2025 SWAT
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2025 SWAT by Subject "Abu ‘Ubaid al-Qasim"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Jualan Lelong Berdasarkan Maqasid Al-Quran Dan Al-SunnahKajian ini membahaskan konsep dan pelaksanaan jualan lelong (ba‘i al-muzayadah) dalam kerangka Maqasid al-Qur’an dan al-Sunnah, dengan tumpuan terhadap nilai keadilan, ketelusan, dan pemeliharaan harta yang menjadi asas sistem muamalat Islam. Berasaskan analisis tekstual dan perbandingan pandangan ulama klasik serta kontemporari, kajian ini meneliti bagaimana prinsip maqasid khususnya hifz al-mal (pemeliharaan har- ta), al-‘adl (keadilan), al-amanah (kejujuran), dan al-maslahah (kemaslahatan umum) dapat diterapkan dalam transaksi jualan lelong, sama ada dalam bentuk konvensional mahupun digital (e-auction). Perbincangan bermula dengan interpretasi Abu ‘Ubaid al-Qasim terhadap hadis larangan ba‘i ‘ala bai‘ akhīh sebagai asas etika pasaran Islam, kemudian dikembangkan melalui pandangan ulama seperti Wahbah al-Zuhayli, Yusuf al-Qaradawi, Mustafa al-Zarqa, Ali al-Qaradaghi, Hashim Kamali, dan Monzer Kahf, yang menegaskan pentingnya maqasid dalam menilai keabsahan akad kontemporari. Kajian turut mengintegrasikan dapatan empirikal daripada pelaksanaan lelong di Pegadaian Syariah, platform dalam talian, dan lelong amal masjid, bagi menunjukkan sejauh mana prinsip syariah dan maqasid diaplikasikan dalam amalan sebenar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa jualan lelong dalam Islam bukan sekadar urus niaga ekonomi, tetapi suatu mekanisme sosial yang mendukung maslahah ‘ammah, menggalakkan edaran harta yang adil, serta mencegah unsur kezaliman dan penipuan dalam pasaran. Oleh itu, penilaian keabsahan lelong mesti melampaui bentuk zahir akad, menuju kepada roh maqasid yang menegakkan nilai keadilan, amanah, dan kesejahteraan ekonomi berteraskan wahyu. Kajian ini mengemukakan kerangka konseptual “Model Lelong Patuh Maqasid”, yang menekankan integrasi antara hukum fiqh, etika Qur’ani, dan inovasi teknologi dalam memastikan keberlangsungan sistem lelong Islam yang adil, telus, dan berkat.1 3