai sistem berpusatkan kecekapan. Secara identiti dan realitinya, fast food dan juga slow food merupakan suatu pilihan kontras yang muncul dalam budaya makanan dan pemakanan serta cara hidup manusia pada abad ini. Tamadun manusia pada abad ini merupakan sebuah tamadun moden yang terinspirasi dan terbit daripada budaya fikir dan keilmuan yang berlaku di Eropah pada abad ke 18. Moden adalah projek pada era enlightenment yang lahir di Eropah bertujuan mengubah tamadun manusia secara keseluruhan. Hasrat modeniti adalah untuk berpaling terus daripada sifat tamadun traditional yang dianggap tidak progress, jumud dan ketinggalan. Ia membawa semangat perubahan yang bersifat progress secara relatif dalam semua bidang kehidupan dengan menjadikan ilmu sains dan teknologi sebagai sandaran kepada pembangunan yang bersifat maju ke hadapan. Makanan dalam kehidupan traditional merupakan keperluan harian, penghasilan makanan daripada kegiatan pertanian juga adalah bersifat self seffiency. Masyarakat traditional menikmati makanan dalam slow food mode, sumber makanan adalah hasil daripada tanaman ladang sendiri, dalam suasana tenang, sederhana, bersama keluarga, sesuai dengan sifat kehidupan pada masa itu yang tidak kelam kabut, tidak terkejar-kejar dan tidak cepat sebagaimana kehidupan moden hari ini. Selepas kita perlahan-lahan memasuki era moden yang ditandai oleh revolusi perindustrian di Eropah pada abad ke 19, tamadun manusia berubah daripada suasana tenang menjadi semakin cepat, sibuk dan kacau bilau. Pergerakan kehidupan manusia moden seolah-oleh seperti ditolak oleh suatu semangat kepantasan luar biasa sehingga tidak sempat menoleh ke belakang kerana dalam semangat moden, yang dibelakang itu sifatnya adalah mundur, jumud, ketinggalan serta tentu sekali tidak maju. Sifat kepantasan ini menyerang ke segenap cabang kehidupan termasuk juga ke dalam aktiviti yang paling asas iaitu mengenai makanan dan pemakanan. Jika zaman traditional budaya pemakanan lebih dinikmati dalam suasana slow food, tetapi dalam zaman moden, fast food telah mengemudi sifat dan ciri gastronominya. Penulisan ringkas ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan latarbelakang di sebalik fast food dan slow food dalam susur galur sejarah gastronomi manusia25 43 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Sirah Menggunakan Diorama(Penerbit USIM, 2024); ;Nor Jamilah Muhamad Jamil; ; Selain bidang Al Quran, Hadis, Akidah, Feqah, Tamadun Islam dan bidang Akhlak Islamiyah, Sirah merupakan salah satu bidang yang penting dalam silibus mata Pelajaran Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Keperluan untuk memahami dan mengingati peristiwa-peristiwa penting dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW yang agak menyeluruh mungkin menyukarkan pelajar sekiranya hanya membaca dan menghafal. Oleh itu, menggunakan diorama sebagai kaedah inovasi alat pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Islam adalah strategi yang berkesan untuk meningkatkan penglibatan dan pemahaman pelajar. Diorama membolehkan pelajar memvisualisasikan dan berinteraksi dengan bahan pembelajaran dalam format tiga dimensi, menjadikan konsep-konsep abstrak lebih nyata dan mudah difahami. Pendekatan praktikal ini bukan sahaja membantu dalam menghafal, tetapi juga menggalakkan kreativiti, kemahiran motor, dan pembelajaran secara kolaboratif. Dengan melibatkan pelajar dalam proses mencipta diorama—melalui aktiviti seperti mewarna, memotong, dan menampal—mereka akan menggunakan pelbagai deria dan proses kognitif, yang boleh membawa kepada pemahaman yang lebih mendalam terhadap bahan pembelajaran. Hasil kajian atas penggunaan diorama serta Latihan pengukuhan dalam kelas Tingkatan 1 sebagai kaedah inovasi telah membuktikan pelajar lebih mudah memahami bidang Sirah (Tajuk: Riwayat Hidup Nabi Muhammad) serta proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Pendidikan Islam jadi lebih menyeronokkan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kemahiran Membaris Dan Membaca Kitab Tafsir Al-quran Al-azim Dalam Kalangan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia(Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2018) ;Rabiah Abdul Rahman ;Ros Mahwati Ahmad Zakaria; ; Khadijah Binti MudaKemahiran membaris dan membaca merupakan kemahiran yang penting dalam memahami suatu petikan khususnya memahami kitab turath. Kajian ini bertujuan mengkaji kemahiran membaris dan membaca kitab Tafsir al Quran al Azim dalam kalangan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia. Kajian dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen, pemerhatian, dan soal selidik terhadap pelajar tahun ketiga Sarjana Muda Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa kemahiran membaris dan membaca dengan mengaplikasikan method yang betul amat signifikan dalam memahami teks tafsir al Quran al Azim. Kitab tafsir ini merupakan salah satu kitab kitab tafsir yang dihuraikan secara pertengahan iaitu syara hannya tidak terlalu ringkas dan tidak terlalu panjang.5 22 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication “Pantas Akaun” Accounting GameUnderstanding the law of bookkeeping is the hardest part for many non-accounting students. Students’ focus levels tend to fall when learning accounting topics, necessitating a more engaging and interactive learning experience. "PANTAS AKAUN", a fast-paced and engaging card game, is designed to educate students on bookkeeping rules in preparing financial statements. The concept is inspired by the traditional ‘Snap Card’ game played by children in the 1980s and 1990s. The game is structured around core accounting concepts, including understanding debit and credit, and the five main accounts namely Assets, Liabilities, Equity, Revenue, and Expenses. By integrating this accounting concept into gameplay, the "PANTAS AKAUN" build a positive lasting memory, promotes collaborative learning and helps students stay focused. The games can be played by two or more players representing groups. “PANTAS AKAUN” centres on matching pairs between debit and credit. In the game, players are given a pile of debit and credit cards representing the 5’s accounts. For every cycle, a business transaction is given, players take turns flipping the cards and the first to snap on a matching pair wins the card. The players then need to record the transactions in an Excel spreadsheet provided. The cycles continue and the player with the highest number of cards wins the game. As they navigate through various scenarios, players learn to accurately record transactions by debiting and crediting the appropriate accounts. This game has the potential to significantly enhance educational outcomes in accounting subjects for non-accounting students. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendekatan Ilmu Saintifik dalam Trend Gastronomi SemasaGastronomi secara mudahnya difahami sebagai suatu bidang yang membicarakan tentang makanan dan pemakanan dalam kehidupan manusia. Tafsiran umum para pengkaji merumuskan gastronomi sebagai “food Knowledge”. Oleh kerana tanggapan umumnya adalah pengetahuan tentang makanan, maka gastronomi sering dikaitkan dengan bidang kulinari atau masakan. Perspektif sejarah merumuskan gastronomi sebagai suatu fenomena sosial yang mendapat perhatian para pemikir, pengamal kulinari dan juga masyarakat umum bermula pada awal abad ke 19. Perspektif akademik mengembangkan pemahaman gastronomi sebagai cabang ilmu yang boleh diteroka melalui penyiasatan secara saintifik. Banyak lagi pandangan dan justifikasi yang berbeza tentang bidang ini. Jean Anthelme Brillat-Savarin (1755-1826) memulakan usaha formal terhadap bidang gastronomi yang kemudian telah membuka jalan untuk kajian seterusnya. Pendekatan pelbagai disiplin ilmu dalam kajian gastronomi yang diperkenalkan oleh beliau telah menyebabkan bidang tersebut semakin mendapat perhatian. Kepentingan bidang tersebut mula dilihat dalam bentuk yang lebih dinamik serta tidak terhad kepada kajian kulinari semata-mata. Kajian kontemporari bidang ini lebih cenderung meneroka ilmu gastronomi dalam perspektif saintifik. Penulisan ringkas ini cuba membawa sorotan perkembangan bidang kajian gastronomi berdasarkan perbincangan dan wacana akademik yang lepas serta berdasarkan perkembangan semasa.2 17 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ref-Litpsy Module: A Literacy-Psychospiritual Module For Refugees(Human Resource Management Academic Research Societ, 2022); ;Suraini Mohd Ali; ; ;Habibah Ismail; ; ; Despite the aspiration of the United Nations’ Sustainable Development Goal 4 (SDG4) which aims to provide inclusive and quality education for all, refugees remain to be left behind. Therefore, a support mechanism for this group of people is necessary. A baseline literacy study was conducted with 15 Rohingya youth refugees using a snowball sampling technique. Both qualitative and quantitative data collection instruments were used: baseline tests, interviews, and guided questionnaires. Following the findings, a framework emerged and was used as a guide for module development. The Ref-LitPsy Module aims to help youth refugees, specifically the Rohingyas, to function better in Malaysia as their host country. This research based module comprises two main components: a) Literacy and b) Psychospiritual. The former addresses basic English literacy specifically for non-Roman alphabetical background refugees while the latter assists refugees to cope with stress and losses associated with migration, and also to groom them in helping their community. This paper focuses on the first component, Literacy. The Ref-LitPsy module is divided into twelve structured units that are applied in psychospiritual counselling approach. The Ref-LitPsy module is beneficial for the long-term resettlement success of refugees by grooming social navigators to help themselves and the refugee community.3 20 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Religious Syncretism Among The Semelai Orang Asli Muslims In Sungai Lui Village, Malaysia(Equinox Publishing Ltd, 2021); ; ; ; The Semelai are a proto-Malay Orang Asli tribe settled around Negeri Sembilan and Pahang, Malaysia. Their settlements in Negeri Sembilan are in Sungai Lui village and Sungai Sampo village in Jempol. A few of their number also settled in some areas in Bera, Pahang. A majority of this community still adhere to ancestral faiths, although some have converted to Islam since the 1990s. At the same time, practices introduced by a Buddhist shaman took root among the community over the last thirteen years. This article discusses the religious beliefs and practices of this community, especially among Muslim adherents. The study uses a qualitative approach through data collection via interviews with key informants in Sungai Lui village, Jempol. The data were later analysed through a descriptive interpretive method, and the research found that syncretism spread among the belief practices of the Semelai Muslims in Sungai Lui village following the exploits of a Buddhist shaman that succeeded in curing the chronic disease of a villager. At the same time, they still practise inherited customs and wisdoms from animist times, even after their conversion to Islam.4 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Salivary Metabolomics in Oral Potentially Malignant Disorders and Oral Cancer Patients—a Systematic Review With Meta‑analysis(Springer, 2023); ;Anand Ramanathan ;Wan Maria Nabillah Ghani; ;Pulikkotil Shaju Jacob ;Nurul Elma Binti Sabri ;Mohd Sukri Hassan ;Kathreena KadirLalli DharmarajanObjectives The aim of this systematic review and meta-analysis is to assess the diagnostic potential of salivary metabolomics in the detection of oral potentially malignant disorders (OPMDs) and oral cancer (OC). Materials and methods A systematic review was performed in accordance with the 3rd edition of the Centre for Reviews and Dissemination (CRD) and Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-analyses (PRISMA) statement. Electronic searches for articles were carried out in the PubMed, Web of Science, and Scopus databases. The quality assessment of the included studies was evaluated using the Newcastle-Ottawa Quality Assessment Scale (NOS) and the new version of the QUADOMICS tool. Meta-analysis was conducted whenever possible. The effect size was presented using the Forest plot, whereas the presence of publication bias was examined through Begg’s funnel plot. Results A total of nine studies were included in the systematic review. The metabolite profiling was heterogeneous across all the studies. The expression of several salivary metabolites was found to be significantly altered in OPMDs and OCs as compared to healthy controls. Meta-analysis was able to be conducted only for N-acetylglucosamine. There was no significant difference (SMD = 0.15; 95% CI − 0.25–0.56) in the level of N-acetylglucosamine between OPMDs, OC, and the control group. Conclusion Evidence for N-acetylglucosamine as a salivary biomarker for oral cancer is lacking. Although several salivary metabolites show changes between healthy, OPMDs, and OC, their diagnostic potential cannot be assessed in this review due to a lack of data. Therefore, further high-quality studies with detailed analysis and reporting are required to establish the diagnostic potential of the salivary metabolites in OPMDs and OC. Clinical relevance While some salivary metabolites exhibit significant changes in oral potentially malignant disorders (OPMDs) and oral cancer (OC) compared to healthy controls, the current evidence, especially for N-acetylglucosamine, is inadequate to confirm their reliability as diagnostic biomarkers. Additional high-quality studies are needed for a more conclusive assessment of salivary metabolites in oral disease diagnosis. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sistem Pendidikan dan Pemartabatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di MalaysiaPemartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan di Malaysia masih dilihat agak ampuh walaupun dasar bahasa kebangsaan ini telah wujud dan diperjuangkan seawal kemerdekaan dalam usaha menyatupadukan kepelbagaian kaum. Justeru, makalah ini akan menelusuri sejarah perkembangan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka. Selain itu, cabaran dan masa depan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia turut dibahaskan dalam konteks realiti masa kini. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh diterjemahkan secara berbeza mengikut perbezaan lensa kaum. Dasar bahasa ini perlu seiring pelaksanaan dan pengukuhannya di semua jenis aliran pendidikan di Malaysia agar agenda penting penyatuan kaum dapat tercapai secara alami. Malahan peranan bahasa ini harus dihayati bersama dan bukan dijadikan agenda penghalang kemajuan negara.8 610 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sumbangan Orang Arab Terhadap Perkembangan Pendidikan Madrasah Atau Sekolah Arab Di Malaysia(Research Centre for Dakwah and Leadership, Faculty of Islamic Studies UKM, 2018) ;Latifah Abdul Latiff; ;Farah Laili Muda @ IsmailPendidikan merupakan antara aspek penting dalam pembangunan sesebuah masyarakat serta kemajuan sesebuah negara. Kemajuan sesebuah negara turut dikaitkan dengan tahap pendidikan atau literasi bangsanya. Pendidikan berteraskan agama sangat penting dalam kehidupan masyarakat Melayu di Malaysia. Pendidikan agama madrasah atau sekolah Arab di Malaysia mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan ia turut mempengaruhi kehidupan beragama masyarakat Melayu pada hari ini. Pendidikan agama di Malaysia merupakan inisiatif dan usaha gigih orang Arab yang prihatin terhadap pegangan agama orang Melayu beragama Islam di negara ini. Namun, sumbangan mereka dalam perkembangan sekolah agama di Malaysia telah dipinggirkan. Justeru, makalah ini bertujuan untuk mengkaji sumbangan orang Arab khasnya orang Arab Hadhrami dalam perkembangan pendidikan agama atau madrasah di Malaysia (Tanah Melayu) pada abad ke-20 Masihi. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan berbentuk kualitatif secara analisis kajian literatur serta kandungan sumber primer seperti bahan arkib, dokumen dan rekod rasmi. Sumber sekunder seperti makalah ilmiah, buku dan surat khabar turut menjadi rujukan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa orang Arab khasnya Arab Hadhrami keturunan Sayyid berperanan penting dalam pembangunan pendidikan agama di Malaysia melalui penubuhan beberapa buah madrasah atau sekolah Arab yang ditubuhkan sekitar awal abad ke-20 Masihi. Namun, atas faktor masa, kekangan kewangan dan perubahan polisi pendidikan negara, madrasah yang dipelopori oleh orang Arab ini telah diambilalih oleh kerajaan negeri. Sehingga kini masih terdapat madrasah yang masih aktif menggunakan sistem kurikulum dan kokurikulum arus perdana tetapi pada masa yang sama masih mengekalkan identiti madrasah.6 52 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication التحولات الاجتماعية في رواية "لعلا مزحة" للروائية صالحة عبيدThis study aims to analyze the novel ‘Perhaps It's a Joke’ by the Emirati novelist Salihah Obeid and investigates its reflections in the artistic structure of the narrative work. The study analyzes the novel to identify the types of these transformations and to uncover their connection with the Emirati reality, considering it as a model for societal changes in Gulf countries after the discovery of oil. This has resulted in changes in social structure, cultural composition, patterns of thinking, social relationships, values, and influencing individual behavior. The novel ‘Perhaps It's a Joke,’ published in 2018, was selected for study as it represents a literary text expressing the social transformation that the UAE experienced over a timeframe extending from the mid-20th century to the second decade of the 21st century. This is depicted through characters representing two generations, spanning time and space in a journey that explores the circumstances of the Emirati individual and their reality. The study describes and analyzes the social transformations in the novel, categorizes them, and then reveals their connection to the environment in which they emerged. The results indicate the presence of various types of societal transformations in the novel, manifesting across economic, urban, demographic, and intellectual levels. It also addresses the role of women in families and society, as well as social relationships and individual behaviors. These transformations are interconnected with the Emirati human and societal reality, underscoring the impact of reality on narrative writing. The study proposes a preliminary conceptualization of Emirati literature in general and its portrayal of the resulting reality. It provides recommendations emphasizing the necessity of studying Emirati literary achievements to analyze social transformations within them and to reveal the cultural and societal structures of Emirati society, influenced by their reality.