2025 SWAT
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2025 SWAT by Subject "ADDIE"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Integrasi Kod QR dalam Penghayatan Doa Harian: Kajian Kes Masjid Al-Khairiah, Pulau Pangkor(Penerbit USIM, 2025); ; ; ;Aini Nasrin Adlin ;Juwairiah Mohd Sabri ;Nurul Aina MuhammadNur Ain Athirah Mohd FadzaliPenggunaan teknologi digital dalam pendidikan Islam kian berkembang seiring dengan kemajuan era Revolusi Industri 4.0. Artikel ini membincangkan usaha inovatif Masjid Al-Khairiah, Pulau Pangkor dalam memanfaatkan kod QR (Quick Response) sebagai medium interaktif untuk menyemai penghayatan doa harian dalam kalangan jemaah dan pengunjung. Kajian ini menggunakan reka bentuk pembangunan berasaskan Model ADDIE (Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian) bagi menghasilkan sebuah laman web berunsurkan doa-doa harian yang dihubungkan melalui kod QR yang diletakkan secara strategik di sekitar masjid. Data diperoleh melalui kaedah temu bual, pemerhatian lapangan dan soal selidik yang melibatkan pihak pengurusan masjid serta responden awam. Hasil kajian menunjukkan bahawa pendekatan ini telah berjaya meningkatkan literasi doa dalam kalangan pengguna, mewujudkan interaksi digital yang mesra pengguna, serta menghidupkan suasana masjid sebagai pusat penyebaran ilmu secara moden dan inklusif. Tambahan pula, inisiatif ini membuka ruang baru kepada masjid untuk menjadi pemangkin dakwah digital secara efisien dan menarik minat generasi muda. Artikel ini mencadangkan agar pendekatan seumpama ini diperluaskan ke masjid-masjid lain, di samping memperkukuh kandungan digital dengan elemen interaktif tambahan seperti audio, video dan pautan rujukan ilmiah. Kesimpulannya, integrasi teknologi QR dalam ruang ibadah bukan sahaja memudahkan capaian maklumat, malah mampu menghidupkan kembali fungsi masjid sebagai institusi ilmu dan tarbiah.12 1