2025 SWAT
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2025 SWAT by Subject "Abd al-Salam Yasin"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Wasiat Sosial Sheikh ʿAbd Al-Salam Yasin Menurut Perspektif Al-Quran(Penerbit USIM, 2025); ; ; ; ; Wasiat terakhir Sheikh ʿAbd al-Salam Yasin, seorang tokoh ulama dan pemimpin gerakan Islam di Maghribi, mengandungi rangkuman nasihat akidah, akhlak, dan panduan sosial yang bersumberkan al-Quran dan Sunnah. Dokumen ini wajar diberi perhatian kerana tidak hanya bersifat pesanan peribadi, tetapi lebih memaparkan refleksi visi sosial Islam yang menyeluruh. Isu utama yang diketengahkan ialah berlakunya krisis moral, perpecahan umat dan penyimpangan daripada prinsip wahyu dalam kehidupan sosial umat Islam masa kini. Artikel ini bertujuan menganalisis dimensi sosial dalam wasiat beliau dan menilai keselarasan mesej tersebut dengan prinsip-prinsip al-Quran. Metodologi kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan analisis kandungan tematik ke atas teks penuh wasiat yang telah diterjemahkan, dengan pemetaan mesej utama kepada ayat- ayat al-Quran. Hasil kajian mendapati bahawa wasiat Sheikh Yasin menggariskan tujuh teras sosial utama: persaudaraan kerana Allah, keadilan dan ihsan, musyawarah, tanggungjawab terhadap keluarga dan golongan lemah, pendidikan dan ilmu, kesedaran politik yang berpandukan syarak, serta akhlak Islami. Kajian ini menyimpulkan bahawa wasiat tersebut berpotensi menjadi panduan etika sosial berteraskan wahyu yang relevan untuk pembinaan semula masyarakat Islam yang bersatu, adil, dan berakhlak mulia.7 5