Journal of Fatwa Management and Research (JFatwa)
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Journal of Fatwa Management and Research (JFatwa) by Subject "Adat Kematian"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengambilkiraan ‘Urf dan Adat Dalam Fatwa Semasa: Analisis Terhadap Adat Kematian Bajau di Sabah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Marinsah, S. A. ;Ramli, M. A. ;Meerangani, K. A.Sabdan, M. S.Dalam disiplin ilmu Usul al-Fiqh, ‘urf dan adat mempunyai signifikan yang tersendiri dalam proses pembinaan hukum Islam. Pengambilkiraan ‘urf dan adat ini sangat penting kerana ia mampu mempengaruhi pembinaan hukum Islam dan fatwa yang berlatarkan realiti masyarakat setempat. Pengambilkiraan suatu adat atau ‘urf itu perlu berasaskan world-view sesuatu masyarakat. Hal ini bermakna, kegagalan memahami ‘urf dan adat sesuatu masyarakat akan menyebabkan sesuatu hukum atau fatwa tidak relevan untuk diaplikasikan dalam masyarakat. Pengabaian kepada pengambilkiraan ‘urf dan adat dalam berfatwa pasti mengundang kesulitan dan kepayahan kepada sesuatu masyarakat. Justeru, objektif kajian ini cuba mengemukakan bahawa adat dan ‘urf masyarakat Bajau di Sabah boleh diambilkira dalam proses istinbath hukum atau berfatwa khususnya dalam adat kematian masyarakat Bajau. Ini perlu bagi memastikan keseimbangan di antara idealisme yang terkandung dalam hukum adat kematian dalam Islam dengan realiti perlaksanaannya di dalam masyarakat Bajau. Sehubungan itu, kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode pengumpulan data melalui kaedah temu bual dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati, dalam adat kematian Bajau di Sabah, terdapat banyak tokok tambah hasil daripada pengalaman dan local wisdom masyarakat Bajau. Unsur tokok tambah ini perlu dianalisis sama ada ia termasuk dalam ‘urf fasid kerana adanya unsur bid’ah ataupun ia termasuk dalam ‘urf sahih kerana pengambilkiraan ‘urf tersebut tidak menjejaskan proses pembinaan hukum Islam atau fatwa.5 17