2025 SWAT
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2025 SWAT by Subject "13th Malaysia Plan (13MP)"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Hak dan Perlindungan Kanak-Kanak: Merealisasikan Teras Kesejahteraan Sosial Rmk-13 Melalui Lensa Maqasid Syariah(Penerbit USIM, 2025) ;Abdul Muiz Hazban ;Khairulnazrin Nasir ;Ishak Suliaman ;Rahim Kamarul Zaman ;Khalilullah Amin AhmadIkmal Adnanpenekanan khusus kepada hak dan perlindungan kanak-kanak melalui perspektif Maqasid Syariah. RMK- 13, dengan tema “Melakar Semula Pembangunan”, secara eksplisit meletakkan kesejahteraan kanak-kanak sebagai teras pembangunan negara, selari dengan falsafah Ekonomi MADANI yang berlandaskan iktikad Maqasid Syariah. Kajian ini mempunyai rasional akademik bahawa isu perlindungan kanak-kanak bukan sahaja bersifat kebajikan, tetapi merupakan agenda pembangunan strategik yang menentukan daya tahan masyarakat masa hadapan. Kajian ini menggunakan metodologi analisis kandungan kualitatif terhadap dokumen RMK-13, nas-nas syarak, serta literatur perundangan kontemporari bagi menilai keselarasan dasar negara dengan lima objektif utama Syariah (al-Dharuriyyat al-Khamsah): pemeliharaan agama (Hifz al- Din), nyawa (Hifz al-Nafs), akal (Hifz al-‘Aql), keturunan (Hifz al-Nasl), dan harta (Hifz al-Mal). Hasil analisis mendapati bahawa inisiatif utama RMK-13, termasuk reformasi pendidikan awal (Strategi B1.3), pemerkasaan kesihatan dan nutrisi (Strategi B4.6), serta pengukuhan kerangka perlindungan perundangan dan digital (Strategi B4.6), merupakan manifestasi ijtihad kontemporari dalam menterjemahkan prinsip Syariah kepada dasar yang pragmatik. Peranan agensi kerajaan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) turut dianalisis sebagai instrumen negara yang menghubungkan Maqasid Syariah dengan realiti pentadbiran moden. Sumbangan utama artikel ini ialah memperlihatkan bagaimana kerangka dasar pembangunan negara dapat ditafsirkan melalui lensa Maqasid Syariah dan secara keseluruhan, penemuan ini juga menegaskan implikasi praktikal bahawa dasar berteraskan Maqasid mampu memperkukuh legitimasi kerajaan, meningkatkan keberkesanan perlindungan sosial, dan membina generasi masa hadapan yang sejahtera secara holistik, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.2 4